Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, February 27, 2010

Ustazah?

KISAH 1: Cikgu Raihah tu usatazah ker?

Situasi 1 di dalam kelas. Sewaktu saya relief di kelas 5 Tekun:
Cikgu, cikgu ustazah ker?
Eh... tak lah. Saya cikgu biasa.
Cikgu apa?
Sains.
Ooooowwwhhh... ingat cikgu ajar agama. Kenapa cikgu pakai tudung labuh?
Ehhh... tak boleh ker?

Situasi 2. Kak Nani bersama student 5 Jujur.
Cikgu ajar ape?
English.
Cikgu yang lagi seorang tu ustazah ke?
Dia cikgu Fizik.


KISAH 2: Usatazah Siti Zaharah.

Sekarang saya dalam proses menyiapkan mural di dinding pagar surau sekolah. Membantu ustazah Siti Zaharah.

Sungguh saya tak sangka rupanya Kak Siti Zaharah pernah mengajar di SMK Taman Universiti yang saya cintai. Tapi saya tak sempat jumpa dulu sebab Kak Siti pindah masa tahun 1999 dan saya pula menjejakkan kaki ke sekolah itu pada tahun 2000. Cuma kami boleh berkongsi kisah yang sama. Tentang sekolah, tentang cikgu-cikgunya... ustazah Habibah, cikgu Zainal. ustazah Siti Maimunah dan beberapa orang lagi.

Pada saat dan ketika ini... saya amat merindui SMKTUN. Rasa nak sangat pergi sekolah itu...

3 comments:

fana said...

aku tersngt ryndukan smktun.

Infant's steps said...

salam..
ustazah raihah,hope to see u..ngeh2..
saje menyibuk kat blog awk.. =p

p/s:smg pemakaian juga sbg salah satu cara dakwah dan bukan menjadi fitnah kpd islam...amin..

Raihah Rosli said...

fana:
aku pun... bile msuk sekolah ni.... mmbuatkan ak teringat smktun... dan ak rse betapa hebatnya smktun di hati ak ....hohoho!

azaty:
rse kureng sesuai utk glrn ustazh bg kite yg gonjeng ni... huhu