Salah satu gambar yang diambil semasa percutian di Pulau Perhentian pada bulan Jun 2009.Esok presentation untuk subjek Fizik Tenaga. Tentang green building. Berdebarnya. Saya ada masalah untuk ke depan yang sangat kritikal. Badan terutamanya tangan saya akan menggigil ketakutan. Ini masala low self esteem... Macam mana entah nak jadi cikgu? Saya pun tak tahu... Doakan saya boleh present dengan baik esok. Alhamdulillah... Nasib baik esok present boleh campur Bahasa Melayu dan English. PPSMI kan dah dimansuhkan (~_*)
Petang tadi masa jalan-jalan ada sesuatu yang menganggu hati... Huh! Inikah angkara Syaitan atau nafsu hati? Kenapa ek? Tak tahulah.... Biarkan je lah benda tu berlalu. Raihah, baru semalam kamu ber'ym' dengan Azaty tentang perlunya dalam menjaga hati...tentang leka dan alpa... tentang ujian dan dugaan. Ingatlah... Allah tak pernah tinggalkan kita, kita yang selalu tinggalkan Allah...
Tak sabarnya tunggu hari Rabu... nak balik JB. Insya Allah kalau tak ada halangan. Ingatkan presentation hari Khamis, sekali diawalkan hari Isnin... memang bagi peluang untuk saya balik ni...
Baiklah... ini saja yang nak dicoretkan pagi-pagi buta begini....
Baru je padam lampu beberapa minit lepas tu, Fana sampai. Sekrang ni Fana tengah qada' tidur.
Baru je dapat mesej dari Anim dalam pukul lapan lebih pagi tadi. Presentation hari ini batal... Huh... kecewa... nampaknya tak ada rezekilah saya nak balik Rabu ni. Ingat kan boleh lah jimat duit ikut ibu balik sekali masa ambil Anis dari KLIA Rabu nanti.. Tak dapat juga. Sekarang tak tahu nak balik ke tak. Tengok keadaan!











