Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, August 26, 2009

Superb Follower Best Award


1) ambik award nie.. jangan malu2.. jangan segan2.. (cepat tutup mata...nnti komalu...ak tak malu pun...wakaka...mksud tersirat nih! )




2) nyatakan tentang pemberi award nie..

Nurul Farhana Zahuri
Seorang yang tinggi. Anak ke 3/6. Seorang yang selalu layan aku cakap-cakap dan merepek.TQ la sebab layan bebelan aku. Seorang yang suka makan. Best partner aku untuk program jalan-jalan cari makan kendalian kami berdua. Schoolmate aku masa di SMKTUN dan menjadi classmate masa tingkatan 5. Fana nama panggilan oleh kekawan dan Farah nama panggilan oleh ahli keluarga. Dia kata dia kakak yang garang (ni Fana yaang kata ... aku tak kata eh...heheheh). Sudah mempunyai seorang anak buah yang selalu disebut-sebut.



3) perasaan bila dapat award nie..

aku jaranglah nak ada perasaan.... boleh ke? ...hehehe



4)tag sekurang2nya 5 orang

Nak tag sape ek??? Disebabkan ini award Superb Follower Best Award... Rasanya orang yang tak ada blog pun boleh dianugerahkan kan??? Janji dia follower. Okay...jadi penerima-penerima anugerah ini ialah:

1. Along yang duduk kat Maran tu yang selalu baca blog aku.
2. Cik Ity yang tengah duk belajar kat India tu yang sentiasa jadi pengulas setia blog ni. TQ.
3. Hidayah classmate yang duduk sebelah aku sem ni & pengulas langsung blog.
4. Siapa lagi yer????
5. Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan blog ini... terima kasih bebanyak :)

Sunday, August 23, 2009

Rebutlah Peluang Ini


Alhamdulillah.... masih diberi ruang kehidupan dalam Ramadhan kali ini. Hari ini sudah 3 Ramadhan. Sekejap saja, 3 hari sudah berlalu.... Percayalah 30 hari @ sebulan itu sangat pantas berlalu. Maka, rebutlah peluang ini.

Kalau terasa begitu sukar untuk membuat yang besar-besar, lakukanlah yang kecil-kecil. Insya-Allah, ganjarannya tetap ada daripada kita biar ia berlalu begitu saja. Kalau terasa liat sangat hendak bangun malam, jangan pula meninggalkan terawih di kala waktu kita masih segar bugar seusai berbuka. Kalau terasa hendak membaca al-Quran itu terlalu sukar dengan kekangan tertentu, jangan pula mulut keberatan berzikir. Kalau sementelah rasa terlalu berat juga, tak tahu nak buat apa sangat, niat lah sesuatu yang baik itu dilakukan hanya kerana Allah. Namun, mahukah kita termasuk dalam golongan orang yang rugi? Mempersiakan sebulan yang penuh berkat ini dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Merasai senang hati dengan hanya tika berbuka puasa tidak pula senang hati untuk melakukan amal ibadah.

Kalau kita terasa sedih apabila membaca blog Allahyarham Ustaz Asri yang mengajak kita bertadarus Ramadhan kali ini,namun Ustaz Asri pergi menghadap Ilahi di saat-saat Ramadhan kian hampir. Renungilah kembali diri ini kerana mana tahu ini Ramadhan terakhir kita. Jadi rebutlah peluang. Ramadhan bulan mendidik jiwa. Bulan yang mendekatkan hamba dengan Penciptanya.



Saya sangat suka lagu ini....


1 Ramadhan:

Pagi 1 Ramadhan agak dingin. Petangnya saya dan Fana ke pasar malam. Tak pergi bazar pun sebab pergi pasar untuk beli barang basah. Saya beli ayam dan sayur-sayuran, stok untuk seminggu saya dan Che Mas, teman semisi. Juadah berbuka hari ini mee hoon sup. Dan pencuci mulut ihsan daripada Fana, Yong Tau Fu. Ish... tergugat juga misiku.

Mee hoon sup resipi 1.

Yong Tau Fu.


2 Ramadhan:

Hari ini semasa sahur hujan turun agak lebat. Petangnya memang bercadang nak makan mee hoon sup lagi. Tapi modified sikit yang semalam punya. Petangnya Ida ajak ke Bazar KUO. Berfikir-fikir nak pergi tak, tapi bila teringat rojak asma, terus je setuju pergi. Rupa-rupanya ramai budak rumah ni yang pergi. 8 orang. Jadi naik dua kereta. Kereta Ida dan kereta Laila. Belilah rojak asma yang memang saya kempunankan Rabu lepas masa pasar malam KUO sebab masa pasar malam itu dah habis. Teringin sangat nak makan rojak asma ni. Sebab kalau kat JB selalu beli kat Angsana. Rojak Asma yang kat Bazar KUO ini pun sedap juga. Tergugat jugalah misiku hari ini....huhu. Asyik tergugat je nih! Macam mana ni...

Mee hoon sup resipi 2.

Rojak Asma.

Sekarang ini tetiba termengidam air kathira lah. Maslahnya air tu ada jual kat Johor saja! Huhu. Tadi sambil-sambil masak tonton TV3 Shamsul @ Bazar Ramadhan, terliur tengok murtabak. Wakakaka... Teruknya ko ni Raihah! Sesiapa yang baca masa tengah siang hari, minta ampunlah. Tak sengaja. Sebab entry ini ditaip pada waktu malam.

Hehehehe..... misiku masih diteruskan lagi dalam bulan Ramadhan ini (*_*)

Friday, August 21, 2009

Bacalah Al-Quran!

