Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, July 14, 2009

Faham-Faham Ayam...Faham-Faham Kucing


Tak tahulah kenapa sekarang ini dah tak serajin dulu dalam bab meng'update' blog ini. Nak kata terlalu sibuk, tidak juga. Sibuk lagi sem lepas. Ahhh... biarkanlah persoalan itu berlalu... Tak penting pun.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini kelas 4 jam saja. 2 jam classical mechanics. 2 jam quantum mechanics. Tapi cukup otak yang tak berjiwa fizik ini amat terseksa. Cukup membuatkan hati ini bekata tidak kepada Fizik!


Segala bentuk nombor dan huruf yang menyerabutkan, teus menyerabutkan kepala... Lantas meragut ketenangan untuk belajar.
Adakah hati ini terlalu kotor dan semakin bertambah gelap dengan dosa dan noda sehingga begitu sukar untuk menerima ilmu yang suci sifatnya? Persoalan yang cukup memuhasabah diri yang lemah ini... Ya Allah terangkanlah hati hamba-Mu ini dan permudahkanlah urusanku.... Buat sesama insan dengan rasa rendah diri nya saya meminta maaf atas segala keterlanjuran, kekasaran dan segala kesilapan...


Susah betul rasanya nak menerima ilmu yang dipelajari. Umpama faham-faham ayam! Umpama faham-faham kucing! Tak suka sungguh perasaan ini. Bila saat-saat macam ini buatkan saya teringatkan seorang sahabat yang sudah lama terpisah kerana dialah manusia tak pernah jemu mengajar diri ini yang sangat lemah Fizik, suaranya suara mendidik, nadanya lembut dan meyakinkan, tak pernah jemu mengajak diri ini belajar bersama di saat diri rasa tiada harapan lagi, dia genius dan sangat humble.


Dalam kelas classical mechanics tadi banyak jugalah pensyarah buat lawak. Mungkin strategy untuk menarik perhatian pelajar atau pun hilangkan rasa ngantuk. Belajar benda yang berat, kalau lurus je belajar mesti tak masuk nya. Belajar yang ada lawak ni pun rasa sengal-sengal kepala otak.... huhu. (Ku akui kelemahan diri ~~~ baca ayat ni dalam rentak nasyid 'taubat seorang hamba')


"Kalau orang lain jumpa nota awak ni, tak ada orang nak lah nota awak ni.
Penuh dengan huruf dan nombor. Orang pun tak tau nak baca macam mana."



Betul lah apa yang pensyarah tu cakapkan, tulisan dalam nota itu adalah huruf, tapi memang tak boleh baca kalau tak tahu.


2 jam terakhir belajar quantum mechanics. Pensyarah subjek ini serius sikit tapi masih ada lawak juga sikit-sikit. Saya manusia yang sentiasa blur, memang blur rasanya belajar dalam kelas tadi. Kejap rasa cam faham, pas tu jadi tak faham. Akhirnya saya simpulkan yang saya tak faham. Faham tak? Huahaha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah hati ini terlalu kotor dan semakin bertambah gelap dengan dosa dan noda yang dilakukan selama in sehingga terlalu sukar memahami ilmu yang suci sifatnya? Persoalan yang cukup memuhasabahkan diri ini.... Ya Allah, terangkanlah hati hamba-Mu ini dan permudahkanlah urusanku... Buat sesama insan, atas segala keterlanjuran, kekasaran, kekurangan dan segala kesilapan, maafkanlah diri ini...

2 comments:

Mami Hadeef said...

jangan hilang kan nota anda.. sila buka kembali nota itu utk setahun akan datang.. sah2 memang dah tak faham.. usah ke setahun, ntah2 minggu depan nak baca balik pun dah lupe.. keh2.. confirm buku nih kalu hilang kat susur gajah pun orang takkan amik kecuali yang memahami sahaja.. mengarut kah komen ini? =)

Raihah Rosli said...

betul tu... agk2nya kalo buka balik tahun depn... mau terkial2 cari apakah yang dimaksud kan dengan huruf itu...

komen ini tak mengarut... komen ini penguat kepada n3 di atas :)