Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, July 27, 2009

Entry Pagi Buta

Salah satu gambar yang diambil semasa percutian di Pulau Perhentian pada bulan Jun 2009.

Sekarang dah pukul 12.19 am. Tak terasa nak tidur lagi. Dalam masa yang sama tunggu Fana balik. Fana pergi travel dengan schoolmate dia. Pergi Melaka. Pintu bawah dah berkunci rasanya. Jap gi Fana sampai baru saya turun. Fana mesej tapi kredit dah expired sebab tu tak boleh reply. Tadi, Hadi ym cakap Fana baru je gerak dari Shah Alam. Agak-agaknya dalam setengah jam lagi sampai la kot.

Esok presentation untuk subjek Fizik Tenaga. Tentang green building. Berdebarnya. Saya ada masalah untuk ke depan yang sangat kritikal. Badan terutamanya tangan saya akan menggigil ketakutan. Ini masala low self esteem... Macam mana entah nak jadi cikgu? Saya pun tak tahu... Doakan saya boleh present dengan baik esok. Alhamdulillah... Nasib baik esok present boleh campur Bahasa Melayu dan English. PPSMI kan dah dimansuhkan (~_*)

Petang tadi masa jalan-jalan ada sesuatu yang menganggu hati... Huh! Inikah angkara Syaitan atau nafsu hati? Kenapa ek? Tak tahulah.... Biarkan je lah benda tu berlalu. Raihah, baru semalam kamu ber'ym' dengan Azaty tentang perlunya dalam menjaga hati...tentang leka dan alpa... tentang ujian dan dugaan. Ingatlah... Allah tak pernah tinggalkan kita, kita yang selalu tinggalkan Allah...

Tak sabarnya tunggu hari Rabu... nak balik JB. Insya Allah kalau tak ada halangan. Ingatkan presentation hari Khamis, sekali diawalkan hari Isnin... memang bagi peluang untuk saya balik ni...

Baiklah... ini saja yang nak dicoretkan pagi-pagi buta begini....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~New Update~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru je padam lampu beberapa minit lepas tu, Fana sampai. Sekrang ni Fana tengah qada' tidur.

Baru je dapat mesej dari Anim dalam pukul lapan lebih pagi tadi. Presentation hari ini batal... Huh... kecewa... nampaknya tak ada rezekilah saya nak balik Rabu ni. Ingat kan boleh lah jimat duit ikut ibu balik sekali masa ambil Anis dari KLIA Rabu nanti.. Tak dapat juga. Sekarang tak tahu nak balik ke tak. Tengok keadaan!


6 comments:

Infant's steps said...

segan giler awk sebut nama kita..delete r nama kita tu reqa =D

just nak share sumthing slps beberapa pembacaan..

"sekiranya taubat yg kita lakukan sering kita mungkiri,semoga ALLAH ampunkan kita sbb ketidakputus asaan kita kpd rahmatNYA"

sungguh ALLAH maha mengetahui isi hati hambaNYA..n also our conversation through YM..

HE will help those who seek for help..

with patience.. =)

muhammad anis said...

xdapat blik ea?? xpe la...byk lagi mase...
kita merancang..Allah menntukan...
btw...bitaufiq wannajah 4 presentation...
jmpe nanti k..wslm

Unknown said...

hmmm..
ingat ko balik gak..
aku dah kat umah

fana said...

dan akhirnya ko dpt balk gak eah.

kite rancang,Allah tentukan.bnda yg baek,Allah pasti kabulkan.

=)

Infant's steps said...

ooo...balik umah..patutla tetiba senyap je blog..ngeh2..slmt bergembira dgn family..huhu..

Raihah Rosli said...

Azaty...
Apa salahnya sekali-sekala promosi nama awk...Ahaks...
Huhu..

Anis n Along...
I'm home for a long holiday :)

Fana...
Alhamdulillah.... :)

Azaty...
Waa... awk sekodeng kite eh? Tetibe jerk tau kita balik umah...hahaha! Tgh bgembira dah ni... dan kecewa... misiku tergendala lah bila balik rumah!