Seusai subuh pagi tadi saya mengkhatamkan Quran. Dan inilah buat pertama kalinya saya khatam Quran beserta dengan terjemahnnya. Di usia 22 tahun mengikut tahun Masihi dan di usia 23 tahun mengikut tahun Hijrah. Mungkin ia pada usia yang agak lambat tapi alhamdululillah belum terlewat. Jika sebelum ini hanya membaca Al-Quran tanpa memahami maknanya, jauh berbeza dengan membaca Quran dengan terjemahannya. Pembacaan Al-Quran dengan terjemahannya membuat pembacaan saya menjadi lebih bermakna.

Entry bukan untuk menghebahkan @ menghebohkan. Hanya berkongsi pengalaman. 'Menulis bukan mahu memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU'- ayat ini pinjam ayat dari Saifulislam.com. Semoga perkongsian cerita ini mencetus minat untuk kita membaca al-quran dengan faham melalui terjemahannya.Ya Allah, jauhkan saya daripada perasaan riya' ataupun menunjuk-nunjuk. Apa yang penting bagiku ialah redha-Mu bukan mulia di mata manusia. Semoga perkongsian yang sedikit besar manfaatnya.

Al-Quran pemberian ayah ketika saya masuk mendaftar sebagai pelajar KMJ.

Bagaimana saya bermula membaca dengan terjemahannya? Sebenarnya dengan sikap saya yang suka berangan membuatkan saya selalu berfikir. Cukupkah dengan hanya membaca saja al-Quran? Terus mengingatkan saya tentang apa yang ustazah ajar masa sekolah. Ustazah berpesan," Mula-mula kita baca al-Quran, lepas itu kita kena baca dan fahamkan dan kita kena amalkan". Terkenanglah saya akan diri saya yang hanya membaca saja tanpa memahami. Mana nak fahamkan. Saya tak pandai bahasa Arab. Bahasa Arab Darjah Khas saya dapat 8! Teruk... memang teruk pun sebab masa itu tak fikir sangat pun kepentingan. Zaman budak-budak. Yang tahu pergi balik sekolah.

Jadi daripada situlah saya tergerak untuk melakukannya. Disamping itu saya juga terfikir bahawa diri saya sangat kehausan ilmu agama kerana saya mengaku secara jujur bahawa saya jarang pergi kuliah agama sebagai makanan jiwa. Oleh itu melalu pembacaan al-Quran dengan terjemahannya dapat mengisi jiwa ini. Insya-Allah.

Saya mengambil masa kira-kira 11 bulan untuk membaca Al-Quran dengan terjemahannya. Terlalu lama? Memang pun sebab saya hanya membaca selepas solat maghrib. Saya bacapun tidaklah terlalu panjang. Bagi saya apa yang penting, saya perlu baca hari-hari bersama-sama dengan terjemahnnya.

Bukan semua ayat al-Quran itu kita dapat faham secara penuh. Kerana bahasanya telalu indah untuk seorang yang terlalu daif ilmunya seperti saya. Baca al-Quran dan kemudian baca terjemahannya. Biasanya untuk perkara-perkara yang perlu diperjelaskan lanjut akan ada foot note di bawah. Jadi, boleh rujuk foot note. Kalau ada yang tak faham, boleh di tanya lanjut kepada yang lebih arif. Tetapi, itulah kelemahan saya. Sebab perkara-perkara yang saya tak faham. Saya tak bertanya lanjutpun kepada mereka yang arif. Saya biarkan ia berlalu. Perkara yang perlu saya perbaiki.

Ayuh kawan-kawan! Membaca al-Quran dan memahaminya. Orang yang memahami Al-Quran akan senantiasa mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dari berkat Al-Quran. Inilah kelebihan mukjizat Kitab Al-Quran yang tiada pada kitab-kitab sebelumnya.

Insya-Allah.... tinggal lebih kurang 3 jam lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak. Di sini saya tunjukkan jadual yang bermanfaat untu kita. Gambar ini diambil dari sini. Kat blog asal yang saya jumpa itu ada jadual untuk khatam dalam masa 3 hari, 5 hari dan juga 10 hari. Gambar yang di bawah ini untuk 15 hari. Mungkin ia boleh dijadikan panduan.




Sedikit tips dari saya untuk khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan. Berdasarkan pengalaman perempuan kebiasaanya boleh berpuasa 20 hingga 23 hari dalam bulan Ramadhan. Al-Quran mempunyai 30 juz. Jadi sehari kita kena baca sehari lebih kurang sebanyak 1.5 juz. 1 juz lebih kurang 20 muka surat. Jadi 1.5 juz lebih kurang 30 muka surat. Oleh itu setiap kali lepas solat boleh baca 6 muka surat. Insya-Allah, kita mampu khatam dalam sebulan. Cubalah! Kenikmatan yang cukup nikmat dengan bacaan al-Quran lebih-lebih lagi jika kita mapu khatam 30 juz dalam bulan Ramadhan.

Ad-Darimi meriwayatkan dengan isnadnya dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi S.A.W. : Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak menyeksa hati yang menghayati Al-Quran. Dan sesungguhnya Al-Quran ini adalah jamuan Allah, maka siapa yang masuk di dalamnya, dia pun aman. Dan sesiapa mencintai Al-Quran, maka berilah khabar gembira.

Sesuatu yang saya belum dapat dan saya nak sangat ialah... T.A.D.A.R.U.S. Saling mendengar bacaan dan saling membetulkan bacaan. Sebab saya memerlukan seseorang juga untuk bimbing saya membaca. Pembacaan saya masih lagi lemah... Masih banyak lagi tajwid yang saya tak tahu juga tak pandai cara sebutannya.

Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin". - Maksud Surah Fussilat ayat 44 [41:44]

Selamat Menyambut Ramadhan!

p/s: Saya bukan warak @ alim, jadi jika terdapat kesalahan fakta di dalam entry di atas, boleh ditegur di ruangan komen secara hikmah. Terima kasih.

