Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, September 28, 2009

Aidilfitri 1430


Sudah 12 hari tak update blog. Raya sakan! Huahaha... Balik JB pada petang 15/9/2009. Balik Terengganu pada tengah hari 17/9/2009 dan sampai pada 12.15 am di 18/9/2009. Pada raya ketiga iaitu 22/09/2009 kembali semula ke JB. Raya keenam iaitu pada 25/9/2009 beraya pula di Seremban. Pagi tadi baru sampai TM. Letih...letih.



Ini gambar kenang-kenangan hari raya tempoh hari.



Tahun ini Anis beraya di Malaysia. Lengkap kami sekeluarga.
Dalam persalinan ungu.


Puas bergambar dalam rumah. Kami ke halaman.
Ungu+ Kelabu+ Biru+ Coklat=Kepelbagaian warna baju kami.


Segak berbaju Melayu. Huhu... Macam kumpulan nasyid je.



Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan :
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.


Wednesday, September 16, 2009

Pulang Beraya Syawal 1430

Hari ini saya sudah di rumah keluarga di Skudai. Semalam separuh hari dalam perjalanan di dalam bas. Bermula selepas kelas FT, saya dan Haniem bergerak ke KHAR untuk menaiki bas ke KL pada jam 2. Tiba di Pudu lebih kurang jam 3.30 dan setelah Haniem naik bas ke Kuantan saya bergerak ke Bukit Jalil (terminal bas sementara sempena raya ke arah selatan) pad jam lebih kurang 4.15 petang dengan menaiki shuttle bus.


"Boleh nak duduk sini," tanya seorang perempuan.

"Boleh. Duduklah," saya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Nak gi mana?"

"JB" balas saya ringkas. Dan untuk bermanis bahasa saya pula bertanya " Awak nak ke mana?"

"Melaka".


Saya pun terus berdiam. Sambil melihat seorang demi seorang yang membayar tambang sebanyak RM 2 untuk menaiki bus shuttle ini. Perjalanan dari Puduraya ke Bukit Jalil.


"Belajar lagi ke?" tanya perempuan yang duduk di sebelah saya itu.

" Ha...ah". Jawab saya ringkas.

" Awak ? Kerja ke belajar?"

"Belajar. Umur saya baru 16 tahun", dengan nada mendatar dia membalas.

"Ooooo...ok. 16 tahun baru". Sebenarnya saya tak menyangka yang dia berusia 16 tahun dengan badannya yang agak gempal dan berpakaian short dan baju fit juga berkaca mata
hitam.

"Sekolah kat mana?" tanya saya memanjangkan bicara.

"Sekolah Menengah ........ Jalan........ ".

"Ooooo...ok". Dalam kepala saya masa ini terfikir. Itu bukan sekolah asrama.

"Pergi JB buat apa?" tanya budak itu lagi.

" Balik kampung, rumah mak ayah. Awak pula gi Melaka rumah siapa?"

Dia terdiam.

"Kampung ke?"

Dia menggelengkan kepala.

"Rumah kakak ker?"

"Tak lah. Rumah BF". Sambil mulutnye mengukir senyum tersipu-sipu.

" Lama ker cuti sekolah untuk raya ni?" tanya saya.

" Entah. Tak tahu." Rileks saja dia membalas.


" Tak tahu?. Kenapa?" tanya saya ingin tahu.

"Dah lama tak pergi sekolah". Jawapnya jujur.

"Ooo... ye ke. Tak sayang ke tak pergi sekolah?"

"Sayang."

"Habis tu?" Saya bertanya lagi. Pelik di kepala saya memikirkannya. Sayang tapi ponteng.

"Tertekanlah nak kena pergi sekolah". Jawabnya slumber.

"Kenapa pula?" tanya saya lagi.

"Entah. Sejak arwah mama tak da, hidup jadi tak terurus. Duduk dengan kakak saya, saya tertekan." luah budak itu.

Saya simpati, tapi tak ada apa yang mampu saya balas melainkan hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda mendengar dengan prihatin.



Orang yang menaiki bas ini semakin ramai. Sehingga penuh berdiri. Perbualan terhenti. Saya rasa kurang selesa untuk berbual. Lebih-lebih lagi keadaan jadi hingar bila dipenuhi orang. Kalau hendak bersembag terpaksa bersuara kuat.


"Saya suka tengok awak", ujar budak tadi.

Saya menolehnya sekilas. Otak jahat saya berfikir... Les ke dia ni? Saya diam. Dan membetulkan kembali kepala saya untuk menghadap ke depan.

