Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, January 5, 2009

New... New...

Hari ini bermulalah semester baruku. Semester 6. Rasa macam dah terlalu senior since untuk pelajar sains di UPSI yang paling senior di kampus adalah kami yang berada di semester 6. Pelajar sains semester lapan sem ini telah pergi praktikal. Dan tiada kemasukan bulan 12 untk pelajar sains bermakna tiada pelajar sem 7 sains untuk semester ini. Senior kan bukan tua??? Hehehe!

Pagi tadi pergi ambil slip peperiksaan dan pergi brunch kat Medan Selera TM yang kat depan Balai Polis TM tu. Selepas perut diisi, berjalan ke pekan, ingatkan nak lalu jejantas baru untuk pejalan kaki merentasi laluan KTM, tapi hampeh tak buka lagi. Punyalah berkurun dah siap, tapi tak tahu apa sebabnya tak boleh guna lagi. Jadi lalu jejantas untuk penunggang motosikal. Panas yang amat. Ronda-ronda pekan kecil TM. Punyalah ramai manusia di pekan cowboy tu. Walaupun cikai pekan tu tapi penuh jugak orang membeli-belah barang-barang keperluan, majoriti student UPSI.

Tak beli apa sangat, saya beli sekaki payung je. Ganti payung sem lepas yang dah ranap! Hehehe...ganas betul bunyinya. Masuk kedai GU (supermarket paling besarlah kat tengah pekan ni walaupun sebenarnya ciput je ) pusing-pusing, tak beli apa-apa pun. Ramai bebenar orang.

Petang ni ada kelas Introductory Biology 2 pukul 5. Bio lagi. Huhu! Malam pula ada kelas Electromagnet. Semangat baru takat masukkan kunci, belum warm up lagi. Biasalah.... minggu pertama! Hehehe!

Untuk Semester 6 ini saya ambil 18 kredit. 6 Subjek. 4 daripadanya ada lab. Inilah subjek yang diambil.

- REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI

- PENGENALAN BIOLOGI II

- KEELEKTROMAGNETAN

- FIZIK MODEN

- PERANCANGAN & PERLAKSANAAN KURIKULUM FIZIK

- KAEDAH PENYELIDIKAN



Tapi masih ada ragu -ragu sikit dengan subjek-subjek ini. Sebab baru-baru ni dapat tau yang sem praktikal kami kembali pada sem 8. Jadi mungkin ada subjek yang perlukan pertukaran lagi... Tunggu je lah. Kalau kena add, add je lah. Kalau kena drop, drop je lah. Malas fikir banyak-banyak.


----------------------------------------------------------------------


Untuk kawan-kawan, nak buat pengumuman sikit:

Dengan ini Raihah Rosli nak beritahu bahawa email rasminya raihah_rosli@yahoo.com. Email raihah_eah sudah tak digunakan melainkan untuk Friendtser. ID untuk Yahoo Messenger juga bertukar daripada raihah_eah kepada raihah_rosli. Jadi sudi-sudikanlah add kembali di YM. Terima Kasih:)


Sebabnya?

Since email raihah_rosli@yahoo.com adalah email yang biasanya dipakai untuk hal-hal penting. Jadi adalah baik digunakan email itu untuk YM supaya sentiasa dapat tahu email baru di inbox.

Tak tahan dengan email report daripada Friendster yang beribu-ribu kat dalam email raihah_eah. Jadi agak sukar untuk tengok email yang betul-betul email lah (email rasmi...huhu).

----------------------------------------------------------------------------


2 comments:

Neeza Shahril said...

selamat berkuliah semula Raihah..
sure excited dengan semangat baru kan..

payung boleh ranap? heheee..

faham tu.. kat malaysia angin kuat ;)

Raihah Rosli said...

thanks sis!

payung tu ranap sbb tuan die ganas!
huhu