Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, March 28, 2009

Penuh Seminggu

Alhamduilah... sudah sampai weekend hari ini. Baru rasa boleh bernafas normal. Tapi masih banyak lagi assignment yang tengah tunggu giliran untuk disiapkan. Dan juga akan ada assignment yang bakal diterima minggu depan. Tak sabar rasanya menantikan cuti semester. Penat dan etih mengharungi semester ini.

Semalam mid term test electromagnet (EM). Hampeh tak dapat jawab! Sedih dan takut. Berapalah markah yang bakal diterima. Tapi semunya telah belaku.... jadi kena redha. Fokus seterusnya adalah final exam. EM ni subjek killer untuk pelajar Fizik di UPSI. Sejarah sem lepas menunjukkan tiada seorang pelajar yang dapat A @ A- @ B+. Inikan pulak saya yang memang lemah fizik dan amat tak berminat dengan topik-topik dalam EM ni. Seolah-olah deraan mental bila tengok topik-topik dalam EM. Hahaha.... Saya akan blur bila tengok soalan-soalan tutorial EM... sebab ituah setiap kali tutorial mesti wat group discussion.

Khamis lepas saya dan Aniem buat rekod hebat. Kami berjaya mengambil cop mohor dan cop tandatangan Pengetua Felo UKLK untuk lebih kurang 250 sijil dalam masa yang tak sampai sejam. Memang pantas dan tangkas kami bertindak mengecop dan bergerak daripada bangunan Bitarasiswa ke rumah Haniem kemudian ke rumah HEP dan kembali semula ke Bitarasiswa. Semua bangunan tu jauh-jauh dan hanya bergerak menggunakan kaki (*_*). Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Tak sangka juga dapat siapkan petang tu juga sebelum pejabat tutup. Jumlah semua siji lebih kurang 500, tapi sebahagiannya telah disiapkan oleh rakan lain. Jadi kepada sesiapa yang menyertai Seminar Penularan Penyelewengan Akidah, anda sudah boleh mengambil sijil penyertaan di bilik JMK UKLK di Bitarasiswa.

Rabu lepas saya ponteng tutorial Bio. Hahaha.... Perangai yang tak baik ini jangan diikut ye! Saya terpaksa ponteng sebab saya tak study apa-apa lagi untuk test EM. Lagipun lab bio itu hanya bagi tugasan untuk buat nota ringkas.

Selasa pula saya ada Macroteaching.Macroteaching ialah satu sesi praktikal untuk mengajar selama satu sesi masa mengikut lesson plan yang telah dibuat oleh pelatih berdasarkan huraian sukatan pelajaran. Segala aspek dinilai. Ketrampilan, penyampaian, kandungan pelajaran dan bermacam-macam lagi. Jenis penyampaian yang dikehendaki oleh pensyarah saya ialah 'Inquiry learning'. Jadi sepanjang sesi pengajaran dikehendaki bertanya kepada pelajar dan respond terhadap jawapan pelajar untuk elicit idea pelajar. Pencapaian saya tidak terlalu baik, tapi saya sudah bersyukur. Saya gembira kerana Dr. memberitahu bahawa bahan @isi pengajaran saya sudah baik cuma saya tak berjaya menyampaikan dengan baik. Kelemahan itu saya letakkan pada diri saya sendiri kerana mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk bercakap di depan. Masih mencari formula untuk mengatasi masalah ini. Apabila saya membuat makroteaching, baru saya faham bagaimana cara untuk mewujudkan inquiry learning.

Isnin memulakan minggu dengan presentation bio. Kumpulan saya kena present tentang "Nutrient and its important to our body" bersama dengan mode piramid makanan. Tak tahu lah dapat berapa markah. Main present je dalam menggigil tangan kerana ketakutan. Saya memang bermasalah untuk ke depan. Insya-Allah saya akan menulis pengalaman-pengalaman takut saya untuk ke depan untuk entry akan datang dan saya berharap ada perkongsian dari kawan-kawan untuk mengatasi masalah ini.

