Hampir seminggu tak update blog. Walaupun rasa macam banyak idea nak ditulis tapi mood untuk menulis tak datang. Idea utama sudah ada, tapi untuk olahan idea utama itu tak ada... Nampak sangatlah kekurangan ilmu di kepala (~ _*) .
Hari ini dalam sejarah. Inilah kali pertama aku pergi ke klinik gigi. Pagi tadi ke Klinik Gigi Amim kat Taman Universiti. Sebenarnya rasa tak selesa kat gigi atas kanan tu dah lama. Hampir 1 bulan setengah. Tapi dibiarkan sahaja sebab tak sakit pun. Cuma ada rasa gigi tu macam ada something wrong je rasa macam gigi tu berlubang.
Rupanya memang betul gigi tu tak ada problem. Tak berlubang pun. Okay! Hahaha ;p Tetapi ada sebatang gigi lain yang berlubang. Gigi geraham bungsu yang terletaknya kat belah bawah dan hujung sekali. Dentist tu kata lubang tu kecil sahaja, sebab tu saya tak rasa sakit dan kena tampal sebelum menjadi teruk.
Menurut kata dentist yang merawat saya tadi, gigi yang kat atas kanan yang saya rasa ada something wrong tu disebabkan susunan gigi saya yang agak kurang betul. Mungkin pada awalnya ada makanan yang terlekat dan menyebabkan saya selalu menghalakan hujung lidah saya pada gigi tersebut sehingga menyebabkan ada rasa kurang selesa kat bahagian gigi itu. Susunan gigi saya yang kurang teratur menyebabkan cara memberus gigi perlu dilakukan dengan amat teliti. Jika tidak nanti akan menyebabkan karang gigi. Setakat ini memang tiada masalah yang berlaku, keadaan gigi saya baik dan dalam keadaan bersih. Begitulah kata-kata dentist itu.
Menurut : http://www.dentalcare.com/soap/patient/malay/plaque.pdf
Karang gigi juga dipanggil kalkulus merupakan longgokan berlapis keras yang
boleh memerangkapkotoran pada gigi dan menyebabkan penyahwarnaan. Ia mewujudkan
ikatan yang kuat yang hanya boleh ditianggalkan oleh pakar pergigian.
Pembentukan karang gigi juga boleh juga menyukarkan kerja-kerja menanggalkan
plak baru dan bakteria.
Dentist itu menasihati saya supaya melakukan braces supaya keadaan gigi saya lebih teratur. Seterusnya mencegah daripada berlakunya karang gigi terutamanya apabila usia semakin meningkat. Menurut dentist tersebut, apabila usia meningkat, peluang untuk karang gigi terbentuk adalah lebih tinggi lebih-lebih lagi dengan susunan gisi saya. Seterusnya mewujudkan lebih banyak masalah gigi.
Banyak perkara yang saya pertimbangkan untuk memakai braces. Daripada segi hukum agama, insyaAllah, saya yakin ia dibolehkan. Klik sini. Kalau dah buat dekat klinik swasta sudah semestinya ia memerlukan ongkos yang tinggi. Bukan ratusan tapi ribuan ringgit. Kalau ke klinik kerajaan, sudah pasti memakan masa yang lama bertahun-tahun untuk menunggu giliran rawatan. Bukan itu sahaja, benda yang lain yang perlu difikirkan ialah kalau saya buat rawatan di Johor, bagaimanapula jika saya kembali ke Perak apabila U dah buka. Agak sukar jika terpaksa berulang-alik untuk rawatan-rawatan seterusnya.
Gigi saya memang tak pernah ada masalah. Buktinya setiap kali nurse gigi datang kat sekolah buat pemeriksaan, saya sentiasa dapat gred A untuk gigi. Sebab itulah hari ini first time pergi klinik gigi (*_~). Masalah yang saya hadapi sekarang adalah susunan gigi saya. Mungkin kalau orang lain masa sekolah rendah lagi sudah ulang-alik ke hospital untuk buat braces. Tapi saya tidak. Bukan sebab apa. Sebab dulu-dulu saya ada banyak lagi penyakit yang perlu disembuhkan. Saya adalah penghidap asma dan sinus yang teruk, setiap pagi hidung saya berair. Saya juga mempunya wajah yang penuh jerawat dan menyakitkan sehinggakan telekung yang saya pakai perlu kerap dibasuh sebab selalu kena darah jerawat. Dulu saya berulang -alik ke pakar ENT (ear, nose and throat) dan pakar dermatology (kulit).
Sekarang gigi pula. Semuanya masih dalam pertimbangan.
8 comments:
reqa dan braces??heeee....
kat tempat kita ni murah je tau..dlm rm300 je kot..tapi yg pasti budak pempuan beramai2 la pakai kat sini..huhu..
Camtu ke susunan gigi ko eah?? nanti balik UPSI, anim cek ek same tak susunan yg real nge dalam gmbar tuh..waaa.. putih sungguh giginya atau di 'photoshop' dulu sbelum upload?? ngeh3.. gurau jea..
kna pkai braces ke??haha
gigi akak memang teruk sangat susunannya. Pernah masa di PPP, akak cerita pada kawan2 nak buat braces.. Bukan setakat untuk susun tapi sebab akak selalu bermasaalah tergigit lidah bila makan.. sakitnya laaaa..
Tapi kawan2 kata, tak payah la.. gigi akak dah elok..
dari tangguh-tangguh gitu, sampai sekarang tak buat. Alhamdulillah,masalah tergigit lidah tak teruk macam dulu..
tak tahulah sama ada gigi akak membetul dengan sendirinya ataupun gigi tu dah tak kuasa nak gigit lidah tu lagi hehee...
Azaty,
Mungkin tidak kot Azaty, tu saranan dentist tu je.
Kat sana murah ker??? Nak buat kat sanalah...Erk!! Bajet India tu macam Singapore jer dekatnyer :P
Aniem,
Ye , aniem... Itulah susunan gigi beta. Bukan setakat Aniem tak perasan gigi org cam tu. Ayah org kate die pun tak perasan selama ni gigi org bertindih macam tu. Hehehe. Ayah org juz tau gg org tak tersusun
Tak tau ker, gg org mmg putih berseri macam iklan Colgate! Hhuhu..gurau jer. Tapi gambar tu tak diphotoshopkan pun. Hanya di photoscapekan utk letak frame dan tulisan sahaja :)
Wanie,
Tak diwajibkan pun. Hanya disarankan utk kebaikan masa depan kata dentist tu. Supaya tak banyak masalah gg bile tua nnti.
:)
Kak Neeza,
Oooo... macam tu.
Mungkin lidah Kak Neeza dah menyesuaikan dirinya terhadap btuk susunan gg KAk Neeza. Adaptasi lidah terhadap gigi agaknya...menyebabkn dah tak tergigit lg.
perkh..gigi reqa mendapat concern drpd ramai org..gigi popular..heee..
Tempat tu kat mana, apa nama kliniknya
Post a Comment