Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, August 20, 2009

Kopitiam & Harga Topeng


Destinasi makan kali ini ialah Kopitiam yang terletak di Taman Bahtera, Ulu Bernam (Tanjong Malim). Alamat Taman Bahtera ini unik sikit. Sebab kedudukannya di negeri Selangor, tetapi betul-betul bersebelahan dengan Tanjong Malim. Jadi ia kadang kala lebih mudah dikenali sebagai Tanjong Malim walaupun terletak di Selangor.

Jom kita tengok menu kami (saya dan Fana).

Menu saya:Jus Carrot Susu + Kuey Teow Theng.
Jus Carrot Susu nya biasa. Sedap macam kat restoran lain juga.
Kuey Teow Theng ini ala-ala sup lah. Ada rasa rempah sikit. Dan sambal kicap. Kalau macam saya penggemar sup ini memang suka sangatlah. Lagi-lagi masih dalam misi diet. Hehehe...


Menu Fana:
Chocolate Volcano + Combo Plater A.
Chocolate Volcano nya sedap. Mungkin menu istimewa Kopitiam kot.
Chicken wing itu pon sodap! Ngecek Fana punya. Tu yang tau sedap tu... Huhuhu....

Selesai:

Dekorasi Kopitiam cantik jugalah. Kelebihannya ada WiFi. Yang lain itu biasa saja. Mudah untuk ke sana sebab dekat dengan KHAR dan KUO. Jalan kaki pun boleh dari kolej.




Ini pula kisah topeng muka. Ia sudah dijadikan bahan kawalan. Berikut adalah jenis dan harga topeng -topeng muka. Gambar diambil dari Kosmo Online.


Sekian saja..... Entry untuk malam ini. Malam terakhir bulan Sya'aban. Insya-Allah. Malam esok malam 1 Ramadhan...

2 comments:

Infant's steps said...

salam..

asyik ckp psl mkn je reqa..hehe..ni nak puasa dah,agaknya takdelah kot cerita mknan lagi..=D

sebulan berpuasa bermaksud sebulan lah masa latihan yg diperlukan utk mendidik diri supaya menjadi org yg bertaqwa..
andai diri 'benar-benar' berpuasa dgn istiqamah selama sebulan,insyaALLAH seorg hamba bertaqwa itu lahir di akhir rmdn..
sama2 kita berusaha utk buat yg terbaik..supaya amalan yg dilakukan pada bulan rmdn ini kekal hingga rmdn berikutnya..sama2 muhasabah diri from the start of rmdn..n sama2 doakan dpt pengampunanNYA..

slmt berpuasa =)

Raihah Rosli said...

alamk...tercerita psl mknn lagi kat n3 pose tuh!
heheheh....
yup...sama2 mjd hamba yg btaqwa...
terima kasih... setiap peringatan awk sgt kita hargai...
awk sorg kwn yg slalu tarik kita kearah kbaikan...
dan kita masih igt lg mse matrik dulu.... awk ada juge kol kita... utk bgun pg!
tq! :)