Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, September 26, 2008

Pictures On 17 Ramadhan 1429

The previous n3, i promised to show pictures when my family and I at KLIA. It is on 17th Ramadhan 1429, the day that Anis flies to Egypt.

So, for this n3, I'll post the pictures during that day!



Anas & Anis at KLIA on 17th Spetember 2008. Anis looks like 'budak skema' while Anas look like 'budak nakal' . Along's said that Anas look like budak nakal since his hair's style, shoe, jeans & the way that his wear the jeans. But for me, it is not look as 'budak nakal' coz I looked it is a style for teenagers nowadays especially for skaters! Stylo la kot..ekekeke! Of course I not totally like Anas’ style, yet I accept that as teenagers’ style as long as he wears clothes that fulfill ethics as Muslim.

Moments on 17th September 2008.



Enjoy the pictures!

Ayah & Ibu


Who is the shortest?...haha :p

I'm the photographer



Anis & Anas

Anis

Tata!
The Ends...

p/s: 2nd n3 in english...huhu...

Thursday, September 25, 2008

UKHWAH KASIH RAMADHAN 1429

Saat ini mata ini masih mengantuk lagi dan juga kepala masih berat yang amat sangat. Tapi hati ingin sgt menulis n3 ini meskipun mungkin akan dipublish 2-3 hari lagi . Kerana pengalaman yg berlaku semalam dan hari ini masih segar lagi...jadi wajar ia terus dikongsikan bersama.

Semalam 19 Ramadhan 1429, sy berpeluang menyertai program UKHWAH KASIH RAMADHAN. Program ini adalah program beramah mesra dgn warga tua di RUMAH SERI KENANGAN TAIPING (RSK TAIPING) dan program singgah sahur di RUMAH ANAK YATIM NURUL EHSAN.


Seawal 10 pg 19 Ramadhan (jumaat) sy sudah ke kampus utk menguruskan hal yang masih berbaki sblum berangkat memandangkan sy merupakan salah seorg AJK Pelaksana. Rombongan bertolak pada jam 12.30 tgh hari dan berhenti utk solat Jumaat di salah sebuah masjid di Sungkai.

Alhamdulillah, tepat jam 4 petang kami tiba di RSK TAIPING. Aturcara dimulakan dgn sebuah majlis ringkas. Dimana pengisian tersebut adalah ucapan alu-aluan juga pemberian cenderamata dan bahan2 keperluan masakan spt minyak, susu, beras, gula & biskut. Seusai majlis itu kami bergerak ke kediaman mereka.

Kami diberi tahu bahawa terdapat 3 jenis kediaman. Bangunan yang baru, yang lama dan yang di dalam pagar. Yang baru menempatkan warga tua yang kelihatannya masih sihat dan agak muda (pling muda yg boleh ditempatkan di ruma ini berusia 60 thn) - design rumah yang baru ini seakan-akan berkonsepkan rumah lah, ade ruang tamu dan masing-masing ada patisyen sendiri. Rumah kediaman yang lama menempatkan warga tua yang dan kelihatan kebanyakkannya lebih berusia dan berpenyakit tua - design rumah ini macam ala-ala hospital, macam biasa kita tgok rumah org tua, panjang dan luas menempatkann banyak katil. Rumah kediaman yang di dalam pagar pula menempatkan warga tua yang menghadapi masaah mental (mungkin nyanyuk kot) dan mereka agak agresif.

Di sinilah hati-hati kami disentuh melihat orang2 tua menjalani kehidupan mereka. SUNGGUH TERUSIK!

+ Seorang mak cik yg sy salam ketika makcik ni nak solat asar. Makcik ni sembang sebentar dgn kami (Aniem & sy). Mak cik tu ckp, " mak cik dah tua, byk sakit- sakit belakang, skit pingang, nak dtg sini sebab senang", .... Kemi berdua hanya tersenyum dan sembang skit2. Kami juga terfikir, btul kah mak cik ni rela nk duduk sini atau anak2 yg tak nak jaga.+

+ Terdapat seorang makcik yang sgt sugul semasa ketibaan kami. Sehinggalah kami bersalam dan memberikan ole-ole. Wajah mak cik itu masam dan sgt diam sehingga kami tidak tahu hendak beramah mesra bagaimana. Apa yg sy lihat semasa keluar dr rumah makcik itu, sy nmpk makcik tu di tepi tingkap dan dimatanya bergenang air mata. +

+ Seorang makcik India yang menyatakan rasa hatinya terhadap sikap anak-anaknya. Siap mengatakan yang anaknya tak guna. Mak cik ini beri tahu dia hisap rokok sebab nak mati cepat, lagi senang katanya. Mungkin ini bezanya Muslim n Non-Muslim+

Banyak lagi kisah-kisah semasa lawatan hampir 2 jam kami di sana.