Thursday, August 20, 2009

Kopitiam & Harga Topeng


Destinasi makan kali ini ialah Kopitiam yang terletak di Taman Bahtera, Ulu Bernam (Tanjong Malim). Alamat Taman Bahtera ini unik sikit. Sebab kedudukannya di negeri Selangor, tetapi betul-betul bersebelahan dengan Tanjong Malim. Jadi ia kadang kala lebih mudah dikenali sebagai Tanjong Malim walaupun terletak di Selangor.

Jom kita tengok menu kami (saya dan Fana).

Menu saya:Jus Carrot Susu + Kuey Teow Theng.
Jus Carrot Susu nya biasa. Sedap macam kat restoran lain juga.
Kuey Teow Theng ini ala-ala sup lah. Ada rasa rempah sikit. Dan sambal kicap. Kalau macam saya penggemar sup ini memang suka sangatlah. Lagi-lagi masih dalam misi diet. Hehehe...


Menu Fana:
Chocolate Volcano + Combo Plater A.
Chocolate Volcano nya sedap. Mungkin menu istimewa Kopitiam kot.
Chicken wing itu pon sodap! Ngecek Fana punya. Tu yang tau sedap tu... Huhuhu....

Selesai:

Dekorasi Kopitiam cantik jugalah. Kelebihannya ada WiFi. Yang lain itu biasa saja. Mudah untuk ke sana sebab dekat dengan KHAR dan KUO. Jalan kaki pun boleh dari kolej.




Ini pula kisah topeng muka. Ia sudah dijadikan bahan kawalan. Berikut adalah jenis dan harga topeng -topeng muka. Gambar diambil dari Kosmo Online.


Sekian saja..... Entry untuk malam ini. Malam terakhir bulan Sya'aban. Insya-Allah. Malam esok malam 1 Ramadhan...

Ramadhan Moon

Hari ini 29 Sya'aban 1430. Sehari lagi, insya-Allah umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Selamat datang Ramadhan. Sebagai buah tangan, silalah dengar nasyid ini.








Memandangkan saya bukanlah dikalangan yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bab ilmu agama. Maka, apa yang saya boleh kongsikan di sini ialah link yang merupakan beberapa artikel tentang Ramadhan.

Ramadhan: Apa Boleh Buat oleh Ustaz Zaharuddin.
Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan oleh Ustaz Hasrizal.


Baiklah, itu saja yang saya mahu sampaikan. Entry yang pendek, namun besar harapan saya agar entry ini menjadi panjang dengan kliknya anda di link di atas.

AHLAN YA RAMADHAN...



Wednesday, August 19, 2009

Garden Seafood

Memandangkan rezeki bulan ini lebih sebab saya bajet duit rumah (sewa rumah + bil elektrik + bil air + bil streamyx) RM 150, tapi bila nak bayar ketua rumah cakap bulan ini RM 100 saja sebab bil bulan ini rendah. Jadi duit yaang telah diasingkan untuk bayar duit rumah itu berbaki RM 50. Oleh sebab itulah otak ini ligat fikir nak makan yang istimewa... hihi :) Restoran yang menjadi sasaran kali ini ialah Garden Seafood.

Garden Seafood
7-8 Jalan Wangsa Utama,
Taman Wangsa,
35900 Tanjong Malim,
Perak.


Ini kunjungan ketiga saya. Ini entry yang lepas,klik sini. Rasanya sebab menunya yang sedap. Ada satu menu yang sangat menambat hati.


Sweet & Spicy Prawn. Dimakan dengan Dumpling Man Toa.


Sebelum :
Milo ais, teh ais, sotong madu, sweet & spicy prawn dan tom yam.


Sesudah:



Disebabkan masih dalam misi diet. Pagi saja minum susu. Tengah hari itu dah kebuluran dan kelaparan. Melepek saja atas katil. Petangnya pergi Garden Seafood dengan Fana. Melantak di Garden Seafood. Tergugat jugalah misi diet ni!

Monday, August 17, 2009

Bertopeng Buat Pertama Kalinya


Macam-macam cerita yang keluar sekarang ini. Ada yang kata UPSI akan bagi cuti seminggu lagi. Ada yang kata UPSI tutup sebulan. Ada yang kata kena tangguh satu semester. Ada kata seorang budak UPSI dah meninggal. Ada yang kata dah dua yang meninggal. Ada yang kata dah tiga orang yang meninggal. Tak tahulah sejauh mana kebenaran itu. Sama ada kisah benar ataupun khabar angin. Sama ada ia kenyataan rasmi ataupun desus-desas saja.

Semua sudah maklum akan betapa kritikalnya keadaan buat masa ini dengan pandemik H1N1 ini. Ia disebarkan oleh virus. Dan sememangnyalah virus amat mudah tersebar. Sana-sini keluhan risau manusia tentang penyakit ini.

Namun apa yang penting, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Setakat kemas kini jam 9 pagi 17 Ogos 2009 di Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1) sudah mencatatkan 64 kematian diseluruh Malaysia. Bukalah laman web ni... macam-macam info yang boleh kita dapat.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai , pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Menurut Menteri Kesihatan lagi, "Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1.”

WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.



Penggunaan hand sanitizer juga sebagai langkah mencuci tangan secara mudah untuk membunuh kuman juga sebagai langkah berjaga-jaga yang boleh diambil.

Hari ini buat pertama kalinya saya memakai mask ke kelas. Pada permulaannya memanglah teramat segan nak pakai. Tapi, bila dah pakai tu tak ada lah rasa nak segan mana, lagipun separuh muka dah bertutupkan. Nampak mata saja. Buat bodoh saja lah kalau ada yang pandang pelik. "Saya sayangkan nyawa saya, okay!". Hari ini dalam kelas ramai yang dah pakai. Ada 6 orang. Sebelum ni tak ada seorang pun yang pakai. Mungkin juga ramai yang dah ada kesedaran. Ramai juga yang tak berapa sihat dalam kelas hari ini. Yang batuk... yang selsema... yang baru baik demam. Mungkin faktor cuaca yang tidak menentu sekarang puncanya kot.



