Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, April 30, 2009

Masih belum selesai

12 hari tidak mengemas kini blog.... juga tidak menziarahi blog kawan-kwan. ...satu tempoh yang lama bagi saya. Punya komitmen yang lebih perlu diutamakan. ketiadaan laptop saya juga salah satu sebabnya. Kebetulan pula Shud, rakan sebilik saya menghantar laptopnya ke 'workshop' untuk diservis. Malas dan segan pula nak pinjam laptop orang lain semata-mata nak layan blog.

Sekarang tinggal satu subjek sahaja lagi. Elektromagnet.

Tempoh hari bila nak buat ulangkaji... tertekan sebab tak ada study week dan 5 subjek itu jarak harinya sangat dekat. Pergi perpustakaan penuh. Bising. Tak damai. Setiap tempat bermanusia. Bunyi tapak kasut orang. Tung tang tung tang si pemakai high heel. Kelepuk kelepak kelepuk kelepak yang guna flat shoe. Suara orang tak faham bahasa, berbincang kuat-kuat dalam perpustakaan. Kalau suara perlahan tak apalah juga. Dah tahu suara kuat tu pergilah bilik 24 hours kat luar perpustakaan tak pun turun sahaja di lounge.

Sekarang ini ada 5 hari masa untuk ulang kaji... tapi tertekan juga. Tertekan tengok kawan-kawan dah habis exam. Kebanyakan pelajar Fizik telas habis. Tinggal kelas saya sahaja.Walaupun kedatangan manusia ke perpustakaan dah tak sehebat masa hari-hari sebelum minggu peperiksaan tiba, semangat untuk ulang kaji tiada...

Rasa sudah tak sabar mahu habis semester 6 ini. Mahu pulang. Mahu rehat.

Opppsss....sebenarnya ada kerja lagi. Persediaan untuk projek tahun akhir. Tak buat apa-apa lagi. Kawan-kawan budak kimia dan bio sedang sibuk dengan persediaan pembentangan proposal. Sudah hantar surat mohon kebenaran buat kajian ke sekolah ke KPM. Budak fizik tiada pembentangan proposal. Saya masih lagi tak buat apa-apa. Cadangnya Rabu (6.5.09) depan selepas habis peperiksaan saya nak berjumpa pensyarah. Ingatkan nak jumpa hari ini (30.4.09), pesnyarah tiada sehingga minggu depan. Jadi ruang masa sementara nak menungggu keberangkatan ke Baktisiwa saya perlu manfaatkan dengan berjumpa pensyarah berbincang tentang projek tahun akhir.Huh~~~rsa macam dah senior sungguh di UPSI... projek tahun akhir tu!

Dalam perncangan mahu pulang ke rumah pada 12.05.09. Hari yang sama sekembali dari program Baktisiwa. Tapi kena tengok juga keadaannya. Takut lewat sampai Tanjung Malim. Tunggu perjumpaan esok, tengok macam mana tentatif programnya.

Semalam waktu malam teman Shud pergi beli kotak. Kotak kertas A4 Double A. Balik lebih kurang lapan suku malam. Nampak kereta pelik. Apa lagi bergerak pantas lah kami. Tak sempat tengok nombor pendaftaran kereta itu. Banyak kali dah sebenarnya nampak kereta itu. Selalunya masa kami nak pergi atau pulang dari perpustakaan waktu malam. Sangat mencurigakan kereta itu. Sudahlah kat dalam tepi jalan tu gelap gelita. Pas tu enjin padam. Lampu padam.

Sampai rumah ....
R:Ada kereta peliklah tepi jalan tu. Selalu lah ada kat situ. Entah-entah orang tu yang mengintai rumah kita kot.
S: Tu lah. Dah leh gelap. Enjin padam. Lampu padam. Tak panas ke duduk dalam tu. Buat apa sorang-sorang.
H: Ramai juga yang cakap pasal kereta tu. Call uncle lah suruh dia datang tengok.
R: Call je lah nombor polis yang kat pintu tu. Handphone pakcik tu kan. Suruh pakcik polis tu datang.
H: Kredit aku habis.Expired.
R: Handphone aku kat atas malas nak panjat tingkat 3.
S: Guna hp aku kalo celcom. Kalo 016 cepat jatuh kredit.
R: Ja, guna telefon rumah je lah.

Masa call...
H: Hello. Kami nak buat laporan. Ada kereta mencurigakan kat Taman Nusa. Kereta tu bla...bla... bla. Okay terima kasih.