Selesai itu, kami menuju ke tempat kami berbuka puasa di Taiping Golf Resort. Sampai di situ lebih kurang jam 6 dan masuk ke bilik masing-masing. Memandangkan kami hanya akn bermalam sejam 2 shj di sini, jadi kami berkongsi 11 org utk sebilik serta perlu menjimatkan budget. Sy tidur di bilik 134. 6.45 kami bergerak menaiki van ke tempat kami berbuka puasa. Alhamdulillah, makanan yang lazat2 dan air yg sungguh sedap! -thumbsup-

Seusai makan berbuka kami pun bergerak ke Tesco Taiping utk membeli bahan basah iaitu ayam dan udang utk dimasak di rumah anak yatim memandangkan bahan2 lain sudah dibeli awal di TM. Sampai kembali di bilik lebih kurang jam 10.30 mlm. Kami tunggu turn utk mandi memandangkan 7 org darpd kami masih belum mandi. Sy sempat melelapkan mata tidak sampai sejam, sy dikejutkan oleh Aniem utk mandi lebih kurang jam 11.30 mlm. Seusai sy mandi & solat jam sudah menunjukkan jam 1200. Kami bersiap2 utk turun ke bawah kerana pukul 12.30 malam kami akan bergerak ke rumah anak yatim. Sempat juga melelapkan mata semasa prjalanan meskipun dalam keadaan kurang selesa memandangkan kami hanya menaiki van bukannya bas yang selesa.

Jam 2.30 kami tiba di RUMAH ANAK YATIM NURUL EHSAN. Sesampai sahaja di situ, kami pun memulakan tugas kami utk memasak makanan utk penghuni dan juga kami bersahur. Menunya ayam goreng, telur mata masak kicap dan sayur kubis tumis udang. Selesai masak jam 4.30 pagi dan kami bergerak ke asrama anak-anak di situ utk dikejutkan bersahur. Ala-ala program Singgah Sahur Ally Iskandar.

Macam-macam gelagat dan aksi. Huhuhu....anak-anak kecillah katakan. Ada yg senang utk dikejutkan dan ada yang pyh. Ade yang meraung apabila dikejutkan. Yang menyentuh hati apabila ada si kecil perempuan berusia 6 tahun akan menjerit memanggil nama abangnya yang juga penghuni di rumah itu setiap pagi dikejutkan. Mungkin pada anak itu, hanya abngnya sahaja tempat die bermanja. Anak itu sgt comel cuma liat nak bangun pagi.

Rumah anak yatim ini dibina di atas tanah persendirian. Sy difahamkan antara punca kewangan untuk keperluan rumah ini dapat drpd hasil sumbangan dan wakaf orang yang bermurah hati. Kemudahan ditahap masih boleh dibaiki. Sy lihat asrama perempuan masih boleh dibaiki. Mungkin persoalan kewangan menjadi halangan. Hati sy agak terusik sewaktu melihat mereka tidur. Semuanya dalam keadaan seada mungkin. Namun sy tak mahu meletakkan sebarang label atau justifikasi yg terlalu mendalam memandangkan sy hanya berada di situ dalam masa yang singkat dan tak berkesempatan utk bertanya lanjut. Namun sy kagum dengan kesungguhan pengasas rumah ini. Sekurang-kurangnya, nasib anak-anak yatim ini masih terbela dan terpelihara. Pengasas rumah ini dipanggil Pak Teh dan isterinya Mak Teh.

Pak Teh & Mak Teh ... sungguh mulia hati mereka. Sy juga mengenali sepasang Pak Teh & Mak Teh di alam blog juga pengasas, pengasas sekolah tahfiz... Sy juga dipanggil ATEH oleh adik sy. Semoga sy juga spt mereka... Mempunyai semangat memberi yg sungguh tinggi!

