Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, May 31, 2008

Free Hair??????????

Setelah hampir sebulan di rumah, sudah 2 kali aku hang out ngan kkwn sekolah ak. Dan semalam aku telah keluar bersama salah sorg kwn sekolah menengah aku.

Ehemmm.... skrg die dah free hair. Aku terdiam. Serius,aku jenis yg tak reti nak tegur. Aku tahu sbg saudara seIslam, tgg jwb aku utk menegur. Tapi aku bukan yg mempunyai kekutan itu...

Entah macam mana , masa tgh beli brg...

Raihah : Sejak bile free hair?
Kawan : Ko tak tau ker? Dr dulu lg. Cume skrg mmg da tak nk pakai trus.
Raihah : (Dalam hati~~~Masya ALLAH).... Nape?
Kawan : Aku malas la, skjp ak open....skjp aku tutup....baik aku open trus...

Kawan aku silap fhm ...yg aku mksudkan nape tak nak pkai tudung....yg die maksudkan nape trus open... aku nk btulkan soalan...tp salesgirl pggil....nk fitting bju...so pbualan terbenti stkt tu jer...

Aku sedih sbb die trus buke. Aku syg kan die sbb die kwn aku. Aku tak nak die free hair. Pakailah tudung, biarlah kecil, biarlah nampak agak kurg sempurna, ttpi tutup, sekurg2nya bhgn rmbut dan leher tertutup. Untuk permulaan kpd kesempurnaan memakai tudung. Aku berdoa dia kembali bertudung...(Aku tahu diri aku pun tak sebaik mana...aku akui....)

Sungguh...kwn ku itu lbih ayu bertudung...nmpk manis n sgt sopan. Macam mana aku nk tegur scara berhemah? Supaya dia tak tersinggung dan memandang silap pd diriku...supaya dia dpt terima...

Aku selalu saje kluar dgn kwn2 sekolah mngh... bjumpa sekali sekala...bertukar 2 citer. Dan gambar di bawah tu adalah cenderahati dr Haslinda mase dia cuti pulang ke Malaysia tahun lps... Mase yu kitorg hang out kat JUSCO TEBRAU CITY. TQ has!

Tuesday, May 27, 2008

Tag Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim

Assalamualaikum ...


Sebenarnya aku dah agak lama tak menulis bukan disebabkan oleh aku sudah jemu menulis tapi oleh sebab kesuntukan masa. Aku memberi peluang kepada adik2 aku menggunakan sepenuhnya sebelum dorg g sambung bljr balik. Anas da g da...tggl Anis je. Bg la dia lyn puas2.


Ni pun aku menulis nk jwb ape yg SAJIDAH tag aku... Sebenarnya aku secara jujur mengakui bahawa aku tak join usrah! (betapa hinanya diri ini). Dengan itu...kekawan aku yg ade join usrah...ajk la aku...secara jujur dan ikhlas...ajk lah aku! Kekwn yg kat UPSI la...huhu!


Secebis kisah aku...
Raihah: Awk join usrah ?
Kawan : Kat sini tak.(UPSI)
Raihah: Ooo... teringinlah nk join. Rasa tak de input slain kuliah. Stkt baca2 buku agama ada...tapi mana sama.
Kawan : Btul tu...tak sama.
Raihah : Tapi seganlah...dorg yg join sumer pakai tudung labuh... org rasa len. Orang ni kan ...(bla...bla..bla...). Mcm ne nk join ek?
Kawan : Ish... jgn la cam tu. Dorg (btudung labuh) ok.
Raihah : Oooo..
Sekadar berkongsi kisah. Secara jujur aku akui, rasa nk join tu ada, tapi tak tahu bagaimana. Kekadang terlintas juga di hati , ade masa ke? Persoalan yg tak sepatutnya ada. Kalo berniat nk join je...tp x join pun ...x boleh kan? Aku tahu ...


Aku copy paste je dr blog SAJIDAH. Sbnr nya aku rasa tak layak nk jwb...aku bukan golongan itu! Tapi sbg mjwb tag...aku jwb ...


Post asal oleh: Dini Syarif
Di'Tag' oleh: SAJIDAH
Tag ini dinamakan; Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)


[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Aku hanya pernah join usrah masa sekolah menegah dulu. Tu pun hanya beberapa kali je. Tak lebih 5 kali rasanye...huhu...teruknya aku!


[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Pelawaan.


[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Ada peluang.


