Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, June 15, 2009

Tak Sedar Dah Keluar

Assalamualaikum!
Saya masih wujud lagi! Hanya tak berkesempatan nak update blog. Sibuk. Sampai sedar-sedar dah lebih 10 hari saya tak jenguk blog. Entry sebelum ini bertarikh 3.6.09. Maksudnya sudah 12 hari. Hari ini baru berkesempatan nak update.Saya meninggalkan internet pada 5.6.09 sebab pulang ke kampung ayah di Kemaman, Terengganu. Namun beberapa hari sebelum itu saya sudah tak dapat nak update blog sebab membuat persiapan bercuti untuk percutian ke kampung dalam tempoh yang agak lama iaitu 10 hari. Pulang ke kampung untuk ke walimah sepupu saya, Kak Ya. Ringkasannya...

6.6.09 majlis akad nikahnya.
7.6.09 kenduri sebelah perempuan.
8.6.09 ke Kuala Besut.
9-11.06.09 bercuti berhari keluarga.
12.6.09 Kenduri di sebelah lelaki di Pasir Mas.
14.6.09 Pulang ke JB.

Disebabkan sibuk yang melampau saya " Tak Sedar Dah Keluar". Apa yang saya tak sedar tu? Keputusan Peperiksaan Akhir Sem 2 2008/09. Alhamdulillah .... Syukur!

Walaupun result tak sebagus seperti Sem 1 2008/09. Tapi tidak seteruk seperti yang saya jangkakan. Alhamdulillah.

Kenapa saya target terlalu rendah untuk sem 2 2008/09? Sebabnya saya terlalu sibuk dan saya bukanlah manusia yang biasa dengan kesibukan.

Kehidupan saya sebagai pelajar 5 sem sebelumnya hanyalah sebagai pelajar yang hanya ke kelas dan assignment. Tetapi sem lalu saya terlibat sebagai REXCO yang juga menuntut banyak masa saya. Bayangkan daripada seorang yang tidak mempunyai apa-apa sijil pada sem sebelumnya. Pada sem lepas secara mendadak sijil kokurikulum saya menjadi 9 sijil. Bukanlah bilangan sijil sahaja yang saya gilakan... tapi pengalaman disebalik sebuah sijil...itu yang amat bernilai. Terlibat dengan mesyuarat. Terlibat dalam post mortem. Cara menguruskan sesuatu majlis kecil-kecilan hinggalah majlis besar. Cara mengurus program di peringkat kelas hinggalah program masuk ke sekolah ataupun kampung. Tahu bersosial. Kenal ramai orang, tidaklah hanya dalam kepompong rakan sekelas yang kesemuanya budak fizik.

Selain itu, kesibukan dengan sebuah subjek yang sepatutnya saya ambil pada sem hadapan tapi terpaksa saya ambil pada sem lepas gara-gara ceritanya nak diadakan praktikal pada sem 7. Subjek Perancangan dan Perlaksanaan Kurikulum Fizik. Subjek ini terlalu banyak assignment. Assignment untuk buat program di sekolah, microteaching, macroteaching dan 4 refleksi. Walaupun terasa agak berat tetapi saya rasa seronok dengan subjek ini kerana betul-betul membimbing saya menjadi cikgu fizik serta pensyarahnya yang sangat saya suka... Dr. Nurul Huda.

Sem lepas sem yang sungguh menguji... Teruji dengan begitu banyak assignment.Teruji dengan terlalu beratnya subjek Electromagnetism. Teruji dengan masalah dalam persahabatan. Teruji dengan masa yang tak cukup. Teruji di mana mahu study, mahu siapkerja-kerja sampingan. Teruji dengan ketiadan study week untuk semester lepas. Dah lah minggu-minggu biasa saya sibuk ... ditambah tiada study week... Haru sungguh saya di minggu peperiksaan. 4 bulan sem lepas saya tak sempat pulang ke rumah kerana ketiadaan cuti... Huhu... Haru- biru sungguh rasa hidupku sem lepas.

Setiap kali saya teruji dengan ujian terlalu berat... Satu kata-kata penguat semangat... "Aku tak akan diuji kalau aku tak mampu menghadapinya".

Dan jika sesuatu yang berlaku diluar kemahuanku... Satu kata-kata membuatku redha... " Apa yang aku hendak bukanlah yang terbaik untukku... maka terimalah segala anugerah yang telah Allah beri kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk aku"

Itulah ayat-ayat yang buat saya tabah ... sabar dalam satu semester yang sungguh menyeksakan.

Insya Allah... next entry tentang percutianku selama 10 hari... Mesti Anis dah tak sabar nak tengok gambar Kak Ya... Tunggu~~~

2 comments:

nad said...

naseb bek req'a kuat semangat! hehe..

Raihah Rosli said...

alhamdulillah nad.... :)