Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, January 28, 2011

Negatif ........

12 hari blog ni tak di 'update' dan tak dijengah. Huhu. Sibuk. Sungguh. Tetekan. Kemurungan. Hoho... horlicks! Sedapnya horlicks ais... hahaha da mula ngarut.

Sedikit kemurungan sejak akhir-akhir ini. Tertekan dengan kerja yang saya rasa beratur menunggu masa untuk disiapkan. Kadang-kadang saya terfikir, lambat sangat ke saya buat kerja... sampai rasa macam tak cukup masa. Kalau lepas waktu sekolah tu, saya stay back. Sedar-sedar je dah pukul 5. Tengok berlambak lagi kerja tak siap. Lesson plan tak siap. Buku tak habis tanda. Urusan buku teks, SMM, kehadiran. Tu tak termasuk kerja PBS dan Sivik. Alhamdulillah, Kak Dayah banyak tolong. Kebetulan Kak Dayah dan saya banyak benda kena buat bersama. Sebab saya dan Kak Dayah S/U PBS dn Kak Dayah KP Sivik dan saya penolongnya. Jadi saya sangat-sangat berterima kasih kepada Kak Dayah :) Kak Dayah bukan setakat tolong tentang PBS dan Sivik sahaja...semua yang ditanya, Kak Dayah memang bersungguh-sungguh terang dan bantu.


Sedikit rasa sedih bila mengajar sivik. Huhu.. sebab sivik saya kena ajar kelas ke 7 dan 9. Dan kebanyakannya tak faham bahasa melayu dan tiada seorang pun pelajar melayu dalam kelas itu. Jadi saya rasa macam 'oh sampai ke tak apa yang saya ajar'. Suruh baca pun tersangkut-sangkut setiap perkataan. Itu baru suruh baca, tak tahulah mereka faham atau tak apa yang dibaca. Akhirnya saya rasa macam 'tak terkata'...... Sedih. Arghh! Tertekan!

Bab disiplin pula. Huuh... menguji kesabaran dan melatih vokal. Rasanya sebulan jadi cikgu betul ni, suara saya yang memang kuat ni dah pecah... hahaha:) Mana dengan yang tidur, yang tak reti duduk diam, yang bercakap tak berhenti. Yang tak bawa buku teks, yang tak siap modul, yang buku latihan hilang. Yang tak nak bawa balik buku pun ada. Mula-mula saya pun tak faham, kenapa setiap kali habis kelas pelajar mesti tanya nak hantar buku ke tak. Rupanya mereka tak suka bawa balik modul dan buku latihan balik sebab beg berat. Padahal ringan je pun modul tu. Tapi sebagai cikgu yang memahami... saya kutip jugalah modul . Jadi meja saya dipenuhi modul. Tapi ada juga kebaikannya modul mereka tak hilang dan tak akan tertinggal di rumah.


Sedikit rasa down bila pihak atasan ada bagi tahu pelajar komen cikgu guna bahasa melayu. Aku dan Ayu sama-sama kecut perut. Masalahnya saya dwibahasa. Mungkin mereka rasa saya banyak berbahasa melayu dan saya pula rasa saya dah cuba banyakkan bahasa inggeris. Mungkin bagi saya banyak sebab masa praktikum dulu isu itu tak timbul sebab pelajar saya semua melayu. Berbeza sekarang... Kesannya.... hari ni saya tibai fully english dekat kelas saya kelas yang ke-10. Habis je saya ngajar tentang human blood.... pelajar saya cakap... "Cikgu cakapa bahasa melayu lah... tak fahamlah english". Huhuh... lepas itu saya ulang balik dalam bm. Gggrrrr! Sabar je lah!

Terlalu berat saya rasa... Akhirnya mencetuskan sebuah perbualan .

