Pemandangan malam di Pulau Perhentian Kecil ketika bercuti pada bulan Jun yang lalu.
Di simpan.
Di susun rapi.
Dibiarkan segalanya diminda.
Dilipatkan segalanya di dalam hati.
Bicara tapi pada siapa.
Aku manusia tak percaya manusia.
Aku juga tak mahu aib berterbangan.
Tapi aku bukan manusia sempurna.
Aku lapar dan dahaga.
Sekeping hati yang memahami.
Meleraikan selirat yang merata.
Sepasang telinga setia.
Menadah deria segala adu domba.
Alam dewasa ini mengajar aku.
Betapa perlunya menjaga.
Sebuah tutur bisa merobek hati.
Seungkap kata mampu menyiat jiwa.
Sekilas pandangan mampu mengundang benci.
Akhirnya aku akur.
Diam itu cantik.
Simpan itu indah.
Maka diam dan simpan itu solusinya.
Biar ia perit meratah ketenangan diri.
Kerana percaya DIA yang Maha Kuasa.
Aku adu. Aku cerita. Aku menangis.
Aku sujud penuh pengharapan kepada DIA.
Kerana DIA memahami segalanya.....
Di simpan.
Di susun rapi.
Dibiarkan segalanya diminda.
Dilipatkan segalanya di dalam hati.
Bicara tapi pada siapa.
Aku manusia tak percaya manusia.
Aku juga tak mahu aib berterbangan.
Tapi aku bukan manusia sempurna.
Aku lapar dan dahaga.
Sekeping hati yang memahami.
Meleraikan selirat yang merata.
Sepasang telinga setia.
Menadah deria segala adu domba.
Alam dewasa ini mengajar aku.
Betapa perlunya menjaga.
Sebuah tutur bisa merobek hati.
Seungkap kata mampu menyiat jiwa.
Sekilas pandangan mampu mengundang benci.
Akhirnya aku akur.
Diam itu cantik.
Simpan itu indah.
Maka diam dan simpan itu solusinya.
Biar ia perit meratah ketenangan diri.
Kerana percaya DIA yang Maha Kuasa.
Aku adu. Aku cerita. Aku menangis.
Aku sujud penuh pengharapan kepada DIA.
Kerana DIA memahami segalanya.....
3 comments:
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Muttafaq ‘Alaihi)
kalau dgn kata itu mampu mengubah keadaan menjadi baik,maka laksanakanlah..
dan jika mendiamkan diri itu menyukarkan lagi keadaan,maka mintalah panduan drNYA..
setiap yg berlaku ada terselit hikmahNYA, sebab perbuatan Tuhan tiada yg sia2..
hope everything will be alright..if not sooner,then may be later.. =)
kesiannya dengar.. ni pun satu luahan yang kamu sangat tak tertanggung segalanya.. bersabar la segala dugaan.. "ganjaran sabar sangt indah" .. jika meluahkan adalah yg terbaik, telingaku sudi mendengar..
Azaty...
Thanks...
"setiap yg berlaku ada terselit hikmahNYA, sebab perbuatan Tuhan tiada yg sia2"
Ayat ni memang ayat penguat kita di saat kita lemah...
doakan kita yer :)
Aniem...
Thanks anim... thanks sudi jd pdgr setia.. stkt ini biarlah ia berlalu begitu... sbb "Diam Itu Indah" :)
Post a Comment