Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, October 14, 2010

Hujung Minggu...

Pagi yang mendamaikan ini, saya ambil kesempatan menulis. Berhenti seketika daripada pembacaan. Saya sedang menghabiskan bacaan buku 'Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik'. Begitu perlahan momentum pembacaan saya, buku yang serius maka tumpuannya lebih berbanding dengan membaca buku fiksyen. Ada dua lagi buku yang sudah dibeli tapi belum diusik. Palestin Tak Pernah Gentar dan Formula Solat Sempurna.

Hari ini 14 Oktober 2010. 4 hari selepas tragedi jalan raya 2010. Kemalangan yang mengorbankan 12 nyawa dan ramai yang cedera di Lebuhraya Utara Selatan.

Petang itu saya dan ibu yang sudah puas berjalan-jalan di sekitar KL bergerak ke UTM Jalan Semarak menaiki teksi. Menunggu ayah yang sedang mengajar. Jam 5, ayah sudah tiba di kereta.

Ibu: Nak singgah kat Anas?
Ayah: Boleh juga. Cuba telefon dia. Boleh makan malam sekali.
Ibu: Kalau penat tak payah singgah pun tak pa. Terus balik Johor.
Ayah: Singgahlah sekejap...

Jam 6 sudah berada di bawah rumah Anas, blok ST10 Bandar Baru Bangi. Menjemput Anas lalu bergerak ke Restoran Lengkuas. Makan ringkas saja. Usai makan dan menghantar Anas pulang, jam menunjukkan pukul 7. Ayah memandu terus memasuki highway. Petang minggu itu sungguh banyak kereta, baik dari arah utara mahupun selatan.

Saya: Banyaknya kereta.
Ayah: Hujung minggu. Semua orang keluar jalan. Balik kampung. Sekarang ni semua dah dekat, ada highway.
Saya: Emmm.... Jangan jam sudah.
Ayah: Kalau smooth cam ni takpa, senang bawak. Tapi kalau ada satu kereta buat silap, memang habisla stuck ni.
Saya: Nak berhenti solat kat ne?
Ayah: Jejantas Ayer Keroh.

Selepas pada itu saya pun diam. Ayah bukanlah seorang yang suka bercakap. Ibu dah terlena ditempat duduknya.

7.45 petang, semasa itu kereta sudah melepasi Susur Keluar Pedas Linggi. Tetiba kenderaan di jalan raya berhenti. Kesesakan yang teruk. Kenderaan langsung tak bergerak. Jangkaan saya yang saya akan sampai rumah jam 10.30 memang meleset sama sekali.

Dari 7.45 malam, sehingga 8.45 malam, 9.45 malam hingga 10.45.... barulah melepasi kesesakan yang teruk itu. Rasanya sepanjang 3 jam tu tak sampai 5 kilometer pun kereta ayah bergerak. Masa itu ramai yang dalam kereta sudah keluar berjalan kaki. Semuanya ke arah tempat kemalangan. Mungkin sebab kebosanan. Ada yang dah padam enjin kereta. Ada yang keluar dan bersembang-sembang di tepi jalan. Ramai juga yang masih tidak berperi kemanusiaan menggunakan laluan kecemasan, menukarkan jalanraya yang septutnya 3 lane kepada 4 lane. Tanpa rasa bersalah,sedangkan ambulans dan JPA3 sudah beberapa kali hon untuk diberi laluan. Disebabkan tu ambulans terpaksa lalu di atas rumput dan berhimpit sekiranya ditepi jalan ada penghadang besi. Disebabkan kesukaran itu, bantuan dah tak lalu tepi lagi. Bantuan kecemasan baik ambulan, jpa3, bomba dan polis terus melalui tengah antara 4 lane itu. Jalan raya yang sepatutnya 3 lane sudah menjadi 5 lane. Itupun masih ada yang ikut belakang ambulans menyebabkan ambulans yang kemudian sangat sukar untuk lalu lagi... :((

Kemalangan yang mengerikan. Dalam sekelip mata 12 nyawa hilang. Macam-macam kisah di sebalik mangsa-mangsa kemalangan tersebut. Salah seorangnya adalah pelajar UPSI yang akan berkonvo Jumaat ini. Ada juga seorang bekas pelatih PLKN yang pertama kali naik bas untuk berjumpa dengan rakannya. Itulah yang telah ditakdirkan. Sesungguhnya, kematian itu pasti akan hadir. Tidak akan lewat, juga tidak akan cepat. Ia datang seperti yang telah ditetapkan oleh-NYA yang kita sendiri tak tahu bila...

