Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, November 5, 2009

Pertama dalam Terakhir

Hari pertama menduduki peperiksaan semester ini dan terakhir dalam tahun pengajian saya sebab semester depan sudab berpraktikum.

Sebenarnya entry ini saya nak buat entry minta maaf kepada sesiapa saja yang saya ada salah pada mereka. Tak kiralah keluarga, kawan atau sesiapa saja. Saya mohon dimaafkan segala silap salah saya. Saya manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan. Saya mahu hidup saya tenang dan tak mahu ada sangkut sana-sini dalam hubungan saya sesama manusia. Maafkan saya yer... Sebenarnya entry minta maaf ni nak tulis sebelum ambil peperiksaan lagi, tapi tak sempat.

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
Maksud Surah Al-Baqarah Ayat 263
[2:263]
Pagi tadi dah habis menjawab satu subjek-Classical Mechanics (CM). Nak kata boleh jawab tidak, nak kata tak boleh jawab pun tidak. Tak tahulah... lantaklah benda dah lepas. Malas dah nak fikir lagi. Fikir saja yang baik-baik. Doa saja yang baik-baik. Dan tidak meletakkan harapan yang terlalu baik sebab sedar dan tahu akan kemampuan diri.

Itulah kebiasaan saya. Syukur dan redha membuatkan diri saya lebih tenang untuk melalui kehidupan. Syukur dengan apa yang saya ada dan redha dengan segala ketentuan-Nya kerana saya percaya setiap kejadian itu Allah wujudkan dengan hikmah di dalamnya.

Alhamdulillah! Saya sangat bersyukur atas apa yang saya kecapi hari ini. Walaupun saya bukanlah cemerlang dalam subjek fizik, Allah kurniakan saya kelebihan dalam subjek pendidikan. Walaupun saya tak dikurnia otak yang geliga untuk buat kira-kira juga tak mempunyai otak yang hebat untuk menghafal. Allah masih bagi lagi saya kekuatan untuk meneruskan belajar hingga sekarang, doa saya agar saya habiskan ijazah pertama ini dengan cemerlangnya pada tahap pencapaian saya, bukan di mata manusia lain.

Malam ni ingatkan nak study Energy Physics setelah petang tadi membantai tidur selama 2jam setengah.... hampehnya! Buka saja nota, tapi otak duk melayang jauh. Huhu.

Tak sabarnya nak habis minggu peperiksaan ni. Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar! Nak buat benda-benda yang tertangguh. Nak tau apa? Sulam tangan tudung, jahit manik dan baca buku yang bukan lagi buku fizik. Nampak tak? Betapa kontranya bidang saya dengan minat saya! Ngeh3.

No comments: