Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, September 3, 2010

Tikus!

Hari ni Din, Anas dan Anis balik. Anis tak sampai seminggu kat rumah dah berjalan ke KL jumpa kawan-kawan. Meriah balik rumah. Dan semakin sikitlah masa nak online sebabnya internet kat rumah pakai jalur lebar. Lepas ni kena kongsi 3 orang, Din tak layan internet sangat.

Kalau adik balik malam ni, jawapannya saya kena tidur luar. Malam tadi saya menumpang di bilik adik. Sebabnya, ada tikus kat bilik saya. "Uwaa.... tikus, kenapa ko menyemak kat bilik aku tetiba!" Rasanya tikus tu dari luar rumah, sebab malam tadi sliding door terbuka.

Masa tengah baca novel Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan , suami kepada Fatimah Syarha, yang menulis Pemilik Cintaku Setalah Allah dan Rasul, ternampak ade benda hitam bergerak. Ap lagi... menjerit. Hahaha... Eiii... geli3x. Terus panggil ayah. Ayah pasang perangkap, tapi tak dapat-dapat pun tikus tu. Balik terawih ayah dan ibu masuk bilik cari tikus tu, jumpa tapi tak dapat tangkap. Saya duk luar je, rasa takut dan geli semacam.

Jadi, mulai semalam sampai sekarang tak masuk bilik. Pintu bilik tertutup, tingkap bilik tertutup. " Hei, tikus matilah kau. aku dah rindu nak masuk bilik ni."

Teringat masa praktikum tempoh hari. Disebabkan cicak seekor, lewat tidur malam tu mengahalau cicak keluar dari bilik. Masa tu duduk bilik sorang-sorang. Masa dah duduk sebilik dengan Kak Dila, Kak Diha dan Kak Nani, teringat cicak lalu atas tilam Kak Dila. Terus saya dan Kak Dila keluar.. Beria Kak Nani cari cicak tu...Eiii..

Tak tahulah kenapa fobia sangat dengan binatang-binatang ni. Mujur dengan lipas tak macam ni. Takut tetap ada. Kucing? Kucing saya takut walaupun kucing adalah haiwan yang sangat comel! Ingat dulu kalau balik kampung ibu, nenk tiri bela banyak sangat kucing, berpuluh-puluh kot. Setiap kali duduk kat meja makan mesti senyap-senyap angkat kaki atas kerusi. Huhu.. Allergik pun ya juga dengan bulu kucing. Arnab? Arnab saya suka, tapi kenapa setiap kali nk dukung arnab , rasa macam lembik je... Hahaha..


Amir main dengan arnab Nani.
Depan Amir buat macho sukakan arnab sebab kalau tak nanti dia akan campak arnab kat orang yang geli dengan arnab.

No comments: