Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, August 17, 2009

Bertopeng Buat Pertama Kalinya


Macam-macam cerita yang keluar sekarang ini. Ada yang kata UPSI akan bagi cuti seminggu lagi. Ada yang kata UPSI tutup sebulan. Ada yang kata kena tangguh satu semester. Ada kata seorang budak UPSI dah meninggal. Ada yang kata dah dua yang meninggal. Ada yang kata dah tiga orang yang meninggal. Tak tahulah sejauh mana kebenaran itu. Sama ada kisah benar ataupun khabar angin. Sama ada ia kenyataan rasmi ataupun desus-desas saja.

Semua sudah maklum akan betapa kritikalnya keadaan buat masa ini dengan pandemik H1N1 ini. Ia disebarkan oleh virus. Dan sememangnyalah virus amat mudah tersebar. Sana-sini keluhan risau manusia tentang penyakit ini.

Namun apa yang penting, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Setakat kemas kini jam 9 pagi 17 Ogos 2009 di Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1) sudah mencatatkan 64 kematian diseluruh Malaysia. Bukalah laman web ni... macam-macam info yang boleh kita dapat.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai , pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Menurut Menteri Kesihatan lagi, "Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1.”

WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.



Penggunaan hand sanitizer juga sebagai langkah mencuci tangan secara mudah untuk membunuh kuman juga sebagai langkah berjaga-jaga yang boleh diambil.

Hari ini buat pertama kalinya saya memakai mask ke kelas. Pada permulaannya memanglah teramat segan nak pakai. Tapi, bila dah pakai tu tak ada lah rasa nak segan mana, lagipun separuh muka dah bertutupkan. Nampak mata saja. Buat bodoh saja lah kalau ada yang pandang pelik. "Saya sayangkan nyawa saya, okay!". Hari ini dalam kelas ramai yang dah pakai. Ada 6 orang. Sebelum ni tak ada seorang pun yang pakai. Mungkin juga ramai yang dah ada kesedaran. Ramai juga yang tak berapa sihat dalam kelas hari ini. Yang batuk... yang selsema... yang baru baik demam. Mungkin faktor cuaca yang tidak menentu sekarang puncanya kot.



Saya tahu ramai kawan-kawan yang nak pakai tapi segan. Sebab bila bersembng dengan housemate atau pun class mate ramai cakap takut dengan H1N1 dan nak pakai mask tapi segan. Ramai cakap, " Kenapa UPSI tak wajibkan pakai". Sebab kalau wajib semua akan pakai. Keadaan lebih terurus. Tapi dah nak buat macam mana... UPSI tak wajibkan pakai. Jadi untuk keselamatan diri. Apa ditunggu lagi...Jom lah pakai! Jangan segan-segan okay!

6 comments:

Infant's steps said...

waaahhh,reqa...awk mmg boleh baca fikiran kita la..kita baru nak tanya awk dah pakai ke blm mask..kui3..

kitorg kat sini pun ada yg dah pakai..tapi kita ni je yg tak sedar2 diri..g amik exam lalu sblh hosp pun wat tak tau je(nak kata fokus membaca sambil berjalan sbnrnya)..haha..

p/s:terfikir mcm mana sesuatu khabar angin itu boleh timbul??huhu..

Unknown said...

bagus2.;-)

Raihah Rosli said...

memang la...kite bleh bce fikiran awk... kita kan ade kuasa psikik! huahahah....

Mesia mmpunyai kadar kmatian yg agk tinggi .... sbb tu mnakutkan...

Mlalui pbacaan kite , wlpn jepun pdt ... stkt ini bru 2 kmatian...

Mungkin rkyt mesia kurg ambil lgkh pncghn serta memandang ringan...

Huaaa... hebat la.... bce smbil jln! patutu pn jd DR.... hihi

...kalo x de angin msakan pokok bgoyang....hehehhe....kite pon x tua cm ne timbul khabar angin... beselah... mulut manusia

Raihah Rosli said...

aku memang baek ! (~_*)

Infant's steps said...

haha..hebat ke menda..tu maknanya kita tak abis baca lagi la..haha..

tak best la balik msia camni..keselamatan tak terjamin..nak kua umah pun kena fikir 2-3kali..ke kita yg 'over'?
kui3..

Raihah Rosli said...

hahaha.... bru kita fhm mknenye :)

hehehhe... kite kuar je rumah
cme jgn g tmpt rmai org o yg ade air con
klo nk g gak bleh
amik risiko la...
tp bleh pkai mask