Selang 15 minit...
BP: Kami dah bawa balik. SEPASANG!
S: Sepasang? ha...ah tadi kami lalu pukul 8.15 lebih kurang.

Epilog....
Ish... ingatkan orang yang ngendap rumah kami. Rupanya sepasang couple dalam gelap rupanya. Bengang betul! Ingatkan kalau orang yang ngendap rumah kami tu dapat dikesan tak adalah takut sangat nak keluar rumah. Tak tertangkap lagi si pengendap.... Nasib baik tak call uncle rumah ni suruh tengok. Tak ke malu??? Uncle yang berbangsa Cina menangkap sepasang kekasih yang seagama dengan ku bersekedudukan! Haish!



Thursday, April 23, 2009

wonderful blog award


Terima kasih Ika atas award ini walaupun sebenarnya blog saya sangatlah 'cikai'. Tetapi tetap menghargai award yang diberikan. Sekali gus membuatkan blog ni di'update' di minggu-minggu peperiksaan ini.

10 benda tentang diri sendiri....
1. Saya tengah exam
2. 2 subjek sudah habis
3. Tapi 2 subjek itu saya jawab entah ape-ape
4. Tinggal lagi empat subjekyang dinantikan masanya
5. Sangat tak sabar nak habis peperiksaan semester ini
6. Sangat sangat tak suka menghadapi minggu peperiksaan
7. Sangat tertekan dengan peperiksaan yang sedang berlangsung
8. Saya rasa tak bersedia peperksaan kali ini kerana tak ada 'study week
9. Saya tak dapat pergi Pesta Buku sebab tengah menghadapai miggu peperiksaan
10. Saya tak sabar nak tunggu 5 Mei bermakna tamatlah minggu peperiksaan untuk sem ini.


Cukup 10... semuanya tentang peperiksaan. Kebetulan tengah exam. Saya tak ada laptop. Laptop saya telah dihantar pulang ke JB. Sekarang ini guna laptop kawan. Jadi tak boleh lama-lama. Ni pun dah kira lama ni :D

Saya nak bagi kepada semua pembaca yang ada blog. Kalau free dan sudi ambil lah. Ikhas ni... (*_*)

Saturday, April 18, 2009

Tamatlah Perkhidmatanku...

Pada malam Selasa yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke post mortem untuk program-program yang dianjurkan oleh Exco Sahsiah UKLK. Saya merupakan salah seorang Rakan-Exco ( REXCO). Dan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat saya CIK NURUL-HANIEM MUSTAPHY (Status cik ni kena ditulis sebab tk sampai lagi dua bulan beliau akan berubah statusnya) kerana mengajak saya menyertai REXCO Sahsiah. Tanpa ajakan daripada Cik Aniem sudah tentu saya tak dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh Exco Sahsiah UKLK.

Semasa Cik Aniem memberi penawaran untuk menjadi REXCO Sahsiah, saya berfikir banyak kali untuk menyertainya atau tidak. Saya gusar saya tak mampu untuk memegang amanah yang saya terima. Saya juga gusar program-program yang akan dianjurkan tidak selari dengan cita rasa saya. Tapi , ALHAMDULILLAH sepanjang saya menjadi REXCO Sahsiah, saya tidak menghadapi masalah-masalah yang menjadi kegusaran saya sebelum itu.

Tempoh dua semester menjadi REXCO Sahsiah banyak memberi ilmu baru kepada saya. Ilmu dalam penganjuran program. Ilmu dalam setiap ahli jawatan kuasa program. Ilmu bersosial. Ilmu duduk bermesyaurat. Membuka minda saya bahawa dunia kampus ini indah jika kita manfaat status sebagai seorang mahasiswa/i. Kesibukan saya dalam REXCO Sahsiah memberi peluang kepada saya supaya lebih menghargai masa (Ye ke??? Huhu...).Di saat kawan-kawan bergembira atau berehat-rehat, saya pula ke mesyaurat atau pun program. Memberi peluang kepada saya mengenali dunia selain daripada pelajar Pendidikan Sains. Pengalaman atau ilmu yang tidak akan saya dapat sekiranya saya hanya duduk belajar di meja.

Bersyukur. Seronok. Gembira. Berterima kasih. Terima kasih REXCO Sahsiah memberikan pengalaman berharga itu. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Aniem kerana mengajak saya menyertai REXCO Sahsiah. Terima kasih kepada Da- Exco Sahsiah kerana menerima saya menjadi ahlinya. Terima kasih semua yang membantu.


Program anjuran Exco Sahsiah Sesi 2008/09.