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Maksud Ayat 78 Surah An-Nisa'
[4:78]


Itu kisah hujung minggu lalu. Insya Allah, petang Jumaat ini ke KL lagi, sebab Sabtu petang saya berkonvo. Tak ada perasaan sungguh nak konvo. Nak kata gembira tak, nak kata sedih pun tak. Haha... tak tau lah.


p/s: Malam tadi chatting dengan Kak Diha di FB. Kak Diha akan berangkat Selasa ini ke Sarawak. Kak Diha ditempatkan di politeknik sebab Kak Diha dulu adalah pemegang biasiswa KPTM. Macam itu juga dengan Kak Dila, Kak Diba n Kak Ainul. Tahniah akak-akakku! ~_~ Bestnya! Dah nak mula kerja:)

Friday, October 8, 2010

Jalan-Jalan Masa Cuti


Sunyi kembali. Alhamdulillah. Anis dah selamat sampai di Mesir. :) Cepat sungguh masa berlalu, 25 Ogos 2010-6 Oktober 2010 bagai tak dirasa.

Walaupun Anis balik sekejap, tapi pelbagai agenda terlaksana. Bila Anis balik Mesir semula rasa sunyi sikit, sebab kalau tak saya berdua dengan Anis, adalah kawan-kawan nak bercakap, bertekak, berjalan-jalan . :D Puas saya berjalan sepanjang Anis balik. Mana taknya, awal-awal balik dah ajak saya berjalan gi UTM dan destinasi terakhir ialah Singapore :) Bermula dengan Taman Tropika UTM, Nusajaya, Pantai Chendor , Teluk Mak Nik, Melaka dan Singapore . Tidak termasuk lagi kehadiran syawal dan urusan walimah Along juga ke pusat membeli-belah seperti Giant, Angsana dan Jusco. Jadi, saya sangat kuat berjalan-jalan waktu Anis balik. Sekarang berhibernasi saja di rumah ~_~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR

Taman Tropika
UTM
28 Ogos 2010
Saya, Anis dan Angah




Kota Iskandar
Nusajaya
6 September 2010
Saya, Anas dan Anis



Anas


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TERENGGANU

Pantai Chendor
8 September 2010




Teluk Mak Nik
11 September 2010


Syahmi



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA

Menara Taming Sari

Anas dan Anis
Bukit St. Paul

Kincir Air

Sungai Melaka

Melaka River Cruise



~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINGAPURA
30 September 2010
Saya dan Anis


Masjid Sultan


Marina Bay

Kg. Melayu

Sekarang duduk rumah diam-diam saja -_- Kawan nak berjalan dah tak ada. Kalau selama Anis balik ni, pantang kalau Anis ajak keluar, saya setuju saja. Tak kiralah ke mana-mana. Dari sedekat Taman U sehingga ke Singapura,walaupun tak ada pasport sanggup buat pasport :D. Ialah, tahun depan saya dah kerja, mana ada masa lagi nak teman macam sekarang.

Sekarang tunggu bila lah ayah nak ajak balik Kemaman ni. Sangat tak sabar nak balik Kemaman bila pagi tadi Kak Linda cakap dia dapat makan nasi dagang dengan Aina, juga tak sabar nak jumpa Syahmi.

Entry ini tak ada apa pun, kesian tengok blog tak di'update' walaupun tuan nya tak bekerja. Eh, tak bekera pun bz juga. Esok gi KL lagi, teman ayah ada kelas kat KL. Seminggu 2 kali ulang-alik KL, macam dekat je :D

Sunday, October 3, 2010

Rindukan Mereka...

Saya rindu pada anak-anak didik yang telah saya tinggalkan di Kuantan. Entah kali berapa saya ungkapkan. Walaupun beberapa kali diungkapkan, rindu tetap rindu. Namun, apakan daya... Kuantan dengan JB bukannya sedekat sejam dua. Ia makan 5 jam perjalanan paling kurang.

Bukan sekadar comment di FB, anak-anak didik turut menghantar mesej di FB dan sms di hp bagi mereka yang punyai no. hp. Malah, siap ada yang telefon ajak datang Kuantan -.- Ada juga yang janji nak belanja makan.

