Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, April 28, 2008

Seharian kisahku !


Ni aku pos yang terakhir, bulan ni!Heehehe... Aku tidak akn mengebumikan blog aku! Kat sinilah aku dapat kepuasan...huhu...apabila dapat mencoret ape yang terlintas di kepal a maupun hti...biarpun hanya menulis pengalaman sendiri...

Hari ini aku tak cerita benda lain, aku hanya nk cerita pengalaman hari ini!

Di pagi yang indah, aku telah bersiap sedia untuk ke libry. Mood pagi tu memang baik, beselah mood kena ok, bru senang nak study. Tak dinafikan lewat dua minggu terakhir ini, libry sudah menjadi rumah ke2ku.. Seronok juga ubh angin! Asyik study dlm bilik je (study ker?hehehe) , bosan jugak terperap. Jadi pagi-pagi lagi aku dan Syu (my hosmet) bergeraklah ke
Perpustakaan Tuanku Bainun (libry UPSI la tu).

Kisah 1:

Tetiba mood aku yang baik dirosakkan sedikit oleh 2 orang lelaki yang tak tahu adab susila! Tengah kitorg nak lintas jalan tu, sempat pulak nak kaco... Aku tau itu hanya usik-usik, tapi aku agak jelek dgn lelaki yg species mcm tu! Biarpun aku tau main-main, tapi tahukah itu tetap dikategorikan mengganggu! Aku tau bukan nak kaco aku, sebab aku tak lawa. Tapi aku serabutlah biarpun dorg nak kaco kwn aku!

Kisah 2:

Dah sampai dalam libry aku duduk kat tempat kesukaanku kat tepi bilik karel tingkat 3, tempat duduk individu. Aku suka tempat ni sebab belakang aku adalah bilik karel, jadi kurang sikit gangguan bising. Cuma di tepi bilik karel adalah ruangan meja terbuka. Waaa....sedapnya suasana, mengadap gunung-ganang yang menghijau dan awan yang berarak. Serta dedaun yang menari mengikut rentak bayu. Tenang dan damai! Aku pun apa lagi, terus memulakan misi utama! Tetiba mood aku rosak lagi! Ada pulak orang yang buat bising kat tempat duduk tebuka. Haishhh! Tahu tak suara tu kuat, tergelak sesuka hati pulak, kawallah suara! Kan sekarang kat dalam libry. Aku diam dulu. Tetiba Cu (my klasmet) sound: Shhhhh!(nada yg perlahan) Suara-suara bising itu terus diam...aku sambung study...tetiba bising balik.... Syu sound : Shhhhhhhhhhh!(nada yg sederhana)....aku sambung study....tetiba bising balik.... aku sound : Ssshhhhhhhhhhhhh! (nada yg kuat)...trus terdiam. Entah bila entah, dorg keluar libry!


Kisah 3 :