Saya tahu ramai kawan-kawan yang nak pakai tapi segan. Sebab bila bersembng dengan housemate atau pun class mate ramai cakap takut dengan H1N1 dan nak pakai mask tapi segan. Ramai cakap, " Kenapa UPSI tak wajibkan pakai". Sebab kalau wajib semua akan pakai. Keadaan lebih terurus. Tapi dah nak buat macam mana... UPSI tak wajibkan pakai. Jadi untuk keselamatan diri. Apa ditunggu lagi...Jom lah pakai! Jangan segan-segan okay!

Sunday, August 16, 2009

Berakhirnya Konvokesyen Sesi Ini

Konvokesyen di UPSI untuk sesi ini sudah berakhir semalam. Tahniah! Moga jadi seorang pendidik yang amanah dalam tugasnya. Pendidik yang tegar jiwanya. Pendidik yang sabar nalurinya.

Pesta konvokesyen kali ini hanya sekali sahaja saya jejakkan kaki. Pada tengah hari Khamis waktu senggang antara perbincangan kumpulan dan kelas Fizik Tenaga. Itu pun sudah berap RM yang dikeluarkan. Bukannya apa, hanya beli tudung. Hehehe...mesti ada yang kata saya asyik beli tudung je... biasalah sekali beli satu...satu...satu.. Tudung mahal. Tak mampu nak beli banyak-banyak sekali gus.



Bermacam-macam isu berlegar sekitar konvokesyen minggu lepas. Isu pertamanya ialah bantahan segolongan pelajar terhadap kehadiran Jac. Juga isu rancangan untuk membantah kehadiran Faizal Tahir.

Mungkin ada yang mengatakan betapa tidak sopannya pelajar yang membantah ketika kehadiran Jac tempoh hari. Kerana ketika Jac naik ke atas pentas mereka beramai-ramai beredar meninggalkan padang. Seolah-olah tidak menghormati tetamu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Jac tak tahu apa-apa. Tapi bagi mereka yang membantah, itu adalah pilihan terakhir setelah pelbagai usaha dibuat. Mereka beredar dalam keadaan sopan tanpa membuat sebarang huru-hara ataupun kekecohan.

Saya di mana? Saya di tengah-tengah. Ya! Saya tahu orang di tengah-tengah inilah orang yang paling teruk kerana tidak teguh pendirian. Bagi saya kita wajib menentang kemungkaran. Bagi saya juga kita patut menghormati tetamu.

Yang penting saya tidak di tengah padang ketika waktu itu. Kerana saya sekeras-kerasnya tidak menyukai apabila budaya hedonisme di bawa ke kampus. Cukuplah dengan budaya hedonisme yang tak mampu kita kawal di luar kampus. Dimana setiap malam minggu kita ditaburkan dengan program realiti TV yang berbentuk hiburan semata. Tidak dikira lagi dengan segala konsert dan karnival yang melaghakan saja... Jelak dan muak... Nun... jauh di sudut hati muncul sekelumit rasa sedih dan kecewa melihat apabila kita rakyat Malaysia umumnya dan Melayu khususnya terlalu hidup dalam hiburan.

Jika hidup dipenuhi dengan hiburan semata... Kemanakah budaya ilmu yang patut kita miliki? Kemanakah perginya amalan agama dalam kehidupan. Secara jujur saya teringin merasai perkara yang diceritakan adik saya bahawa walaupun Mesir itu tak membangun seperti Malaysia juga tak sebersih Malaysia (walaupun negara kita tak sebersih mana) tapi ia dipenuhi budaya cintakan ilmu dan agama. Suatu yang saya rasa tidak ada di Malaysia. Kalaupun ada, ia sudah terhakis...sudah tenggelam barangkali.

Serangkap lagu Mari Berhibur dari kumpulan Raihan :

Berhibur itu tiada salahnya....
Kerana hiburan itu indah...
Hanya pabila salah memilihnya...
Membuat kita jadi bersalah....



“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta ber tanggungjawab.” Maksud Surah Al Isra’ (17) ayat 36




Saturday, August 15, 2009

Syahmi & Anak Soleh

Petang tadi YM dengan Along. Along cerita tentang kepulangannya yang sebentar ke kampung ayah di Kemaman, Terengganu. Berkebetulan Along ada kursus di Cherating, singgah sekejap di Kemaman yang hanya lebih kurang 15 minit saja dari Cherating sambil menghantar buah tangan Anis dari Mesir. Ohhh~~~~ lama sungguh saya tak pulang ke kampung. Terakhir kali balik Kemaman bulan 6 yang lalu.



Along cerita tentang Syahmi yang comel itu. Kecomelannya itu diserlahkan lagi dengan mulutnya yang petah keanak-anakan. Sibuk tanya di mana ayah we (panggilan anak saudara belah ayah kepada ayah saya). Siap tak percaya yang Along balik seorang diri sebab Syahmi kata kereta Myvi Along itu kereta Din, abang saya. Hahahaha... mana taknya kalau abang saya ada, kereta Along akan jadi macam kereta dia kat Kemaman tu. Abang saya angkut sepupu-sepupu lelaki saya terutamanya Amin pergi jalan-jalan. Si kecil Syahmi dan Amin juga kadang-kala.





Sesi bermain bola ....


Nak mula kena tiup wisel dulu....

Okay...1...2...3...tendang!

Aksi penendang cilik....




Sebenarnya tadi cuba nak upload lagu Anak Soleh UNIC. Tapi tak dapat-dapat. Jadi tepek lirik saja lah.



Anak Soleh

( 1 )
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

( 2 )
Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

( 3 )
Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

( ulang 1, 3 & 1 )


Lirik diambil dari sini.


Mulai minat sangat lagu ni masa lepas program dekat Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto dekat Selangor sem lepas. Sebab masa kem tu, lagu ni selalu dipasang. Suka dengan lirik lagu ini. Ringkas tapi bermakna.