Program Pertama - Ukhwah Kasih Ramadhan. Klik sini.
Beramah mesra dengan warga emas di Rumah Seri Kenangan Taiping pada Ramadhan 1429

Berbuka puasa di Taiping Golf Resort

Align CenterSinggah sahur di Ruman Anak Yatim Nurul Ihsan.


Program Kedua- Tautan Nur Ramadhan
Majlis berbuka puasa di Taman Segar. Saya tak dapat sertai kerana ada kelas pada malam tersebut.

Program Ketiga- Seminar Penularan Penyelewengan Akidah Di Malaysia.
Seminar yang mendapat sambuta hangat. Hampir 500 orang peserta.

Program Keempat- Kem Pembangunan Insan Dan Khemah Ibadah di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto.

Program Kelima- Bacaan Yasin & Kuliah Maghrib
Diadakan sebulan sekali sahaja untuk bacaan Yasin.


Tamatlah perkhidmatan saya sebagai REXCO Sahsiah untuk 2 semester.

Sejak saya berfikir tentang keputusan peperiksaan semester ini... saya menyedapkan hati dengan memberitahu diri... SEMESTER INI AKU DIBERI PELUANG UNTUK BELAJAR TENTANG ILMU SELAIN AKEDEMIK... Tak mengapa kalau keputusunku jatuh sedikit... Aku juga masih mengutip ilmu dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti... Ilmu bukan sahaja ilmu akademik... Ilmu sosial juga perlu untuk menjadi insan seimbang. Ayat penyedap hati... Bila bergurau dengan rakan-rakan, saya cakap " Semester ini aku kaya sijil... huhu... pointer tak taulah macam mana". Mana tidaknya untuk semeter ini sahaja saya perolehi 7 sijil untuk aktiviti yang disertai :) Dahsyat tau (*_*)

Sunday, April 12, 2009

Tak Sabar Mahu Pulang

Di skrin telefon bimbit : 1 message received. Saya pun menekan unlock dan membaca mesej.

" Eah... tolong sahabatmu ini.... bagi kata-kata semangat untuk study!"

Ehemmmm... saya pun tak tahu nak bagi kata semangat apa. Sebab saya pun dilanda masalah tak ada perasaan untuk study. Cuma saya pegang satu. Untuk buat ibu ayah gembira, maka saya perlu study. Saya paksa diri untuk gagahkan mengulang kaji.Justify Full

Saya duduk menghitung hari... bila boleh pulang ke rumah kesayangan di Skudai. Nak kata masa lambat berlalu ... owh tidak sama sekali. Masa begitu pantas berlalu. Sehari demi sehari dilalui tanpa dirasai. Lagi seminggu lagi nak menghadapi minggu peperiksaan. Banyak benda tak ulang kaji lagi. Halaju ulang kaji semester ini sungguh perlahan. Tak tahu lah ....

Sepatutnya menghitung hari nak menghadapi peperiksaan. Tapi menghitung hari nak pulang pula. Semester ini sungguh mendera diri ini. Penat dan letih. Melangsaikan satu persatu amanah sebagai seorang mahasiswi.


Tadi bangun-bangun tidur terus cakap dengan Shud:

" Aku rindu kat rumahlah. Tak sabar rasanya nak balik".
" Kau ni, bangun-bangun tidur terus cakap cam tu. Terkejut aku. Bagilah salam dulu".

Hahaha... saya bukan nak kejutkan orang. Tapi itulah perasaan setiap kali bangun dari tidur. Tak sabarnya nak balik.

Bila baca comment entry sebelum ini... Saya tersenyum baca comment Kak Neeza... Saya tak rasa saya boleh buat macam sem lepas. Tak tahu lah keputusan peperiksaan semester ini macam mana. Tak apalah target untk semester depan sahaja... Saya bukan berputus asa. Tapi sangat tak larat dengan semester ini.

Saturday, April 11, 2009

Study-lah!

My final exam is around the corner... but I do not have any feel to study. Dont know why?

I opened books or lecture note... but I can't focus on what I am reading. It's make me closed the book and turned on the laptop. Surfing internet. Then, when my eyes tired read the articles or whatever on the screen, I turned off the lappy and go to sleep.

What so bad of me? =====> Yes! You're sooooooooooooo bad!

Am I lazy? ====> Yes! You're lazy girl.

I should start do my revision since I don't have study week for this semester. Moreover, during this semester I seldom revise on what I have learned since I'm busy with many programes that need my attention.