Zuhur, aku solat dekat Surau IPSI. Aku keluar awal sikit dari libry. Sampai libry ambil wuduk n tunggu azan selesai. Masa tgh tunggu azan tu selesai, aku terlihat seorang perempuan tengah solat. Aku pun kekadang solat juga walaupun azan belum selesai kalau keadaan terdesak...tetapi aku memang elakkan solat masa tengah azan. Bukan solat sewaktu azan yang nk aku katakan. Yang aku nk ceritakan ialah mengenai cara perempuan tu solat sangat mengejutkan aku! Sebelum aku cerita, aku pun sedar diri, solat akupun tak sesempurna mana, tapi aku sentiasa berusaha utk membaiki. Aku terkejut tgok perempuan tu ruku'. Tak sampai 90 darjah, lebih kurang 45 darjah sahaja dengan tangannya yang agak terkangkang. Lepas tu aku tengok sujud pulak, hanya dahi yang mencecah sejadah, tangan terkepak besar. Pergerakan-pergerakan lain pun ada yang nampak ketara sangat kesalahannya. Tapi yang ruku' n sujud yang paling aku nmpk! Laju tu tak payah nak katalah. Memang ekspres! Aku terdiam dan tak terkata apa-apa. Habis azan, aku terus solat. Perempuan tadi aku tinggalkan dari pada pandangan mata kerana sewaktu azan selesai dia sedang tahiyat akhir.
Keluar daripada surau:
Syu: Nampak tak perempuan tadi?
Aku :Yang solat masa tgh azan tu ker? Orang ingatkan org je yg perasan, Syu pun tengok ker?
Syu: Takutnya, byk sgt kesalahan dia. Macam mana ni. Tak sangka pulak ada jugak student UPSI solat cm tu. Byk kslh die....bla......bla....bla...
Aku : Terkejutlah tengok.
Syu : Tak sedaplah cakap belakang, baik g tegur, kalo kite jumpa balik org tu , kite tgur nak? Aku : Syu tegurlah, org ni tak alim.
Kami pun berlalu dari surau ke library semula. Sampai je kat depan libry, ternampak kelibat perempuan tadi. Die tgh naik tangga libry. Kitorg baru je nk smpi libry.
Aku: Syu perempuan tu!
Syu : A...ah la. Kalo orang terjumpa kat libry nk tegurlah. Sekejap ye, nk g beli gula-gula.
Aku: Ok... org g kat bilik beg dulu.
Syu: Kalo nmpk die kat situ btau orang, nak ckp ngan die.
Aku : OK.
Syu datang kat bilik beg dgn muka kecewa.
Syu : Rai perempuan tu dah turun balik tangga...tak sempat.
Aku : Patutlah, org tgok jugak kat bilik 24 hours tu. Tp tak nmpk...rupanya da turun balik.
Syu : Sekali dia tu lecturer...huh... Entah-entah dia tau silap tp die buat jugak... Tp kalo die btul-btul tak tahu cm ne?
Aku : Entahlah.
Syu : Cam tak muka die?
Aku : Tak, tp org igt beg die. Warna putih...body glove...bentuk cm handbag.
Syu : Hahaha ...kalo ade org len pakai beg tu....
Aku ngan Syu pun duduk balik tmpt ktorg. Pukul 4pm aku n Syu bercadang nak g beli nasi kerabu kat Taman U.

Kisah 4 :
Jam dah menunjukkan pukul 4. Aku n Syu bergerak keluar dari libry menuju ke tempat jual makanan kat Tmn U. Masa tu tengah hujan. Berpayunglah kitorg ke Taman U berjalan kaki. Leibih kurg 5 minit sampai.
Aku : Kak nak nsi kerabu ikan 2 n ayam 1.
Penjual :Ike duo, aye so. ( sambil membungkus pesanan aku)
Aku pun bg duit...nak bayar. Akak tu takde duit balik RM 2. Dah la masa tu hujan, kena la tunggu sekejap, lama jugak sebenarnya bagi manusia yang tak sabar mcm aku (manusia yg menghargai masa sbnrnye...huhu).



Pengajaran 1 :
Nak bertegur sapa pun, kenalah bertempat. Hormati org len!

Pengajaran 2 :
Library bukan tmpt nk buat perbincangan. Berbincanglah di bilik 24 hours, koridor libry, lounge libry, kwsn rehat blkg libry dan juga kwsn bwh libry. Bacalah peraturan libry. Untuk diri aku juga, kkdg bla da ramai-ramai, ckp pun terkuat juga walaupun dlm libry...beselah dgn kkwn. So, bile msuk libry beringatlah. Hormati orang lain.

Pengajaran 3:
Perbaikilah solat. Jangan cakap sahaja, kalau ade kemampuan, tegurlah! Mana tahu org tu betul-betul tak tahu.

Pengajaran 4:
Sediakan wang kecil semasa berbelanja.

Itu antara pengajaran yg smpt aku tuliskan. Aku da kesuntukan masa. Kena stdy ni..

Dialog percakapan mungkin agak bebrbeza drpd yg sbnr...tp tak jauh beza...sbb aku tk dpt igt spnuhnya..tp tak mengubah mksud asal.


Friday, April 25, 2008

Inilah semester 4 ku!