[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Rasa tenang & bahagia

Rasa bermanfaat

Rasa hidup bermakna


[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

ilmu

ukhwah

kesedaran
rasanya 3 yg di atas merangkumi semua... sory x cukup 5.


Peraturan Tag:

1) Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2) Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3) Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4) Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5) Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6) Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Aku tak berniat nak tag sesiapa. Sebab aku rasa, aku yg di tag ni pun x lyk nk jwb...So aku x lyk nk tag org... Tapi sesape yg rse nk jwb dlm blog korg sdiri ...jwb lah.


p/s: Sajidah...awk 1st tag kite! ;) TQ....memeriahkan dunia blog ku ini.

Friday, May 23, 2008

Fahmi Comel

Cuti-cuti ini aku tak buat ape2 sgt... Baru2 ini jiran aku yg comel dan sgt aktif datang. FAHMI. Memang aktif... Dengan tgn die yang berbalut sebab retak akibat jatuh dari basikal, masih mampu melompat2, lompat dr sofalah dan lari2...

Anis & Fahmi...hehehe..Anis bengang Fahmi kacau dia main.

Ayah & Fahmi...Fahmi memang rapat dengan ayah.

FAHMI...yang rajin....huhu


Monday, May 19, 2008

Adab Minum

Kalo hari tu aku ckp psl adab makan...sekarang aku nk share psl adab minum...

  1. Ambil cawan guna tangan kanan, kemudian bacalah Basmalah
  2. Jangan meneguk sekaligus, tetapi meneguk seteguk demi seteguk.
  3. Jangan minum berdiri atau berbaring.
  4. Sebelum minum sebaiknya diperhatikan dulu cawan.
  5. Jangan bersendawa atau bernafas di dalam cawan tetapi jauhkan sikit cawan tu drpd mulut.
  6. Apabila habis minum bacalah Alhamdulillah.
  7. Bila menyampaikan cawan kepada org ramai, hendaklah dimulakan dari kanan.
  8. Sebaik2nya minum dgn 3 nafas.
Tengok diri aku...ape yg aku buat n x.... huhu!

Sunday, May 18, 2008

KMJ Dalam Kenangan

Tetiba rasa nak pos gambar Kolej Matrikulasi Johor. Tidak sampai setahun aku di KMJ...tetapi byk kenangan telah terukir di kawasan sekecil Tangkak itu...

Bumbung Libry KMJ

Bangunan tutorial dan makmal

Blok kediaman di waktu malam

Masjid di KMJ

Pemandangan Gunung Ledang dari atas libry KMJ


Sekian sahaja... gambar pemandangan di KMJ...byk lagi gambar pemandangan...tapi lambatlah nak upload...mls nk tggu..hehehe

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru utk guru2 di Malaysia terutamanya cikgu2 yg prnh mendidik aku. Hari ini 16 Mei... sambutan hari guru seluruh Malaysia. Dedikasi khas utk guru-guruku...

Terima kasih cikgu,
Cahaya yang kau suluhkan,
Kukuh menerangi kehidupan aku,
Membuatkan aku menjadi manusia,
Cahaya itu masih menerangi kehidupan ini.

Terima kasih cikgu,
Atas segala marahmu yang penuh azimat,
Atas teguran yang tak pernah lekang di bibir,
Atas amanat yang terus-terusan kau beri.

Terima kasih cikgu.
Pada rotan yang setia di tanganmu,
Pada tangan yang sering mencubit,
Pada mata yang memberi isyarat.

Terima kasih cikgu,
Atas ketabahanmu mendidikku,
Terima kasih cikgu,
Atas lelahmu mengajarku,
Terima kasih cikgu,
Atas keprihatinanmu utk membentukku,
Terima kasih cikgu,
Atas segala bakti yang kau curahkan.

Terima kasih cikgu,
Jasamu tak terbalas,
Hanya ucapan terima kasih,
Mampu ku ucapkan.

TERIMA KASIH CIKGU!


Raihah Rosli
Johor Bahru.

Tak sempat aku nk mengayat lebih2...adik aku nk gune tenet lak. So sikit ayat2 cincai kulakarkan sebagai mengenang jasa2 guru yg prnh mndidikku.

Thursday, May 15, 2008

Makan + Makanan = RAIHAH

Semalam aku cerita pasal makan, hari ni aku nak tulis tentang makanan... Azaty cakap aku selalu pos gambar makanan...hehehe... nak buat macam mana...RAIHAH dan MAKANAN sukar dipisahkan...ngeh3.

Bukak Friendster pun Fana cakap pasal makanan. Fana mintak resipi cream puff. Huahahaha...muka aku muka makanan sungguh!