Ayu: Aku rasa macam tak lama je aku kerja. Macaam tak serasi lah.
Saya: Betul lah Ayu. Aku pun rasa mcam tu...
Ayu: Kau pun macam aku jugak ke?
Saya: A..ah. Entahlah Ayu. Sekali fikir nak sambung belajar lagi. Sekali fikir aku nak duduk rumah je. Hahaha. Apalah aku ni kan...
Ayu: Tak lah Rai. Aku pun sama. Aku pun suka duduk rumah.
Saya: Aku pun percaya perempuan boleh main peranan besar bila duduk rumah.
Ayu: Aku pun nak duduk rumah..tapi.... kalau suami aku kaya la. Hahaha..
Saya: Hahahaha :))

Bila dah mula bekerja, saya perasan .... 6.30 am keluar rumah, 5.30 pm baru saya sampai rumah. Malam pun kadang-kadang siapkan apa yang patut. Saya rasa sibuk dan saya berharap saya semakin dapat menserasikan diri saya. Dan saya berharap saya dapat belajar dengan cepat supaya semkin cekap melaksanakan tugas seterusnya tidak mengambil masa yang lama untuk sesuatu kerja. Saya berharap saya dapat melaksanakan tugas sebaiknya...

Sebelum Ayu keluar dari kereta tadi, saya cakap dengan Ayu.... "Sekarang aku boleh faham kenapa ada sesetnagah orang boleh pergi office jam 8 pagi dan balik rumah lewat malam".


Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
[Maksud Ayat 61 Surah Ghafir]
[40:61]

6 comments:

miss fana said...

salam,eah. :)

Each of us have a different problems...take it as a challenges, try to accept and learn from the bottom part. Menyerah, its not a good thing for us as a beginner...

The first thing is, love ur job. When u r in love, whatever happen,good or bad,happy or worse, you can still stand, and said, 'i can handle it'

:)

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Assalamu'alaikum wbt...

Inilah realiti kehidupan sebagai insan bergelar guru. Namun, masih kedengaran suara2 sumbang yang mengatakan bahawa kerja guru merupakan kerjaya yang mudah.

Dewasa ini, nilai pada profesion perguruan semakin pudar dan kusam. Ditambah pula dengan pelbagai pekeliling dan peraturan yang membataskan dan menghadkan bidang kuasa sebagai seorang cikgu. Natijahnya, disiplin pelajar kini amat membimbangkan.

Bagitu juga dalam hal pengurusan, cikgu kini dibebani dengan banyak kerja pengkeranian sehingga cikgu sendiri kesuntukan masa untuk fokus kepada persiapan P&P. Akhirnya, P&P dijalankan kurang berkesan. Akhirnya, guru juga akan dipersalahlkan.

Pelajar kini sudah cukup hebat hingga boleh mengkomen guru. Tiada lagi rasa hormat pada guru. Akibatnya, ilmu yang dipelajari tidak berkat. Hasilnya, lahirlah generasi pemuda-pemudi yang rendah akhlaknya.

Apepun, kita niatkan bahawa kita mendidik dalam usaha mengapai keredhaanNya dan dalam usaha mencari sumber rezki. InsyaAllah, dalam banyak2 yang bermasalah, akan ada seorang yang pengubat luka.

Selamat berjuang duhai serikandi muslimah. ^_^

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...
This comment has been removed by the author.
Raihah Rosli said...

Fana:
thanx fana.. i love my job ... but sometimes when too many challenges come.. i can't stand for it :) but alhamdulillah... I'm happy bcoz Allah is always wif me :)


Aima:
Saya paling tak boleh terima bila ada orang kata ckgu ni keje senang separuh hari. Tapi org tak tahu selepas dr waktu mengajar byk lg tuntutan keje lain.


Saya tak kisah kalo pelajar nak komen kalo komen tu mmbina, tp directly dulu kpd sy... supaya saya boleh membaiki. Ini tidak... terus kepada ketua bidang... sedikit sebanyak saya rasa terkilan dan malu sangat dengan ketua bidang dan ckgu-ckgu lain. Tp x mengapalah, itu hak pelajar... Cuma saya berharap dia x report kepada JPN o PPD. Sbb saya sendiri ingatkan tak jd mslh campur bi n bm sbb ppsmi da dimansuhkan. rupanya sesetengah pelajar ni lebih prefer fully english.

miss fana said...

thats life!penuh dgn kejutan dan dugaan!

i know, we can do it!!

:)

Infant's steps said...

"Allah meletak seorg hamba pada tempat terbaik utk agamaNya.."

setiap org situasinya berbeza..tapi apa2pun situasi itu adalah ketentuan terbaik oleh Allah utk kita sumbang kpd agamaNya..dan pada yg sama utk pengislahan (pembaikan) iman sendiri..sbb setiap yg berlaku itu adalah ujian utk kita perbaiki kelemahan diri..iA..

semoga diberi kemampuan dan kesabaran dlm menghadapi ujian hidup.. =)