Sabtu lepas diberi kesempatan untuk mengikuti ceramah Dr. Danial Zainal Abidin...alhamdulillah.Dr. Danial merupakan bekas pelajar perubatan daripada Universiti Iskandariah , Mesir. Klik sini. Sama dengan tempat Anis belajar rupanya. Tajuk ceramah semalam ialah " Islam membenarkan sains @ sains membenarkan Islam?"
Ceramah bermula pada jam 9 malam dan berakhir apabila menghampiri pukul 12. Meskipun fizikalnya saya amat letih sepanjang hari tapi sedikit rasa mengantuk pun tidak dirasai. Ceramah yang disampaikan dikupas dengan begitu menarik. Penyertaan pelajar tak menggalakkan. Tak penuh pun Auditorium Utama. Mungkin masing-masing sibuk dengan assignment. Tapi alhamdulillah....mereka yang hadir malam itu sungguh komited kerana betul-betul mahu menyertainya.
Isu utama yang saya fahami melalui apa yang disampaikan ialah " Kita umat Islam hanya mengaji Al-Quran tapi tidak mengkaji isi Al-Quran".
Banyak kata-kata Dr. Danial lontarkan menginsafkan diri ini... Antaranya kita sibuk nak khatamkan Al-Quran, tapi tak peduli tentang apa maksud yang kita baca.... Kita sibuk buat pulut kuning nak buat majlis khatam Al-Quran meraikan kekhataman kita, tapi kita tak sedar yang kita khatam tanpa kita memahami maksudnya. Itulah antara isinya yang aku masih ingat lagi setelah seminggu ceramah tu berlalu. Kalau nak betul2 terkesan dengan ayat itu, maka kenalah pergi dengar ceramah Dr. Danial. Sungguh.... membuatkan kita boleh merefleksi diri kita...
Dalam ceramah tersebut Dr. Danial menunjukkan bahawa kebenaran Al-Quran itu dapat dibuktikan dengan sains. Banyak fenomena yang berlaku sebenarnya telah ada disebut dalam Al-Quran.
Antara fenomena tersebut ialah tentang gelombang air di lautan. Yang ada diceritakan dalam Surah Annur ayat 40. Perkara ini telah dibuktikan oleh saintis masa kini. Selain itu fenomena spektrum cahaya, memumiakan mayat, asal usul besi dari 'langit' dan banyak lagi sebenarnya.
Kalau boleh memang nak huraikan kat dalam blog ini tapi kekangan masa dan saya juga rasa tak berkemahiran untuk menerangkan kepada orang lain. Lagipun lebih baik kepada sesiapa yang nak tahu lebih, bacalah buku hasil tulisan Dr. Danial. Insya Allah ... banyak manfaatnya.
Al-Quran itu adalah benar. Untuk memanifestasikan kebenaran itu memerlukan kajian. Sebab itulah menjadi kewajipan kita muslim untuk memahami isi Al-Quran itu. Bukan hanya sekadar membacanya saban hari. Tanggungjawab kita lebih dari itu...
2 comments:
my super2 senior..:P
walaupun sibuk..still blogging ..bgus2..
blog ni best!!hahahahaha....
huhu..... blogging sekali sekala :P
Post a Comment