Bukan sahaja sekarang aku menghadapi situasi makan, makanan, masakan dan resipi. Sejak daripada aku di matrik lagi, kawan-kawan aku selalu puji makanan yg aku bawa. Tapi aku tak kembang bangga pun sebab kebykan biskut, pastri dan kek yang aku bawa dibuat khas oleh ibu. Oleh itu penghargaan terima kasih oleh rakan2 aku sepatutnya ditujukan kepada ibu dan puji-pujian hanya untuk ALLAH yang mengurniakan bakat memasak itu kepada ibu. Aku memang boleh buat, tapi masa duduk matrik dulu, ibu yang banyak masak waktu weekend, aku hanya bawak pulang ke asrama. Sampai sekarang kawan-kawan kat matrik cerita pasal makanan yang aku bawa, ada yang minta resipi, ade yg mintak aku buat lagi(macam mana nak bagi..kita da tk seasrama..hihi) dan ade yang sanggup nak datang rumah.



Gambar sekitar pemandangan di KMJ. Mengenang zaman2 matrik.

Aku bukan pandai masak...tidak! Aku hanya suka memasak. Suka cuba2 buat jer...suka apabila tengok orang makan masakan aku. Especially adik kembar aku yang suka makan, makanan seperti kudapan, pastri dan biskut.

Aku dah melalut ni, sebenarnya ak nak penuhi impian Fana untuk membuat cream puff, Fana mintak resipi...Sebenarnya aku tak de resipi yg btul2 utk resipi cream puff tu. Kalo aku buat cream puff tu, aku masukkan je barang-barang ikut suka sukatan yg aku nak letak(sungguh tak profesional)...rasa2 doh tu menjadi, ok la... kalo lembik ke or kurang sesuatu, pandai2lah aku godek2...hehehe.

Untuk itu Fana, aku mempersilakan ko melawat 1 blog makanan yg aku selalu singgah, klik sini. Atau dgn cara lain utk smpai ke blog tu, link kat sidebar Mari Melawat aku ada Dapur Tanpa Sempadan. Itulah blog sumber makanan aku...hehehe.

Wednesday, May 14, 2008

Tata Tertib Makan


Sempena cuti sem ni, aku telah bergiat aktif dlm kerjaya makan-makan ni...ngeheee! =p Biasalah...duduk rumah, sumber makanan free, x macam duk rumah sewa, semua kena beli! Masakan kat rumah, of course lah lebih sdp drpd mskn kedai. Aku nak kongsi tata tertib makan. Ada 3:
  • 1: Adab Orang Yang Mahu Memulakan Makan
  • 2: Adab Di Waktu Makan
  • 3: Hal-hal Yang Dituntut Sesudah Makan
Ok, benda ni aku petik drpd buku Bimbingan Mu'min. Ak tak alim, x byk ilmu, kalo nk share-share dr buku yg aku baca je la yg boleh, nk ulas sdiri tak pandai.


1: Adab Orang Yang Mahu Memulakan Makan
  • Makanan mestilah drpd yg halal.
  • Membasuh tangan.
  • Diniatkan memakan kerana bertaqwa kepada ALLAH dan kerana menguatkan badan utk menjalani ketaatan kepada ALLAH.
  • Redha dengan makanan yg terhidang, yakni rezeki yang telah dikurniakan ALLAH.
  • Sebaik-baiknya makanan yg terhidang itu dijamah oleh tangan yg byk, sebab sebaik-baik makanan ialah yg disentuh oleh tgn yg byk. Rasulullah S.A.W. tak pernah memakan sendirian.

2: Adab Di Waktu Makan
  • Memulakan dgn Basmallah. Alhamdulillah setelah selesai makan.
  • Menggunakan tanagan kanan.
  • Memperkecilkan suapan.
  • Mengunyah makanan yg dimakan itu baik-baik dan selagi makanan itu belum ditelan, jgn pula mengambil yg lain kerana yg demikian dikira gelojoh.
  • Jgn sekali-kali mencela makanan yg dihidang.
  • Memakan makanan yg ada berhampirang dgnnya sahaja.
  • Jgn letak piring atau sbgnya di atas roti atau laian2 mknn, melainkan jika barang2 itu memang mahu digunakan utk memakan.
  • Jgn mengesat tangannya dgn roti atau dgn makanan yg lain. Jgn meniup makanan yg panas, tetapi hndklah bersabar sehingga makanan itu sejuk dan mudah utk dimakan.
  • Kalau memakan kurma, jgn diletak bijinya dgn kurma itu dlm satu bekas, atupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tgnnya lalu dibuang. Demikian juga dibuatnya pd buah-buahan yg lain.
  • Janganlah makanan yg basi dicampurkan dgn makanan yg baik.
  • Jgn terlalu byk minum ketika makan, kecuali ketika tercekik atau betul2 dahaga.

