Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, December 3, 2008

7 Things

Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

7 things about Raihah Rosli

  1. Nama saya Raihah. Walaupun dah ringkas, kawan-kawan sukar memanggil nama penuh saya. Jadi saya ada banyak nama panggilan. Antaranya Eah, Req'a, Reah, Rai & Hah. Tapi saya amat menghargai kalau orang memanggil saya dengan RAIHAH. Dan sangat menghargai lagi kalu orang panggil nama saya :RO'IEHAH. :) (Kerana ejaan arabnya huruf,ro, ya diatasnya ada hamzah, ha & ha bulat)
  2. Kuat berangan. Tak kira masa dan tempat. Kadang-kadang tengah study pun fikiran saya boleh melayang jauh. Saya berfikir tentang benda yang dah lepas dan juga membayangkan benda yang akan datang. Fikiran saya boleh melayang jauh dengan hanya apabila melihat sesuatu benda dan memikirnya tentangnya.
  3. Blur. Kawan-kawan kata saya blur. Cu, kawan saya pernah cakap kepada saya dia geram dengan sikap blur saya. Memang betul pun, sebab saya bukan seorang yang boleh fokus dalam masa yang terlalu lama disebabkan saya kuat berangan kot.
  4. Tak suka benda-benda yang menyentuh perasaan. Saya teramat sangat jarang menangis. Kalau kawan-kawan saya dah berjurai air mata, tapi mata saya masih seperti biasa. Tapi insya-Allah, hati saya tak sekeras mana, cuma perasaan saya tak suka pada benda-benda yang emosional diluahkan secara zahir. Ada kawan saya cakap saya manusia tak berperasaan. Dahsyat juga rupanya saya ni ;p
  5. Sungguh bersemangat terhadap profesion pendidikan terutamanya perguruan. Saya tak sangka saya mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap profesion guru. Ada mencadangkan saya sambung study ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi saya maklumkan bahawa, saya sangat sayang profesion sebagai cikgu. Cita-cita sebagai seorang guru terbit pada minggu pertama saya di matrikulasi.
  6. Sangat suka makan. Tengok badanlah kan ;) I'm the biggest and shortest in my family. Addict dengan coklat. Suka Van Houten dari Cadbury. Suka Milo dan Horlicks. Tak suka Nescafe , Kopi & Teh Susu.
  7. Suka warna hijau. Tapi tak banyak pun barang-barang warna hijau. Baju kurung pun ada 2 helai sahaja warna hijau. T-shirt lengan panjang tak ada yang warna hijau. T-shirt lengan pendek ada 2 helai warna hijau.

Kena tag 7 blogger. Tapi tak tahu nak tag siapa. Jadi, sesiapa yang terasa nak buat di kala tengah berehat-rehat cuti semester ini. Dipersilakan... :)

Thanks Wanie :)

Sekian :)

Tuesday, December 2, 2008

Kari Ikan

Saya seorang yang selalu lupa bahan-bahan yang perlu diletak dalam masakan. Biasalah... saya hanya memasak pada cuti semester. 5 bulan di rumah sewa di TM, saya hanya masak yang simple :) Tu pon kalau rajin, kalau tak jawapannya lauk bungkus. Jarang sangat nak rajin sebab bila dah letih buat assignment, jgn harap nak ke dapur. Lebih-lebih lagi susah nak dapat barang mentah , kena gi pasar malam setiap hari Sabtu di pekan. Peti ais dah lah kecil, tak muat nak simpan barang mentah untuk 18 orang. Huh...alasan ;p

Jadi saya hanya memasak pada cuti semester. Semestinya, saya yang pelupa ni tidak mampu untuk mengingat bahan-bahan yang diperlukan dalam masakan. Setiap pagi sebelum ibu pegi pejabat , ibu saya pesan menu lauk yang perlu dimasak, saya pasti akan bertanya kepada ibu bahan-bahan yang perlu diletak. Hahaha... sampai ibu saya cakap, penat betul nak beri tahu saya setiap pagi. :)

Semalam saya kena masak kari ikan. Jadi saya nak jot down apa yang saya buat.


Bahan-bahannya:
  • Ikan merah
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Halba
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Asam jawa
  • Garam
  • Tomato
  • Cili
  • Air
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang putih dan merah (hiris), halba, biji sawi dan daun kari.
  3. Tumis sehingga naik bau wangi.
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.
  5. Tuangkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk setelah tumisan berbau wangi.
  6. Tuangkan juga serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air.
  7. Gaul-gaul sampai rata.
  8. Tunggu sampai campuran tadi tu berminyak.
  9. Masukkan air.
  10. Tuang air asam jawa sikit.
  11. Letak ikan.
  12. Tunggu sampai mendidih sikit.
  13. Letak santan.
  14. Letak garam sikit.
  15. Kacau-kacau supaya kuah kari tu tak pecah minyak.
  16. Letak tomato potong dan cili.
  17. Biar sampai mendidih sikit.
  18. Padam api.
  19. Siap dan hidang.
Hahaha... sori yer...takde sukatan pun. Semuanya sesedap rasa sesuka hati. Itulah namanya seni memasak... ngeh3x. Resipi yang saya tulis ni ditype sebagai bahan rujukan saya sendiri :)

Kalau nak resipi yang baik sila rujuk ke blog masakan. :) Saya suka blog masakan Dapur Tanpa Sempadan. Setiap bahan diberi sukatan yang spesifik, gambar-gambar yang dapat memahami step yang susah dan masakannya sungguh sedap.