Alhamdulillah! Selesai menjawab soalan untuk subjek Wave, Vibration & Optics tadi pagi tadi, maka aku telah berjaya menamatkan 4 subjek peperiksaan. Kini, tinggal lagi 3 subjek yang mencabar bagi aku pelajar yang berstatuskan pelajar biasa-biasa sahaja, bukan tergolong dalam golongan bijak pandai ataupun rajin. 3 subjek yang tinggal tu adalah : Introductionary of Chemistry I, Ordinary Differential Equations dan Basics of Electronics.... YUHUUUU, subjek berat ni!

Semester ni (sem 4) aku ambil 7 subjek, sebanyak 19 kredit. Subjek-subjek yang aku ambil sem ni:
  • Bimbingan dan Penasihatan
Subjek ni aku suka, sgt berguna utk bakal pendidik, ilmu yang bukan sahaja sesuai utk cikgu, tp utk semua orang. Nmpk mcm senang, tp sebenarnya agak sukar, sebab masa exam aku tak boleh jwb dgn baik. Merangkumi pelbagai cara atau kaedah untuk menasihati dan membimbing. Banyak teori-teori yang dikemukakan.

  • Pemikiran Strategik & Inovatif
Membuatkan pemikiran menjadi kreatif dan inovatif...hehehe. Membuatkan aku lebih mengenali alGhazali, Ibnu Khaldun, de Bono, Sternberg, Sperry, Gardner dan banyak lagi tokoh-tokoh pemikir lain. Mengetahui cara berfikir, pemikiran dan banyak lagi yang selama ni aku tak pernah terfikir!

  • Pedagogi Pendidikan
Subjek ni pun aku suka sebab memberi pendedahan kepada aku tentang kaedah-kaedah mengajar. Tentang kurikulum, sekolah, cikgu ,pelajar dan masyarakat. Subjek ni pun banyak mengemukakan tokoh-tokoh dengan teori-teori pendidikan.

  • Wave, Vibration & Optics
Tentang gelombang, getaran dan optik. Susah! Tu yang mampu aku ulaskan.

  • Introductionary of Chemistry I
Hanya pengenalan kepada kimia. Lebih kurang macam belajar kat matrik dulu.

  • Ordinary Differential Equations
Belajar kira-kira dan beza-beza. Ni lah subjeknya. Sangat bermanfaat untuk selesaikan pengiraan dalam fizik.

  • Basics of Electronis
Hanya belajar asas tentang elektronik. Tetap mencabar utk aku yang berstatus pelajar biasa-biasa ni.

Aku berdoa agar aku dapat salurkan ilmu-ilmu yang telah aku pelajari ini terutamanya apabila aku bergelar pendidik kelak. Aku juga berdoa agar boleh menjawab 3 lagi subjek tu dgn baik... Amen!

Monday, April 21, 2008

21st April...


Umur saya semakin senja seperti gambar di atas..hehehe


Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk diri aku sendiri!

Alhamdulillah! Hari ini genaplah 21 tahun usiaku mengikut tahun masihi. Semakin singkat tempoh kehidupan di dunia yang fana ni...

Aku tiada apa nak diceritakan. Lagipun aku sedang menjalani peperiksaan akhir untuk semester 4 aku di UPSI. Doakan aku boleh menjawab dengan baik yer :)

Cuma kat bawah ni ada sedikit info untuk orang yang dilahirkan pada hari ini. Ciri-ciri yang kat bawah ni ada yang tepat kena ngan aku, ade gak yg kurang tepat dan ada yang tak kena langsung. Tak tahu lah kan, sebab mungkin aku menafsirkan diri aku cam ni, tapi sebenarnya aku cam tu...huahaha. Masih aku ingat lagi, cikgu sejarah aku masa form 1 merangkap cikgu BM masa form 2, Puan Dashimah Ibrahim. Pn. Dashimah pernah cakap, manusia ni ada 4 daun tingkap. Daun tingkap pertama : Ciri-ciri yang ada padanya dan dirinya menyedari ciri-ciri itu. Daun tingkap yang kedua : Ciri-ciri yang ada padanya dan disedari oleh orang di sekelilingnya. Daun tingkap yang ketiga : Ciri-ciri yang ada padanya dan disedari oleh dirinya serta orang disekelilingnya. Daun keempat : Ciri-ciri yang ada padanya dan tidak disedari oleh dirinya serta orang disekelilingnya.