" Saya tengok awak sejuk je. Muka awak sejuk". Terangnya.

"Oooo..." Saya tersenyum. Malu pada diri sendiri sebab bersangka buruk.Sangka buruk saya itu juga bersebab. Supaya saya berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

"Awak tak pernah tinggal solat?" sambung dia berbicara.

Saya senyum terlebih dahulu sebelum menjawab. Saya juga ada zaman 'gelap' dalam hidup saya. "Insya-Allah, setelah ada kesedaran akan solat itu wajib, saya tak pernah tinggalkannya. Kenapa, awak ada tinggalkan solat ke?"

"A...ah. Saya tak solat. Tak ada orang nak ajar saya. Saya tak solat. Saya tak mengaji." Akuinya jujur.

"Oooo...emmm..." Saya terkaku untuk berkata sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam bas itu sangat sesak. Saya kasihan apabila dia bercerita kepada saya , bukan setakat saya yang mendengar. Sudah pasti orang yang berdiri sekitar kami juga akan mendengar juga.

"Saya tak puasa. Saya tak boleh nak puasa. Paling saya tahan 2 hari."

Saya terkedu mendengar. Dia terus meluahkan.

"Sebenarnya saya nak berubah. Tapi tak ada orang nak bimbing saya. Mama dah tak ada. Kakak saya entah macam apa saja"

"Insya-allah... boleh." Saya tak sempat nak berkata panjang. Budak itu membuka bicara lagi.

" Saya pernah masuk Kristian" ujarnya tanpa rasa malu.

Saya tertoleh padanya dengan muka terkejut. 'Astagfirullah-al-azim... Nauzubillah... hanya terluah di dalam hati. Saya tenangkan kembali wajah terkejut saya. Saya tak mahu dia berkecil hati atau merasakan saya memandang serong pada dirinya.

"Tapi saya dah mengucap balik tahun lepas".

"Oooo...alhamdulillah".


Bas shuttle ini sudah menghampiri persekitaran Bukit Jalil. Perbualan kami terhenti. Masing-masing sibuk mengangkat beg.


Petang Selasa 25 Ramadhan. Suasana di Terminal Sementara Bukit Jalil masih lagi lengang.


"Boleh saya turun dengan awak, " tanya budak itu.

"Sure... boleh. Jom!"

" Saya nak pergi kaunter dulu." ujarnya.

"Okay".



Dari jauh dia melambai pada saya. Basnya ke Melaka jam 4.30 petang. Dia bergegas ke bas kerana tika itu jam sudah menunjukkan jam 4.40 petang.

Sebenarnya saya ada nak pesan pada dia...

"Kalau awak nak rasa tenang dan bahagia... kembalilah kepada Allah... amalkan cari hidup Islam... kalau rasa tak ada orang nak bimbing... jumpalah ustazah di sekolah... luahkan pada mereka... mintalah bantuan mereka."


Tapi pesanan itu saya simpan saja. Tak sempat nak cakap. Saya simpati padanya kerana berulang kali dia cakap hidupnya tak bahagia dan tak berasa tenang. Panjang sebenarnya perbualan kami. Yang saya ceritakan di atas sebahagian saja. Sebenarnya saya rasa bersalah juga... kalaulah saya ini seorang yang mantap agamanya... mesti boleh bantu dia... mesti boleh terangkan padanya apa itu dan ini... Saya hanya mendengar dan memberi pendapat saya. Itu saja yang saya mampu.

Saya berdoa agar dia mendapat hidayah dari Allah...


Bas Maraliner pilihan saya. Basnya sangat selesa. Pemandu juga berhemah.


Bas kosong saja semalam. 5 orang saja penumpang.

Monday, September 14, 2009

Kisah Semalam

Hari ini kepenatan lepas balik dari rumah Hazni kat Bahtera Arcade. Buat model untuk tugasan ketiga subjek FT. Masa balik tadi, tunggu bas kat depan simpang rumah Hazni untuk ke kampus semula sebelum balik ke rumah.

Semasa tengah duduk-duduk bersembang dengan Dayah dan Mira sambil menunggu bas kitaran ada seorang ibu membawa anak kecilnya yang comel yang berusia lebih kurang dua tahun. Budak itu berjalan-jalan dan kadang-kala berlari. Budak itu ada juga berlari ke arahku seolah-olah macam nak kan perhatian ataupun ajak bermain. Saya yang tak berjiwa penyayang dan juga tak pandai melayan budak-budak ini, pandang dan senyum sambil buat tak tahu saja. Saya pun meneruskan sembang-sembang. Tidak mengendahkan si comel itu. Hahaha....memang saya sangat kejam. Tapi nak buat macam mana saya memang tak suka.

