Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, March 31, 2010

*Panching*Sungai Lembing* Gua Charas*

Minggu lepas, hari sabtu ada hari PIBG dekat sekolah. Balik sekolah, petang itu saya tidur senyenyak-nyenyaknya selama 3 jam...hahah. Penatlah sangat kononya walaupun tugas saya hari itu adalah menyusun semula atau mengemas kerusi.

Malamnya adalah plan nak pergi Panching. Tapi macam plan sure tak sure gitu. Mula-mula buka topik, dalam duduk plan-plan kami melencong topik lain. Jadi tak ada kesimpulan untuk program itu jadi ke tidak...

Esokkannya, pagi-pagi masak nasi goreng. Masa itu tak sure lagi nak pergi ke tak...

Kak Dibah: Kite ni jadi tak nak pergi Panching ni?
Kak Diha: Jom, packing makanan. Kita pergi makan kat sana.



Panching. 28 Mac 2010.


Makanan-makanan yang dimasak dan dibawa. Nyum-nyum!



Setelah selesai mandi yang lebih kurang sejam kami berendam. Kami pun naik dan makan-makan. Cuaca mendung masa itu. Renyai-renyai. Tapi sekejap saja. Lepas itu mula panas balik. Packing barang dan kami menuju ke Sungai Lembing.


Melawat Muzium Sungai Lembing yang suatu ketika dulu terkenal dengan aktiviti melombong.






Antara bahan pameran.

Berehat sebentar di laman muzium sebelum ke destinasi seterusnya.


Destinasi seterusnya ialah Gua Charas. Sesampai saja di kawasan ini kami rasa maam kami makhluk asing. Sebabnya di situ kawasan India. Tempat ibadah mereka. Disebabkan nak naik ke gua itu memerlukan kami mendaki dengan tinggi mengikut anak tangga. Kami batalkan, lebih-lebih lagi tempat di situ agak kurang sesuai untuk kami semuanya perempuan dan muslim. Selai daripada badan yang dah letih bermandi manda dan penat posing.


Kamipun pulang dan singgah solat di masjid IM sebab berhajat nak pergi makan. Pergi ke ECM dan bersantap di Black Canyon. Balik.... lepak... lentok ...terus zzzzzzzzzzzzzzzz....

Wednesday, March 24, 2010

7 minggu

7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan berada di bumi Kuantan ini.

7 minggu lagi saya akan bergelar sebagai cikgu pelatih.

7 minggu lagi saya akan menabur bakti di sekolah praktikum saya.

7 minggu lagi saya akan berjumpa dengan anak murid yang saya sayang.

7 minggu lagi saya kena melayan pelbagai karenah anak murid yang pelbagai ragam.

7 minggu lagi saya dapat mendengar segala cerita, ketawa, lawak dan keluh dan kesah mereka.

7 minggu lagi saya dapat ajar, marah, bebel, cakap, jerit, geram, bengang dengan mereka.

7 minggu lagi saya akan menjadi pemerhati setia di gelanggang bola tampar setiap hari Isnin.



7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan duduk di rumah sewa di perumahan Bukit Rangin ini.

7 minggu lagi saya akan bersama housemate yang sentiasa menceriakan saya.

7 minggu lagi saya akan ke sekolah dengan Kak Nani.

7 minggu lagi saya dapat bersidang dengan mereka bercerita pelbagai kisah.

7 minggu lagi dapat menonton tv, makan bersama, dan berjalan-jalan bersama mereka.

7 minggu lagi saya dapat meronggeng dengan mereka.



Semuanya tinggal 7 minggu.

7 minggu yang sebenarnya tak kan kita sedari masanya berlalu.

Saya akan manfaatkannya di sekolah dan di rumah.

Saya akan menikmati setiap detik yang berlalu dalam 7 minggu ini.

Tuesday, March 23, 2010

Pengalaman Observe 1

Alhamdulillah.

Bersyukur kerana Allah berikan kemudahan ini.

Di'observe' seorang Dr. yang sangat baik.

Dr. Abu Bakar.

Sepatutnya saya kena observe semalam (Isnin) seperti yang telah di beritahu oleh Dr. pada hari Ahad. Manusia merancang, Allah menentukan. Dr. terpaksa batalkan untuk observe saya pada hari Isnin sebab ada pertukaran jadual di sekolah sebelumnya menyebabkan Dr. tak dapat datang pada tengah harinya ke sekolah kami. Berita itu kami tahu kira-kira jam 11.00 pagi. Waaa.. tensen juga sebenarnya sebab persediaan telah dibuat. Tapi, saya percaya Allah telah menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jadi saya telah di observe hari ini. Kelas yang di'observe' kelas 2 Jujur, kelas yang selalu cerita pelajarnya nakal-nakal itu. Kelas belakang. Saya memang takut pelajar tak terkawal, sebab itu masa kan Nani ngajar kelas mereka saya minta tolong kak Nani pesan pelajar-pelajar itu.

