Sekarang ni saya sangat suka buat mufin sebab mudah berbanding buat kuih-kuih tradisional. Sebabnya mufin hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk bancuh dan tuang ke dalam cup dan kemudian bakar lebih kurang setengah jam di dalam oven. Jadi sambil mengajar sambil memasak.
Untuk kali ini saya mahu berkongsi resipi banana & chocholate muffin. Resipi yang saya ambil daripada blogger masak terkenal, blog Mat Gebu. Resipi asal rasanya dari blogger lain.
Saya buat satu adunan dan menghasilkan 18 cup muffin.
Baiklah ini resipinya yang saya copy dan paste...
Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam * (*digaul rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip
Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang
1 camca teh esen vanilla
Cara membuatnya :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
- Satukan bahan A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar.
- Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra.
- Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2.
Muffinnya sangat sedap. Agak lembab dan rasanya tidak terlalu manis. Ayah saya suka :)
5 comments:
dah power dah la ni??hehehe
ayah suka?? cam xpercaya je..
mesti sedap btul ni... :P
salam..bila kamu nak wat utk sayaaaaa???????!!!!!
=)
anis...
x lah power...bleh la...ayh mmg ske bnde2 pisang ni.. nex time anis blik ateh wat...huhu
azaty...
mai la pulg ke msia... dtg mlawat kite... nnti kite wat kan...heehehe :)
haha..jgn main2 reqa..insyaAllah tak lama lagi kita balik msia ni..hehe..
gmbr tu mmg original awk punya kek ke?
huhu....btul pe.
yup original... x men la copy n paste...hehehe
Post a Comment