Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, June 30, 2009

Vespa blogger Award Friendship

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

b)Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ini dianugerahkan oleh Anim. Terima Kasih Anim! Puan Nurrul-Haniem ni adalahlah rakan seuniversiti (*_~). Mengenali dia tak ingat pada sem berapa, tapi rasanya masa sem satu tak kenal lagi dia. Mula rapat sikit-sikt masa sem 3. Naik sem 5 kami semakin akrab sebab sama-sama REXCO Sahsiah. Suka berkawannya dengannya kerana memahami dan dia antara kawan-kawan aku yang alim lah kat UPSI ni. Sudah mendirikan rumah tangga pada 3.6.09 dan semestinya selepas ini akan busy atas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

5 tentang fakta
  1. Raihah Rosli..... sangat suka dengan namanya (*_*)
  2. kuasaduar......blog kesayangannya.
  3. Tidak aktif Friendster .....tapi buat Facebook pula.
  4. Selalu on YM .....tapi berstatuskan invisible
  5. Ada akaun Skype tapi jarang sangat menggunakannya .... boleh dikira dengan jari.
5 Hobi
  1. Surf net
  2. Reading
  3. Watching
  4. Beading
  5. Dreaming...kiki (*~*)
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

  1. Wanie SK
  2. Sajida
  3. Ika
  4. Nad
  5. Shud
  6. Syu

Wednesday, June 24, 2009

Percutian Pulau Perhentian

Percutian ke Pulau Perhentian pada 9-11 Jun 2009. Sebenarnya percutian ke Pulau Perhentian ini adalah ganti kepada Family Day Office ibu di Pulau Tioman yang kami terpaksa batalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Jadi, sebagai ganti kami ke Pulau Perhentian dengan saudara-mara yang dirancang saat-saat akhir yang berkebetulan menyebabkan kami boleh pergi ke majlis perkahwinan Kak Ya di pihak perempuan dan pihak lelaki di Kelantan. Keluarga saya, keluarga Che Ngah, keluarga Che Ma, Ayah Su, Tok Wan, Che Mah & Aina.

Disebabkan peristiwa ni dah lama berlaku, jadi dah tak berapa nak ingat. Jadi layan je lah gambar....

8 Jun 2009
Bermalam di Kuala Besut supaya pergerakan ke Pulau pada 9.6.2009 dapat dilaksanakan seawal mungkin. Chalet pilihan=Taman Azimos Chalet.



9 Jun 2009
Bergerak ke Pulau Perhentian di awal pagi. Menaiki bot laju di jeti Kuala Besut. Pengalaman menaiki bot laju yang menyeronokkan. Sebabnya first time naik speed boat. Sebelum ini ke Pualau Tioman dan Langkawi menaiki feri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Petang itu setelah puas bermandi-manda dan berendam, saya berkayak bersama Aina, sepupu terakrabku. Inilah pengalaman pertama berkayak. Sebelum ini ada peluang nak berkayak tapi tak terasa nak berkayak. Sejak jadi orang yang aktif ni suka sangat nak cuba benda baru! Huhu.


10 Jun 2009

Bergambar kenang-kenangan sebelum snorkeling. Berkobar-kobar ni nak snorkeling. Jam 8.30 am dah keluar dari chalet ke tempat ini untuk bergerak ke kawasan snorkeling.

Bot ini membawa kami ke 5 tempat snorkeling. Tempat ikan, coral, penyu dan ikan yu. Tapi kan... saya turun kat tempat pertama je...tempat coral dan ikan...ngeh2. Saya takut! Dengan kedalaman air lebih kurang 15 kaki. Dan saya yang tak pandai berenang. Kebetulan masa saya terjun yang pertama tu rasa nak tenggelam, menyebabkan saya takut dah nak turun ke tempat yang kedua ,ketiga dan seterusnya. Walaupun saya turun tempat pertama je, saya dapat juga tengok batu karang dan ikan yang bewarna-warni. Masya-Allah.. cantiknya hidupan dalam lautan.


11 Jun 2009


Perjalanan pulang yang sangat mendebarkan kerana sewaktu perjalanan kami pada jam 2, hujan lebat baru sahaja berhenti. Jadi, laut sangat bergelora. Dua kali driver terlepas tangan dari stereng botnya. Bot asyik terangkat dan air sentiasa terpercik sehinggakan basah kami di atas bot. Berbeza dengan waktu pergi.