Macam-macam yang mereka katakan. Ada kata saya sombong sebab tak balas sms mereka sedangkan saya tiada kredit. Ada yang kata saya gong sebab tak balas chat mereka di chatbox FB, yang akhirnya saya buat offline terus bagi tak menyinggung hati anak didik saya. Bayangkan, baru je onFB ada dekat 10 orang masuk chat.... haha... mana sempat nak layan.

Kalau ikutkan hati nak sangat pergi Kuantan nak lawat Hadeef Zafran yang comel itu. Aunty minta maaf Hadeef, Aunty tak sempat lagi nak menjenguk kamu :( Aunty nak sangat tengok kamu. Dulu masa kamu dalam perut mami, Aunty duk kira berapa bulan lagi baby nak keluar. Sekarang dah keluar pun :) Nak sangat tengok ~_~ Dalam masa yang sama boleh jumpa anak-anak didik. Budak 2 Rajin. Budak 2 Jujur. Budak Bola Tampar.


*****************************

2 Rajin.
Kelas yang mulanya menjadi harapan untuk di'observe'. kerana kedudukannya lebih baik. Kita merancang, Allah penentu segalanya. Akhirnya, saya rasa saya faham kenapa tak ditakdirkan saya kena observe masa kelas ini.



Kelas ini selalu jealous bila saya sebut 2 Jujur. Saya pun tak faham kenapa. Yang penting , saya sayangkan dua-dua kelas yang diajar. Dua-dua ada kelebihan tersendiri. ~_~

Saya akan tersenyum setiap kali membaca kad ini. Terima kasih Izzati, Natasya, Farah dan Zawani :) Kata-kata kamu semua semoga menjadi satu doa.


2 Jujur.
Kelas yang sangat menguji kesabaran. Tapi, akhirnya saya akui, yang nakal itu yang diingati. Yang nakal itu yang disayangi.

Haru-birukan kelas? Memang macam inilah keadaanya... Kalau tak, taklah 2 Jujur ni glamor kan... Apa ceritalah mereka... Risau sebab ramai antara merea daripada keluraga yang bermasalah.


Firdaus dan Yusri. Ada pelajar lain kata saya selalu lebihkan Yusri. Saya pun tak tahu sejauh mana, sebab sebolehnya saya mahu adil kepada semua. Hati cikgu mana yang tak sejuk bila pelajar nakal mahu belajar. Minggu pertama saya mengajar, dia ambil tempat duduk belakang sekali... selepas daripada itu apa yang saya perasan, tempat duduknya mesti di baris hadapan dan di tengah-tengah.



Bola Tampar.
Mula-mula tahu kena jadi cikgu bola tampar, rasa sangat sedih. :( Sebab tak tahu nak buat apa. Rupanya ada coach luar, salah seorang ayah pemain bola tampar. :)

Cikgu malas duk kat kerusi bawah pokok. Anak-anak didik disuruh bermain di tengah panas -_- . Saya sangat bangga dengan pencapaian mereka juga kerajinan mereka untuk hadir latihan setiap petang. Kadang-kadang sampai pagi-pagi Ahad pun mesej cikgu suruh datang training. sebab tak boleh adakan latihan tanpa kehadiran cikgu walaupun ada coach. Dalam malas terpaksa jugalah saya datang terpacak di tepi gelanggang. Tu lah tugas cikgu selain buka dan tutup pintu stor sukan dan kira bola setiap kali lepas training :D Tu yang sempat snap gambar.

Namun, kadang-kala ada sedikit rasa kecewa apabila pelajar tak menjaga perkataan, pakaian juga pergaulan antara lelaki dan perempuan sewaktu latihan :( Penat sudah ditegur., namun tiada perubahan. Seringkali saya terfikir, mungkinkah kerana diri saya tak bersih maka nasihat seperti sia-sia... Sebab pernah terdengar satu kisah bahawa seorang yang baik iaitu hidup hatinya dengan satu teguran berjaya mengubah seorang yang jahat.

****************************


Tapi, masalahnya ibu macam susah nak bagi kelepasan pergi. Saya pula jenis sekali tanya je. Kalau ibu jawab acuh tak acuh. Maka tau lah saya ibu keberatan nak bagi. Saya memang tak tanya kedua dan ketiga kali. Orang kata kalau mak tak bagi tu ada sebab . Jadi, redha je la...

Huhuh... kesempatan masa memang ada nak pergi, tapi kebenaran macam tak berapa nak ada. Tambahan pula, duit pula boleh la cukup-cukup kalau nak pergi, kiranya kalau pergi, balik JB memng pokai lah. Jadi, jawapannya tak boleh pergi.:(