Setelah lebih sebulan menduduki peperiksaan, saya dapat mengagak bahawa result akan keluar pada minggu ini. Lantas pagi tadi check dekat MyUPSIPortal, tapi tak ada lagi. Tiba-tiba lebih kurang jam 2 terbaca mesej Aniem. Aniem cakap result dah keluar. Dengan berdebarnya, on laptop. Tapi tak boleh nak log in. Line sibuk kot. Semua tak sabar-sabar nak tengok result. Sejam lepas tu Shud pula mesej suruh tengok result. Masih gagal nak buka. Lebih kurang jam 3.30 dapat log in dan terteralah result semester 5.
Perasaan berdebar bertukar gembira dan syukur tak terhingga. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah. Atas apa yang telah Kau kurniakan.
Bersyukur, bahagia, gembira dan segala macam perasaan positif yang saya rasai saat ini. Tetapi ada sesuatu yang saya kecewa dengan kelemahan diri. Kerana saya mensia-siakan satu peluang yang sepatutnya saya genggam. Yang saya maksudkan ialah subjek Basic Instrumentation. Basic Instrumentation adalah subjek yang paling senang skor A dalam fizik. Malangnya saya hanya memperolehi B+. Sedih?.... Sejujurnya tak sesedih cuma sedikit kecewa. Belajar subjek ini rasa senang, tidak sesukar subjek fizik lain. Lbih mudah dan tak serumit subjek lain. Test tempoh hari ditahap senang. Namun masa exam saya akui saya sukar untuk menjawab lantas saya tak meletakkan harapan tinggi setelah menjawab soalan akhir semester untuk Basic Instrumentation. Untuk kawan-kawan yang bakal ambil subjek ini sem depan... jangan sia-siakan kesenangan subjek ini. Kerana sebab ambil ringan dan memandang mudah kadang-kala memakan diri.
Selamat meng'check' result kepada pelajar UPSI. Jika keputusan baik, tahniah dan alhamdulillah. Bersyukurlah kita kepada Allah dan Dia lah selayaknya kita pulangkan segala pujian yang diterima. Bersujud syukurlah dengan nikmat keputusan cemerlang itu. Klik sini untuk tahu cara-cara sujud syukur. Namun, jika keputusan kurang memuaskan, redha itulah penawarnya. Percayalah bahawa Allah menentukan sesuatu punya hikmah disebaliknya.
Baiklah, setakat ini sahaja coretan. Lama sudah tak update blog. Tak ada idea.
-----------------------------------------------------------------------
SEDIKIT TAMBAHAN !
Terima kasih kepada kawan-kawan sepanjang kita bersama menempuhi Semester 5. Terima kasih kerana sama-sama kita habiskan masa belajar, assignment dan revision. Tak lupa jugak time lepak-lepak dan berhibur. Maafkan salah dan silap sepanjang bersama. Gurau-gurau dan gaduh-gaduh itu biasa. Lagi-lagi bila hari-hari bersama dari bangun tidur sampai nak tidur semula. Ayat klise : terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Terima Kasih ;)
-------------------------------------------------------------------------
6 comments:
huhu..tahniah la..
nak hadiah ke??huahuahua..
asal lme xon9 ni??
tq... :)
Nak!... Mne aci anas je dpt ;p
YM susah nk on9 skrg ni...ari tu dgn kat brita sbb ada kabel internet M'sia rosak .
ehem.. sedih gak tak dapat A.. mesti Dr Burn pun sedih.. tpi tk tau kot2 student laki yg dpt A.. harap2 dia masuk meeting nanti, sengihnya macam semester lepas.. tapi semster lepas ramai yg amik subjek Basic Instrumentation.. sem kite just 30 org jea.. kalau ade A pun mungkin 5 org je dia bulih bagi.. then A-, B+.. kecewa sbb Instrument memng target A..tp just A- je.. huhu..
Hopefully ramai budk lain skor A.Rasanya budak laki terror kot... orang lepas je jwb exm tu, org da fikir.... memang tak da hrpn nk dpt A. Org target dpt B paling tggi.
Tahniah Raihah.. satu kejayaan yang membanggakan..
dapat deans list tak? ;)
Thanks sis...Alhamdulillah :)
Post a Comment