Demikianlah percutian yang menyeronokkan walaupun terseksa sikitlah time tidur sebab kami ni ramai...

Insya-Allah next entry gambar-gambar pemandangan di Pulau Perhentian...Internet slow. Tak boleh upload banyak-banyak.

Tuesday, June 23, 2009

Further Study?

Sebenarnya nak publish entry tentang percutian tempoh hari. Tapi internet lembab malam ini, jadi sangat sukar atau sangat lembab bila nak upload gambar.

Untuk tidak membiarkan blog ini kosong...update sikit peritiwa petang tadi.

Petang tadi pergi Jusco jumpa Sakinah, Nik dan Eca. Dah setahun tak jumpa mereka sebab cuti semester lepas tak free, jadi tak dapat jumpa. Awal bulan tempoh hari mereka pergi main bowling tapi tak dapat join sebab ada saudara datang rumah. Ahad lepas jumpa Sikin sebab dia sedang berpraktikal tak dapat join hari ini.

Dari segi fizikalnya, semua masih sama. Tiada beza. Yang bezanya, perjalanan hidup. Eca dah habis degree in math dan akan sambung master buka semester baru ini. Sakinah yang dulunya ambil course apa entah, sekarang dah tukar ambil psikologi. Nik macam saya juga... ijazah dalam bidang pendidikan, bezanya Nik Ambil English. Dan dengar cerita Latifah yang tak dapat datang petang tadi sebab pergi buat check up sebab nak sambung study @ master dalam biotek.

Teruja sangat tengok semangat member-member further study. Sembang-sembang, saya cakaplah yang saya dah tak sabar nak kerja dan tak nak study dah! Huhu... teramatlah kontra dengan member-member lain yang nak sambung study. Bagusnya kawan-kawanku!

Sembang-sembang tu cakaplah, saya nak 'full stop' dalam bidang Fizik. Saya rasa dah tak larat. Kemampuan saya bukan di sini... Saya cakap dengan Nik saya tertarik dengan Sosiol0gi dan Antropologi. Hehehe...tak sangka... sama minat dengan Nik! Nik cakap dia pun bercadang ke arah itu.

Kesusahan saya memahami konsep dalam Fizik membuatkan minat saya untuk further study berhenti! Eh, ye ke? Ke saya yang pemalas...hehehe. Tapi, yang penting kalau nak sambung study, saya akan mengahala ke arah pendidikan yang kini menjadi minat saya. Maksudnya saya akan bebaskan diri saya dari SAINS!

Masa mula-mula ambil degree dulu, saya sangat hendak mahu further study. Tapi, buat waktu dan ketika ini saya belum terfikir untuk further study. Saya mahu kerja!

Thursday, June 18, 2009

Tag Ke-9

Tag ini daripada Sajidah. Thanks Sajidah atas tag ini di kala diri ni tak tahu nak update apa. Hehe~~ Ter'update' juga blog ini hari ini....


1) Bekas kekasih saya – Tak pernah wujud :)

2) Saya sedang mendengar – Tak dengar ape-ape. Sunyi di tengah hari ini mendamaikan :)

3) Mungkin saya patut – Study lebih rajin & kurangkan makan...same dengan jawapan Sajida.

4) Saya suka – Surf net. Baca blog orang sampai mata pedih. Huhu..

5) Sahabat-sahabat saya – Penting dalam hidup saya.

6) Saya tak faham – Kenapalah saya suka dan ambil kursus Fizik padahal saya tak pandai dan tak dapat kuasainya.

7) Saya kehilangan – Gelang pemberian ibu saya... Kemanakah ia pergi!

8) Ramai yang berkata – Kata ape yer? Tak tahu lah!

9) Cinta itu adalah – Saya tidak tahu untuk mendefinasikannya.

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – Ape yer??? Tak faham soalan lah!

11) Saya akan cuba – Memperbaiki diri ini yang terlalu banyak kelemahan.

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Tidak berpenghujung...

13) Telefon bimbit saya – simple dan berusia sebulan hari ini.

14) Bila saya terjaga – Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan hari itu.

15) Saya paling meluat – Manusia-manusia yang berlagak seolah dirinya terlalu baik!

16) Pesta/parti adalah – sesuatu yang saya tak teringin nak pergi....ambil jawapan Sajida.