Semalam saya masak kari mengambil masa sejam setengah. Hahaha...lama sungguh! Biasalah tukang masak tak profesional. Masak kari 5 bulan sekali. Tengah-tengah masak semalam berkali-kali saya rasa. Ambil senduk tuang ke dalam mangkuk kecil dan rasa. Setiap kali saya rasa ada je yang tak kena. Ubah sana sini, tambah itu ini... setelah penat merasa, saya pun padam api dan hidang. Malas dah nak fikir apa yang kurang dan lebih. Disebabkan terasa muak sebab duk asyik merasa kari tu, saya tak selera nak makan lauk kari hari tu. Jadi saya tak jamah pun kari tu. Dinner malam tadi abang saya puji, sedaplah kari ni :) Hahaha... mati-mati saya ingatkan kari saya tak 'kick'. Alhamdulillah...


Monday, December 1, 2008

Layakkah?

Sudah seminggu bermulanya cuti semester, masa ini mungkin skrip jawapan peperiksaan saya sudah ditanda. Berapalah markah yang saya dapat untuk 6 subjek semester ini.

Masa sekarang ini jugalah ayah dihujani panggilan telefon oleh studentnya. Kebanyakkannya daripada pelajar program jarak jauh. Merayu mohon diluluskan. Kata ayah pula, dia sudah bermurah hati memberi markah. Seawal-awalnya menambahkan sejumlah kecil markah bagi meningkatkan gred untuk semua pelajar. Kerana kata ayah supaya adil. Kadang-kala ayah malas mengangkat telefon apabila nombor yang tertera di skrin tiada dalam simpanan. Tapi terpaksa juga diangkat. Terdengar juga saya tadi suara ayah yang tegas menjawab panggilan pelajarnya yang mohon supaya diluluskan.

Saya dah tolong, saya dah tambahkan dah markah, tapi awak punya jauh sangat. Itu saya tak dapat tolong. Jawapan awak tak memenuhi apa yang saya minta. Kami ada kuailiti standard. Saya tak boleh nak luluskan orang sesuka hati. Skrip jawapan itu akan diaudit. Maaf, saya tak dapat nak tolong lagi.


Kata ayah dia tambahkan sejumlah kecil markah awal-awal supaya tiada lagi yang merayu memohon ditambahkan markah. Kata ayah sejumlah kecil markah itu ditambah kepada semua supaya adil, semua dapat. Kata ayah markah ditambah atas alasan seperti dalam suatu semester ramai yang dapat markah yang rendah mungkin disebabkan oleh soalan yang sukar untuk semester itu, jadi untuk keadilan terhadap pelajar pada semester itu dengan semester yang lepas adalah dengan menambahkan sejumlah kecil markah.



PERSOALAN SAYA ADAKAH KITA LAYAK DAPAT APA YANG KITA TAK LAYAK DAPAT?

Persoalan itulah yang saya fikirkan. Kenapa kita mahukan lulus sedangkan kita tak layak lulus. Tahukah apa kesannya? Jawapannya kita akan melahirkan mahasiswa/i tak berkualiti. Seterusnya melahirkan tenaga kerja dalam bidang profesional tetapi malangnya tidak profesional. Kesan yang panjang lagi... kalau yang dilahirkan itu seorang engineer, maka engineer yang tidak tahu ilmu asas bangunan.... kalau yang dilahirkan itu seorang doktor, maka doktor yang tidak mahir ilmu perubatan... kalau yang dilahirkan itu guru, maka melahirkan guru yang cetek ilmu pengetahuan. Kesan yang lagi panjang.... kalau rumah dibina , rumah itu tak kukuh.... kalau mendiagnosis penyakit, penyakit tak dapat didiagnosis.... kalau mengajar, ilmu tak sampai kepada pelajar. Jawapan kepada persoalan saya di atas ialah TAK LAYAK. Senang bukan untuk memahami persoalan mengapa kita tidak layak apa yang sepatutnya kita tak layak.


Kakak dan abang saya.
Sekadar gambar hiasan.

Memang secara jujur kalau saya di tempat mereka yang tidak lulus, saya juga mahukan kelulusan. Hati sudah pasti sedih, fikiran tak tenang, makan tak selera, mandi tak basah, dan tidur tak nyenyak. Memikirkan keputusan yang diterima setelah satu semester menimba ilmu. Namun dari segi rasionalnya, kita perlu menerima takdir. Apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat. Sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui yang lebih baik untuk kita.