Kami bersahur bersama anak-anak yatim dan beramah mesra dgn mereka. Seusai sahur, ada sedikit majlis pemberian cenderamata, ole-ole dan duit raya utk anak2 yatim itu. Selepas solat subuh berjemaah bersama anak-anak yatim di situ dan bersalam-salaman, kami bersiap sedia berangkat pulang. Jam 9 pg sudah sampai di UPSI.

Banyak pelajaran yang sy perolehi dalam program yang berlangsung tidak sampai 24 jam. Sy sangat bersyukur dengan kehidupan sy sekarang.





Alhamdulillah....
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...

Kerana aku diberikan peluang melihat yg tua terbiar tanpa kasih si anak...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Kerana aku diberikan peluang melihat si kecil tak beribu bapa...

Syukur kepada-Mu, YA ALLAH..
Memberikan aku sebuah kehidupan yang baik....
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH....
Mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Atas nikmat bahagia yang kau pinjamkan ini...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Doaku YA ALLAH....

Moga si tua terbiar tnpa kasih si anak itu...
Moga si anak tak beribu bapa itu...
Sentiasa di bawah kasih Mu YA ALLAH...


p/s:Rasanya ini n3 terpnjang sy :). Kelewatan update blog ini disebabkan bz yg masih berbaki dan gambar masih belum di tangan sy ketika sy tgh nak update blog. Gambar2 ini sy amik dr Cik Aniem... tp byk gmbr kitorg ber2 je la... Gambar2 di RSK Taiping & Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan bukan di kamera Aniem sbb kbykannya di kamera UKLK... Jadi takde gmbr2 di tmpt itu... Tiada kesempatan utk bergambar di kamera sendiri... Ktorg bz membuat tugasan masing2 ketika di RSK Taiping & Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan. :)

Thursday, September 18, 2008

Kembar Terpisah

-----------------------------------------------------------------------------------
(-_-) N3 ke -100 (*-*)
Ini n3 ke-100 sy. Sungguh cepat masa berlalu. Awal bulan Mac lalu sy mula blogging. Tp membaca blog sudah menjadi hobi sy sejak 2 tahun yg lalu. Blogger2 di list kawan2 sy itu adalah kwn2 sy dan seorang adik sy, Muhammad Anis. Kwn2 sekolah, matrik& universiti. Seorang kawan blogger yg sy kenali di alam cyber ini, Kak Neeza. Meskipun sy suka baca blog org lain setiap hari tp sy tak reti utk berkomunikasi dgn mereka. Mengambil pengalaman dan pengajaran sbg panduan hidup drpd n3 mereka juga adalah kebaikan meskipun tak menjalinkan silaturrahim.

---------------------------------------------------------------------------------

Hari ini nak mencalitkan rentetan kehidupan ttg adik kembar sy.

Semasa dorg kecil2 dulu, sy pun kecil lg mse tuh! Jd mgkin ade bberapa perkara yg sy tak igt. Tp nsib parents sy suke ambil gmbr. Jadi byk lah juga perkara2 yg sy mampu recall semasa kecil dulu.

Adik kembar sy dilahirkan pd 27 Jun 1990 di Hospital Sultanah Aminah, JB. Mase dorg kecil2 dlu...adik sy ber2 itu sgt tembam...huhu! Apa yg sy igt, kalo g jjln rmai yg tgur...twin ker?

Ini adalah antara gambar2 ketika dorg membesar. Sangat rapat. Masa dorg da bsr... bju, sluar, beg atau ape2...semua tak nak sme. Tak ske nmpk kembar. Tp bile dorg da berpisah msuk asrama mse form 4, dorg da tk kisah kalo bli brg yg sme sbb dah duduk berasingan. Sbb sbnrnye dorg ni mmpunyai citarasa yg sama... Msih igt lg mse dorg nk bli hp, dua2 plih model yg sama, pastu bertikam lidah la...akhirnya dua2 beli model yg sama. Sebab sebenarnya citarasa mereka sama!
Minat mereka juga sama... Skating. Tp Anis da bersara. Lg2 bila dia tau die dpt further stdy ke Mesir menyebabkan kebarangkalian utk sk8 da tak de. Anas msih lg sk8ing, siap bwk g UM lg, tp bz Asasi kat sne, tk tau la ade mse ke tak nak main.
Paling aku tak lupa masa adik aku msuk asrama. Anas ke MRSM Mersing & Anis ke MRSM Jasin. Sedih jugak bile tgok dorg berpisah. Tp ibu ckp : 'Smpai bila dorg boleh bersama kan?'. Memang betul pun... sebab skrg Anas di Asasi (Matrikulasi) Sains Fizikal, UM, KL dan Anis da di Fakulti Perubatan,Alexandria University,Mesir.