3: Hal-hal Yang Dituntut Sesudah Makan
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Basuh tgn kemudian bersihkan celah2 gigi drpd mknn2 yg terselit.
  • Bersyukur kpd ALLAH dgn sepenuh hati.
Sekian sahaja perkongsian info drpd aku... Nmpk benda2 tu mcm remeh, tp aku selalu abaikan... Menulis membuatkan kita merefleksi minda tentang tindakan kita.

Tuesday, May 13, 2008

Driving Class!

Sabtu dan Ahad lepas aku belajar bawa kereta...huhu! Waaa...seriau! Aku takut la nak drive. Sebenarnya aku dah ade lesen. Dah abis lesen P pun bulan 4 thun lps. Aku amik lesen masa lps SPM ari tu. Tapi lps dpt lesen aku tak drive. Maklumlah masa tu ayah aku pakai UNSER... besar sgt aku nk drive. Aku drive UNSER masa blom dpt lesen utk bljr kat UTM. Lps pada tu aku tak bawa kete sampai la weekend lepas.

Skrg UNSER yang dlm gmbr tu dah takde, hanya tinggal kenangan. Ayah da jual, da tukar kete lain. Banyak kenangan bersama UNSER, sebab ayah guna UNSER semasa kami adik beradik membesar. Hampir 10 tahun UNSER tu berkhidmat tanpa banyak ragam, bermula dari 1999 hingga 2008.

Inilah lesen aku. Berabuk da lesen tu. Aku tak pernah guna utk tempoh 3 thun. Baru je 11 Mei baru ni aku manfaatkan balik. Tu pun utk bljr balik kat kawasan UTM. Aku takut nk drive. Sekarang aku berasa betapa nikmatnya kalo menjadi penumpang! Boleh tido, boleh mkn, boleh berangan dan yang penting tak payah serabut2 nk fokus kat jln. Susah bawak kete bagi aku , sebab kite kena kwl tangan, kaki dan mata. Dan yang paling penting, fikiran kita! Kalo lah aku orang kaya, aku nak pakai driver! Tapi, aku bole pakai driver dalam angan-angan aku je la. Mana la mampu. Kalo aku habis stdy nnti, aku hanya seorang guru (insya ALLAH). Seorang guru biasa, mana kaya, mana mampu pakai driver. Nak beli kereta pun sakit, inikan pula pakai driver. Huhuhu!

Monday, May 12, 2008

Akhirnya Beginilah Blogku!

Akhirnya , beginilah wajah blogku!

Hajat kat hati nak wat template sendiri, nk ltk side bar kiri n kanan, nk bsrkan ruangan n3, nak ltk mcm2 lg kat side bars...tapi akhirnya aku malas, sebab aku mls da nk godek2! Dan akhirnya aku guna template yg da ada kat lama web. Senang je, just copy paste HTML.

Tapi aku rasa kelakar pulak tgok template aku ni terlalu keperempuanan! Hahaahha! Dengan bunga-bunga kat atas tu! Tapi aku suka warna background nye! Mungkin sebab tu kot aku pilih!

Azaty (pembaca setia blog poyo aku ni) pun terkezut tgok template baru aku. Hehehe! R Relax Azaty, tu template je!

Apa-apa pun inilah dia blog aku !

Saturday, May 10, 2008

Edit Bloglah Kononnya

Tadi aku berangan nak edit bloglah kononnya... Tukar sana, tukar sini, ubah sana, ubah sini, copy paste sana, copy paste sini...

Tetiba blog aku jadi kosong! Tinggal artikel je. Side bar sumer hilang. Jam yang aku lukis, counter visitor yg aku tepekkan, chat box tmpt aku sembang, counter usia blog aku dan semua link aku wat hilang!

Cuak sangat rasa. Sedih pun ada!

Aku syg blog aku. Biarpun tiada apa-apa sgt, tp aku SYG!

Masa tu aku fikir nk delete akaun ni n gune akaun baru. Tapi syg pula n3 yg lps. Memang aku boleh copy paste balik n3 tu. Tapi cam ne lak komen2 yg ada. Syg kalo hilang.