So, Raihah! It's the time for you to study. Do your revision! Dont's gediks-gediks surfing internet =p

What will make you happy other than make your love one happy? Yes Raihah! Make your parents happy and proud of you? So, study Raihah.! Make ayah and ibu happy proud of you. Be a daughter 'PENYEJUK MATA AYAH & IBU'!

p/s: tapi tak tau la sem ni cm ne...risau yang amat...pembelajaranku terumbang-ambing...result entah macam mane la... (*_*) ... english terabur...tapi taram jer!.... huhuhu....

Friday, April 10, 2009

Jam tanganku

Pagi tadi nak pergi ke kelas. Dalam bersiap-siap, nak pakai jam tangan. Tetiba tengok jam tak ada atas almari. Tengok pulak atas meja. Tak ada jugak. Ish... mana pulak perginya jam ni.

Tupppppp! Ya ALLAH.... jam tertinggal kat library. Gelabah yang amat. Doa-doa adalah jam tu ada lagi sebab tertinggal malam tadi.

7.40 keluar dari rumah terus ke library. Jumpa kakak guard minta izin nak masuk sebab tertinggal barang. Nasib baik dapat masuk, library buka pukul 8.30 am.

Dengan lajunya naik tangga terus menuju ke meja yang duduk malam tadi.

Alhamdulillah. Jam masih ada :)

Dengan rasa penuh syukur dan gembira saya pun keluar library.

" Terima kasih kak!" dengan wajah tersenyum.

"Sama-sama. Ada tak jam nya?"

" Ada.... alhamdulillah"

"Haaaa.... Nasib baik ada. Lain kali jangan ditanggalkan jam tu"

Saya tersenyum sahaja. Turun dan menuju ke lounge library untuk bersarapan dengan Hidayah sebelum ke kelas.


Kebiasaan saya menanggalkan jam yang dipakai apabila menulis atau menaip. Kerana rasa tersangkut apabila memakainya.


Jam lama saya... hadiah ulang tahun kelahiran saya yang ke-18 oleh ibu.


Dulu masa saya masih memakai jam yang lama seperti dalam gambar di atas. Saya sentiasa pakai, lebih-lebih lagi masa saya duduk di matrik. Saya pakai 24 jam. Tidur, makan, mandi, basuh baju. Masa dah masuk UPSI pun macam itu juga tapi kurang sikit. Tapi bila membasuh baju atau mandi saya masih memakai jam. Saya akan buka apabila nak menulis atau menaip sahaja. Dan jam itu memberi khidmat selama 4 tahun. Tak tahan lama disebabkan keganasan saya dalam memakainya. Sampai enjin jam itu rosak akibat berkarat kerana terlalu kuat kena air.

Dan jam baru saya ni baru berusia 3 bulan. Mana saya tak gelabah masa saya tahu tertinggal di library.

Pengajarannya.... pastikan barang peribadi anda dikemas sebaik-baiknya sebelum meninggalkan meja. Sayangilah harta benda anda (*_*)


Wednesday, April 8, 2009

Sedapnya Tempe

Sekarang ni teringin sangat nak makan tempe. Emmm... sedapnya. Sambal goreng tempe. Dah lama nak makan... setiap kali masuk Restoran Naz harap sangat ada lauk tempe tu. Tapi dah lama tak da kat menu lauk Restoran Naz tu... Lagi satu Restoran yang sedap masakan tempenya ialah Restoran Ummi kat Taman U. Tapi jauhlah pulak nak ke sana.

Dulu masa zaman kecil-kecil, sangat tak suka tempe. Masih ingat lagi kisah masa darjah dua. Dekat kantin SKTSP.

"Mak cik nak keledek goreng dua. Nak sambal cicah sekali", sambil menghulurkan duit RM 0.40.

Saya dengan rasa tak sabarnya nak makan. Sekali tergigit... tempe goreng. Huh... kecewa sangat.. sebab masa tu tak suka tempe.

Masa kat matrik: KMJ. Saya masih tak suka tempe. Kalau kawan-kawan (Ezla & Ina) ambil tempe goreng sambal, saya tak pernah rasa nak ambil. Kawan-kawan selalu puji akan kesedapan tempe yang dimasak oleh mak cik kafe itu dan kemurahan harga makanan apabila makan lauk tempe. Nasi + sayur + tempe + air suam > rm 2.00.

Saya mula makan tempe apabila sudah berada jauh dari negeri Johor. Ketika saya menuntut di UPSI. Sedangkan , Johor dan masakan tempe goreng sangat sinonim. Jati diri ke'JOHOR'an saya lahir apabila saya berada jauh dr negeri itu. Walaupun saya bukanlah asli JOHOR... Tapi di negeri Johor itulah saya dibesarkan....