Friday, August 14, 2009

Perlukah Segan?

"Kau pergi baliklah. Tak pe... Pergi balik. Ktorg izinkan. Pergilah pusat kesihatan. Bahayalah kau ni," Hazni bersuara bila tengok salah seorang dari ahli kumpulan diserang selsema dan demam.

" Tak pe lah. Habis discussion ni aku pergilah pusat kesihatan. Ni bukan ape.... Ni sebab kena hujan masa tengok show Faizal Tahir semalam," Kamarul menjawab.


Itulah antara perbualan kami semalam di foyer perpustakaan ketika sedang buat perbincangan kumpulan tugasan ketiga untuk subjek Fizik Tenaga. Sepanjang dalam perbincangan, kami yang perempuan seramai 4 orang ini menggunakan tudung untuk menutup mulut dan hidung. Manakala Kamarul pula guna beg dia sebagai penutup. Hahaha...kelakar pun ada. Sebabnya kan saya terfikir sejauh mana lapisan tudung itu mampu mengelak daripada jangkitan. Bebeza dengan topeng yang patut dipakai. Topeng yang mempunyai 3 lapisan yang juga terdapat suatu bahan kimia yang dapat menghalang.

Setakat ini alhamdulillah.... urusan di kampus berjalan seperti biasa selepas naik daripada cuti
midsem yang telah diawalkan disebabkan H1N1. Sekarang di kampus meriah dengan Pesta Konvokesyen.

Salah seorang dalam kelas saya sekarang dikuarantin sejak Selasa lalu. Oleh sebab itu semasa dalam kuliah Fizik Tenaga Selasa yang lalu, Dr. berkali-kali berpesan supaya membuat check-up jika terdapat tanda-tanda terkena jangkitan H1N1. Dan semalam, hari Khamis ramai pula yang tak hadir kelas Fizik Tenaga sebab kelas semalam untuk sambung presentation kumpulan yang seterusnya. Jadi ramai yang tak nak datang dan berkebetulan pada petang itu hujan turun.... Dr. terperasan sebab tak ramai pelajar yang hadir.

"Kenapa ramai yang tak datang ni?" soal Dr.

" Tanda-tanda H1N1...." ada yang menjawab disamping beberapa suara lain yang juga kedengaran yang mengeluarkan pelbagai sebab.

"Betul ker semua yang tak datang ni sebab H1N1?" soal Dr. lagi.
Dengar suara-suara yang menjawab secara beramai-ramai. Itu dan ini.

"Okay, by next week saya akan ambil attendane," ujar Dr.
Sesi pembelajaran dimulakan seperti biasa. Setelahh habis tajuk Nuclear, barulah bermula presentation. Sebelum habis kelas Dr. pesan lagi tentang H1N1.

"Kalaulah betul kawan-kawan kamu tak datang sebab H1N1 ni, takut-takut minggu depan tinggal 2 orang je datang kelas," ujar Dr.


Mungkin bukan semua yang tidak datang itu disebabkan ada tanda-tanda H1N1. Mungkin ada yang ada urusan lain yang lebih penting. Mungkin sebab hujan jadi tak dapat nak datang. Banyak lagi sebab-sebab lain.

Walaupun keadaan dah kritikal macam ini, saya di dalam kelas tidak memakai topeng. Tiada seorang pun rakan yang memakai topeng ketika dalam kelas meskipun sudah ada seorang rakan kami sudah dikuarantin. Semalam berbual dengan Hazni. Hazni cakap dia nak pakai tapi segan. Perkara yang sama yang terluah dari mulut saya dan Fana. Takut tapi segan. Sebab tiada yang menggunakannya.

Apabila difikirkan semula perlukah saya segan? Dah tahap kritikal macam ini pun masih segan. Dah lah ketahanan badan saya ini tidak kuat macam orang lain. Kini, lebih daripada 50 orang mati akibat H1N1 di Malaysia.... Kebanyakkan daripada mereka adalah daripada golongan yang lemah ketahanan badan seperti kanak-kanak, orang tua juga orang yang mempunyai penyakit seperti asma.


"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." Maksud surah al-Syura ayat 30

Wednesday, August 12, 2009

Mengigil Bentang GB

Hari ini rasanya nak kongsi tentang yang ilmiah sikit... Asyik cerita tentang aktiviti seharian je kan... Bosanlah pula. Tetapi bukanlah nak bincagkan terlalu ilmiah pun. Sebab kalau nak cari info yang betul-betul ilmiah, blog ini bukan tempatnya. Cuma, nak share dengan kawan-kawan. Mungkin ada yang belum pernah dengar lagi tentang Green Building. Jadi entry ini hanya berkongsi sedikit maklumat tentang 'Green Building' memandangkan saya baru saja lepas bentang tugasan tentang green building. Saya bentang dengan penuh takut dan berdebar. Tangan menggigil sehingga pensyarah pun perasan. Huahaha.... malunya.

Apa itu Green Building?

Jawapan yang iberikan oleh Wikipedia ialah :

A design which focuses on increasing the efficiency of resource use — energy, water, and materials — while reducing building impacts on human health and the environment during the building's lifecycle, through better siting, design, construction, operation, maintenance, and removal.

Jawapan yang diberikan oleh Build It Green:

Green buildings are sited, designed, constructed, and operated to enhance the well-being of their occupants and support a healthy community and natural environment.


Secara ringkasnya green building dapat difahamai bahawa ia sebuah bangunan yang mesra alam sama ada dari segi pembinaan, pengurusan dan penggunaannya. Contohnya macam penggunaan bahan untuk membuat bangunan tersebut,rekabentuk bangunan itu dalam struktur persekitarannya, cara pengurusan tenaga bangunan tersebut, kemudahan dalam bangunan tersebut dan cara melupuskan bangunan tersebut.