Adik kembarku ini sgt rapat sbnrnya walaupun mereka tak tunjuk kat org. Dorg pun tak suke org tgok dorg sbg kembar. Adik kembarku ini kalo bersembang berdua memang tak berhenti. Ibu sy ckp, dr bgun tdo smpai la da pdm lmpu nk tdo blik pun..... bok bek bok bek lg bersembang berdua. Tp kalo dorg berdua bergaduh....uuiish sgt menakutkan... mmg wrestling btol2.

Mereka sekarang menjadi kembar terpisah, bukan bermakna kembar siam yg dipisahkan. Tapi kembar yg da berjauhan lokasi mereka... Semoga masing2 bjaya dlm khidupan dunia & akhirat.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar di KLIA semalam masih di dalam kamera ayah sy di JB. Nnti blik sy blik raya minggu dpan, sy upload n pos kan n3 di KLIA.

Wednesday, September 17, 2008

Selawat Shifaa'

Sibuk sungguh sy lewat waktu ini. Namun hati masih mahu mengeposkn sesuatu di blog ini. Mari kkwn kite berselawat...

Ini Selawat Shifaa'. Sekian dulu dr sy....:)
---------------------------------------------------------------------------------------

Thankz Aniem coz masakkan utk kitorg mee goreng yg SEDAP! Tp lupa nak amik gmbr...trus mkn! Hehehe. Da kenyang tu baru teringat. Semoga Aniem dimurahkan rezeki dan di............ :). Amin!
-------------------------------------------------------------------------------------

p/s : N3 ini dischedulekan. Sy skrg di KL, utk berjumpa adik sy sblum dia berangkat ke Mesir 11.45 mlm ini (17.9.2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429).

p/s: N3 sejak dua menjak ini sgguh lemah tak bermaya + skema + ntah ape2... kesibukan mengekang utk sy mnulis. Harap dgn selawat di atas ini ada manfaat utk kebaikan bersama. Tak sabar rasanya nak bercuti.

Saturday, September 13, 2008

Sejauh Mana Sc & Math In English


Ahad lepas, sy terbaca dlm NST tentang kajian yang dibuat terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dan pagi Isnin keesokannya pula, sy mendengar radio Red 104, juga membincangkan tentang masalah yang sama.
Pelbagai pendapat yang dilontarkan. Ada yg mahu sistem itu diteruskan dan ada juga yang mahu kembali ke dalam Bahasa Melayu. Ada juga yang memberi pendapat di beri opsyen kepada pelajar utk memilih sama ada pljr tsbt mahu belajar dlm BM atau BI.

Perkara ini dikaji semula setelah hampir 6 tahun perubahan ini dilakukan. Keberkesanannya dikaji semula. Melihat kembali sejauh mana penguasaan Bahasa Ingerís apabila Sains dan Matematik diajar dalam bahasa itu. Juga melihat bagaimana pencapaian pljr dlm Sains dan Matematik.

Bagi sy semuanya ada pro dan kontranya. MENERUSKANNYA bererti memberi lebih peluang kepada pelajar yang memang mampu menguasai BI dan berminda sains dan matematik untuk lebih bersaing di peringkat antarabangsa, seterusnya kita mampu melahirkan masyarakat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara maju. Meneruskan juga boleh memberi peluang kepada anak2 yg kurang mahir berbahasa inggeris lebih mahir berbahasa inggeris dan dalam masa yang sama dapat menguasai sains dan matematik. TIDAK MENERUSKANNYA juga membawa kebaikan kepada anak2 yang tidak mampu memahami sains dan matematik dalam BI. Supaya mereka mampu menguasai sains dan matematik meskipun tidak pandai berbahasa inggeris. Agar kita tidak melahirkan masyarakat yang langsung buta sains dan matematik akibat kegagalan mereka berbahasa inggeris.