Aku pun godek2... copy sana sini. Jampi2 ckit. ALHAMDULILLAH. Kembali kepada asal.

Pengajaran yg aku dapat. Kalo nk tukar template, save dulu sebagai back up. Sebab byk kemungkinan boleh berlaku.

Pastu kalo nak tukar, fahamkan betul2 dulu, baru amik tndkn utk tukar.

OK...lepas ni aku nak cuba lagi!

Friday, May 9, 2008

Cuti Sudah!


Aku sekarang di daerah JB, bukan lagi di TM. Exam da abis. Rasa bebanan di kepala ringan sedikit. Aku sedang merancang aktiviti-aktiviti yg nak dibuat masa cuti ni... Ape yer? Dr. Azaty, kalo ade idea apa yg kita boleh tambahkan utk aktiviti masa cuti kita, btau eh! =P Nak tulis panjang lagi tapi tak boleh. Nak singgah di blog kawan-kawan pun tak boleh lama-lama. Nak buka laman web favourite pon sekejap jer. Masa tak mengizinkan. Adik aku pulak tengah tunggu turn nak guna laptop ni. Huhuhu.... susah gak duduk rumah ni. Connection internet boleh utk 1 laptop je. Kalo kat rumah sewa aku, huh... berpuluh-puluh laptop pn bleh. Adik aku tu dah lah kembar, lepas sorang-sorang tunggu turn. Haish... tak bg peluang kat ak langsung!

Wednesday, May 7, 2008

Bersyukurlah Kita!


Lihat gambar kanak-kanak ini. Aku sempat rakamkan dari tingkap bilik aku... tapi tak clear sgt.

Anak kecil ini pernah aku tegur satu ketika dulu... " Adik, nanti lps punggah sampah, masukkan balik dalam tong yer, jangan sepah-sepahkan tau!" Aku memang bengang kadang-kadang dengan keadaan sampah yang bersepah.

Di kawasan perumahan rumah sewa aku ni, memang ramai yang suka punggah sampah. Ada 3 golongan yg suka punggah sampah ni. Yang pertama : seorang wanita tua yang mengayuh basikal. Yg kedua : Seorang lelaki yang dalam usia 20-an menaiki motosikal. Yg ketiga: anak-anak kecil ini yang aku sempat rakamkan gambarnya!

Makcik tua itu yang aku tahu, dia mencari bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Aku pernah nampak mak cik tu ambil tin dan botol. Lelaki muda itu, aku tak pernah tahu dia cari apa. Kadang-kadang aku jengah jugak dr tingkap bilik. Tp aku tak nampak dia ambil apa. Memang peliklah laki muda tu. Dan anak-anak kecil yang memunggah sampah yang pernah aku tegur dahulu, rupa-rupanya mencari makanan!

Anak kecil sedang memunggah sampah! Mencari sisa makanan utk di makan!

Ya ALLAH, aku tak pernah sangka mereka mencari makanan. Pada satu petang tu, aku tengah rehat kat ruang tamu sambil tengok TV. Aku ternampak budak-budak tu punggah sampah. Niat kat hati nk mintak dia kemas kat balik sampah yang diteraburkan, tapi malas nak kuar. Jadi aku tengok dari dalam rumah. Nampak kanak-kanak itu sedang memegang roti yang telah housemate aku buang disebabkan telah expired dan bersemut. Aku nampak kana-kanak itu makan dengan laju sekali. Menunjukkan betapa laparnya kanak-kanak itu.

Ahhh! Simpatinya aku tengok. Tak sangka, dalam negara kita pesat membangun. Banyak lagi golongan yang masih hidup susah. Walaupun dikatakan kadar kemiskinan semakin menurun, tapi masih ada si kecil memunggah sampah utk mengalas perut.

Kalau selama ini aku suka membazir, sekarang aku terfikir betapa beharganya nilai sekeping roti.

Kalau selama ini aku membebel melihat gelagat mereka memunggah sampah, sekarang memikirkan kesusahan hidup mereka!

Ini di Malaysia, bumi yang aman, makmur dan kaya dengan makanan. Bagaimana nasib orang susah di luar negara!

Ya! Kanak-kanak itu membuat aku terfikir dan berfikir!

