Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, December 30, 2008

Selamat Datang 1430 & 2009

Salam Maal Hijrah. Semalam 1 Muharram. Hehe.. N3 ini agak terlewat...

Hijrah bukan sekadar hijrah fizikal atau tempat. Hijrah merangkumi sesuatu yang lebih luas. Hijrah sikap. Hijrah sikap yang merangkumi sikap terhadap agama, hati, akal, sifat, amalan dan tingkah laku.

Moga ada hijrah dalam diri ini untuk sesuatu yang lebih baik. Moga hijrah ini jelas tujuannya kerana Allah S.W.T. Moga istiqamah dalam hijrah yang baik untuk berhijrah ke suatu yang lebih baik.

-------------------------------------------------------------------------

Disebabkan n3 ni agak terlewat dan mungkin tiada n3 terbaru sampai 1/1/2009. Oleh itu nak ucapkan juga Happy New Year 2009.

Semoga azam tahu lalu bagi sudah berjaya. Selamat membuat azam baru! Tapi untuk sesiapa yang belum mencapai azam 2008, jangan jemu untuk berusaha mencapainya. InsyaAllah, ada ganjaran yang setimpal dengan setiap usaha yang dilakukan. Saya tak pernah ada azam tahun baru. Huhu.. Hanya berazam bila ada sesuatu untuk dicapai dalam tempoh masa yang saya tentukan. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Fleksibelkan?... Haha, macam org tak bercita-cita tinggi pun iye jugak.

Kat bawah ni kad dari Raihana. Rai wish selamat tahun baru dan bagi kat semua kwn-kwn bloggersnya utk ditepekkan di blog masing-masing. Happy New Year Rai. Thanks. Cute ah muke ko! Da lme tak jumpe ...more than 1 yr rsenye. Last mse terserempak ko kat Jusco wif ur mom.


Okaylah sampai sini saja untuk tahun 2008. Jumpe next year. Ntah ape2 pnye n3 daa... Kekontangan idea sungguh.

2 comments:

Neeza Shahril said...

Salam Maal Hijrah
dan
Selamat Tahun Baru Masehi
untuk Raihah...

semoga kita akan jadi insan yang lebih baik dari tahun lepas..

Raihah Rosli said...

insyaAllah... membaiki dri utk jd lbih baik!