Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, August 30, 2010

10 Malam Terakhir

Lama sudah tak online. Sibuk. Hari ini je rehat sikit sebab dah tak ada orang dekat rumah. Kebetulan hari ini ibu kata tak payah masak, sebab saya teringin sangat nak makan nasi kerabu. Sebenarnya teringin sangat nak makan nasi kerabu kat UPSI dulu, nasi kerabu Abe Wan.

Pejam celik, malam ini Insya-Allah kita akan memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Masa untuk kita memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah ruang, peluang dan kesempatan. Hanya datang sekali dalam setahun. Ganjaran yang Allah janjikan tak sepatut kita persiakan.

Inilah peluang untuk kita tebus balik dosa yang kita lakukan. Teringat Ustaz Zaharuddin pernah post satu ayat dekat wall FB beliau iaitu "Walau dicuba sedaya upaya utk tidak terjebak dgn dosa, sbg manusia kita akan gagal. 'Zero dosa ' bukanlah target kita, ia di luar kemampuan. Target kita adlh ‘minima dosa kecil, zero dosa besar'. Kerana kita manusia & bukan Malaikat. Tapi jgn jadikan sifat ‘kemanusiaan' kita sebagai excuse utk berterusan selesa dlm dosa. " Ya.... sebab saya manusia biasa yang seringkali lalai dan leka, sering melakukan dosa saban hari....

Allah bagi kita peluang untuk meminta ampun atas setiap dosa yang dilakukan kerana Allah Maha Pengampun dan juga Maha Mengasihi. Allah mengasihi hamba-NYA. Allah juga mengampunkan dosa yang dilakukan hamba-NYA sekiranya hamba-NYA bertaubat.

Sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang bangun malam untuk beribadah pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. [Bukhari]" Nah... jadikan hadis ini sebagai pemangkin kita. Penguat semangat untuk melakukan amal ibadah.



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaanitu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
-Maksud Surah Al-Qadr-
-97:1-5-

3 comments:

Infant's steps said...

salam..
selamat beramal.. =)

Infant's steps said...

salam..
selamat beramal.. =)

Raihah Rosli said...

alaikum slm :)
thanks... utk kamu juge, slmt beramal :)

dua kali tu awk post... tq :D