Monday, May 5, 2008

ODE

Alhamdulillah! =) Selesai sudah menjawab exam utk subjek Ordinary Differential Equation(ODE). Subjek yg kena beza (differentiate) dan kamir (intergerate). Aku selalu mengahadapi masalah yg same... terblur rumus disaat nak menjawab... bukan utk subjek ni je ... hari tu utk subjek Wave, Vibration & Optics (GGO) pun aku menghadapi masalh yg same! Dan bukan utk menjawab exam sem ini sahaja, tapi exam sem-sem lepasku juga! Sedih sungguh. Apakah ubat utk membaikkannya? Kalau tahu, share lah! . Yang aku taulah....puncanya sebab aku byk dosa, sebab tu lah ilmu payah nak masuk.

Inilah dia mesin kira-kira yang telah lama berkhidmat utk aku.. sejak dari matrik. Terima kasih kerana masih sudi berkhidmat utk aku!




Tinggal lagi 1 paper : Basic of Eleactronics. Pastu boleh balik! yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! =)

Saturday, May 3, 2008

Tak Sabarnya Aku!

Alhamdulillah! Tinggal lagi 2 paper sja lagi. Walaubagaimanapun aku sikit sedih kerana aku gagal menjawab paper kimia dengan baik. Tapi bnde yg lepas usah dikenang, biarkan sahaja serta ambillah pengajaran drpd kesilapan yg telah dilakukan. Suasana rumahku petang ini sangat sunyi. Housemate aku kebanyakannya sudah pulang ke kampung halaman. Daripada 17 orang, kini hanya 4 orang sahajayg tinggal! Sejak daripada malam semalam lagi sudah beransur-ansur mereka pulang. Huh....sayu rasa hati. Budak bio n chem habis paper awal, berbeza hampir seminggu denga kami yang ambil physics n math (minor IT). Suasana yg sunyi sepi ni membuatkan aku rasa tak de mood nak study. Susahkan jadi manusia yg tak reti bersyukur. Diberi peluang kelapangan masa untuk study, gagal memanfaatkannya malah merungut lagi :"kan best abis awal dpt balik awal". Tapi bila tiada peluang nak study, bila tiada gap langsung antara paper mulalah merungut :"jadual xm ni teruklah, tak kesian kat student langsung". Itulah aku! Aku yg tak tahu bersyukur. Tahu akan kelemahan diri tapi amat sukar utk berubah.

Aku asyik menghitung hari. Menunggu saat 8 Mei tiba
. Tak sabar rasanya nak pulang. Tak tahu kenapa, semangat nak study luntur dek kerana tak sabar nak balik. Padahal aku baru saja pulang ke rumah lebih kurang sebulan yang lalu. Sindrom apakah yang alami sekarang ? hahaha =P

Di rumah sekarang ada adik-adikku, mesti seronok, tak da lah sunyi sahaja bila aku duduk sorang-sorang kat rumah. Adik aku dah besar. Dah nak masuk 18 tahun da tapi kadang-kadan
g aku layan dorg macam budak kecik! Huhuhu. Sayang kat adik memang lebih. Kenapa aku kata macam tu, aku pun tak tahu. Tapi antara tanda-tanda yg menunjukkan yg aku ni terlebih syg dorg , bila dorg mintak aku buat ape-ape. Aku sebolehnya cuba buat, tapi cubalah kalo kakak n abg aku yg suruh, takda nya aku layan...hahaha.... Contohnya bila adik aku nak makan cream puff, ptg tu jugak aku buat. Tapi hari tu kakak aku nak makan cream puff langsung aku tak buat smpai merayu-rayu dia suruh aku buatkan...hahaha....jahatnya aku! Kakak aku tak pandai msk cream puff, tu lah sebabnya suh aku wat, kalo tak mesti die tak hingin nak mintak suruh aku yg sombong ni buat!hahaaha....

Kat bawah ni Anas yang berbaju putih dan Anis yang berbaju hijau.


Inilah minat adik aku. Kegilaan mereka berdua bermain papan selaju (skate), sk8ing, sk8ing n sk8ing. Lyn video sk8, edit gambar sk8, beli barang2 sk8 n segala yg bersangkut paut dgn sk8. Aku tak kisah, malah aku galakkan je. Main la tapi bnde yg tak baik budaya sk8 jgn diikut. Dorg pun da bsr pjg, taulah nak fikirkan! Masa mula-mula adik aku involve dgn sk8, die mudalah lagi , lbih kurg 14 tahun mase tu umo dorg. Tak berhenti juga mulut aku nasihat, risau kat dorg. Takut terpengaruh ngan benda tak baik. Risau jugak sbb aku yg galakkan kat dorg main...huhu.

Haish.....duk cerita psl adik aku ni... tak sabarnya rasa nak balik. Rasa nak balik sgt dah ni!