Green Building ini dibina atas beberapa prinsip. Ikutlah. Contohnya macam US Green Building Council ada menyenaraikan 8 prinsipnya. Tetapi Smart Communities Network menyenaraikan 5 prinsip Green Building ini iaitu:

  1. Energy Efficiency and Renewable Energy Sources
  2. Environmental Impact
  3. Resource Conservation
  4. Indoor Air Quality
  5. Community Issues

Itulah je lah yang nak dikongsikan. Huhuhuhu.... karang kalau tulis pepanjang pun tak larat nak baca.


Inilah sedikit gambar halaman rumah saya yang hijau.... bukannya rumah saya berkonsepkan green building tau. Adalah aplikasi sikit-sikit macam guna CFL, tinted window, radiant heat barrier,hood, kipas ekzos.... Itu je lah kot... aplikasi asas je la. Aplikasi yang dalam-dalam lagi konsep green building tak adalah. Tak mampu. Sebab bahan nak baut green building memakan belanja yang sangat tinggi.

Jadi nanti bila dah kerja.... dah berduit ... dan dah mampu nak bina sebuah rumah .... binalah rumah yang berkonsepkan green building. Kalau duit dah melimpah ruah, binalah rumah yang betul-betul ikut konsep green building. Tapi kalau duit cukup-cukup je, aplikasikan sedikit konsep green building dalam rumah sendiri juga sudah memadai. Meskipun tak boleh seratus peratus sebab tak cukup bajet. Aplikasikan yang sikit-sikt pun jadilah.... Contohnya gunakan Compact Fluoroscent Light daripada lampu biasa dan gunakan dimmer switch sebab dapat jimatkan tenaga. Tingkap rumah dan sliding door tu pasang high R- Value insulation. Pastu kalau kat lantai tu boleh gunakan tile yang dicipta daripada tayar lori terbuang. Banyaklah lagi.....

Sedikit usaha kita dalam menjimatkan penggunaan tenaga... besar manfaatnya kepada Bumi yang kita diami ini.... Semuanya atas tangan kita...


“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”- Maksud Surah Ar-Ruum ayat 41.

Monday, August 10, 2009

Terima Kasih Puan Haniem & Makan Lagi...

Kisah 1: Terima Kasih Puan


Terima kasih Puan Haniem. Terima kasih atas pemberian buku yang amat bermakna. Buku bermakna bagi orang yang baru-baru berjinak dalam dunia manik. Segan sebenarnya nak terima buku ini daripada Puan Aniem. Aniem kate pemberian sempena jahitkan baju dia. Segan sebab saya jahitkan baju Aniem simpel je tempoh hari. Simple sebab kekangan masa. Sebab itu sekarang bila ada kawan tanya untuk tempah jahitkan manik untuk baju raya atau grand dinner, saya tak berani nak terima. Takut tak ada masa. Lagi-lagi tengah dalam sem.

Balik tadi duduk belek-belek. Haish... terujanya. Kena cari baju kosong sepasang ini kalau nak ikut pattern contoh yang diajar. Tunggu~~~~



Kisah 2: Makan Lagi...
Wahai Cik Raihah... apa suda terjadi pada misi kamu??? Huhuhu...

Petang tadi pergi Pizza Hut. Rasmikan Pizza Hut yang baru saja dibuka di TM ini. Dekat pula tu Pizza Hut ini dengan rumah... Huuuh... habis lah. Tapi tadi makan set murah punya. Set yang 3-6pm punya. Yang harganya RM7.80. Jimat dan diet :P

Balik terus cari kalori sekeping Pizza. Dekat info yang dijumpai. Sekeping Pizzza mengandungi 240 kalori. Tapi rasa tak puas hati sebab sekeping yang dimaksudkan besar mana.... google lagi dan jumpa satu artikel Indonesia.Pizza hut yang saiznya paling kecil mengandungi 550 kalori hingga 800 kalori dan segelas air berkarbonat mengandungi lebih kurang 200 kalori. Setelah dijumlahkan kalori yang dimakan hari ini masih tak melebihi apa yang ditetapkan. Alhamdulillah (~_*).


Mula...


Tengah...
Akhir...

Satu yang saya puji. Pizza Hut kat TM ini sedap. Topping dia banyak dan dipenuhi keju. Roti juga fresh. Mungkin sebab cawangan baru kot, nak tarik pelanggan kot.... Tak tahulah. Tapi sedaplah.. bukan saya saja cakap... Fana turut memperakuinya. Cuma padat sungguhlah dengan kerusi dan meja.... Kedai kecil kot.

Saturday, August 8, 2009

Misi Yang Tergendala

Pagi tadi sampai TM puku 8.30 am. Gerak dari JB pukul 1 am dengan Anis. Anis ada program di Bangi. Sampai Puduraya jam 4.30 pagi,terus berjalan dan duduk kat KFC untuk sarapan pagi. Lepas itu dalam 5.45 am pergi 7E. Kemudiannya terus ke surau untuk solat subuh. Jam 7 am naik bas ke TM dan Anis terus gerak ke KL Sentral. Terpaksa balik awal sebab tak ada orang di rumah hujung minggu ini kerana ibu berkursus di Selai dan ayah outstation di Penang.

Seminggu di rumah. Bila balik rumah.... biasalah mesti makan, makan dan makan. Mana tidaknya makanan di rumah sememangnya lazat,sedap dan penuh lemak berkrim. Biasanya bermula dengan istilah ' nak rasa sikit '. Tapi akhirnya melantak. Mana tidaknya apabila merasa sikit makanan yang sedap-sedap... mana boleh tahan... terus menmbah-nambah. Jadi, tergendalalah misiku itu. Bukan setakat tergendala, boleh dikira musnah. (*~*) Ish...ish...ish... memang teruk betul. Insya-Allah, misi akan disambung semula esok.