Agak kelam kabut juga sebab masa nak mula slide show Absorption of Digested Food, laptop tiba-tiba terpadam. Gelabah! Pulak tu powerpoint itu saya sava dalam window 2007 sedangkan laptop yang saya guna adalah window 2003. Jadi saya terpaksa guna slide Window 2003 yang belum di edit. Bertmabah gelabh, tapi cuba control. Nasib baik tiba-tiba Dr. minta izin nak pergi toilet. Lega saya rasa.

Alhamdulillah... pelajar-pelajar terkawal. Sangat berbeza dengan perangai mereka sebelumnya. Tapi masih ada yang main-main. Contohnya campur segala bagai solution atas meja. Saya tegur sahaja. Ada sampai penunu Bunsen terbakar. Gelabah lagi saya. Penunu Bunsen tu terbakar sehingga pelaras api dekat penunu bunsen pun hangit. Saya capai penunu Bunsen bawa lari ke tepi tingkap dan saya goyangkan dengan laju, dan alhamdulillah api terpadam.

Biasalah pelajar nakal. Kita kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Semua kumpulan berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki. Eksperimen habis pada waktunya. Sempat untuk masuk bahagian observation, discussion dan conclusion. Saya juga sempat untuk simpulkan pengajaran hari itu. Cuma masalahnya pelajar sukar untuk menjawab soalan. Kebanyakkan solan saya jawab sendiri. Ada juga solan yang student jawab sipi2, jadi saya kena promp hingga student dapat jawapannya. Tapi bila student dapat jawab dengan betul bila saya bertanya, suara saya akan terkuat berkata BAGUS sehingga Dr. Bakar dekat belakang pun tertoleh. Cikgu excited pelajar dapat jawab dengan betul.

Habis kelas, saya jumpa Dr. Alhamdulillah, comment yang membuatkan saya tersenyum. Terima Kasih Dr.

Alhamdulillah. Harapnya dapat buat yang lebih baik bila kena observe akan datang.

Monday, March 22, 2010

*observe 1*

Lagi 12 jam saya kena observe.

Akan di'observe' ole Dr. Bakar.

Tadi pukul 9 malam Dr. call bagi tahu esok dia akan sampai sekolah dalam pukul 11.

Kelas saya pukul 12.45 petang.

Kelas 2 Rajin.

Semoga semua okay!

Tak sabar nak habis observe!

Sebab nak rehat!

Eh... tapi petang ada latihan bola tampar!

Alamak... markah exam student tak kira lagi!

Pastuh nak key in markah lagi!!!

Uwaaaaa!!!!


Tuesday, March 9, 2010

Minggu Lepas

Lama sungguh tak update blog. Sekarang ini setiap petang Isnin kena pergi jaga bola tampar. Jadi cikgu bola tampar. Huhuh...main bola tampar pun saya tak pernah. Nasib baik ada coach yang latih pelajar.

Student: Cikgu jomlah main bola, cikgu.
Saya: Tak nak lah. Tugas saya jaga kamu. (ayat cover)
Student: Jom lah cikgu.
Saya: Sebenarnya saya tak pandai main. Kat sekolah dulu saya netball, masuk u amik archery.
Student: Apa kata cikgu belajar. Biasanya cikgu saja yang suruh murid belajar. apa kata kali ni cikgu pula belajar.


Hari Selasa, Khamis dan Jumaat petang saya free. Tapi biasanya saya akan buat lesson plan atau pun abm untuk hari keesokannya. Petang Rabu pula ada koko.

Hujung minggu pula saya sibuk buat mural kat pagar surau sekolah. Saya ni dah lah tak pandai melukis... jadi pakai hentam je lah.

Petang Jumaat baru ini berjalan-jalan dengan housemate ke Telok Cempedak.


Hari Ahad petang setelah kepenatan membuat mural, saya, Mas dan Wana pergi ECM dan lepas itu jalan-jalan di Sungai Kuantan- Taman Esplanade. Walaupun masa itu ada Sua Rasa, tapi kami tak terasa nak pergi sebab cuaca sungguh panas, lebih baik kami berjalan-jalan di tepi sungai menenangkan fiiran daripada bersesak di Sau Rasa..