Tiba-tiba, budak comel itu datang dan memaut peha saya yang sedang khusyuk bersembang. Wah, tersentuh pula saya rasa... Saya pun peganglah si kecil ini. Cubit-cubit pipinya dan usap rambutnya. Saya tak reti dah nak layan macam mana. Huhu... Saya ingatkan lepas pada itu budak tu akan pergi tapi tidak. Kejam betul bunyi ayat ni. Sebabkan budak itu masih berpaut pada saya pun angkatlah dukung. Saya pun terfikir, adakah saya kelihatan seperti seorang ibu @ bersifat keibuan sampai budak itu mendekati saya. Huahahaha.... Sekejap lepas pada itu saya pun turunkan si comel itu dari ribaan. Bas pun sampai. Saya pun tinggalkan si comel itu.

Masa di rumah Cu pula petang tadi untuk meletakkan barang di garaj rumahnya... saya di dekati kucing Cu yang manja. Kebetulan masa itu Cu dan Syud tiada, mereka di kampus. Kucing itu asyik mengikut saja. Penat mulut saya menghalau. Saya pun pelik kucing ini tak faham bahasa ke saya halau. Saya bukan pencinta kucing malah amat takut dengan kucing. Saya pun cepat-cepat letak barang sambil mulut tak berhenti menyebut "shuh...shuh..shuh!" Lepas keluar dari rumah Cu itu saya terfikir.... kucing pulak dah... tadi budak kecik.

Baiklah ... tingalkan saja kisah saya didatangi makhluk Allah itu... Sekadar berkongsi... sambil fikiran saya berfikir... Apakah pengajaran yang boleh saya ambil pada 2 peristiwa itu.

Sekarang sudah lewat malam @ awal pagi. Apabila menghadap laptop macam ini mata jarang nak kuyu. Berbeza pula bila menghadap buku. Bila time off begini, memang sedaplah online sampai lewat malam.

Perut masih kenyang sebab baru lepas makan A&W. Fana bawa balik tadi. Thanks Fana!

Sebabkan tak rasa nak tidur dan tak rasa rajin nak buat thesis. Tadi surf net. Jumpa satu blog jurugambar. Gambar-gambarnya memang mantap lah! Termelekat pula kat blog itu. Bacalah daripada satu etry ke satu entry. Rupanya dia student UTM. Ada la dia sebut Kangkar Pulai, Sri Pulai, Teratai. Ada entry nya menyentuh tentang zaman dia belajar. Dia singkap kembali masa bulan ramadhan sebagai seorang student. Macam-macamlah...dari cerita pergi bazar minta diskaun sebab beli waktu dah nak maghrib, berbuka di masjid hinggalah ke berbuka dengan makan maggi dalam baldi bilik air tu. Kiranya pahit getir seoarng student lah... semuanya manis balik di kenang bila dah berjaya. Ada entry dia ambil gambar isterinya konvo di UKM. Dan di akhir entry itu dia ada tulis... sementara jadi student ini ambillah gambar-gambar dengan kawan-kawan. Nanti lepas habis konvo, tak akan ada nya peluang nak jumpa lagi. Dia pesan ambillah gambar dengan yang kawan rapat dan tak rapat. Manalah tahu kawan-kawan kita nanti jadi PM ke angkasawan ke. Boleh tumpang gembira tunjuk ke anak cucu kita. Hahaha.. Kelakar.Tapi ada logiknya.

Ya... ini adalah sem terakhir aku di kampus. Semester depan dah pergi praktikum. Tiada lagi suasana nak belajar di kelas. Sem depan kena mengajarlah pula. Rasa macam sayu pula bila tulis entry malam-malam begini. Walaupun rasa dah tak sabar nak habis sebab macam dah tak larat dah nak study. Bila difikir-fikir balik... sayang juga nak tinggalkan TM dan UPSI terutamanya. Hampir tiga tahun setengah di sini, banyak mengajar saya erti hidup. Sibuk sesak dunia seorang pelajar universiti. Dilentur dilayur membentuk peribadi seorang guru. Ranjau duri dunia remaja. Pahit manis erti persahabatan. Juga sepak terajang manusia.

Kalau budak kecil daripada tahu menangis saja masa baru lahir, bila dah berusia 3 tahun setengah, dah boleh berjalan, berlari bercakap. Dan ada yang dah pergi tadika. Macam itu jugalah perumpamaan usia 3 tahun setengah saya di UPSI...