Baiklah, yang ni aku dapat daripada laptop, masukkan tarikh lahir, lepas tu tekan result, dapatlah yang cam kat bawah ni:

Anda adalah perintis. Secara semulajadi anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka ambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah anda. Anda memerhati setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain diminda anda tidak pernah terhenti.

Yang ini pula berdasarkan kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, bagi mereka yang dilahirkan pada bulan April :
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik
Berkawan.
Pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Try control the emotion.
Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri & memotivasikan orang lain.
Berpenyakit sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Aku da beli sebuah buku berkaitan nama dan tarikh lahir , tapi belum sempat baca sepenuhnya lagi. Tajuk buku tu Sains Metafizik : Nama & Tarikh Lahir yang ditulis oleh Johan Halid. Nanti kalau da abis baca aku bolehlah belek-belek personaliti orang...hahaha
Terima kasih kepada kkwn yg ucap besday kat aku! TQ =)

Saturday, April 19, 2008

Final Exam!


Daun teh di Cameron Highlands


Masa-masa tengah serabut ni, aku suka layan gambar-gambar...(huhu...sempat aje!)....terutamanya gambar pemandangan. Gambar tu diambil masa kat Cameron Highlands setahun yang lalu. Aku pergi lawatan Persatuan Sains UPSI.

Bestnye pergi jalan-jalan. Lagi-lagi bila tengah tensen macam sekarang. Final exam semakin dekat.

Aku berdoa result aku okay. Aku mintak parents aku doakan juga. Kawan-kawan pun sama.

Selamat menjalani peperiksaan akhir semester!

Semoga dapat jawab dengan baik!

Aku doakan kejayaan semua...



Wednesday, April 16, 2008

Cheese Cake

Satu-satunya gambar cheese cake dalam laptopku.


Sedapnya kalo dpt mkn cheese cake masa ni :) Kat Tanjung Malim ni tak banyak kedai kek, dan kebanyakkannya adalah kedai kek
non muslim. Tak sabar lak rasanya nak cuti, nak cuba buat cheese cake.... ayat sebelum cuti sem...huhu. Aku pernah berangan tau, aku ada kedai kek satu hari nanti. Aku yg jadi chef! Huh..haru tak? Mana tahu satu hari nanti jadi kenyataankan.

Kekadang aku terfikir, betapa seronoknya kalau sekarang ni aku belajar memasak (maksud aku course masakan).Dapat buat apa yang kita belajar. Tak payah tengok rumus, konsep, hukum dan prinsip fizik. Tak payah fahamkan Doppler Effect, Huygens's Princples, Snell's Law dan banyak lagi...yang kadang-kadang aku rasa aku tak mampu untuk fahamkan. Yang kadang-kadang membuatkan aku rasa aku tak tahu aku belajar apa. Yang kadang-kadang aku rasa otak ku tak mampu sampai ke tahap tu... Tapi aku patut bersyukur, sebab aku ditakdirkan amik fizik tidak biologi apatah lagi course mencabar macam medic (memang tak layak pun). Juga bukan course masakan yang memerlukan kemahiran dan bakat.

Bila aku fikir balik, betapa bersyukurnya amik fizik... Tak perlu menghafal serumit biologi, mengingat serperinci medic mahupun menghafaz seperti seorang hafiz (hafalan yang amat mulia). Fizik belajarnya lebih santai...relax...simple... tapi kekadang menyakitkan.

Bagi aku yang paling untung belajar ilmu agama lah.... Semua orang fahamkan maksud aku.

Selamat Mengulang Kaji Pelajaran semua! Happy Study Week!

Tajuk tu macam tak de kaitan lak ngan n3 aku...hehehe..mula-mula je cter ttg kek.