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – Saya bukanlah pencinta binatang. Tapi saya akui kecomln arnab dan kucing. Meskipun penakut kucing (-_-)

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – Setiap peringkat umur saya adalah menyeronokkan. Setiap peringkat ada momen-momen indah dan liku-liku berduri yang mematangkan diri :)

19) Hari ini – Saya masak lauk kari ikan merah.

20) Malam ini saya akan – Cari bahan untuk finl project. Tak jumpa-jumpa lagi... Haish! Sem dah nak bermula.

21) Esok pula saya akan – Rahsia~~~

22) Saya betul-betul inginkan – Menjadi seorang muslimah yang solehah.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – "Emm...gemuknya aku... bilalah nak kurus...hehehe"

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – Shopping complex lah (*_~) Tak pernah lak g arked perminan. Macam Genting ker? Kalau Genting Theme Park... I like! Suke permainan yang mencabarnya :)

25) Makanan Barat atau Jepun? – Masakan Melayu juga di hati. Barat pun layan jaga kot. Tapi, kalau Jepun tak pernah cuba pula. Tengok sushi pun tak tertelan.

26) Bilik yang terang atau gelap? – Gelap untuk tidur nyenyak. Terang untuk study.

27) Makanan segera adalah – makanan segera disediakan....

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – Diamlah!

29) Siapa yang anda ingin tag- tak ada siapa-siapa. Tapi siapa rasa nak buat silakan.... (*_*)

Tuesday, June 16, 2009

Hari-hari Bahagia Kak Ya

Kak Ya @ Suria Aziana ni ialah sepupu sebelah ayah saya. Kiranya sepupu yang saya rapat jugalah sebab kami seangkatan ni membesar pada zaman yang sama. Kak Ya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris serta bergiat aktif dalam sukan badminton. Seorang yang peramah serta sangat pandai bergaul dengan orang ramai . Perwatakannya itu sangat saya kagumi. Alhamdulillah, pada usia 28 tahun Kak Ya telah menamatkan zaman solonya pada 06.06.09 yang lalu. Dengan sekali lafaz, Kak Ya sah menjadi isteri kepada Azri.

Okaylah... tak ada apa yang nak saya tulis. Cukuplah gambar menceritakannya... Layan!


MAJLIS PERNIKAHAN DI MASJID
06 JUN 2009





MAJLIS PERKAHWINAN
07 JUN 2009




Semoga kekal hingga akhir hayat. Selamat berbahagia dan sentiasa berada di dalam keredhaanNYA.

Monday, June 15, 2009

Tak Sedar Dah Keluar

Assalamualaikum!
Saya masih wujud lagi! Hanya tak berkesempatan nak update blog. Sibuk. Sampai sedar-sedar dah lebih 10 hari saya tak jenguk blog. Entry sebelum ini bertarikh 3.6.09. Maksudnya sudah 12 hari. Hari ini baru berkesempatan nak update.Saya meninggalkan internet pada 5.6.09 sebab pulang ke kampung ayah di Kemaman, Terengganu. Namun beberapa hari sebelum itu saya sudah tak dapat nak update blog sebab membuat persiapan bercuti untuk percutian ke kampung dalam tempoh yang agak lama iaitu 10 hari. Pulang ke kampung untuk ke walimah sepupu saya, Kak Ya. Ringkasannya...

6.6.09 majlis akad nikahnya.
7.6.09 kenduri sebelah perempuan.
8.6.09 ke Kuala Besut.
9-11.06.09 bercuti berhari keluarga.
12.6.09 Kenduri di sebelah lelaki di Pasir Mas.
14.6.09 Pulang ke JB.

Disebabkan sibuk yang melampau saya " Tak Sedar Dah Keluar". Apa yang saya tak sedar tu? Keputusan Peperiksaan Akhir Sem 2 2008/09. Alhamdulillah .... Syukur!

Walaupun result tak sebagus seperti Sem 1 2008/09. Tapi tidak seteruk seperti yang saya jangkakan. Alhamdulillah.

Kenapa saya target terlalu rendah untuk sem 2 2008/09? Sebabnya saya terlalu sibuk dan saya bukanlah manusia yang biasa dengan kesibukan.

