Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, September 13, 2008

Sejauh Mana Sc & Math In English


Ahad lepas, sy terbaca dlm NST tentang kajian yang dibuat terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dan pagi Isnin keesokannya pula, sy mendengar radio Red 104, juga membincangkan tentang masalah yang sama.
Pelbagai pendapat yang dilontarkan. Ada yg mahu sistem itu diteruskan dan ada juga yang mahu kembali ke dalam Bahasa Melayu. Ada juga yang memberi pendapat di beri opsyen kepada pelajar utk memilih sama ada pljr tsbt mahu belajar dlm BM atau BI.

Perkara ini dikaji semula setelah hampir 6 tahun perubahan ini dilakukan. Keberkesanannya dikaji semula. Melihat kembali sejauh mana penguasaan Bahasa Ingerís apabila Sains dan Matematik diajar dalam bahasa itu. Juga melihat bagaimana pencapaian pljr dlm Sains dan Matematik.

Bagi sy semuanya ada pro dan kontranya. MENERUSKANNYA bererti memberi lebih peluang kepada pelajar yang memang mampu menguasai BI dan berminda sains dan matematik untuk lebih bersaing di peringkat antarabangsa, seterusnya kita mampu melahirkan masyarakat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara maju. Meneruskan juga boleh memberi peluang kepada anak2 yg kurang mahir berbahasa inggeris lebih mahir berbahasa inggeris dan dalam masa yang sama dapat menguasai sains dan matematik. TIDAK MENERUSKANNYA juga membawa kebaikan kepada anak2 yang tidak mampu memahami sains dan matematik dalam BI. Supaya mereka mampu menguasai sains dan matematik meskipun tidak pandai berbahasa inggeris. Agar kita tidak melahirkan masyarakat yang langsung buta sains dan matematik akibat kegagalan mereka berbahasa inggeris.

Sy enggan mengulas lanjut, kerana apalah erti bebelan sy ini. Kalau ada yang berminat utk tahu lebih lanjut, boleh meng’google’ sendiri.Sy cuma mahu mengatakan betapa hambar, hangat dan hangin juga perasaan sy apabila pelbagi pendapat diberikan. Sungguh! Terdapat sesetengah pendapat yang meletakkan kesalahan ke bahu guru semata2. Sedarkah bahawa sebenarnya guru2 hanya pelaksana dasar. Menurut apa yang telah diaturkan oleh pihak yang lebih berkuasa. Menyalahkan cikgu2 yg gagal berbahasa inggerís dengan baik ketika mengajar juga tidak wajar.Masih segar lg dalam ingatan sy semasa perubahan ini dilakukan. Keputusan utk P&P Sains dan Math dlm BI dibuat pd thn 2002 dan dasar itu dilaksanakan pada awal 2003. Tanpa memberikan kesempatan masa yg cukup kpd guru2 utk memantapkan penguasaan BI. Cikgu2 sy pd masa itu hanya mengikut kursus ETeM utk membaiki BI yg kadangkala mengganggu waktu P&P sy kerana cikgu pergi bekursus.

Kajian yang lebih halus serta holistik amat wajar dilaksanakan. Menudingkan jari kepada satu2 pihak adalah kesalahan yang memakan masyarakat kita sendiri. Cacat-cela yang telah terjadi harus dibaik pulih. Lompong-lompang di sana sini harus ditimbus.
Yang pastinya, jangan jadikan pelajar2 kita mangsa eksperimen yang gagal!

------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Sy tk dpt acces internet di rumah sewa. TMnet baiki line sebab line rumah tu lately sgt slow. Skrg kat libry, tp n3 ni da type awl2 kat umah lg, smlm lg da siap type tp x boleh pos! Huhuh.

4 comments:

Neeza Shahril said...

pada pendapat akak kan, biarlah diteruskan. Dalam sesuatu percubaan, mestilah ada yang tak sempurna. Takkanlah disebabkan guru tak fasih berbahasa Inggeris, terus nak tolak tepi peluang pelajar belajar n English. 1 benda yang silap yang akak nampak, parents terlalu tamakkan results cemerlang berbanding dengan pembelajaran anak2. Bila anak tak dapat A sebab dia kurang fasih ENglish, ada lah pihak2 yang nak disalahkan. Padahal pembelajaran anak2 tu bukanlah setakat PMR, SPM atau UPSR sekali pun kan.

kalau tak ajar in English, sampai bila lah bangsa melayu ni nak improve English.. kat rumah memang dah tak cakap English.. kat sekolah, setakat subject english aje. Itupun ramai yang cakap melayu masa subject tu (experience sendiri ni).

Entahlah Raihah.. susah nak cakap bila ada orang dah ada sebab sendiri kenapa dia buat begitu dan begini kan..

Raihah Rosli said...

Sy stuju juga kalo diteruskan...budak2 x pening2 kpale nk tukar blik bhsa.... ktorg (bkl2 ckgu) pn x pening...kat u da bljr in english kan...so term2 semua in english...msuk skolah snang ckit.

Bile sy da bsr ni ...bru sy nmpk...parents skrg ni sibuk suruh anak score gler2 dlm exam... mmg la bgus ...tp jgn smpai buat anak pressure.. Bile da bljr ttg howard gardner ni...sy rse parents2 kat mesia pun kne bljr jugak...semua org ada kepandaiaan mereka tersendiri!

Btul tu kat umah mmg ckp melayu je la! :) Sy dpt lihat kesan sc & math in english ni pd adik sy. dorg 1st batch bljr sc n math in english mse form 1... So of course la english dorg mantop dr sy...huhu

Kite ikut je la apa yg ditentukan.... tp bg sy dua2 ade pro n kontra :)

Anonymous said...

pada pendapat saya,sebaik2nya diajar dlm bahasa inggeris..sbb saya pasti pada masa akan dtg,sememangnya bahasa itu yg akan digunakan esp dlm pekerjaan yg profesional..

mgkn bagi tdk membebankan student ialah dgn memberi pilihan kepada student utk menjwb dlm bhs eng or malay..mgkn kalau jwb dlm bahasa eng boleh mendapat kredit lbh??bg menggalakkan pelajar memantapkan bahasa eng diorg..

sekian...

Anonymous said...

itu pdpt anonymous....

Sy juga bersetuju dr sudut itu... Mmg bagus...skrg sumer in english...so student bleh compete bleh da msuk pengajian tinggi.

Namun apa sy turut fikirkan ialah anak2 yg keciciran english nya....kesian kat dorg ....gagal english...gagal sc n math! maka mereka buta eng n sc n math... Itu juga mslh yg harus dipedulikan...