Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, September 12, 2009

Restoran Siam


Selasa yang lepas saya bersama 3 rakan lain ke Restoran Siam (tak ingat nama penuhnya, itu hanya nama popularnya sahaja). Saya, Fana, Anim dan Syikin. Perancangan di buat sejak awal Ramadhan, 18 Ramadhan baru dapat berbuka bersama sebab masing-masing sibuk balik kampung saja hujung minggu Ramadhan kali ini.


Juadahnya memang sedap. Jadi, kita terus pergi ke menu yang ditempah seawal jam 5.45 petang. Menu-menunya:


Ikan siakap 3 rasa. Sedap. Walaupun lain daripada apa yang selalu masak di rumah.
Saya bagi 9/10.


Tom Yam Campur. Saya bagi 7.5/10.


Tom Yam Kha Ayam. Tom yam ini istimewa sikit. Mungkin masakan orang siam kot. Inilah pertama kali makan tom yam sebegitu rupa. Saya bagi 7/10.


Dging paprik. Saya bagi 7.5/10.


Menu terakhirnya Kailan ikan masing. Tak ambil gambarnya.

Teh O Ais, Carrot Susu, Jus Mangga dan Jus Epal. Airnya biasa saja. Mungkin sebab masa itu saya dahagakan air masak kot.

Nampak macam banyak je kan. Memang penuh meja pun. Untuk setiap menu itu kami tempah untuk seorang makan saja. Extranya ikan siakap 3rasa itulah. Harga di restoran ini berpatutan. Boleh dikira murahlah.

Friday, September 11, 2009

Cerita Hujung Minggu Lepas

Kasihan blog ini...terabai sekejap sebab kesibukan yang melanda. Saya sibuk menyiapkan Modul Aktiviti Elektromagnet Menggunakan Pendekatan Koperatif untuk projek tahun akhir saya. Ditambah lagi dengan bulan Ramadhan juga kekerapan saya pulang ke JB. Jadi extra sibuk.

Minggu lepas pulang ke JB, semua ada di rumah. Lengkap ketujuh-tujuh ahli keluarga. Bila semua ada kat rumah, ibu jadi rajin sangat masak. Huhu... tak mau dah cerita tentang menu. Nanti ada yang terliur! Bermula dari petang Khamis hingga ke Isnin saya di JB. Semasa pulang hari Khamis tersebut, saya bertiga bersama Haniem dan Hazni. Kami bertiga ke Pudu dan sesampainya di Pudu lebih kurang jam 5.45pm kami naik ke surau. Sebelum keluar dari surau, ambil beg kat tempat simpan barang.

Pak Cik Jaga Beg: Adik berbukalah di sini.
Haniem: Tak boleh sebab dah nak naik bas.
Hazni: Tapau boleh pakcik? (dengan nada bergurau)
Pakcik Jaga Beg: Boleh...boleh. Itu dah ada yang dah bungkus.

Pakcik itu pun menghulurkan 3 bungkus nasi beriani yang di dalamnya juga terdapat lepat dan buah limau. Terima kasih Pak cik! Lepat itu menjadi juadah berbuka saya di dalam bas.

Bulan Ramadhan ini saya rasa rezeki saya murah. Selalu dapat makanan percuma @ pemberian orang. Antaranya Yong Tau Fu Fana, Rendang Ayam Cu, Kuih Nekbak Cu dan banyak lagi lah makan yang kecil-kecil itu. Terima kasih kepada yang memberi.

Terima kasih daun keladi.
Ada lagi bolehlah bagi!
(~_*) Hahaha!


Dan di kesempatan pulang ke rumah minggu lepas. Saya bertemu janji dengan Azaty yang setelah rasanya sudah setahun tak bersua. Berjumpa di Jusco Taman U...tempat lepak saya bila nak jumpa kawan-kawan sekolah. Hampir 3 jam pertemuan itu, saya menemani Azaty membeli-belah sambil bersembang. Bulan Ramadhan, jadi tiada aktiviti makan-makan. Saya dihadiahi Azaty sebuah beg kulit yang comel, buah tangan dari India. Terima Kasih Doktor! Insya-Allah saya akan pakai masa praktikum nanti. Tapi lupa pula nak ambil gambar...huhu.

