Pagi ini saya cuba membuat tutorial CM. Fuuuuh.... boleh tahan soalannya. Saya rasa saya memang tak sesuai berada dalam dunia Fizik sebab sangat menyakitkan kepala otak saya. Hahaha... dah terlewat dah pun kalau nak tukar kursus.
Sekarang ini tengah study week tapi tak macam study week pun sebab sibuk dengan tesis dan tutorial. Alhamdulillah, peperiksaan bermula Khamis minggu depan. Jadi, minggu depan baru buka buku. Sekarang ini masa siapkan tesis, modul dan tutorial.
Saya nak kongsi satu cerita. Cerita ini sekadar perkongsian dengan kawan-kawan terutamanya yang bakal bergelar guru. Ia perkongsian pengalaman saya sendiri.
Saya tak pernah rasa dilabel tetapi ada salah seorang pensyarah kami. Selalu mengeluarkan kata.... " Biasalah Kumpulan D". Itulah kenyataan yang membuatkan saya sedar diri. Sebenarnya saya tak pernah rasa dipandang sebegitu tak pandai. Tapi, tidak mengapa kata-kata itu sebenarnya membuatkan saya lebih bersedia untuk ke kelas sebab saya tak mahu dipandang bodoh walaupun saya selalu blur dalam kelas.
Saya tak menyalahkan diri saya yang bodoh untuk memahami subjek itu. Saya tak menyalahakan pensyarah saya yang pandai yang sabar mengajar subjek itu. Saya tak menyalahkan subjek itu yang mencabar sebab ia ilmu yang mendekatkan hamba dengan Penciptanya. Saya akui kebolehan itu pelbagai dan mungkin kebolehan dan minat saya bukan dalam bidang itu. Teori Howard Gardner menyatakan kepelbagaian kecerdasan manusia itu pelbagai. Ada 9 jenis kecerdasan.
Dahulu di sekolah, saya bersekolah di sekolah harian biasa. Jadi saya yang tak pandai ini sentiasa di kelas pertama. Cikgu-cikgu sayang dan kami digelar "Creamer of the cream".
Bersama dengan Puan Rosliza, Cikgu Biologi Tingkatan 4 dan 5
Ingatlah... tiada manusia dilahirkan bodoh! Semua manusia dilahirkan dengan berbeza jenis kepandaian! Jadi janganlah sesekali kita memandang rendah kepada kebolehan dan kemampuan orang lain.
Kalau untuk situasi guru. Jangan sekali membandingkan pelajar di hadapan mereka. Meskipun Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3, Kelas 4 itu memang sudah dilabelkan di nama kelas mereka. Tapi jangan sekali keluarkan perkataan kelas pandai dan kelas bodoh. Pelajar-pelajar adalah anak muda yang sangat sensitif hatinya serta sangat panas jiwanya. Kalau mereka terdengar sudah pasti mereka menjauhi guru dan benci melihat guru. Sebab mereka masih lagi remaja yang tidak matang berfikir.
Sayangilah dan hormatilah mereka selayak mana yang sepatutnya mereka dapat. Sungguh.... pesanan ini buat diri saya yang bakal bergelar cikgu tahun hadapan. Insya-Allah.
p/s : Saya sangat sayangkan supervisor saya yang sangat baik dan memberi kata semangat yang sangat positif.

Hujung tahun Tingkatan Dua . Bergambar kenang-kenagnan dengan Cikgu Maslina, Cikgu Dashimah dan Cikgu Haizan.
Bersama dengan Puan Rosliza, Cikgu Biologi Tingkatan 4 dan 5
Ustazah Siti Maimunah dan kami dalam kelas 4 Sains 1
Pelajar Fizikal 21 05/06 bersama dengan tutor dan pensyarah di KMJ
Jadi saya dapat merasa dua keadaan. Masa saya menjadi kebanggaan sekolah dan masa saya di pandang tidak pandai oleh tenaga pengajar. Saya merasa implikasinya. Seterusnya membuat saya berfikir dan mengambil iktibar. Apa yang alami ini saya akan jadikan pedoman apabila bergelar guru kelak.Pelajar Fizikal 21 05/06 bersama dengan tutor dan pensyarah di KMJ
Ingatlah... tiada manusia dilahirkan bodoh! Semua manusia dilahirkan dengan berbeza jenis kepandaian! Jadi janganlah sesekali kita memandang rendah kepada kebolehan dan kemampuan orang lain.
Kalau untuk situasi guru. Jangan sekali membandingkan pelajar di hadapan mereka. Meskipun Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3, Kelas 4 itu memang sudah dilabelkan di nama kelas mereka. Tapi jangan sekali keluarkan perkataan kelas pandai dan kelas bodoh. Pelajar-pelajar adalah anak muda yang sangat sensitif hatinya serta sangat panas jiwanya. Kalau mereka terdengar sudah pasti mereka menjauhi guru dan benci melihat guru. Sebab mereka masih lagi remaja yang tidak matang berfikir.
Sayangilah dan hormatilah mereka selayak mana yang sepatutnya mereka dapat. Sungguh.... pesanan ini buat diri saya yang bakal bergelar cikgu tahun hadapan. Insya-Allah.
p/s : Saya sangat sayangkan supervisor saya yang sangat baik dan memberi kata semangat yang sangat positif.
3 comments:
sungguh saya tdk suka melihat gmbr2 lower form ituuuuu..huhu...
hmm..hari ni pun kita terkesan dgn hikmah manusia diciptakan berbeza..(hasil drpd membaca novel dlm perjlnan ke hosp-->bknnya nak baca buku medic..hua3..)
setiap kelemahan dan kelebihan membuka peluang utk kita merebut pahala..
"Alangkah hebatnya kehidupan seorang mukmin. Seluruh hidupnya adalah ganjaran kebaikan. Sekiranya dirinya memperolehi nikmat, dia bersyukur lalu ia menjadi kebaikan untuk dirinya. Sekiranya dirinya ditimpa musibah, dia bersabar lalu ia menjadi kebaikan untuknya."
(Hadith riwayat Muslim)
hahahaha...ble awk x ke... kite lg ske...ngeh3
novel pe ? nak bce gak! hahaha... lps xm la.
yup stiap kkurg itu memberi ruang utk kite membuat kebaikan :)
cikgu yang suka sebut anak murid dia 'tak pandai' without an effort to teach them just prove that they are in the wrong field..And not supposedly to be a teacher thou.
because why?
instead of cakap anak murid tak pandai.(just wanna put the blame on the student)
why don't you said 'cikgu tak pandai mengajar?'
that sound more like 'pendidik'
peace.
Post a Comment