Sy enggan mengulas lanjut, kerana apalah erti bebelan sy ini. Kalau ada yang berminat utk tahu lebih lanjut, boleh meng’google’ sendiri.Sy cuma mahu mengatakan betapa hambar, hangat dan hangin juga perasaan sy apabila pelbagi pendapat diberikan. Sungguh! Terdapat sesetengah pendapat yang meletakkan kesalahan ke bahu guru semata2. Sedarkah bahawa sebenarnya guru2 hanya pelaksana dasar. Menurut apa yang telah diaturkan oleh pihak yang lebih berkuasa. Menyalahkan cikgu2 yg gagal berbahasa inggerís dengan baik ketika mengajar juga tidak wajar.Masih segar lg dalam ingatan sy semasa perubahan ini dilakukan. Keputusan utk P&P Sains dan Math dlm BI dibuat pd thn 2002 dan dasar itu dilaksanakan pada awal 2003. Tanpa memberikan kesempatan masa yg cukup kpd guru2 utk memantapkan penguasaan BI. Cikgu2 sy pd masa itu hanya mengikut kursus ETeM utk membaiki BI yg kadangkala mengganggu waktu P&P sy kerana cikgu pergi bekursus.

Kajian yang lebih halus serta holistik amat wajar dilaksanakan. Menudingkan jari kepada satu2 pihak adalah kesalahan yang memakan masyarakat kita sendiri. Cacat-cela yang telah terjadi harus dibaik pulih. Lompong-lompang di sana sini harus ditimbus.
Yang pastinya, jangan jadikan pelajar2 kita mangsa eksperimen yang gagal!

------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Sy tk dpt acces internet di rumah sewa. TMnet baiki line sebab line rumah tu lately sgt slow. Skrg kat libry, tp n3 ni da type awl2 kat umah lg, smlm lg da siap type tp x boleh pos! Huhuh.

Thursday, September 11, 2008

Cerita Tiket Raya


Sepanjang Ramadhan bermula, sy agak bz. Sehinggalah terlupa untuk membeli tiket balik raya. Ramadhan ke-8 baru pergi membeli. Ke hulur ke hilir drpd kaunter Transnasional ke Maraliner. Semuanya nak menyesuaikan tiket TM - KL dan KL-JB. Sampai ke kauter Maraliner, akak tu ckp tiket 26/9 ke JB da abis...Terdiam sy dan berjalan pula ke kaunter Transnasional. Kat kaunter Transnasional sy dikejutkan lg..."Dik, tiket JB-KL da sold out utk 26/9 dan 27/9". Cuak da sy masa tu! Pergi balik ke kaunter Maraliner, " Kak, tiket Khamis JB ada lg tak". " Ada, nak ker?" Saya tak rasa nak balik hari Ahad, sebab sudah semestinya rumah sewa sy dah kosong kerana kebanyakkannya sudah pulang pd hari Jumaat jadi sy setuju terus untuk membeli tiket hari Khamis :) TM-KL jam 5.30 ptg dan KL-JB 9 mlm. Perjalanan TM-KL memakan masa sejam. Jadi sy akan berbuka puasa kat Puduraya seorang diri. Jawapannya berbuka roti krim sahajalah. Sadis sungguh!

Susah duduk di TM ni. Sebabnya kalau nk beli tiket bas JB hanya ada 2 kaunter shj. Maraliner dan Transnasional. Itu sahaja yg ada, sedangkan byk syarikat yg menawarkan perkhidmatan KL-JB di Puduraya... Terima seadanya!

Sekarang tiket bas da naik harga, sebab tu la sy agak lmbt beli tiket. Sbb sehari sebelum Ramadhan telah ke pekan TM utk membeli barang keprluan tapi masa tu dikhabarkan oleh kawan bahawa tiket belum dijual lg. Minggu pertama Ramadhan pula bz. Skrg tiket berharga

TM-KL = RM 7.20 (dulu RM 5.60)
JB-KL = RM 31.20 (dulu RM 25.00)



------------------------------------------------------------------------------------------------


Skrg sgt2 bz. Banyak assignment perlu dihantar sebelum cuti raya! Sy juga ada beberapa program dengan Exco Kerohanian Unit Kediaman Luar Kolej (UKLK). Saya juga akan memanfaatkan sehari bersama keluarga sebelum adik sy berangkat ke Mesir. Masa perlu diatur dgn baik! Agar semuanya dipenuhi dan bermanfaat ... lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Bulan untuk mengasah diri kita supaya menjadi seorang yg lebih baik. Seperti kat Ustaz Hasrizal dalam SaifulIslam.com, jadikan Ramadhan sebagai bulan mencari bekal untuk 11 bulan yang berikutnya.

