Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, August 15, 2009

Syahmi & Anak Soleh

Petang tadi YM dengan Along. Along cerita tentang kepulangannya yang sebentar ke kampung ayah di Kemaman, Terengganu. Berkebetulan Along ada kursus di Cherating, singgah sekejap di Kemaman yang hanya lebih kurang 15 minit saja dari Cherating sambil menghantar buah tangan Anis dari Mesir. Ohhh~~~~ lama sungguh saya tak pulang ke kampung. Terakhir kali balik Kemaman bulan 6 yang lalu.



Along cerita tentang Syahmi yang comel itu. Kecomelannya itu diserlahkan lagi dengan mulutnya yang petah keanak-anakan. Sibuk tanya di mana ayah we (panggilan anak saudara belah ayah kepada ayah saya). Siap tak percaya yang Along balik seorang diri sebab Syahmi kata kereta Myvi Along itu kereta Din, abang saya. Hahahaha... mana taknya kalau abang saya ada, kereta Along akan jadi macam kereta dia kat Kemaman tu. Abang saya angkut sepupu-sepupu lelaki saya terutamanya Amin pergi jalan-jalan. Si kecil Syahmi dan Amin juga kadang-kala.





Sesi bermain bola ....


Nak mula kena tiup wisel dulu....

Okay...1...2...3...tendang!

Aksi penendang cilik....




Sebenarnya tadi cuba nak upload lagu Anak Soleh UNIC. Tapi tak dapat-dapat. Jadi tepek lirik saja lah.



Anak Soleh

( 1 )
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

( 2 )
Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

( 3 )
Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

( ulang 1, 3 & 1 )


Lirik diambil dari sini.


Mulai minat sangat lagu ni masa lepas program dekat Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto dekat Selangor sem lepas. Sebab masa kem tu, lagu ni selalu dipasang. Suka dengan lirik lagu ini. Ringkas tapi bermakna.

2 comments:

muhammad anis said...

eei..comelnye..geram2..hahaha...

Raihah Rosli said...

tau xpe...
mmg comey...
geram rse nk cubit pipi die yg tembam...
dah la kalo dia mkn mmg sopn n bersih...ske tgok dia mkn...