Saturday, September 12, 2009

Restoran Siam


Selasa yang lepas saya bersama 3 rakan lain ke Restoran Siam (tak ingat nama penuhnya, itu hanya nama popularnya sahaja). Saya, Fana, Anim dan Syikin. Perancangan di buat sejak awal Ramadhan, 18 Ramadhan baru dapat berbuka bersama sebab masing-masing sibuk balik kampung saja hujung minggu Ramadhan kali ini.


Juadahnya memang sedap. Jadi, kita terus pergi ke menu yang ditempah seawal jam 5.45 petang. Menu-menunya:


Ikan siakap 3 rasa. Sedap. Walaupun lain daripada apa yang selalu masak di rumah.
Saya bagi 9/10.


Tom Yam Campur. Saya bagi 7.5/10.


Tom Yam Kha Ayam. Tom yam ini istimewa sikit. Mungkin masakan orang siam kot. Inilah pertama kali makan tom yam sebegitu rupa. Saya bagi 7/10.


Dging paprik. Saya bagi 7.5/10.


Menu terakhirnya Kailan ikan masing. Tak ambil gambarnya.

Teh O Ais, Carrot Susu, Jus Mangga dan Jus Epal. Airnya biasa saja. Mungkin sebab masa itu saya dahagakan air masak kot.

Nampak macam banyak je kan. Memang penuh meja pun. Untuk setiap menu itu kami tempah untuk seorang makan saja. Extranya ikan siakap 3rasa itulah. Harga di restoran ini berpatutan. Boleh dikira murahlah.

Friday, September 11, 2009

Cerita Hujung Minggu Lepas

Kasihan blog ini...terabai sekejap sebab kesibukan yang melanda. Saya sibuk menyiapkan Modul Aktiviti Elektromagnet Menggunakan Pendekatan Koperatif untuk projek tahun akhir saya. Ditambah lagi dengan bulan Ramadhan juga kekerapan saya pulang ke JB. Jadi extra sibuk.

Minggu lepas pulang ke JB, semua ada di rumah. Lengkap ketujuh-tujuh ahli keluarga. Bila semua ada kat rumah, ibu jadi rajin sangat masak. Huhu... tak mau dah cerita tentang menu. Nanti ada yang terliur! Bermula dari petang Khamis hingga ke Isnin saya di JB. Semasa pulang hari Khamis tersebut, saya bertiga bersama Haniem dan Hazni. Kami bertiga ke Pudu dan sesampainya di Pudu lebih kurang jam 5.45pm kami naik ke surau. Sebelum keluar dari surau, ambil beg kat tempat simpan barang.

Pak Cik Jaga Beg: Adik berbukalah di sini.
Haniem: Tak boleh sebab dah nak naik bas.
Hazni: Tapau boleh pakcik? (dengan nada bergurau)
Pakcik Jaga Beg: Boleh...boleh. Itu dah ada yang dah bungkus.

Pakcik itu pun menghulurkan 3 bungkus nasi beriani yang di dalamnya juga terdapat lepat dan buah limau. Terima kasih Pak cik! Lepat itu menjadi juadah berbuka saya di dalam bas.

Bulan Ramadhan ini saya rasa rezeki saya murah. Selalu dapat makanan percuma @ pemberian orang. Antaranya Yong Tau Fu Fana, Rendang Ayam Cu, Kuih Nekbak Cu dan banyak lagi lah makan yang kecil-kecil itu. Terima kasih kepada yang memberi.

Terima kasih daun keladi.
Ada lagi bolehlah bagi!
(~_*) Hahaha!


Dan di kesempatan pulang ke rumah minggu lepas. Saya bertemu janji dengan Azaty yang setelah rasanya sudah setahun tak bersua. Berjumpa di Jusco Taman U...tempat lepak saya bila nak jumpa kawan-kawan sekolah. Hampir 3 jam pertemuan itu, saya menemani Azaty membeli-belah sambil bersembang. Bulan Ramadhan, jadi tiada aktiviti makan-makan. Saya dihadiahi Azaty sebuah beg kulit yang comel, buah tangan dari India. Terima Kasih Doktor! Insya-Allah saya akan pakai masa praktikum nanti. Tapi lupa pula nak ambil gambar...huhu.