Sunday, September 7, 2008

Daerah Ramadhan


Ramadhan,
Kau tetamu yang kunantikan,
Kau tetamu yang kusambut datangmu,
Kau tetamu yang menghilangkan resahku.

Ramadhan,
Dalam daerahmu kutenang,
Daerahmu menyusur diriku,
Ke mustaqim kehidupan ini.

Ramadhan,
Dalam kelana dunia ini,
Hitam selalu mengubah laluanku,
Putihmu lantas memanggilku,
Mengalurkan ke laluan mustaqim.

Ramadhan,
Aku damai dalam barakahmu,
Aku bahagia dalam daerahmu,
Aku dambakan kekuatan iman,
Aku dambakan kekuatan taqwa,
Moga hadirku ke daerahmu,
Bukan hadir tanpa makna,
Moga hadirku ke daerahmu,
Hadir yang pulang penuh bermakna.


Saturday, September 6, 2008

Tag Suka Suki Di Bulan Ramadhan



Sebelum menjawab tag ini, sy nyatakan bahawa saya akan mejawab tag seikhlasnya tanpa ada rasa hendak mendedahkan keburukan atau kebaikan diri. Moga yang baik menjadi ikutan dan yang buruk menjadi sempadan.

Wanie, kite jawab in Malay eh???? Kite x reti nk tulis in english cm awk! Huhuhu...bleh kan..

Rules:
answer all questions sincerely...as simple as that:P

1. when did you start fasting?
Rasenya masa sekolah kat Tadika Taqwa, mase tu umur 6 thn.

2.when did you start understanding the true meaning of fasting?
Masa dah besar skit... da sekolah kbgsaan tahap 2 kot. Sebelum tu kalo orang cakap pun, mcm tak terkesan, tau puasa tu tak bleh makan dan minum jer. Skrg da semakin besar dan memasuki tua ini, rasa nya semakin memahami.

3.Do you like fasting?
Sangat teramat suka. Suka sehingga tak terkata. Kerana berpuasa ini begitu banyak keindahannya. Lebih2 lg bila berpuasa di bulan ramadhan.
4.how about 'sahur'?
Kat rumah family memang sahur. Kat rumah sewa ni, besenya bangun makan kurma n minum air je la. Kalau rjin ckit, kurma, biskut @ oat and air. Itupun kalau tidur awal, kalo da tidur lambat , sahur pukul 2-3 pagi tu je la, kira sahur jugakkan. Huhu...

5. break fast?
Simple shaja baik di rumah family di JB atau pun rumah sewa di TM. Kalo kat JB besenye satu menu spt mee (hailam, bandung, sup, rebus, soto) o nasi goreng (paprik, pataya, kampung, merah n usa) bersama kuih. Kalau kat TM, besenye beli mee sebungkus + kuih 3 biji. Itu shaja.
Kalo g bazar kat TM ni, besnye blanja dlm RM 3. stkt ni tk pernah lg lbih dr RM 5. Alhamdulillah.

6.how often do you perform solat terawih??
Insya ALLAH... selagi diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan. Melainkan disebabkan rutin biasa seorg perempuan.

7.tadarus al-Quran??
Dalam bulanRamadhan ini memang jadi amalan dari umur 14 thun dulu utk khatam dlm sebulan Ramadhan. Tapi menyertai tadarus hanya sekali shaja, semasa duduk kat Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. Join tadarus selepas terawih. Selepas tak duk kolej, da tak join lagi.I

8.do your daily activity differs between ramadhan n other months??
Ya, agak berlainan. Kalau bulan ramadhan ini , masa byk dimanfaatkan dengan membaca AlQuran. Kalau bukan bulan ramadhan, masa byk dihabiskan utk perkara2 lain. Masa bulan ramadhan ini banyak buat solat sunat. Kalau bulan lain, tak sekencang bulan ini. Saya tahu sepatutnya amalan di bulan Ramadhan diteruskan ke bulan2 lain....sob3x.

9.what are you hoping for this ramadhan??
Semoga amalan sy diterima ALLAH. Semoga ramadhan kali ini mampu menjadi madrasah utk mentarbiyahkan diri sy ini menjadi seorany yg lebih baik, hamba yg taat pd perintahNya + anak soleh kpd parents sy + seorg yg bguna kpd org lain. Semoga sy terpilih menemui lailalatul qadar.