Saya dah nak kena padam laptop. Nak kena pergi ke kelas ganti Modern Physics pula. Tata :)

Wednesday, March 18, 2009

Draf Jadual

Sibuk sebenarnya... Tidur yang tak cukup sebab program khemah ibadah minggu lepas tak tertopup lagi... Saya tertidur dengan lap top di pangkuan untuk beberapa kali semasa menyiapkan assignment, terlelap di kelas juga berkali-kali... Tapi nak juga jengah kat blog ni.

Pokok di hadapn rumah sewa di TM


Sebenarnya nak cerita tentang pengalaman mengendalikan program Kem Pembangunan Insan Dan Khemah Ibadah kat Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto, tapi nanti-nanti dululah. Kalau nak tulis, banyak pula ambil masa di tengah-tengah sibuk begini. Gambar pun tak dapat lagi. Insya Allah minggu depan, lepas saya habis macroteaching.

Hari ini draf jadual peperiksaan dah keluar. Tak ada study week. Memang gempaklah semester ni. Sudahlah sepanjang semester sibuk dengan pelbagai assignment dan aktiviti-aktiviti lain. Jadual exam pun tak berapa nak cun pulak. Tapi bersyukur juga sebab EM last day and ada gap yang agak jauh... Alhamdulillah.
21 April 2009 : Research Method
23 April 2009 : Modern Physics
27 April 2009 : Instructional & Technology Design
: Planning & Implementing Physics Curriculum
29 April 2009 : Introductory Biology
5 May 2009 : Electromagnetism

Exam lebih kurang sebulan je lagi. Tak bersedia apa-apa langsung, dah lah tak ada study week. Lepas berkurang beban assignment iaitu pada minggu 12 (kbykn assgmt kne submit minggu 12) maka wajiblah pula membuka buku utk ulang kaji. WAJIB tau Raihah!


Saturday, March 14, 2009

Apa Itu KUASADUAR???


Orang pertama bertanya tentang maksud KUASADUAR ialah Cu. Ramai lagi selepas itu yang bertanya. Dan setakat ini yang terakhir bertanya ialah Fana.

Terima kasih kerana prihatin dengan nama blog ini. Ia hanya sekadar nama. Tiada apa yang tersirat di sebalik huruf K.U.A.S.A.D.U.A.R.



Bagaimana terbentuk KUASADUAR???

Pada asalnya sebelum blog ini menjadi bacaan umum, blog ini adalah untuk saya menulis dan membaca seorang diri segala hasil penulisan saya. Jadi saya menamakan blog ini RAIHAH ROSLI dan URL nya ialah http://raihahrosli.blogspot.com. Segalanya RAIHAH ROSLI. Nama blog dan URLnya. Tapi selepas blog ini menjadi bacaan umum saya menukar nama blog ini kepada KUASADUAR. Supaya saya tak tamak haloba menggunakan nama saya semata-mata. Nanti orang kata saya gila nak glamourkan nama saya yang best tu. Hahaha....

Maka tercetuslah idea nak tukar nama blog. Perancangan awalnya ada beberapa pilihan. Semuanya adalah ringkasan kepada nama saya. Raihah Rosli. RR. Huhuhu.... masih tak mahu lari dari nama sendiri. Saya amat sayang dengan nama saya yang unik itu... :P

Antaranya : RSQUARED dan DOUBLER. RSQUARED bermaksud kuasa dua huruf R. Manakala DOUBLER bermaksud double huruf R. Namun begitu disebabkan menyedari hakikat kelemahan diri ini dalam bahasa Inggeris, rasa macam tak layak pula nak letak nama blog dalam bahasa Inggeris sedangkan entrynya dalam bahasa Melayu.

Jadi alternatifnya ialah DWIR atau KUASADUAR. DWIR bermaksud dwi R @ dua R. KUASADUAR pula bermaksud kuasa dua huruf R.



Kenapa memilih KUASADUAR???

Sebab KUASADUAR adalah kuasa dua huruf R. Kuasa dua seringkali digunakan apabila membuat kira-kira dalam fizik. Jadi, ia ada kaitan dengan saya yang mengambil bidang fizik. Berbanding dengan DWIR. Dwi itu biasa digunakan untuk memberi maksud dua yang kebiasaanya digunakan oleh orang bahasa. Lagipun bunyi KUASADUAR lagi merdu dari DWIR. Ye ke? Huhu....