Monday, April 14, 2008

Ni je yang sempat

Peperiksaan akhir bakal menjelang. Hari ini telah bermula study week. Aku sudah kesuntukan masa. Aku tak berpeluang nak tulis n3 panjang-panjang. Sehari suntuk aku duduk di kampus. Kat bawah ni ada sikit gambar UPSI yang tercinta...hehehe... Biarpun bangunannya antik tapi kat sinilah tempat aku menimba ilmu. InsyaALLAH, kalau ada kelapangan aku nak tulis n3 tentang sejarah UPSI dan macam mana aku boleh sampai di UPSI...tunggulah cuti sem nanti aku tulis.


Bangunan Canselori UPSI.



Bangunan Suluh Budiman (bangunan terpenting di UPSI).



Wakaf-wakaf di depan SITC.

Banyak lagi gambar-gambar yang patut aku uploadkan. Tapi aku da nak kena off PC. Tu je la yang sempat diuploadkan....hahaha.

Friday, April 11, 2008

Sahabat...



...inilah antara waktu terindah kita...yang sudah lama terkubur...
...harapanku agar ia kembali...


N3 ni hanya untuk berkongsi antara mesej best tentang persahabatan yang aku terima daripada kawan-kawan aku yang sibuk nak menghabiskan mesej free sepanjang tawaran 1500 mesej dengan harga RM 1.

Mesej yang kreatif tentang persahabatan :
Kawan macam Hotfm sebab dia lebih hangat daripada biasa, tapi dia juga mcm NTV7 sebab dia ceria selalu, tapi kan rasa mcm TV3 pun ada sebab dia sentiasa disisi, tapi yang paling penting dia mcm TV9 sebab dia dekat di hati.

Mesej yang sedap kata-katanya :
Aku mengenalimu melalui satu nama, aku memahamimu melalui satu renungan, aku menghadiahimu melalui satu doa, aku mengigatimu melalui satu kenangan, aku menyayangimu melalui satu persahabatan.

Mesej yang membuatkan aku berfikir tentang persahabatan:
Sesungguhnya sahabat itu wujud daripada 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan ALLAH.

Mesej yang buatkan hati aku sejuk :
Andai seseorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang dihempas ombak kemaafan.

Indahkan persahabatan itu? Aku mengharapkan keindahan persahabatan itu dapat aku nikmati. Percayalah sahabat, walaupun kadangkala hatiku marah membara, walaupun kadangkala aku rasa sakit yang tak terungkap, walaupun kadangkala aku rasa geram tak terhingga dan walaupun kadangkala aku rasa pedih membisa dalam meniti sebuah persahabatan. Aku sedar itu semua ujian daripada ALLAH. Aku juga sedar, aku juga insan biasa yang tidak suci daripada kesilapan. Jadi aku tidak mengharapkan keterlalusempurnaan kerana aku percaya kelemahan aku jua. Aku memohon segala kemaafan atas segala ketelanjuran. Aku juga telah lama memaafkan sahabat-sahabat. Aku sudah memaafkannya... Lagikan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan-kawan =P

Wednesday, April 9, 2008

Kanak-kanak


Jom layan gambar-gambar kanak-kanak.

Hati yang panas jadi sejuk.
Minda yang kusut jadi lurus.
Wajah si kecil bersih tanpa dosa.
Wajah si kecil gembira tanpa duka.

Muhammad Yusuf : Sepupuku yang petah.


Nur Batrisyia : Sepupuku yang comel.


Shahmi : Sepupuku yang manja.



Fahmi : Jiranku yang sangat aktif.


p/s : Kesibukan akhir-akhir ini, membuatkan jariku lesu untuk menari di papan kekunci =) Hanya mampu mengepos gambar-gambar sebagai tatapan diriku.