Kehidupan saya sebagai pelajar 5 sem sebelumnya hanyalah sebagai pelajar yang hanya ke kelas dan assignment. Tetapi sem lalu saya terlibat sebagai REXCO yang juga menuntut banyak masa saya. Bayangkan daripada seorang yang tidak mempunyai apa-apa sijil pada sem sebelumnya. Pada sem lepas secara mendadak sijil kokurikulum saya menjadi 9 sijil. Bukanlah bilangan sijil sahaja yang saya gilakan... tapi pengalaman disebalik sebuah sijil...itu yang amat bernilai. Terlibat dengan mesyuarat. Terlibat dalam post mortem. Cara menguruskan sesuatu majlis kecil-kecilan hinggalah majlis besar. Cara mengurus program di peringkat kelas hinggalah program masuk ke sekolah ataupun kampung. Tahu bersosial. Kenal ramai orang, tidaklah hanya dalam kepompong rakan sekelas yang kesemuanya budak fizik.

Selain itu, kesibukan dengan sebuah subjek yang sepatutnya saya ambil pada sem hadapan tapi terpaksa saya ambil pada sem lepas gara-gara ceritanya nak diadakan praktikal pada sem 7. Subjek Perancangan dan Perlaksanaan Kurikulum Fizik. Subjek ini terlalu banyak assignment. Assignment untuk buat program di sekolah, microteaching, macroteaching dan 4 refleksi. Walaupun terasa agak berat tetapi saya rasa seronok dengan subjek ini kerana betul-betul membimbing saya menjadi cikgu fizik serta pensyarahnya yang sangat saya suka... Dr. Nurul Huda.

Sem lepas sem yang sungguh menguji... Teruji dengan begitu banyak assignment.Teruji dengan terlalu beratnya subjek Electromagnetism. Teruji dengan masalah dalam persahabatan. Teruji dengan masa yang tak cukup. Teruji di mana mahu study, mahu siapkerja-kerja sampingan. Teruji dengan ketiadan study week untuk semester lepas. Dah lah minggu-minggu biasa saya sibuk ... ditambah tiada study week... Haru sungguh saya di minggu peperiksaan. 4 bulan sem lepas saya tak sempat pulang ke rumah kerana ketiadaan cuti... Huhu... Haru- biru sungguh rasa hidupku sem lepas.

Setiap kali saya teruji dengan ujian terlalu berat... Satu kata-kata penguat semangat... "Aku tak akan diuji kalau aku tak mampu menghadapinya".

Dan jika sesuatu yang berlaku diluar kemahuanku... Satu kata-kata membuatku redha... " Apa yang aku hendak bukanlah yang terbaik untukku... maka terimalah segala anugerah yang telah Allah beri kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk aku"

Itulah ayat-ayat yang buat saya tabah ... sabar dalam satu semester yang sungguh menyeksakan.

Insya Allah... next entry tentang percutianku selama 10 hari... Mesti Anis dah tak sabar nak tengok gambar Kak Ya... Tunggu~~~

Wednesday, June 3, 2009

Tahniah Puan Nurrul Haniem


Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Hari ini sahabat saya, Puan Nurrul Haniem Hj. Mustaphy menamatkan zaman single nya bersama suaminya, Mohd Zubir Abdul Rahman. Anim merupakan pelajar tahun 3 (buka nnati tahun 4) dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) di UPSI manakala suaminya ialah pelajar tahun2 (buka nanti tahun 3...ye ke Anim?...hehe..org tak sure) dalam bidang Perubatan di UIA.

Saya tak dapat nak mesej atau call untuk ucapkan tahniah sebab tak ada kredit. Lepas itu, saya berhajat nak pinjam handphone ayah untuk call tapi tak jadi sebab memikirkan pasti Anim sibuk.

Oleh itu, saya buatkan satu entry khas ini untuk ucapkan tahniah.

(Niem org curi gambar ni )

Semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan hingga akhir hayat.

Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Sebenarnya saya memang berhajat untuk ke kenduri Anim pada 6.6.09. Tetapi berkebetulan pada tarikh yang sama sepupu saya bernikah. Jadi perlu hadiri kenduri sepupu dahulu. Aniem memang ada ajak hadir pada hari pernikahannya iaitu pada hari ini. Tetapi di atas kesibukan diri dan akan bercuti di pulau menyebabkan saya tak dapat hadir. Nak sangat pergi, tapi tak dapat.
Saya tersangat sangat nak pergi sebab Anim ni classmate yang saya rapat. Kalau sebelum-sebelum ni ada juga kawan-kawan yang kahwin, tapi tak serapat mana. Tak apa Anim, walaupun orang tak dapat gi, orang doakan dari JB ni semoga Anim bahagia dalam redha-Nya dan berkekalan hingga akhir hayat.

Tahniah Aniem & Zubir!