Ringkasan???

KUASADUAR bermaksud kuasa dua huruf R. R superscript nombor 2. R(superscript)2. RR mewakili Raihah Rosli. KUASADUAR nama ciptaan saya. Tidak diambil atau dicilok dari mana-mana. Maka ia begitu signifikan dan unik.


Kesimpulan...

Kesimpulannya.... Ia sudah ditakdirkan begitu (*_~) . Saya sudah serasi dengan KUASADUAR.



Ini entry yang telah di'schedule'kan. Sekarang saya di Sekolah Kebangsaan Kg. Soeharto di KKB untuk mengendalikan program Kem Pembangunan Insan & Khemah Ibadah.

Monday, March 9, 2009

Pilihan Mendengar

Saya sendirian di bilik rumah sewa ini. Dua orang rakan sebilik tiada. Shud balik ke rumahnya di Ampang manakala Fana ikut Dayah balik kerumah kakaknya di Batang Kali. Saya tak ke mana-mana. Letih program seminar tempoh hari tak hilang lagi juga persiapan untuk ke khemah ibadah pada minggu ini belum siap lagi. Bila keseorangan begini membuatkan saya makin kuat berangan. Berangan dan saya amat serasi. Diakui oleh rakan-rakan saya akan sikap itu. Bagi saya berangan itu luas maknanya. Memikirkan apa yang akan terjadi pada saya pada 20 tahun akan datang juga termasuk dalam angan-angan saya. Dalam angan-angan saya itu, biasanya saya perincikan lagi imiginasi saya.



Saya teringat sembang-sembang dengan seorang rakan masa saya naik bas tempoh hari. Rakan saya ni menceritakan pengalamannya menghafaz surah. Emmm... benda yang dah lama saya tinggalakan. Ya Allah... betapa hinanya hamba-Mu ini... Semoga apa yang telah terinspirasi semasa dalam bas itu, ditetapkan hati ini untuk mencapainya. Alhamdulillah, sembang-sembang kami masa itu, sembang bermakna.

Kadang-kala saya rasa semakin dah besar panjang ini semakin jauh saya daripada apa yang sepatutnya.

Kalau kecil-kecil dulu 1 juz amma itu saya hafal. Kini... banyak juga yang dah terlupa.

Kalau masa di sekolah menengah dulu saya menghafal Yaasin dengan baik... sekarang tersasul sini sana.

Ya ALLAH, saya seolah-olah tak berperasaan bersalah melupakan yang telah di hafaz satu ketika dulu.

Saya bermuhasabah.... melihat kembali diri ini.

Kenapa saya sanggup mendengar lagu-lagu entah apa2 sedangkan saya boleh mendengar alunan bacaan Al-Quran.

Kalau dahulu masa umur saya 17-18 tahun, siaran radio saya hanya IKIM kerana rasa bersalah pada diri bila dengar siaran radio lain. Saya rasa bersalah, sebabnya kenapa saya memilih yanag tak baik sedangkan yang baik juga ada. Maka siaran radio saya masa di sekolah menengah dan awal-awal di matrik dulu hanyalah IKIM.fm.

Sungguh yang baik itu sukarnya untuk istiqamah. Lebih-lebih lagi di zaman dunia sekarang.

Saya mula berjinak-jinak lagu-lagu cinta jiwang karat di radio. Bukan sebelum pada itu saya tak pernah dengar, lagu-lagu cinta jiwang karat ini. Pernah. Sejak lagu Suci Dalam Debu, Bila Cinta Didusta, Pesanan Buat Kekasih, Jesnita, Sejarah Mungkin Berulang dan banyak lagi saya dah dengar lagu-lagu itu. Tapi saya dengar bila orang lain pasang siaran radio itu. Masa di matrik lah saya mula addict lagu-lagu jiwang itu. Dengan tangan saya sendirilah, saya mencari siaran radio lagu-lagu jiwang.

Sekarang timbul balik kesedaran akan rasa bersalah mendengar lagu-lagu sebegitu. Moga hati ini istiqamah. Bukan mudah untuk istiqamah....