Terasa suka bila makan tempe goreng di kafe kolej kediaman saya di UPSI pada masa itu, KHAR. Hari-hari beli lauk tempe. Nasi dan tempe semata-mata. Sangat lazat lagi-lagi makan waktu nasi tengah panas. Dan semasa duduk rumah sewa ini, tempat membeli tempe goreng di Restoran Naz. Saya suka tempe... tapi kena tengok cara masakan tempe itu. Suka tempe yang digoreng garing dan rangup. Lagi sedap kalau dimasak sambal tempe goreng.

Sejak menyukai tempe, saya belajar masak tempe. Dan salah satu laman web yang saya tengok ialah blog Mat Gebu.

Gambar di copy dari blog Mat Gebu.


Sedapnya kalau dapat makan tempe goreng lada... Bila susah nak dapat, itulah yang terlintas di pemikiran. Masa cuti hari tu, agak muak jugak makan tempe. Setiap minggu ibu beli tempe untuk saya masak. Sebab abang saya suka tempe yang saya masak. Sampai dah tak terasa nak makan tempe masa itu. Sekarang ni rasa... teringinnnnnnnnnnn nya nak makan tempe... Huhuhu.

Tempe ini banyak kelebihannya. Cubalah tekan kat GOOGLE @ YAHOO tentang khasiat tempe... Mesti banyak laman web yang menceritakannya. (Ayat penulis malas mencari maklumat... then suruh pembaca cari sendiri maklumat...ngeh3)

Friday, April 3, 2009

Ceramah Dr. Danial


Sabtu lepas diberi kesempatan untuk mengikuti ceramah Dr. Danial Zainal Abidin...alhamdulillah.Dr. Danial merupakan bekas pelajar perubatan daripada Universiti Iskandariah , Mesir. Klik sini. Sama dengan tempat Anis belajar rupanya. Tajuk ceramah semalam ialah " Islam membenarkan sains @ sains membenarkan Islam?"

Ceramah bermula pada jam 9 malam dan berakhir apabila menghampiri pukul 12. Meskipun fizikalnya saya amat letih sepanjang hari tapi sedikit rasa mengantuk pun tidak dirasai. Ceramah yang disampaikan dikupas dengan begitu menarik. Penyertaan pelajar tak menggalakkan. Tak penuh pun Auditorium Utama. Mungkin masing-masing sibuk dengan assignment. Tapi alhamdulillah....mereka yang hadir malam itu sungguh komited kerana betul-betul mahu menyertainya.

Isu utama yang saya fahami melalui apa yang disampaikan ialah " Kita umat Islam hanya mengaji Al-Quran tapi tidak mengkaji isi Al-Quran".

Banyak kata-kata Dr. Danial lontarkan menginsafkan diri ini... Antaranya kita sibuk nak khatamkan Al-Quran, tapi tak peduli tentang apa maksud yang kita baca.... Kita sibuk buat pulut kuning nak buat majlis khatam Al-Quran meraikan kekhataman kita, tapi kita tak sedar yang kita khatam tanpa kita memahami maksudnya. Itulah antara isinya yang aku masih ingat lagi setelah seminggu ceramah tu berlalu. Kalau nak betul2 terkesan dengan ayat itu, maka kenalah pergi dengar ceramah Dr. Danial. Sungguh.... membuatkan kita boleh merefleksi diri kita...

Dalam ceramah tersebut Dr. Danial menunjukkan bahawa kebenaran Al-Quran itu dapat dibuktikan dengan sains. Banyak fenomena yang berlaku sebenarnya telah ada disebut dalam Al-Quran.

Antara fenomena tersebut ialah tentang gelombang air di lautan. Yang ada diceritakan dalam Surah Annur ayat 40. Perkara ini telah dibuktikan oleh saintis masa kini. Selain itu fenomena spektrum cahaya, memumiakan mayat, asal usul besi dari 'langit' dan banyak lagi sebenarnya.


Kalau boleh memang nak huraikan kat dalam blog ini tapi kekangan masa dan saya juga rasa tak berkemahiran untuk menerangkan kepada orang lain. Lagipun lebih baik kepada sesiapa yang nak tahu lebih, bacalah buku hasil tulisan Dr. Danial. Insya Allah ... banyak manfaatnya.


Al-Quran itu adalah benar. Untuk memanifestasikan kebenaran itu memerlukan kajian. Sebab itulah menjadi kewajipan kita muslim untuk memahami isi Al-Quran itu. Bukan hanya sekadar membacanya saban hari. Tanggungjawab kita lebih dari itu...