Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, July 29, 2011

Ponteng!


Saya sedang di dalam kelas melakukan P&P seperti biasa. Tinggal 1 masa sahaja sebelum waktu pulang. Anak-anak 3 Jasa tercinta saya ini dah tak boleh duduk diam. Memang meraka tak reti duduk diam melainkan waktu tidur. Dulu rasa tak percaya yang ada orang tidur dalam kelas sampai keluar air liur basi. Sebab saya dulu tidur juga dalam kuliah tp lbih kepada memejamkan mata sambil otak mendengar apa yang pensyarah sampaikan, biasanya akan dilakukan apabila mata memang tak mampu menahan. Lain suasananya di sekolah, anak-anak saya bagaikan didodoi apabila waktu pagi dan sangat menjadi aktif selepas rehat. Itulah realiti! Kadang-kadag itu sampai dah tak larat untuk kejut mereka, puas memanggil,saya akan gerakkan meja, saya akan sentuh menggunakan buku dan macam-macam aksi untuk membangunkan mereka. Kadang-kadang rasa nak jirus je air guna air botol mereka... Tapi belum pernah buatlah. Kebanyakkan mereka kepenatan bekerja... ramai sebenarnya anak murid saya bekerja selepas sekolah. Sesetengahnya keperluan untuk bekerja, sesetngah lagi atas dasar mahu. Desakan hidup masa kini...

Berbalik kisah saya di 3 Jasa tercinta... Saya melakukan P&P seperti biasa. Sekarang ni dah masuk zon latih tubi untuk trial. Seusai kelas saya bergegas ke bilik guru, kerana saya mahu buat persediaan untuk kelas tambahan jam 2. Sesampai saja di bilik guru PAR panggil, ada ibu bapa mahu berjumpa. Saya sempat check di handphone, siap ada panggilan dari PK lagi...huhu. Berdebar.. selawat sebanyak mungkin sebelum ke pejabat sambil di hati berfikir, apahal pulak dah ni....

Saya memulakan pertemuan dengan senyuman... dan saya terlihat kelibat anak saya yang tidak hadir hari ini. Waaa.... ini mesti kes ponteng... Saya pun mengambil rekod kedatangan untuk menunjukkan kedatangan pelajar tersebut beserta dengan surat amaran pertama ketidak hadiran. Saya juga mengeluarkan file rkod peperiksaan kerana parent pelajar tersebut tidak hadir pada hari terbuka. Berceritalah makcik,pakcik dan ayahnya... bla..bla...bla... menceritakan hal anaknya. Saya terlihat wajah ayahnya sangat sedih, merah mata ayahnya... Owh~~ sayu pula saya rasa... Anak... anak, ko ni memang tak sedar dek untung! Dihantar ibu ke sekolah, ko ponteng! Puas makcik ko cari di semua CC rupanya ko ponteng di rumah kawan. Apa ko buat? Haih~~ musykil betul.. Dihantar ibu ke tuisyen ko ponteng dan songlap duit tu, bukan sikit. RM 300. Sebelum meraka pulang, temujanji seterusnya dibuat untuk berjumpa dengan kaunselor keesokannya...

Kelas saya ni macam-macam ade. Ada yang tak datang sampai 60 hari, tinggal tunggu buang sekolah. Ada tu kadang-kadang tu tak datang bawak surat tulisan tangan sendiri, bila ditanya jawapannya mak tahu tulis bahasa melayu, terpaksalah call nak dapatkan kepastian. KAdang-kadang tu hantar mc yang kadang-kadang saya rasa macam mc fotostat je. Hantar mc dari kedai ubat cina pun ada.. huhu.. Sakarang saya dalam usaha untuk call seorang emak pelajar yang bekerja di Singapura dan hanya pulang hujung minggu untuk melawat anaknya, ayahnya orang jepun sudah bercerai dengan ibunya dan pulang ke Jepun. JAdi anak saya ni macam anak terbiar jugalah.

Teletah budak ni kadang-kdang buat kita suka tertawa, marah meradang, mengamuk pun ada... Macam-macam...


2 comments:

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Assalamu'alaikum wbt...

Begitulah kehidupan anak2 pelajar dewasa kini. Dimana titi tolak yang menjurus kepada perubahan ini pun masih menjadi persoalan. Bila diimbau kembali, zaman kita bersekolah dulu pun ada budak nakal. Tapi senakal2 pelajar dulu, masih ada rasa hormat kepada guru dan orang yang lebih tua.

Berlawanan dengan sikap pelajar sekarang. Lebih mendukacitakan bila perkara sama ada pada pelajar2 kelas depan yang menjadi harapan sekolah. Dek kepandaian yang dipinjamkan ALLAH SWT, mereka menjadi sombong dan takbur. Mereka lupa kepada konsep KEBERKATAN.

Pernah saya berwawancara dengan seorang bekas guru di salah sebuah sekolah elit di Johor Bahru. Guru tersebut meluahkan rasa kekecewaan yang teramat. Sekolahnya dulu dinobatkan sekolah terbaik SPM, bila wartawan mewawancara pelajar cemerlang dan diajukan tips kejayaan. Mereka berkata, ini semuanya hasil "tuisyen" saya di sebelah malam. Bagaimana pula dengan cikgu2 di sekolah? Cikgu2 yang telah dihabiskan 1/2 hari di sekolah?

Apapun cabarannya, sebagai guru ayuh bersama2lah kita menjadi seorang MURABBI & MUADDIB. Bekerjalah kerana mencari MARDHATILLAH. InsyaAllah, moga2 pekerjaan kita dikira sebagai ibadah dan tidaklah menjadi sia2.

Wallahu'alam.

Raihah Rosli said...

InsyaAllah.. mncari redha Allah..tanggung jwb sbg guru.. wlpn berat ia adalah tanggung jwb.

Wlpn dah byk kali tersinggung dgn pelajar, sy anggap ia hanya gurauan. Pelajar terlalu muda itu kita hukum mereka, belum matang untuk mereka berfikir. Kdg2 mereka itu sebenarnya baik, cuma pengaruh luar/ budaya hidup skrg mempengaruhi mereka yg msh blum mmpu bfikir.