Sekarang ni bila pakai headphone saya azamkan untuk mendengar audio yang baik. Pilihan itu banyak, sayalah yang wajar menilai mana satukah yang wajar didengar. Meletakkan akal dan iman dan nafsu dalam sesuatu pemilihan.... moga ia keputusan yang tepat.


Ya ALLAH ya tuhanku.... Istiqamahkan hati ini...


Sunday, March 8, 2009

Selesai Sebuah Program...

Semalam saya sangat sibuk kerana berlangsungnya Seminar Penularan Penyelewengan Akidah Di Malaysia yang diadakan di Auditorium UPSI. Bukan hanya semalam, tetapi hari-hari sebelumnya juga sudah sibuk dengan gerak kerja program (Saya selalu juga dapat pengecualian daripada hadir @ pulang lewat dr meeting kerana kedudukan rumah saya yang jauh dari kampus).

Dalam program ini saya diamanahkan menjadi AJK Cenderahati. Alhamdulillah, untuk kali keduanya saya memegang jawatan ini pada semester ini. Jadi sedikit sebanyak pengalaman lepas membantu.

Pada pagi semalam sepatutnya semua AJK wajib berada di Audi jam 7 pagi. Tetapi atas kelewatan bangun pagi, saya hanya mampu tiba di Audi jam 7.20 am. Saya bersedia dalam keadaan yang amat kelam-kabut. Setelah memakai dan membawa apa yang patut saya memecut ke Audi. Langkah saya semasa menuju ke Audi itu amat laju. Setibanya di Audi, saya sudah gabra... sebab tak nampak orang lain dan dalam kepala sudah terfikir pasti AJK lain sudah dibagikan tugas. Huhuhu.. rasa bersalah dalam diri sebab sudahlah malam sebelumnya saya pulang awal berbanding AJK lain dan pagi itu pula lewat tiba.

Tengah berlegar-legar di ruang legar Audi sambil call Dah (S/U program) ternampak pengarah program. Terus tanya, " Mana yang lain?".... Pengarah program jawab, " Awak seorang je yang baru sampai.".... Huh! Punyalah ingat saya yang paling lewat. AJK lain datang jam 7.30am, mereka masih kepenatan kerana malam sebelumnya pulang ke rumah jam 12.30pagi menyiapkan barang-barang program. Saya pulang awal pada malam tersebut kira-kira jam 10.30 malam atas alasan faktor keselamatan.

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Hampir 450 orang peserta. Ramai juga kawan-kawan yang dikenali menjadi peserta. Seronok betul tengok mereka. Haniem beberapa kali memuji, "Baguslah kawan-kawan kita nak join program macam ini", "Baguslah kawan-kawan kita , setia sampai slot kedua program". Moga program ini memberi manfaat kepada semua.

Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Program berjalan lancar. Cuma saya tidak dapat mengikuti seminar itu sepenuhnya kerana sibuk dengan hal-hal pengurusan seperti urusan pendaftaran, cenderahati dan makanan. Program yang bermula jam 8 pagi berakhir lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Tetapi AJK perlu menguruskan dahulu hal-hal berkaitan sebelum pulang. Saya tiba di rumah jam 4.30 petang setelah perut diisi dengan makanan VIP yang lebih serta membawa pulang air kotak, kuih-muih yang sedap dan juga 2 bungkus nasi yang lazat.

Sesampai rumah, Fana ajak pergi Rawang, rumah Kakak Dayah. Kakak Dayah datang jemput. Tapi disebabkan keletihan tawaran hebat itu terpaksa di tolak. Masa itu terfikir mahu tidur sahaja. Mana tidaknya dua hari rasanya tak cukup rehat yang amat sangat. Dan paginya pula bekerja kuat, ke hulu-hilir dan angkat itu ini. Jam 10 malam saya sudah beradu. Terlupa segala assignment yang bertimbun, proposal yang tak berusik lagi, critique journal yang masih separuh jalan dan 2 test yang bakal menjelma. Ya ALLAH ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku.