10.sad of??
Hari ini 6 Ramadhan, jadi tinggal 24 hari lagi di bulan yang sungguh mendamaikan dan menenangkan ini.
Bila teringatkan masa2 ramadhan zaman sekolah2 dulu, bersahur dan berbuka di rumah dgn family.
-------------------------------------------------------
upon this short taggy...i tag:
-Itaza- Yg skrg ni tgh bercuti di rumah
-Aniem-Biar pun Aniem bz, org nok tag jugok!
-Kak Neeza-Segan sbnrnye nk tag K Neeza yg ada blog yg famous, tp nak tag jugak!
3 orang je kot .... tak ramai kawan la...tu tak boleh nak tag byk2...

Friday, September 5, 2008

Ramdhan Zaman Sekolah


Harapan Ramadhan
(Man Bai & Raihan)

Ku mengharap Ramadhan kali
ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan
sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu
membelenggu diri tiada
henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang
lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
dengan Rahmat Mu oh
Tuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
Album : Maafkan - Raihan 1999

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mendengar lagu ini mengimbaukan kembali ingatan sy pada kenangan sy di bulan ramadhan ketika zaman persekolahan sy dulu. Semasa sy berada di sekolah menengah dulu, bulan Ramadhan kebanyakannya adalah pada bulan 12 dan 11.

Seusia ini sy amat merindui detik2 yg dilalui pd tika itu kerna menjalani ibadah puasa pada musim cuti sekolah juga dpt bersama-sama keluarga.

Bersahur dgn keluarga, di atas meja makanan dilihat sungguh menyelerakkan beserta segelas utk minum air kosong dan secawan utk minum air panas. Seusai makan, bersama2 mengemas meja, membasuh pinggan dan membersihkan dapur tanpa mengira kami anak lelaki atau perempuan. Apabila azan subuh abang dan adik kembar sy akan mengikut ayah ke masjid. Manakala kami yang perempuan akan solat di rumah. Selepas subuh masa di manfaat sebaik mungkin dengan membaca Kalam Allah.

Apabila tiba pukul 1, ayah dan ibu pulang dr kerja. Abang dan adik kembar sy akan mengikut ayah ke masjid untuk solat Zuhur. Sepulangnya abang sy dr msjid, dia pasti menyibuk sebelah sy nak mengintai sy dah mengaji juz berapa. Dia sentiasa nk menyibuk utk melawan sy! Kecil2 dulukan, biasalah.. Da besar ni, InsyaALLAH tidaklah, harapan agar amalan diterimaNYA, bukan lagi untuk berlumba2.

Biasanya lepas ayah dan ibu pergi kerja semula kami adik beradik akan menonton tv atau main game: ps, monopoly, sahibba & mastermind.

Pukul 5, ayah dan ibu sy pulang dr kerja, biasanya sy da bersiap sedia utk ke dapur dengan kakak sy. Adik dan abang sy , of course lah dorg pergi main meskipun bulan Ramadhan. Sy dan kakak sy akan mengupas bawang, potong ape yg ptut dan kemaskan ape yg ptut. Jadi ibu datang dapur tinggal nak masak saja.

Selepas masak dan siap2, kalau ada masa lg, kami 1 family akan naik kete dan pusing2 ke tempat sekitar. Kalau ibu tak buat kuih , pergi bazar .

Bila dgr azan sama2 berbuka dgn menjamah sepotong dua kuih. Lalu kami berjamaah menunaikan fardu maghrib sekeluarga. Seusai itu terus makan. Kebiasaannya kami berbuka ringkas sahaja. Satu hari hanya ada 1 menu sahaja. Mee goreng, bandung, hailam, rebus, soto atau sup. Kdg kala diselang selikan nasi goreng pataya, paprik, USA, kampung atau cina.

Isya' dan terawih pula bersama ke masjid.

Itu tinggal kenangan sahaja. Tiada lagi suasana sebegitu. Masing2 da besar. RINDUUU NYE!

-----------------------------------------------------------------------------------------

Di TM, hari2 gi bazar. Kelas banyak habis pukul 5pm, smpai rumah dah penat. Kalo hari khamis klas sampi kul 7 pm. Kalau da jarang masak, mne ade brg mentah dlm peti kan?