Monday, April 7, 2008

Sehari Yang Berlalu

Hari ini aku free. Tiada kelas langsung memandangkan kuliah kimia aku dah tamat. Jadi, sepatutnya aku manfaatkan sehari ini untuk study memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menempuhi final exam. Awal pagi tu aku buka la juga buku elektronik, lepas pukul 10 pagi tu aku dah tak boleh study. Tak tahu kenapa.... sedih sangat... baca x masuk... cuba mengahafal gagal.. Aku termenung je tengok buku! Petang pula, aku cuba lagi nak study, gagal! Selsema pula menyerang. Akhirnya aku tidur sampai pukul 5. Lepas tu turun bawah sebab tension duk dalam bilik je. Layan TV jap sambil makan cucur Wani masak....Nyum nyum, sedap tau, lama dah tak makan cucur. Biasalah aku kan pemalas! Last aku masak kat rumah sewa aku ni sebulan yang lepas kot (masak tom yam jer). Lepas tu lebih kurang jam 6.30 petang, Syu balik dari kampus. Dia ajak aku makan Tom Yam Atan. Aku on je, boleh hilangkan tension duduk kat rumah. Malam ingat nak study, buka buku. Baca beberapa line je.... tapi tak masuk lagi. Akhirnya aku sembang. Pukul 10 malam Anis mesej suruh jemput die (ni sebab kes GS tu la, aku pun jadi takut), aku ajak Syu teman aku. Turun bawah kat depan pintu pagar, Anis da sampai depan rumah rupanya. Alang-alang dah salin baju, aku dan Syu bercadang nak jalan-jalan. Ambil angin di waktu malam kat kampus. Aku dan Syu pergi jejalan...release tension. Aku telah membazirkan masa aku begitu sahaja. Kena muhasabah diri balik ni, apa yang terjadi. Allah bagi aku peluang kelapangan masa untuk aku manfaatkan. Aku sia-siakan.


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
  • SIHAT sebelum SAKIT
  • MUDA sebelum TUA
  • KAYA sebelum MISKIN
  • LAPANG sebelum SEMPIT
  • HIDUP sebelum MATI


UPSI di waktu malam





Akhirnya, sehari yang berlalu begitu sahaja. Aku kena buat refleksi diri. Menginsafi dan mengambil tindakan.


Sunday, April 6, 2008

Qiamullail

Gambar Masjid UTM di waktu malam...tak nampak sangatlah..huhu

Aku terdengar bunyi kenderaan terbabas baru je sebentar tadi. Dengar macam teruk, tapi tak tahulah pulak mangsa tu macam mana. Mintak-mintak tiada apa-apa berlaku. Aku tak pergi tengok pun(malas nak salin baju), housemate aku ade yang pergi tengok. Aku tengok dari tingkap bilik aku je lah sebab jalan besar tu kat depan tingkap bilik aku je, bilik aku tingkat 3, tapi terlindung dengan pokok pulak. Nantilah aku tanya dorang je apa yang terjadi...

Apa yang aku terfikir ialah tentang kematian bila terdengar bunyi tadi. Ialah, cuba bayangkan. Kita tengah bergembira dalam kereta tiba-tiba accident. Ish.... takutnya! Dengan amalan kebaikan yang tak cukup dan dosa yang tak terpikul.

Petikan ni aku petik daripada buku Qiamullail:Perintah Yang Ditinggalkan.

Kematian Itu Pasti Mendatangi Kita

Beringat-ingatlah dan jangan engkau lalai daripada DIA yang telah menetapkan bagimu kematian.

Kita tidak tahu bila kita akan menghembuskan nafas terakhir, sebab itulah kita disuruh beringat. Oleh itu, aku nasihatkan diri aku, sentiasalah dekatkan diri kepada ALLAH.

Petikan ni pun aku petik daripada buku Qiamullail: Perintah Yang Ditinggalkan.

Penghubung Antara Hamba Dan Pencipta

Sesungguhnya qiamullail itu merupakan satu ibadah yang menghubungkan jiwa dengan ALLAH lalu membentuk jiwa itu agar mampu mengawal diri daripada melakukan perlakuan-perlakuan yang melalaikan serta melawan hawa nafsu.

Antara tanda-tanda kecintaan ALLAH ialah qiamullail sambil bermunajat dengan-NYA dalam kegelapan malam.