Sunday, March 1, 2009

Explorace + Lawatan TI

Minggu ini dan seterusnya saya akan menjadi sangat teramat sibuk yang amat ( ini salah tatabahasa ni...tp ia nak menerangkan tahap kesibukan saya). Mesti orang akan cakap, isshhh! dia ni asyik cerita tahap kesibukan dia jer, macamlah orang lain tak sibuk.... Tapi itulah kenyataan. Saya tengah sibuk sekarang menyebabkan saya tak da idea best untuk update blog melainkan tentang aktiviti-aktiviti saya di TM ni sebagai pelajar UPSI. Insya ALLAH minggu hadapan (7.3.2009) saya terlibat dalam penganjuran Seminar Penularan Penyelewengan Akidah dan 2 minggu kemudian (13-15.3.2009) saya akan ke sekolah untuk Kem Pembangunan Insan dan Khemah Ibadah. Yang saya ceritakan di bawah ini pula aktiviti hujung minggu saya pada minggu lepas. Manakala minggu ini saya memanfaatkannya dengan menyiapkan assignment.


Sabtu -21.2.2009

Saya menyertai program Explorace Physics di Kampus UPSI. Bermula jam 8 berakhir pukul 1. Terdapat 8 check points. Kesemua tugasannya berkaitan aplikasi Fizik. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang peserta. Kumpulan saya disertai oleh saya, Yana Aida, Yana Rosanan, Ros dan Khairwan. Khairwan adalah peserta di saat-saat akhir sebabnya Khairwan menggantikan tempat Shud yang sakit pada hari tersebut. Sebab itulah dia seorang sahaja lelaki di dalam gambar di bawah. Jutaan terima kasih kepada Khairwan kerana menggantikan tempat Shud walaupun hanya diberitahu kira-kira setengah jam sebelum perlumbaan. Alhamdulilah... kami berjaya menamatkan Explorace namun kami hanya menduduki tempat saguhati sahaja.




Ahad- 22.2.2009

Ahad tersebut saya, Cu dan Shud ke Teluk Intan. Keputusan yang dibuat dalam saat-saat akhir. Kerana nak menguji kertas soalan fizik yang telah dibina serta melawat adik-adik yang baru seminggu kami berpisah. Banyak kelebihan yang kami dapat apabila pergi ke SMT Teluk Intan, kerana kami tidak perlu mengikut prosedur biasa untuk melakukan ujian di sekolah, kami hanya meminta tolong adik-adik kami itu menjawab. Kami juga tidak perlu pergi pada hari bekerja, maka tidak akan mengganggu waktu kuliah kami. Selain dapat berjumpa dengan adik-adik kumpulan kami.

Dalam pukul 11 pagi dapat call kereta sewa dan janji ambil pukul 12. Pukul 12.30 sampai pekan, pergi fotostat soalan, print gambar dan beli sedikit makanan untuk dibawa. Pukul 1 dari TM dan tiba di sana jam 3 petang.

Alhamdulillah, saya berkesempatan berjumpa dengan kelima-lima adik di bawah bimbingan saya. Tak sangka juga yang Syafiq join sekali sebab Syafiq ni pemalu yang amat. Bersama mereka sampai lebih kurang 2 jam, adik-adik yang lelaki beredar kira-kira jam 4.50 petang ketika azan berkumandang.

Masa berjumpa tu, kami hanya membuat kertas soalan yang diedarkan serta memberikan sedikit penerangan tentang konsep-konsep yang terlibat selepas mereka menjawab soalan tersebut. Selebihnya masa kami bersembang-sembang. Banyak yang disembangkan. Biasalah layan budak-budak remaja, maka topik pun berkisarkan persoalan pelajaran, cara belajar, masalah kawan dan couple. Mulut saya pula tak berhenti berpesan itu dan ini. Huhu...


Sebelum pulang ke TM, saya, Cu dan Shud singgah sebentar di bandar Teluk Intan untuk bergambar di bangunan condongnya.



Seminggu sudah ia berlalu. Masa begitu pantas........ atau saya yang melengah-lengah hinggakan jangka waktu seminggu rasa umpama 2-3 hari sahaja. Saya tahu..... itu juga adalah antara tanda-tanda akhir zaman... masa yang dirasakan terlalu singkat....