Semalam saya dan beberapa orang rakan ke KL. Saya ke sana atas tujuan untuk membeli buku fizik sekolah. Tapi biasalah, dah pergi ramai-ramai ni, ada macam-macam tujuan. Semuanya perlu dilunaskan supaya tiada seorang yang pulang dengan kempunan. Jadi, antara tempat yang dituju ialah sekitar Jalan Masjid India, Jalan TAR, Sogo dan Times Square.
Semasa di kedai buku Pustaka Mukmin, saya membeli sebuah buku. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Sebelum ini ada membeli sebuah novel beliau bertajuk Tautan Hati mengetengahkan permasalahan dunia remaja muslimah bernama Aisyah Yusra.
Jadi pagi tadi, saya memulakan pembacaan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Ingatkan nak lah simpan separuh untuk dibaca petang nanti, tapi atas desakan dan keterpukauan serta keinsafan semasa membaca buku ini, sehelai demi sehelai saya selak dan tak sampai 2 jam sudah dikhatamkan buku itu.
Saya terpukau dek kekuatan Qani'ah dalam menjaga dirinya dengan pelbagai dugaan yang berkisar tentang cinta sebelum beliau berumah tangga. Betapa Qani'ah menentang sepenuhnya cinta sebelum perkahwinan. Juga tentang bagaimana beliau menepis pelbagai dugaan tatkala dirinya dirisik atau pun dilamar. Seterusnya plot buku ini berkembang kepada saat ditunangkan, ketika beliau menempuhi alam pertunangan serta ketika pernikahan dan alam selepas pernikahan yang sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah dalam pembentukan keluarganya itu.
Bacalah! Bacalah buku ini. Sesiapa kawan-kawan yang dekat dengan saya (maksudnya yang duduk di TM) kalau nak pinjam jangan segan beritahu saya. Saya tak keberatan untuk memberi pinjam. Buku ini tidak setebal mana, hanya 88 muka surat. Walaupun nipis, ia tulisan menyentuh hati untuk memikirkan di mana kita sekarang?
Walaupun diri ini jauh berbeza dengan Qani'ah dalam buku tersebut. Sekurang-kurangnya melalui pembacaan ini... saya tahu apa, kenapa dan bagaimana kepentingan dalam menjaga diri sebagai seorang perempuan. Tapi, mampukah saya istiqamah dengan pendirian yang terinspirasi daripada buku ini.... saya tiada jawapannya... Saya bermohon diberi kekuatan dan perlindungan daripada Allah.
2 comments:
salam..
tak sudi pinjamkan kat saya yg tak tinggal kat TM ke??ngeh2..
takpo,nanti lagi SEBULAN SETENGAH,saya akan menjejakkan kaki jua ke MPH jusco tmn U..insyaALLAH,huhu..
Boelh ja...Mai lah Pulai Perdana. Cuti nanti kite hangkut bw blik brg ckit2 tmasuk lah buku ni :)
P la MPH tu... tlg belikan buku utk kita juga...kehkehe...
Post a Comment