Perkara-perkara Yang Membantu Muslim Untuk Berqiamullail

  1. Jangan terlalu banyak makan kerana ia akan menyebabkan banyak minum lalu mengantuk menguasai diri dan menyusahkan kammu berqiamullail. (Tak tahu pulak aku banyak minum jadi mengantuk)
  2. Jangan terlalu memenatkan diri anda di siang hari kerana ia akan menyebabkan badan lemah malah ia akan menyebabkan mengantuk.
  3. Jangan sesekali meninggalkan tidur di waktu siang kerana ia sunnah bagi membantu usaha melakukan qiamullail.
  4. Menjaga hati dan perasaandengki terhadaporang Islam, meninggalakn bid'ah, khurafat atau asyik memikirkan keduniaan semata-matakerana penyakit-penyakit ini menghalang daripada melakukan ketaatan kepada ALLAH.
  5. Jangan sekali-kali melakukan dosa besardi siang hari kerana hal itu mengeraskan hati lalu ia menjadi penghalang antara kamu dengan sebab-sebab mendapat rahmat.
  6. Membiasakan hati dengan perasaan takut disertai dengan tidak terlalu berangan-angan dan berfikir tentang keadaan hari kiamat sert seksaan api neraka.
Aku sekadar memetik apa yang aku baca daripada buku. Ilmu aku tak banyak untuk olah atau menulis. Hanya mahu berkongsi apa yang aku tahu sebagai manfaat kita bersama.

Saturday, April 5, 2008

Taman Nusa

1 Jalan Nusa 5, Taman Nusa, 35900 Tanjung Malim, Perak

Sudah hampir setahun aku menetap kat Taman Nusa ni (rumah sewa kat Tanjung Malim). Banyak asam garam yang aku dah telan kat dalam rumah ni ( mana taknya hari-hari aku makan, mestilah ada garam dan asam jawa...ekekeke). Lagi 3 sem lagi aku akan menetap kat rumah ni... Insya ALLAH. Kami menghuni seramai 17 orang dan kesemuanya adalah student yang sama sem daripada Fakulti Sains & Teknologi (7 orang chem, 7 orang bio, 2 orang physics & 1 orang math, sem depan 1 org physics lagi masuk). Alhamdulillah mendapat housemate yang baik. Masalah sikit-sikit itu normal, mana ada manusia yang sentiasa dapat memuaskan hati manusia lain. Lagi-lagi pabila dah sentiasa bersama, mesti sentiasa teruji dan diuji. Tetapi terpulang kepada kematangan kita menghadapi masalah. Walaupun kekadang terdetik di hati " I can't stand to this problem" ataupun " Huh! Tensennye keadaan macam ni" dalam kehidupan bersama kawan-kawan, aku akan merasionalkan balik minda dan hati. Minda akan berkata terimalah keadaan dan hati akan bersuara : bersabarlah kerana aku juga bukannya manusia yang perfect, jadi jangan mengharapkan yang terbaik daripada orang lain. Maka aku akan berusaha... menerima dan menelan. Aku selalu merasionalkan balik apabila aku ada sesuatu masalah... Aku akan selalu fikir balik hikmah di sebalik musibah...supaya aku lebih kuat dan tabah. Mungkin sebab tu aku jarang sangat menangis....sampai kawan-kawan aku kata aku manusia keras dan blur .... seolah-olah tak de perasaan. Hahahhaa !


Kunci rumah 1-7-15 KHAR

Masa mula-mula kat UPSI dulu,aku menetap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Sempat duduk setahun sahaja. Lepas tu dah tak layak....senang citer... aku kena tendang lah! Waarghh! Bukannya aku tak aktif , cuma tak de rezeki nak duk kat kolej lagi. Tapi banyak hikmahnya kena tendang kolej di usia muda. Aku tahu menguruskan kewangan dan kehidupan. Aku tak menghadapi masalah bas. Kalau kelas dekat dengan rumah,15 minit kelas nak start baru aku gerak dari rumah, kalo duk kolej dulu, sejam sebelum kuliah dah naik bas. Aku tak suka berebut bas, geli berasak-asak sampai tak kira lelaki dan perempuan. Tapi aku dengar cerita, sekarang dorang da pandai beratur naik bas. Bagus2.

