Rasanya baru semalam menghantar sms untuk mengetahui universiti mana yang saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam sarjana muda. Masih segar dalam ingatan. Saya ketika itu sangat dan amat bersyukur kerana ditawarkan program pendidikan kerana itulah antara matlamat saya ketika minggu pertama menjejakkan kaki di matrikulasi.
Sebelum menjejakkan kaki ke Tanjung Malim, dalam minda saya terbayangkan TM ni macam Skudai yang sudah membangun kerana UPSI telah lama wujud di TM. Terbayang TM seperti sebuah bandar. Sangkaan saya meleset sama sekali. Jauh berbeza dari apa yang saya bayangkan.
Keluar saja dari PLUS, ayah membelokkan kereta bewarna perak ke kiri melalui pekan TM. Melewati pekan TM, saya menyedari bahawa pekan ini hanya memiliki kedai-kedai kecil dan lama. Seterusnya melalui jambatan yang bawahnya terdapat stesen kereta api yang sangat besar. Kenderaan dipandu sehingga menuju ke kolej kediaman yang saya ditempatkan... Kolej Harun Aminurrashid.
Bermulalah kehidupan saya sebagai Anak Kandung Suluh Budiman di pekan kecil Tanjung Malim.
Ahad lalu, ayah dan ibu datang lagi. Kali ini menaiki kereta bewarna kelabu. Sedar tak sedar, sudah tiga tahun setengah saya manfaatkan masa di pekan kecil ini. Terasa amat berat untuk melangkah. Di pekan kecil ini saya diajar jadi manusia. Peribadi seorang guru dibentuk. Kematang fikiran seorang remaja dibina. Banyak lagi yang sudah bertukar... Insya-Allah, kepada yang lebih baik.
Hari ini saya menjadi saya. Raihah Rosli. Pekan kecil Tanjung Malim juga punya suatu sudut khas dihati. Biar buruk mana ia fizikalnya, biar hina mana ia dipandang manusia lain, Tanjung Malim ada ruang signifikannya di mata dan hati saya.
Saya pasti saya merindui Tanjung Malim... Kini sudah seminggu saya tinggalkan pekan kecil itu!

No comments:
Post a Comment