Makanan yang penuh lemak berkrim ini membuatkan dietku musnah....Huhu.

Nasi bila dimakan bersama budu,cili api dan limau... sungguh membuka selera...bertambah-tambah.


Suatu petang saya ber'ym' dengan Ezla Najwa Ahya a.k.a Ezla. Teman rapat semasa di KMJ. Ezla minta tolong promosikan blog niaganya. Jadi, sesiapa yang minat dengan dress yang comel-comel, silalah klik twenties-girls blog. Pakaian-pakainnya sesuailah dengan usia kita yang dah berusia dua puluhan ini. Mungkin kalau dulu-dulu ada di antara kita suka ber't-shirt'. Rasanya sekarang sudah tiba usia sesuai untuk memakai dress-dress dalam blog tersebut yang lebih bersifat lebih feminin. Waaa~~~ ayat promosi ni. Pakaian-pakaian dalam blog tersebut boleh digayakan dengan cardigan atau pun inner T-shirt untuk menjadikan ia menutup aurat. Okay stop promosi....

Dalam tengah ber 'ym' tersebut. Ezla sebut tentang kek coklat. Kek coklat yang selalu saya bawa dari rumah bila balik KMJ. Ezla cakap 'craving that type of choc cake'. Terharu juga saya. Hampir 4 tahun sudah... tentang kek itu juga yang disebut. Ezla minta saya buatkan kek itu. Huhuh... Beria seungguh Ezla. Siap minta saya buatkan dan dia akan bayar untuk beli. Sebenarnya ibu saya yang selalu buatkan kek itu setiap kali saya pulang ke rumah. Saya akan bawa kek itu pulang ke KMJ. Menjamu roomate, budak bilik depan juga Ezla dan Ina (classmate terapat). Saya pernah sekali sahaja buat kek coklat... Hehehe.

Kek dan biskut raya ibu yang selalu menjadi pujian rakan-rakan. Setiap tahun memang saya akan bawa sebalang biskut raya untuk setiap jenis. Memang akan langsai. Sekejap sahaja. Ada yang sampai minta resipi. Ada yang memuji. Saya akan cakap saya tak buatkan pun. Saya cuma tolong bawa sahaja. (~_*)

Hari ini 17 Syaaban. Tak lama lagi nak Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan...

Friday, August 7, 2009

Terkurung Dalam Sogo


Hari ini baru berkesempatan nak update blog. Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, saya nak cerita tentang kisah 'Saya Terkurung Dalam Sogo'. Huhuhuh...
Justify Full
Saya mulakan cerita dengan perjalanan saya ke KL. Biasalah ini macam blog diari sesuai dengan tema blog ini " Calitan Tinta Insan Biasa Dalam Meniti Kehidupan".

Sehari saja duduk rumah, Jumaat saya sekeluarga bergerak ke KL sebab ayah kena bawa student untuk pertandingan di UNITEN. Jadi, kami sekeluarga ambil kesempatan untuk cuti-cuti Malysia dan memperhabis duit...hehehe.

Sabtu itu, saya sekeluarga kecuali ayah pergi ke Sogo seawal 10 pagi. Sebenarnya Din, Anas dan Anis nak pergi Bukit Bintang tapi pergi Sogo dulu sebab Anis nak beli kameja sikit. Sebelum masa nak masuk tempat parkir kereta, memang dah nampak ramai sungguh anggota polis di jalan TAR. Dalam jam 11.30 am Din, Anas dan Anis bergerak ke Bukit Bintang dengan Viva. Saya, ibu dan along masih di bahagian pakaian lelaki untuk beli t-shirt ayah.

Tingallah saya, ibu dan along di Sogo. Sekitar Sogo kan tempat yang menyeronokkan kalau kaum wanita nak membeli-belah. Ada tempat beli kain ela. Juga banyak kedai-kedai menjual tudung. Kami bertiga pun merondalah Sogo.

Dalam jam 12.30 tengah hari baru ke bahagian handbag. Mulanya ingatkan nak beli handbag warna hitam untuk praktikal sem depan. Dalam pusing-pusing tu, tak ada pula yang saya berminat. Pada masa itu sudah ada pengumuman hanya membenarkan pelanggan keluar mengikut pintu groundfloor sahaja. Pintu-pintu lain ditutup atas faktor keselamatan. Kami bertiga buat tak tahu saja. Tak terfikir pun keadaan kat luar sudah kecoh rupanya.

Dalam jam 1 pm naik ke food court sebab tekak dah kering. Jadi basahkan dengan minum cendol. Ramai pula mereka yang bertudung labuh dan bepurdah hari ini. Jumlah mereka di luar kebiasaan di Sogo. Sambil itu bersembang dengan along tentang tudung, bila tengok mereka yang bertudung labuh dan berpurdah. Saya memuji dan mengagumi mereka yang berpakaian sempurna serta tidak menjadi mangsa trend fesyen. Seusai minum, meronda bahagian kasut pula. Temankan ibu dan along sahaja. Saya tak idamkan apa-apa kasut sebab sudah beli sepasang sandle bertumit untuk perkahwinan Kak Ya tempoh hari dan akan digunakan raya nanti.

Dalam jam 2 pm pergi ke bahagian pakaian wanita. Masa itu sudah ada pengumuman. Atas faktor keselamatan pelanggan tidak dibenarkan keluar dari Sogo. Saya pun berpusing-pusinglah mencari blouse yang sesuai. Ambil baju masuk fitting room. Ambil baju lain pula masuk lagi fitting room. Apabila saya tanya ibu boleh tak. Ibu kata ambillah. Tersenyum je lah saya. Saya memang suka beli blouse berbanding t-shirt lengan panjang. Sebabnya blouse saya akan pakai untuk berjalan-jalan. Tapi t-shirt saya hanya gunakan ketika di TM dan pulang ke kampung ayah di Kemaman. Dalam terkurung itu saya menghabiskan kurang RM 0.20 daripada RM150. Hohohoho... terkurung punya pasal habis fulus...Huhuhu. Puas hati saya membeli-belah meskipun terkurung.