Kolej Harun Aminurrashid UPSI

Aku rindu pada housemate aku masa di KHAR. Kak Jat yang caring (skrg tgh praktikal kat Ipoh sbg cikgu pendidikan seni), Kak Syida bakal cikgu pendidikan khas (roomate aku sem 1 yang sgt cute), Kak Yana yang kelakar (kaunselor tue!), Kak Jaja roomate sem 2ku (cikgu pendidikan IT) Kak Nad yang baik hati ( cikgu akaun), Ateh yang alim (chem), Syu yang ayu (bio) dan Che Mast yang pandai bercerita (chem). Indah sungguh suasana rumah 1-7-15 KHAR sem 2006/07. Masih teringat suasana di ruang tamu rumah, hiruk pikuk bercerita, gelak tawa bila dengar Kak Yana berjenaka, makan bersama, tengok CD bersama, jogging bersama, solat fardhu berjemaah, solat hajat bersama menjelang exam dan banyak lagi... Rindunya!

Friday, April 4, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008


Gambar diambil dariapada blog 'Hidup Biar Sedap'

Aku tak berkesempatan untuk pergi ke PBAKL2008. Niat di hati memang nak pergi tapi keadaan tak mengizinkan. Final exam yang semakin dekat, menyebabkan aku mengambil keputusan tidak pergi. Buku-buku pelajaran pun tak disentuh lagi, walaupun exam tak sampai sebulan je lagi. Lagipun aku ada 9 buah buku yang telah aku sediakan untuk baca cuti sem nanti. Entah sempat habiskan atau tidak, dah la cuti tak sampai 2 bulan + ada ROS (rancangan orientasi sekolah- macam latihan mengajar[LM]).

Untuk nak tahu tentang KLBIF, klik sini.


Thursday, April 3, 2008

Keluar Waktu Malam


Lama sudah tak mencalitkan tulisan kat blog aku ni... Agak kesuntukan masa akibat daripada final exam yang semakin hampir menyebabkan begitu banyak assignment perlu dihantar serta ketandusan idea untuk menulis sebab aku amat kurang membaca.

Semalam aku menempuhi saat-saat yang amat menakutkan. Aku ke kelas pada malam hari seorang diri. Kelas Wave Propogation & Optics. Seperti biasa berseorangan pulang ke rumah lebih kurang jam 10 malam. Dalam perjalanan pulang tu suasana agak sunyi di kawasan perumahan aku. Aku seperti biasa, pengecut-pengecut aku pun redah je la. Aku rasa tak sedap hati. Ayat Kursi sentiasa membasahi mulutku. Tetiba masa aku tengah lalu jalan 3, aku dah terperasan ada sebiji motosikal dekat tepi jalan 4 (rumah aku jalan 5). Masa tu jantung memang dah berdegup kencang, takut dan segala macam perasaan... Apa lagi masa dah nak dekat tu aku bergerak pantas sepantas-pantasnya. Memang sah tu GS. Sampai je dekat rumah aku dah rasa macam nak pengsan, buka pintu pagar dengan ganasnya dan sepantas kilat aku buka pintu rumah terus meluru masuk (aku takut GS tu ikut aku). Aku tak kisah kalau GS tu setakat nak buat pertunjukan, tapi aku amat amat amat takut kalau GS tu buat tindakan lain. Susah hidup ni kalau manusia bersifat hilang rasa malu. Haiwan pun ada rasa malu. Monyet dan beruk dalam gambar kat atas tu pun ada rasa malu masa aku nak ambil gambar di Zoo Negara.

Pengajarannya berhati-hatilah apabila keluar waktu malam. Kalau boleh elakkan, tapi kalau terpaksa macam aku, bersiap sedialah dengan pelbagai kemungkinan. Siapa tahu, ayat-ayt pelindung diri? Aku rasa seram nak pergi kelas malam lagi lepas ni.