Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, December 2, 2008

Kari Ikan

Saya seorang yang selalu lupa bahan-bahan yang perlu diletak dalam masakan. Biasalah... saya hanya memasak pada cuti semester. 5 bulan di rumah sewa di TM, saya hanya masak yang simple :) Tu pon kalau rajin, kalau tak jawapannya lauk bungkus. Jarang sangat nak rajin sebab bila dah letih buat assignment, jgn harap nak ke dapur. Lebih-lebih lagi susah nak dapat barang mentah , kena gi pasar malam setiap hari Sabtu di pekan. Peti ais dah lah kecil, tak muat nak simpan barang mentah untuk 18 orang. Huh...alasan ;p

Jadi saya hanya memasak pada cuti semester. Semestinya, saya yang pelupa ni tidak mampu untuk mengingat bahan-bahan yang diperlukan dalam masakan. Setiap pagi sebelum ibu pegi pejabat , ibu saya pesan menu lauk yang perlu dimasak, saya pasti akan bertanya kepada ibu bahan-bahan yang perlu diletak. Hahaha... sampai ibu saya cakap, penat betul nak beri tahu saya setiap pagi. :)

Semalam saya kena masak kari ikan. Jadi saya nak jot down apa yang saya buat.


Bahan-bahannya:
  • Ikan merah
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Halba
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Asam jawa
  • Garam
  • Tomato
  • Cili
  • Air
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang putih dan merah (hiris), halba, biji sawi dan daun kari.
  3. Tumis sehingga naik bau wangi.
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.
  5. Tuangkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk setelah tumisan berbau wangi.
  6. Tuangkan juga serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air.
  7. Gaul-gaul sampai rata.
  8. Tunggu sampai campuran tadi tu berminyak.
  9. Masukkan air.
  10. Tuang air asam jawa sikit.
  11. Letak ikan.
  12. Tunggu sampai mendidih sikit.
  13. Letak santan.
  14. Letak garam sikit.
  15. Kacau-kacau supaya kuah kari tu tak pecah minyak.
  16. Letak tomato potong dan cili.
  17. Biar sampai mendidih sikit.
  18. Padam api.
  19. Siap dan hidang.
Hahaha... sori yer...takde sukatan pun. Semuanya sesedap rasa sesuka hati. Itulah namanya seni memasak... ngeh3x. Resipi yang saya tulis ni ditype sebagai bahan rujukan saya sendiri :)

Kalau nak resipi yang baik sila rujuk ke blog masakan. :) Saya suka blog masakan Dapur Tanpa Sempadan. Setiap bahan diberi sukatan yang spesifik, gambar-gambar yang dapat memahami step yang susah dan masakannya sungguh sedap.

Semalam saya masak kari mengambil masa sejam setengah. Hahaha...lama sungguh! Biasalah tukang masak tak profesional. Masak kari 5 bulan sekali. Tengah-tengah masak semalam berkali-kali saya rasa. Ambil senduk tuang ke dalam mangkuk kecil dan rasa. Setiap kali saya rasa ada je yang tak kena. Ubah sana sini, tambah itu ini... setelah penat merasa, saya pun padam api dan hidang. Malas dah nak fikir apa yang kurang dan lebih. Disebabkan terasa muak sebab duk asyik merasa kari tu, saya tak selera nak makan lauk kari hari tu. Jadi saya tak jamah pun kari tu. Dinner malam tadi abang saya puji, sedaplah kari ni :) Hahaha... mati-mati saya ingatkan kari saya tak 'kick'. Alhamdulillah...


3 comments:

Neeza Shahril said...

orang kata, kalau kita selalu rasa masakan yang kita masak, tak sedap jadinya.. nasib baik raihah give up.. sebab tu lah sedap hehehe...

masak ni kan raihah, kalau ikut sukatan resepi pun tak jadi jugak.. dia kena sesedap rasa, sesuka hati aje.. baru jadi.. :))
cewah!! macam terer je akak ni bercakap.. padahal, everytime nak masak, tengok resepi jugak... :P

Mami Hadeef said...

hehe..nasib tak masin..org tua cakap kalau masakan masin ni, jodoh dah dekat..ngeh3..

Raihah Rosli said...

kak neeza:

ooo... tak tau pulak yang kalo byk kali rasa.. makanan jadi tak sedap...huhu

Kk neeza mmg terer msk , siap ada blog masakan lg :)

Aniem :
Oooo... ye ke...

Tak tau pulak kalau org msk msin da dkt jodohnye...huhu