Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, July 21, 2009

Jangan Pepandai 'Assume'



~~~~~~~~~~ Kisah 1~~~~~~~~~~


Hari ini kelas separuh hari saja. Tapi saya ada buat temu janji untuk jumpa supervisor untuk thesis saya pada jam 3. Disebabkan tak dapat balasan mesej daripada supervisor saya, saya pun 'assume' yang Puan sibuk atau tak boleh jumpa. Sebab menurut rakan saya Puan biasanya akan membalas mesej. Sampai jam 3 tak ada mesej masuk, saya pun loading filem Laskar Pelangi di youtube. Tepat jam 3.45 petang, satu mesej masuk.


" Saya dah lama tunggu u. 4.30 saya ada urusan. Esok dan Khamis saya tak free
(ada seminar). Any urgent, jumpa dekat DST esok jam 11 am"


Lepas saya baca mesej tu saya rasa bersalah sangat. Terus mesej untuk jumpa masa itu juga. Dan Puan setuju. Alhamdulillah. Memecutlah saya ke kampus. Jam tepat 4 petang, dah sampai ke bilik Puan.


Masuk je bilik Puan, takut sebenarnya sebab rasa bersalah. Terus minta maaf dan cakap kenapa saya tak datang tadi. Sebab saya pepandai 'assume' Puan sibuk. Naib baik saya dikurniakan supervisor yang sangat baik. Alhamdulillah. Setelah berbincang hampir 30 minit. Saya pun keluar. Sekarang ni yang tak jelas, sudah jelas, tinggal rajin atau tak je nak buat modul ini...


Pengajarannya Raihah.... lain kali jangan memandai 'assume'... Ini bukannya belajar Fizik ya nak assume... Huhu.


~~~~~~~~~~ Kisah 2 ~~~~~~~~~~


Sepulangnya saya dari kampus terus tonton Laskar Pelangi yang telah di'loading' tadi. Laskar Pelangi sebuah filem yang menarik. Memang hebat karya orang Indonesia. Berlatarkan isu pendidikan. Ia dikupas sempurna. Jadi, sesiapa yang bakal bergelar seorang guru cerita ini sangat sesuai.


Rasa kagum saya dengan semangat Ibu Muslimah dalam usahanya untuk SD Muhammadiyah. Adakah lagi seorang guru seperti itu? Termenung saya memikirkannya. Filem ini berjaya menyentuh hati saya. Jarang saya menonton filem sehingga tersentuh sebegitu...


2 minggu lepas saya nak tonton filem ini di youtube setelah terbaca shoutout ym Zura... Sekali buka-buka kat youtube, dengar bahasa Indonesia. Terus padam sebab saya tak minat cerita Indonesia dan sukar untuk memahami bahasanya. Tapi tadi di kelas Zura ada promote tiket untuk tonton filem ini di Auditorium berharga RM1 dan kebetulan Hazni puji ceritanya best. Memang best pun dan bahasanya sangat mudah difahami. Sangat mirip dengan bahasa melayu Malaysia berkemungkinan sebab ia dilakonkan di Sumatera yang bahasanya memang seakan-akan bahasa orang Malaysai kerana kebanyakkan orang Malaysia berasal dari Sumatera.

Pengajarannya, bolehkah aku jadi seikhlas Ibu Muslimah dalam mendidik? Serta, saya rasakan betapa Malaysia perlu mengangkat kisah-kisah sebegini dalam filemnya.. tak semestinya tentang guru... apa-apa sahaja bernilai kemanusian..

~~~~~~~~~~Kisah 3~~~~~~~~~~


Malam tadi sepulangnya dari library untuk memulang buku, saya telah melanggar peraturan misi saya. Saya makan keropok lekor goreng yang diberi Puan Aniem... terliur ...sebab itu sanggup menggoreng walaupun dah malam.... Sedap tau..... Haish.... saya ni apa yang tak sedap... semua sedap! Terima Kasih Haniem.

Pengajarannya wahai Raihah... kuatkanlah semangatmu... Ingat wajah -wajah insan yang meletakkan harapan(~_~)

7 comments:

Helwa Tamar Jaya said...

yuppp..btoolll...setuju...aku mase kerja to ari pun ari2 kene marah coz assume case...company bleh bangkrap kalo pekerja selalu main2 assume2 je...kalo pakar kebarangkalian tak pe lah jgak...

kuIna said...

amboi 3 dalam 1....

Mami Hadeef said...

nasib supervisor puan izan, kalu puan Su*****, teruk hang kene marah.. hehe..

Infant's steps said...

gagagaga..
saya ini pun perlu juga berdiet..
maka,saya ingin turut serta program dietmu itu la..ngeh2..

diet terbaik:
"mkn bila lapar,berhenti sblm kenyang"

serius menjadi giler sbb pernah try..huhu..plus,ada byk lagi baiknya kat kita..err..tapi takyah kot tulis kat sini.. =D

p/s: examku 14 ogos nanti..n balik msia 31 ogos..maka sambutlah kemerdekaan msia dgn kepulangan saya ye..hehe =)

mast^W said...

hehe..smoga diet kite menjadi yer! yakin boleh!!!hehe

Raihah Rosli said...

Helwa...
Btul tu...ksimpulannya jg memandai assume :) Assume yg memandai ni boleh bw padah!

Kak Kuina...
Hehee... skrg time terlebih rajin... rjin dlm updet blog jela... bnde lain mls!

Aniem...
Tu la bersyukur sgt dpt pn izan yg baik hati :) Alhamdulillah!

Azaty...
Tulis la pglmn awk tu... boleh share... sharing is caring (~_*)
Waaa... kpulangan awk akn d sambut meriah dgn bunga api eh...

Che Mas...
MAlaysia boleh! Hehe... tu la
Kena usaha gigih lg ni...
Usaha tgga kejayaan

Raihah Rosli said...
This comment has been removed by the author.