Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir Ramadhan, dengan penuh pengharapan, semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik serta segala amalan diterima-NYA.Juga dengan pengharapan berdoa agar dapat lagi bertemu Ramadhan pada tahun hadapan.

Maka esok adalah hari raya.Dikesempatan ini....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
AMPUN DAN MAAF DIPINTA ATAS SETIAP KESILAPAN DAN KESALAHAN
SEMOGA SYAWAL INI MEMBERI SERIBU PENGERTIAN


Berehat sungguh hari ini, walaupun esok raya. Apa taknya... kalau dulu masa ni dah sibuk mencucuk satay dan menyiapkan barang-barang untuk buat nasi dagang. Sekarang, semuanya tempah. Memang berbeza... Tapi seronoklah sebab duduk berehat-rehat je kan.

Kalau dulu kat Negeri Sembilan , zaman dulu-dululah, zaman masih kecil-kecil lagi. Suasana nak beraya tu memang terasa. Anyam ketupat, masak rendang, perah santan, kacau dodol, bakar lemang dan macam-macam lagi. Malam-malam main bunga api. Lepas itu, bila dah besar sikit, dah tak ada dah suasana macam tu, ketupat ganti nasi impit, lemang tempah, dodol dah tak buat, tinggal masak rendang je.

Lenggeng,Negeri Sembilan.

Sekarang dah tak balik beraya pertama di Negeri Sembilan sebab dah arwah atuk dah tak ada. Jadi, tiap-tiap tahun raya pertama balik Terengganu, lagilah saya suka :) Raya ketiga baru balik Negeri Sembilan menziarah makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Suasana dah berbeza... tapi raya tetap rayakan. Selamat hari raya. Eh, tahun ni layak lagi ke dapat duit raya? Hahaha... Sepupu sebaya semua dah kerja... Saya je lah yang bekerja di rumah :P


2 comments:

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Salam Lebaran juga buat Raihah sekeluarga dari saya sekeluarga. Oh ye, Terengganu di mana. Kedua2 abang ipar saya orang Terengganu, kakak kedua pula sudah menetap di sana, Gong Badak, Kuala Terengganu.

InsyaAllah, ada rezki buat awak. Semoga mendapat yang terbaik dari segala yang terbaik di sisiNya.

Raihah Rosli said...

Slmt hri rye :) Owh.. Terengganu dekat Kemaman, sempadan Pahang-Terengganu.

Insya Allah...