Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, August 8, 2009

Misi Yang Tergendala

Pagi tadi sampai TM puku 8.30 am. Gerak dari JB pukul 1 am dengan Anis. Anis ada program di Bangi. Sampai Puduraya jam 4.30 pagi,terus berjalan dan duduk kat KFC untuk sarapan pagi. Lepas itu dalam 5.45 am pergi 7E. Kemudiannya terus ke surau untuk solat subuh. Jam 7 am naik bas ke TM dan Anis terus gerak ke KL Sentral. Terpaksa balik awal sebab tak ada orang di rumah hujung minggu ini kerana ibu berkursus di Selai dan ayah outstation di Penang.

Seminggu di rumah. Bila balik rumah.... biasalah mesti makan, makan dan makan. Mana tidaknya makanan di rumah sememangnya lazat,sedap dan penuh lemak berkrim. Biasanya bermula dengan istilah ' nak rasa sikit '. Tapi akhirnya melantak. Mana tidaknya apabila merasa sikit makanan yang sedap-sedap... mana boleh tahan... terus menmbah-nambah. Jadi, tergendalalah misiku itu. Bukan setakat tergendala, boleh dikira musnah. (*~*) Ish...ish...ish... memang teruk betul. Insya-Allah, misi akan disambung semula esok.


Makanan yang penuh lemak berkrim ini membuatkan dietku musnah....Huhu.

Nasi bila dimakan bersama budu,cili api dan limau... sungguh membuka selera...bertambah-tambah.


Suatu petang saya ber'ym' dengan Ezla Najwa Ahya a.k.a Ezla. Teman rapat semasa di KMJ. Ezla minta tolong promosikan blog niaganya. Jadi, sesiapa yang minat dengan dress yang comel-comel, silalah klik twenties-girls blog. Pakaian-pakainnya sesuailah dengan usia kita yang dah berusia dua puluhan ini. Mungkin kalau dulu-dulu ada di antara kita suka ber't-shirt'. Rasanya sekarang sudah tiba usia sesuai untuk memakai dress-dress dalam blog tersebut yang lebih bersifat lebih feminin. Waaa~~~ ayat promosi ni. Pakaian-pakaian dalam blog tersebut boleh digayakan dengan cardigan atau pun inner T-shirt untuk menjadikan ia menutup aurat. Okay stop promosi....

Dalam tengah ber 'ym' tersebut. Ezla sebut tentang kek coklat. Kek coklat yang selalu saya bawa dari rumah bila balik KMJ. Ezla cakap 'craving that type of choc cake'. Terharu juga saya. Hampir 4 tahun sudah... tentang kek itu juga yang disebut. Ezla minta saya buatkan kek itu. Huhuh... Beria seungguh Ezla. Siap minta saya buatkan dan dia akan bayar untuk beli. Sebenarnya ibu saya yang selalu buatkan kek itu setiap kali saya pulang ke rumah. Saya akan bawa kek itu pulang ke KMJ. Menjamu roomate, budak bilik depan juga Ezla dan Ina (classmate terapat). Saya pernah sekali sahaja buat kek coklat... Hehehe.

Kek dan biskut raya ibu yang selalu menjadi pujian rakan-rakan. Setiap tahun memang saya akan bawa sebalang biskut raya untuk setiap jenis. Memang akan langsai. Sekejap sahaja. Ada yang sampai minta resipi. Ada yang memuji. Saya akan cakap saya tak buatkan pun. Saya cuma tolong bawa sahaja. (~_*)

Hari ini 17 Syaaban. Tak lama lagi nak Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan...

4 comments:

Infant's steps said...

hoho..mu sudah balik ke upsi kah..
nampak awk on9 kat ym,terus kita bukak blog awk sbb confirm awk mesti dah update blog..ngeh2...

saja je..otakku sudah hampir sampai limitnya utk study..tak tau nak lepaskan stress kat mana..lepaskan kat blog awk la..haha..

take carezzzzz..
semoga sihat2 selalu n tak terkena jangkitan virus H1N1..nasib baik tak masuk lagi silibus kita utk H1N1 ni..hoho..

Raihah Rosli said...

slmt mentelaah ...kuikuikui

jgn on9 je! :P

Tp x pe...kite tau awk bijaksana...


doakan kite diselamatkan H1N1

Raihah Rosli said...

slmt mentelaah ...kuikuikui

jgn on9 je! :P

Tp x pe...kite tau awk bijaksana...


doakan kite diselamatkan H1N1

Infant's steps said...

haha..bersungguh2 awk nak reply komen kita..siap 2 kali..kah3..

H1N1 dah sampai dah terbang ke tempat kita bljr ni..tapi tak tutup lak univ mcm upsi..kalau tak,boleh skip exam balik msia cepat..ngeh2..