So, memang tak kan masak. Itulah namanya orang terlebih RAJIN! (~_~)


Wednesday, September 3, 2008

Ambil Yang Positif


Tadi sy melawat blog2 kegemaran sy dan juga blog2 kwn2. Dalam perjalanan sy, sy singgah di blog sahabt sy, Syu. Sungguh membaca beberapa n3 dlam blog Syu, melahirkan rasa kesedaran dlm diri sy. Terutamanya n3nya bertajuk aurat.. dan makna kehidupan, hari ini, hari semalam.

Terasa betapa diri sy sungguh leka dgn kehidupan. Terasa begitu banyak masa tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Terasa begitu banyak lompong dan lompang sana sini yg masih amat perlu dibaiki.

Sebenarnya secara tak langsung, blog menjadi salah satu wadah utk kita mencari erti diri sebenar dalam sebuah kehidupan yang begitu singkat juga hanya sebuah pinjaman semata-mata.

Teringat sy beberapa hari yg lalu semasa sy membuat lwtn rasmi sy ke blog Kak Neeza ,seorang blogger yg sy minati n3nya yg sy kenali di alam cyber, ada sorg pembaca memandang negatif dunia blogging. Sehingga Kak Neeza membuat n3 khas. Simpati dgn apa yg dialami dan takut juga diri sy sdiri terkena spt itu.

Wahai pembaca, pandanglah dr sudut yg positif. Juga ambillah yg positif sbg panduan juga yg negatif sbg sempadan!

Sy suka sebaris kata yg tercatat di laman web SAIFULISLAM.COM : Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Saya suka dgn ayat itu, tapi ayat itu mungkin kurg sesuai dgn sy yg begitu byk kelemahan sebabnya penulisan sy simple2 sje, bukan spt Ustaz Hasrizal. Lawatlah ke SAIFULISLAM.COM. Menarik artikelnya, beliau sering menceritakan kisah pjlnn kehidupan beliau dlm bentuk yg menarik serta banyak pengajaran dan panduan yg boleh kite perolehi.

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa!



Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Mempertingkat Amal Ibadah !

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum sy berkongsi cerita, ikhlas dan jujur sy katakan apa yg sy kongsikan adalah ikhlas dr hati sy tentang cerita kehidupan sy utk dikongsikan bersama. Moga yg baik jadi teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Tiada sekelumit rasa ingin menunjuk2 atau berbangga diri.

Alhamdulillah! Tadi saya berkesempatan melaksanakan ibadah solat sunat terawih di surau berdekatan dengan rumah sewa sy di TM ini iaitu Surau Kampung Mogah. Apa yg sy nak kongsikan ialah tentang suasana di surau itu. Surau itu terletak dalam perkampungan orang Pakistan yang telah lama menetap di Malaysia dan mereka pun sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Tetapi masyarakat di situ masih pekat dan fasih berbahasa mereka.

Dan melalui merekalah saya belajar solat sunat witir 3 rakaat dgn 1 salam (sy memang lemah bab2 agama ini). Selama ini sy hanya tahu solat witir 2 rakaat + 1 rakaat. Mula2 agak keliru juga dgn penerangan pakcik yg explainkan tu, tp ble tanya semula dgn makcik yg duduk kat sebelah, makcik tu terangkan semula. Dan alhamdulillah,sy dpt memahaminya walaupun masih samar2 kerana mereka gunakan bahasa Melayu yg sukar sy fahami. Sedih bukan dgn diri sy, sudah hidup seusia ini, banyak sgt hal2 ilmu agama ini sy tak tahu. :( Terasa betapa teruknya hidup sy, kadang2 apabila sy fikirkan sy sibuk dgn ilmu2 spt ilmu sains dan ilmu pendidikan tp masih gagal menyibukkan diri mencari ilmu yg lebih tinggi sahamnya!

Kagum juga dgn masyarakat di situ. Sebab dulu surau tu surau kayu sahaja dan sgt kecil. Ramadhan tahun ini surau itu sudah menjadi surau batu dan ber 'aircond' dan bilangan safnya juga sudah bertambah. Semangat persaudaraan antara mereka juga sgt kuat sampai salah sorg house mate sy cakap : 'rasa macam bukan kat Malaysia'...hehehe... sebab dorg cakap guna bahasa dorg :) Suasananya menyebabkan sy berasa sy di Pakistan ...hehe :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini 1 Ramadhan 1429...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini sebaik mungkin!