Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, September 11, 2009

Cerita Hujung Minggu Lepas

Kasihan blog ini...terabai sekejap sebab kesibukan yang melanda. Saya sibuk menyiapkan Modul Aktiviti Elektromagnet Menggunakan Pendekatan Koperatif untuk projek tahun akhir saya. Ditambah lagi dengan bulan Ramadhan juga kekerapan saya pulang ke JB. Jadi extra sibuk.

Minggu lepas pulang ke JB, semua ada di rumah. Lengkap ketujuh-tujuh ahli keluarga. Bila semua ada kat rumah, ibu jadi rajin sangat masak. Huhu... tak mau dah cerita tentang menu. Nanti ada yang terliur! Bermula dari petang Khamis hingga ke Isnin saya di JB. Semasa pulang hari Khamis tersebut, saya bertiga bersama Haniem dan Hazni. Kami bertiga ke Pudu dan sesampainya di Pudu lebih kurang jam 5.45pm kami naik ke surau. Sebelum keluar dari surau, ambil beg kat tempat simpan barang.

Pak Cik Jaga Beg: Adik berbukalah di sini.
Haniem: Tak boleh sebab dah nak naik bas.
Hazni: Tapau boleh pakcik? (dengan nada bergurau)
Pakcik Jaga Beg: Boleh...boleh. Itu dah ada yang dah bungkus.

Pakcik itu pun menghulurkan 3 bungkus nasi beriani yang di dalamnya juga terdapat lepat dan buah limau. Terima kasih Pak cik! Lepat itu menjadi juadah berbuka saya di dalam bas.

Bulan Ramadhan ini saya rasa rezeki saya murah. Selalu dapat makanan percuma @ pemberian orang. Antaranya Yong Tau Fu Fana, Rendang Ayam Cu, Kuih Nekbak Cu dan banyak lagi lah makan yang kecil-kecil itu. Terima kasih kepada yang memberi.

Terima kasih daun keladi.
Ada lagi bolehlah bagi!
(~_*) Hahaha!


Dan di kesempatan pulang ke rumah minggu lepas. Saya bertemu janji dengan Azaty yang setelah rasanya sudah setahun tak bersua. Berjumpa di Jusco Taman U...tempat lepak saya bila nak jumpa kawan-kawan sekolah. Hampir 3 jam pertemuan itu, saya menemani Azaty membeli-belah sambil bersembang. Bulan Ramadhan, jadi tiada aktiviti makan-makan. Saya dihadiahi Azaty sebuah beg kulit yang comel, buah tangan dari India. Terima Kasih Doktor! Insya-Allah saya akan pakai masa praktikum nanti. Tapi lupa pula nak ambil gambar...huhu.

Banyak yang saya sembangkan dengan Azaty. Banyak benda yang boleh saya ceritakan untuk renungan bersama. Insya-Allah entry akan datang. Sekarang saya sibuk, kalau nak sentuh isu-isu yang berat (bagi orang yang cetek ilmu macam saya). Saya kena buat rujukan dulu. Saya kena lahirkan dulu perasaan untuk muhasabahkan diri. Barulah saya beras puas hati dengan entri di bawah label muhasabah diri. Jadi di waktu ini saya tak sempat nak membuat rujukan. Tak sempat nak ambil rasa muhasabah diri di depan laptop. Sebab bila pandang laptop sahaja, teringatkan kerja yang bertambun-tambun.

Setakat inilah yang mampu saya catatkan buat malam ini. Hanya beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya yang saya calitkan di rumah KUASADUAR saya ini sebagai kenang-kenangan dalam meniti kehidupan.

p/s:
1. Saya ada assignment yang perlu saya siapkan malam ini juga. Sebab esok pagi ada discussion assignment tersebut. Satu apa pun saya tak buat lagi!

2. Kita sudah pun di sepuluh malam terakhir. Jangan persiakan.... Jangan jadikan puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga. Isikanlah sebaiknya... Kalau dalam kita sudah dijanjikan dengan lailatul qadar pun masih liat untuk beramal ibadah... apa lagi ganjaran yang kita mahu?

2 comments:

Infant's steps said...

reasonnya ialah sbb nafsu itu hanya nampak keseronokan yg cepat utk dirasai tanpa memikirkan akibat selepas itu..n ganjaran lailatul qadar itu tak dpt dilihat dgn mata kasar..

p/s:tabik spring dgn seorg doktor perempuan yg sudah berkeluarga..dlm sesibuk n sepenat mana pun dia,sempat dan 'kuat' utk melakukan sunat tarawih 20 rakaat..tak cukup masa n letih sungguh bukan menjadi alasan utk tdk berdaya beribadat..semuanya soal mencipta ruang dan masa utk bersama dgnNYA..rasa sungguh lemah dan hina diri ini dibandingkan dgn dia..-malu dgn ALLAH lbh patut direnungkan-

Raihah Rosli said...

emmm... btul tu...
susahnya dalam nak mendidik.

...kite pun nak tabik spring dkt dr tu.... jiwanya terdidik... letih dan penat bukn lg alsn...