Banyak yang saya sembangkan dengan Azaty. Banyak benda yang boleh saya ceritakan untuk renungan bersama. Insya-Allah entry akan datang. Sekarang saya sibuk, kalau nak sentuh isu-isu yang berat (bagi orang yang cetek ilmu macam saya). Saya kena buat rujukan dulu. Saya kena lahirkan dulu perasaan untuk muhasabahkan diri. Barulah saya beras puas hati dengan entri di bawah label muhasabah diri. Jadi di waktu ini saya tak sempat nak membuat rujukan. Tak sempat nak ambil rasa muhasabah diri di depan laptop. Sebab bila pandang laptop sahaja, teringatkan kerja yang bertambun-tambun.

Setakat inilah yang mampu saya catatkan buat malam ini. Hanya beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya yang saya calitkan di rumah KUASADUAR saya ini sebagai kenang-kenangan dalam meniti kehidupan.

p/s:
1. Saya ada assignment yang perlu saya siapkan malam ini juga. Sebab esok pagi ada discussion assignment tersebut. Satu apa pun saya tak buat lagi!

2. Kita sudah pun di sepuluh malam terakhir. Jangan persiakan.... Jangan jadikan puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga. Isikanlah sebaiknya... Kalau dalam kita sudah dijanjikan dengan lailatul qadar pun masih liat untuk beramal ibadah... apa lagi ganjaran yang kita mahu?

Tuesday, September 1, 2009

A&W + Pulang + Makan

Dalam asyik bergembira sibuk dalam pulang ke JB ini.... Ramadhan sudah masuk ke Fasa ke 2 iaitu Keampunan... Mari sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat... Mempertingkat momentum.... Meraih kesempatan di bulan Ramahan ini... Memanfaatkan sepenuhnya.... Sungguh ! 10 hari yang berlalu bagai tak terasa.

Jumaat lepas balik JB. Pukul 3 pagi sampai JB. Anis yang jemput di Sri Putri. Jumaat sampai Isnin. Jadi ada beberapa cerita yang keciciran untuk dicatatkan di sini.

Lepas saja habis ujian Fizik Tenaga, saya dan Fana bergerak ke Stesen Bas TM. Ke KL bas jam 4.30 pm. Sampai Pudu dalam jam 6.30 pm. Sesak sangat daripada keluar highway ke Puduraya.

Bajet mula-mula nak buka puasa dengan roti krim Gardenia yang RM0.60 tu saja sebab masih dalam misi diet dan temankan Fana beli makanannya di Mc D dan berbuka saja di Puduraya sebab bas Fana jam 8pm. Tapi Mc D penuh jadi bergeraklah kami ke A&W. Alhamdulillah A&W tak ramai lagi orang masa itu. Di A&W saya ubah perancangan saya untuk berbuka di situ saja sebab dapat bayangkan betapa penuhnya Pudu pada masa itu.

Jadi untuk sesi jalan-jalan cari makan kali ini kami makan di A&W. Menu saya Delight Burger dan Milo Ais. Disebabkan masih dalam misi, saya ambil burger paling ringan rasanya (~_*) dan milo pula sebagai alternatif kepada root beer A&W yang popular itu sebab saya kurang menggemari air bergas. Menu Fana pula ialah Set Double Mozza (Burger + Root Beer) dan curly fries.

Juadah sahur pagi 8 Ramadhan sangatlah menggugat misi diet saya. Nasi + ikan goreng + paceri nanas + sotong goreng kunyit. Huhuhu... saya yang dah lama tak menjamah nasi putih ini sangatlah teruja. Pencuci mulutnya kek lapis sarawak. Inilah kali pertamanya dalam Ramadhan kali ini saya bersahur sehingga betul-betul kenyang. Di TM hari-hari saya bangun sahur, tapi makan kurma dan minum susu sahaja.

Manakala juadah berbuka juga amat menyelerakan saya. Mee hoon soto yang merupakan makanan kegemaran saya dan muffin blueberry chocolate. Aduh~~~ memang ranaplah misi saya.

Sahur untuk 9 Ramadhan pula singgang pedas dan pencuci mulutnya kuih lompat tikam. Berbuka dengan Kuey Tiow Kerang dan kuihnya Popiah Crispy & Crunchy dan kuih Vaday. Masa buka ini saya makan je. Malas dah nak fikir diet tak diet! Hahaha...memang tak kuat semangat saya ni.

Sahur terakhir sebelum pulang dari percutian kali ini dengan nasi berlaukkan daging masak hitam berempah dan sambal goreng berlada tempe. Pencuci mulutnye sira kuah pisang nangka. Masa ini memang dah tak fikir misi. Fikir makan je la.... hahahha. Nasib baik balik kejap saja.

Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan Khamis ini mahu pulang lagi!


"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." -Maksud surah al-A'raf:31 [7:31]