Banyak yang saya sembangkan dengan Azaty. Banyak benda yang boleh saya ceritakan untuk renungan bersama. Insya-Allah entry akan datang. Sekarang saya sibuk, kalau nak sentuh isu-isu yang berat (bagi orang yang cetek ilmu macam saya). Saya kena buat rujukan dulu. Saya kena lahirkan dulu perasaan untuk muhasabahkan diri. Barulah saya beras puas hati dengan entri di bawah label muhasabah diri. Jadi di waktu ini saya tak sempat nak membuat rujukan. Tak sempat nak ambil rasa muhasabah diri di depan laptop. Sebab bila pandang laptop sahaja, teringatkan kerja yang bertambun-tambun.

Setakat inilah yang mampu saya catatkan buat malam ini. Hanya beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya yang saya calitkan di rumah KUASADUAR saya ini sebagai kenang-kenangan dalam meniti kehidupan.

p/s:
1. Saya ada assignment yang perlu saya siapkan malam ini juga. Sebab esok pagi ada discussion assignment tersebut. Satu apa pun saya tak buat lagi!

2. Kita sudah pun di sepuluh malam terakhir. Jangan persiakan.... Jangan jadikan puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga. Isikanlah sebaiknya... Kalau dalam kita sudah dijanjikan dengan lailatul qadar pun masih liat untuk beramal ibadah... apa lagi ganjaran yang kita mahu?

Tuesday, September 1, 2009

A&W + Pulang + Makan

Dalam asyik bergembira sibuk dalam pulang ke JB ini.... Ramadhan sudah masuk ke Fasa ke 2 iaitu Keampunan... Mari sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat... Mempertingkat momentum.... Meraih kesempatan di bulan Ramahan ini... Memanfaatkan sepenuhnya.... Sungguh ! 10 hari yang berlalu bagai tak terasa.

Jumaat lepas balik JB. Pukul 3 pagi sampai JB. Anis yang jemput di Sri Putri. Jumaat sampai Isnin. Jadi ada beberapa cerita yang keciciran untuk dicatatkan di sini.

Lepas saja habis ujian Fizik Tenaga, saya dan Fana bergerak ke Stesen Bas TM. Ke KL bas jam 4.30 pm. Sampai Pudu dalam jam 6.30 pm. Sesak sangat daripada keluar highway ke Puduraya.

Bajet mula-mula nak buka puasa dengan roti krim Gardenia yang RM0.60 tu saja sebab masih dalam misi diet dan temankan Fana beli makanannya di Mc D dan berbuka saja di Puduraya sebab bas Fana jam 8pm. Tapi Mc D penuh jadi bergeraklah kami ke A&W. Alhamdulillah A&W tak ramai lagi orang masa itu. Di A&W saya ubah perancangan saya untuk berbuka di situ saja sebab dapat bayangkan betapa penuhnya Pudu pada masa itu.

Jadi untuk sesi jalan-jalan cari makan kali ini kami makan di A&W. Menu saya Delight Burger dan Milo Ais. Disebabkan masih dalam misi, saya ambil burger paling ringan rasanya (~_*) dan milo pula sebagai alternatif kepada root beer A&W yang popular itu sebab saya kurang menggemari air bergas. Menu Fana pula ialah Set Double Mozza (Burger + Root Beer) dan curly fries.

Juadah sahur pagi 8 Ramadhan sangatlah menggugat misi diet saya. Nasi + ikan goreng + paceri nanas + sotong goreng kunyit. Huhuhu... saya yang dah lama tak menjamah nasi putih ini sangatlah teruja. Pencuci mulutnya kek lapis sarawak. Inilah kali pertamanya dalam Ramadhan kali ini saya bersahur sehingga betul-betul kenyang. Di TM hari-hari saya bangun sahur, tapi makan kurma dan minum susu sahaja.

Manakala juadah berbuka juga amat menyelerakan saya. Mee hoon soto yang merupakan makanan kegemaran saya dan muffin blueberry chocolate. Aduh~~~ memang ranaplah misi saya.

Sahur untuk 9 Ramadhan pula singgang pedas dan pencuci mulutnya kuih lompat tikam. Berbuka dengan Kuey Tiow Kerang dan kuihnya Popiah Crispy & Crunchy dan kuih Vaday. Masa buka ini saya makan je. Malas dah nak fikir diet tak diet! Hahaha...memang tak kuat semangat saya ni.

Sahur terakhir sebelum pulang dari percutian kali ini dengan nasi berlaukkan daging masak hitam berempah dan sambal goreng berlada tempe. Pencuci mulutnye sira kuah pisang nangka. Masa ini memang dah tak fikir misi. Fikir makan je la.... hahahha. Nasib baik balik kejap saja.

Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan Khamis ini mahu pulang lagi!


"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." -Maksud surah al-A'raf:31 [7:31]