Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, July 25, 2009

1 Bulan... 2 Bulan...

Apakah yang dimaksudkan sebulan dan dua bulan ini? Tak ada apa-apa pun. Ini hanya calit coret saya dalam KUASADUAR untuk kenang-kenangan buat masa akan datang.

1 bulan bermaksud selamat ulang bulan yang ke sebulan kepada laptop baru saya. Mana pergi laptop pertama saya dulu? Huh! Dah ranap... ganas betul. Tengoklah laptop pertama yang berkhidmat pada saya selama 3 tahun bermula daripada 7.7.2006 sehingga 7.7.2009. Laptop ACER 5***. Mula-mulanya retak saja, lama-kelamaan patah sebelah dan akhir sekali kopak dua-dua belah. Sekarang ni kalau nak buka, kena letak stand dekat belakangnya. Sadis sungguh! Inilah laptop kesayangan saya selama 3 tahun. Sekarang ni, laptop ni dah jadi laptop rumah. Sebab laptop yang kat rumah abang saya dah ambil bawa pergi UM.

Masih segar dalam ingatan, masa mula-mula dapat laptop ini masa hari terakhir orientasi. Ayah dan ibu datang Tanjong Malim bagi laptop ini. Saya terharu dengan keprihatinan ibu dan ayah saya sebab memahami kepentingan komputer dalam dunia pelajar. Saya tak cakap pun nak laptop. Saya hanya mengadu dekat ayah, cakap kat UPSI ni banyak guna komputer dan internet. Sebab masa itu saya buta komputer hanya tahu guna Word dan Power Point je serta pandai main game kat laptop. Dan memang buta terus internet.. Tup...tup...hujung minggu ayah datang bawa laptop. Perlahan-lahan bila ada laptop sendiri saya jadi mahir dan tahu sikit-sikit tentng komputer serta terus celik internet...hehe.

Pada 24 Jun yang lalu, saya dihadiahkan lagi sebuah laptop baru. HP Pavilion dv2. Laptop ni dibeli di HP Center Jusco Taman U. Masa ayah belikan tu, saya terima saja. Saya tak letak kan spesifikasi tertentu apa yang saya nak. Ayah dah belikan laptop yang kedua ini pun saya dah bersyukur sangat. Janji saya boleh guna untuk tugasan saya sudah memadai. Saya harap laptop ni tahanlah lama... Inilah cinta hati kedua saya setelah laptop ACER dulu...


2 bulan pula? Selamat hari ulang bulan yang ke-2 untuk handphone saya. Mana pergi handphone lama? Dah rosak juga! Haihh.... memang ganas saya ni. Tapi taklah seganas mana... sebab handphone pertama saya telah berkhidmat selama lebih 4 tahun kepada saya. Handphone pertama itu berkhidmat pada saya paa bulan Mei 2005 masa nak masuk matrik. Dihadiahi ibu saya kepada saya. Saya terima seadanya dan saya gunakannya sebaiknya sehinggalah bertahan selama 4 tahun tanpa sebarang masalah. Dikala orang lain dah pakai handphone bewarna, handphone slide dan berkamera... Saya setia dengan handphone itu. Handphone itu tak ada masalah pun, cuma baterinya sudah kong.


Maka sekarang ini bertelefon bimbit barulah saya bermula 20 Mei 2009. Juga hadiah dari ayah. Ini pun saya tak letakkan spesifikasi, bagi saya boleh mesej dan buat panggilan itu sudah memadai. Dan extra lah kalau ada kamera sebab saya kan blogger yang selalu tepek gambar kat blog saya. Masa dekat Nokia Center Plaza Pelangi saya cakap kat pejual itu, " Saya nak handphone yang ada memory kad yang paling murah". Penjual tu keluarkanlah 3 model. Dan saya telah memilih Nokia 5130 XpressMusic. Saya berharap juga handphone ini tahan selama mungkin... Huhu.


Ibu saya cakap.... pandai betul barang-barang saya. Semuanya rosak masa saya dah nak habis study. Selagi saya study, barang-barang ini akan ditaja oleh ibu dan ayah. Nanti dah kerja beli sendirilah jawapannya. Sebab barang-barang saya ini memahami bahawa gaji seorang guru baru itu sikit, maka barang-barang ini rosak masa saya nak habis study... Hehehe.

Bersyukur dengan segala nikmat-NYA... Alhamdulillah(~_~)


p/s: Entry ini tak ada apa-apa pun... Cuma nak menulis supaya kekal dalam kenangan. Contohnya, saya dah tak ingat dah model laptop pertama saya juga model lhandphne kedua saya. Ye lah, masa itu kan tak ada blog lagi. Mana main tulis-tulis macam ni.

No comments: