Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, June 23, 2009

Further Study?

Sebenarnya nak publish entry tentang percutian tempoh hari. Tapi internet lembab malam ini, jadi sangat sukar atau sangat lembab bila nak upload gambar.

Untuk tidak membiarkan blog ini kosong...update sikit peritiwa petang tadi.

Petang tadi pergi Jusco jumpa Sakinah, Nik dan Eca. Dah setahun tak jumpa mereka sebab cuti semester lepas tak free, jadi tak dapat jumpa. Awal bulan tempoh hari mereka pergi main bowling tapi tak dapat join sebab ada saudara datang rumah. Ahad lepas jumpa Sikin sebab dia sedang berpraktikal tak dapat join hari ini.

Dari segi fizikalnya, semua masih sama. Tiada beza. Yang bezanya, perjalanan hidup. Eca dah habis degree in math dan akan sambung master buka semester baru ini. Sakinah yang dulunya ambil course apa entah, sekarang dah tukar ambil psikologi. Nik macam saya juga... ijazah dalam bidang pendidikan, bezanya Nik Ambil English. Dan dengar cerita Latifah yang tak dapat datang petang tadi sebab pergi buat check up sebab nak sambung study @ master dalam biotek.

Teruja sangat tengok semangat member-member further study. Sembang-sembang, saya cakaplah yang saya dah tak sabar nak kerja dan tak nak study dah! Huhu... teramatlah kontra dengan member-member lain yang nak sambung study. Bagusnya kawan-kawanku!

Sembang-sembang tu cakaplah, saya nak 'full stop' dalam bidang Fizik. Saya rasa dah tak larat. Kemampuan saya bukan di sini... Saya cakap dengan Nik saya tertarik dengan Sosiol0gi dan Antropologi. Hehehe...tak sangka... sama minat dengan Nik! Nik cakap dia pun bercadang ke arah itu.

Kesusahan saya memahami konsep dalam Fizik membuatkan minat saya untuk further study berhenti! Eh, ye ke? Ke saya yang pemalas...hehehe. Tapi, yang penting kalau nak sambung study, saya akan mengahala ke arah pendidikan yang kini menjadi minat saya. Maksudnya saya akan bebaskan diri saya dari SAINS!

Masa mula-mula ambil degree dulu, saya sangat hendak mahu further study. Tapi, buat waktu dan ketika ini saya belum terfikir untuk further study. Saya mahu kerja!

6 comments:

Sajida said...

Samala raihah. Kita minat sgt2 sociology lepas blaja intro subjek tu. ingat nak buat minor tapi mcm tak jadi jek. tak tahu lagi arah tuju kita mcm mana ni. kawin dulu ke, smbung master ke.. sedih gak..huk3

nad said...

aku pon same req'a..dah ta lrt rsenye nk blaja..nk bwk elektrik ni. huh!
besnye dorg da nk smbung master! muda2 da nk amek master..latifah n eca nk amek master local eh?

Infant's steps said...

alhamdulillah sahabat2ku dah ramai abis bljr n ada yg nak sambung master..hehe..

eloklah kalau awk pun sambung master reqa..ngeh2..

doakan kita utk final exam yg dlm sebulan stgh je lagi..huhu..

Raihah Rosli said...

Sajida...
Tu la sejak amik 1 subjek tu= sosiologi dalam pendidikan. kite sgt tertarik dengan subjek itu. kao nk smbung... sbjek itu slh satu subjek yang akn kite pertimbangkan :)

nad...
tu la dorg ni ... muda-muda da master... eca tu dah lah budak lompat pts... lg la muda! Dua-dua kat UTM.

Azaty...
alhamdulillah...
kite keje dulu kot... kalau ade rse lg nk stdy ,kite smbg kmdn...
kite rancang, Allah menentukan.
Semoga sukses! rjin2 blj tau! (*_~)

wanie sk said...

ktpun minat sociology..coz blajar sociolinguistics..terkilan coz xambik sociology mcm sajid tp salah satu course yg kt nk wat tok further masters mgkn adalah sociology...best sgt2 study culture ni

Raihah Rosli said...

waaaaa......... ramainye minat sosio!