Dalam tengah membeli-belah itu berkali-kali pengumuman tidak membenarkan pelanggan keluar atas faktor keselamtan. Dalam jam 4 pm itu sudah berasa puas berada di dalam bangunan Sogo. Bergerak jugalah ke pintu keluar. Tapi semuanya ditutup. Kami ke main entrance Sogo, dekat bahagian perfume dan make-up, memang pedih mata meskipun pintu sudah ditutup. Gas pemedih mata masuk dalam bangunan. Kami pun bergerak ke bawah untuk keluar di pintu belakang Sogo, dekat bahagian kedai roti Sogo, tiba-tiba pintu dibuka kecil untuk membenarkan sesiapa nak keluar. Saya, ibu dan along pun keluarlah. Daripada belakang Sogo kami jalan nak ke depan sebab nak jalan balik ke hotel. Tetiba polis bersama dengan trak merah datang. Kami pun apa lagi. Pusing balik ke belakang Sogo. Takut juga. Sebab masih ada lagi orang-orang yang berhimpun. Bila keadaan dah kembali tenang semula kami bergerak ke depan semula. Memang ramailah polis-polis berjaga. Semua kedai tutup.Jalan TAR juga ditutup. Pasar malam dekat belakang jalan TAR yang menjadi favourite ibu untuk beli kuih bakar setiap petang Sabtu juga entah apa cerita.

Akhirnya terpaksa juga lalu belakang Sogo. Polis tak benarkan lalu di tepi Jalan TAR. Jalan TAR memang dipenuhi polis. Teksi tak ada. Kami pun naik LRT di stesen Sultan Ismail ke Titiwangsa. Masa itu di stesen tersebut dibuat pengumuman bahawa stesen Bandaraya dan Masjid Jamek ditutup atas arahan polis demi keselamatan.

Malam tengok berita. Memang dahsyat rupanya perhimpunan mereka. Huuuuuuh. Memang kecah betul lah orang yang buat perhimpunan ni. Agak-agaklah. Kesian mak cik pak cik pasar malam. Barang mereka rosak. Carilah tempat yang sesuai. Carilah hari yang sesuai. Carilah cara yang lebih sesuai....





Monday, August 3, 2009

Kita Merancang

Kita merancang, Allah menentukan. Itulah... walaupun seteliti mana kita merancang. Allah jua yang mengaturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Justify Full
Saya yang pada awalnya berangan-angan nak balik pada hari Rabu minggu lepas untuk menjemput adik saya tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada presentation pada hari Khamis. Presentation tersebut sepatutnya diadakan hari Isnin sebelumnya, tetapi dibatalkan kerana tiada class. Dan dibawa kepada hari Khamis.

Tiba-tiba pada awal pagi Rabu dapat tahu UPSI terpaksa ditutup sebab H1N1. Yaaahhhhhhhhhoooooooo! Alhamdulillah. Dapat juga saya pulang. Dari pagi tak buat apa-apa. Contact Anim, discus dengan Fana, pergi beli topup, call lecturer untuk tutuorial dan presentation dan bila disahkan tak ada kelas sampai Jumaat; saya, Fana dan Anim keluar dari TM. Masa tu dah agak kemungkinan akan terus tarik mid sem, jadi walaupun belum diumumkan tentang cuti mid sem ditarik ke depan kami dah bawa barang-barang untuk kerja pulang sekali. Memang mantap!

Dalam pukul 2 setengah sampai KL dan naik surau. Pergi makan dengan Anim dan hantar Anim naik bas pukul 4.30 pm. Dapat mesej dari Fana, UPSI confirm cuti sampai 9 Ogos. Lepas itu call ayah dan saya ambil keputusan ke Seremban supaya senang ayah ambil untuk terus ke KLIA. Takut juga sebenarnya sebab tak pernah pergi Seremban naik bas dari KL. Dengan keberanian yang pura-pura, saya bergerak ke Central Market dari Puduraya untuk ambil bas ke Seremban dan saya naik bas pukul 5 pm. Ayah tolak dari JB pukul 5.30 pm sebab ayah ada meeting petang itu. Ayah ambil saya dari Seremban jam 7.45 pm dekat bangunan Wisma UMNO. Takut juga daripada Terminal 1 nak ke bangunan Wisma UMNO tu, tapi untuk memudahkan ayah jemput saya tanya pak guard kat Terminal 1. Agak-agak dah faham apa pak guard tu cakap, saya bergerak dengan muka yakinnya walaupun takut. Lepas ambil saya terus ke Bangi ambil Anas dekat KPTM. Makan dan terus gerak ke KLIA. Sampai KLIA pukul 10.15 pm dan terus ke surau. Pesawat dijangka mendarat pada jam 10.40pm. Flight Anis landed jam 11pm. Dalam pukul 11.50pm baru Anis muncul! Terus gerak ke JB. 3.30 am sampai JB.


Dalam jam 11 pm bergerak ke balai ketibaan...

Itulah ceritanya. Apa yang saya duduk fikir-fikirkan, pening-peningkan, ngomel-ngomelkan dan rancang-rancangkan. Akhirnya ada perancangan yang lebih baik untuk saya. (~_*). Alhamdulillah.

Anis masih macam setahun lepas cuma dah banyak kurus.Saya jugalah yang tak kurus-kurus. Misi pun tergendala bila balik rumah. Tinggi Anis tetap sama. Tak meninggi pun. Hahahaha.

Sekarang dah dekat rumah sepulangnya aku dari cuti di KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad! Next entry nak cerita tentang keadaan kat jalan TAR masa hari demonstrasi Sabtu lepas. Saya tak join pun, hanya berad di lokasi kejadian. Hehehe.