Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, June 27, 2008

Berakhirnya ROS 1

Alhamdulillah. Akhirnya aku telah berjaya menghabiskan ROS 1 selama 2 minggu. Hanya tinggal hendak menyudahkan report.

Sepanjang 2 weeks aku berada di sekolah.... byk benda yg aku pelajari secara tak langsung. Cara perhubungan sesama guru dan murid2... persekitaran sekolah...dan banyak lagi.

Banyak benda yg menyentuh hati dan membuatkan aku banyak berfikir tentang profesion perguruan...

Antara yg menyentuh hati aku apabila aku melihat sendiri :

  • Seorg guru memanggil seorg murid hanya utk membaiki ikatan tali baju muridnya.
  • Seorg guru melayan seorg murid spt melyn anknya.
  • Seorg guru prihatin n perasan perubahan diri ank muridnya yg tiba2 bersikap pasif serta mengetahui ttg keluarga murid tersebut.
  • Seorg murid hyperaktif yg byk mendatangkan masalah yg begitu diambil berat oleh para guru sekolah.

Itu hanya sedikit yg aku mampu catatkan.

Pesanan2 n doa2 para guru di SKTSP amat ak hargai. Kerjasama, bimbingan dan didikan yang diberi amat aku hargai. Segala masalah yg aku hadapi sebenarnya mematangkan diri aku. Alhamdulillah, ak tinggalkan SKTSP dgn hati yg gembira, segala masalah sudah dirungkai, mungkin masalah yg ak hadapi kerana hanya sedikit salah faham. Sesungguhnya cikgu2 di SKTSP amat baik n membantu. Aku amat terharu!


Sebahagian yg aku tempuhi spjg 2 weeks ni. Perkara2 yg menyentuh hati seterusnya membuatkan ak berfikir. Seterusnya terus membakar semangat aku utk bergelar pendidik. Doaku semoga semangat yg sedang membara ini terus-terusan menyala.


p/s: InsyaALLAH gambar2 spjg ROS 1 akan mengiringi n3 akan dtg kerana skrg ak di kg ayh, jd gambar2 di laptop ak dan sebahagian lg gambar di lptop kwn sy, Kak Nani. Sbnrnya ak x suke n3 tanpa gmbr kerana spt kehidupan tak bewarna! =P


Tuesday, June 24, 2008

::Hari Ketujuh ROS 1::


::Hari ketujuh::

Hari ini hari ketujuh menjalani ROS 1. Tugasan hari ini, melihat Kak Ana mengajar. Kak Ana mengajar subjek BM utk kelas 6 Mahir. Alhamdulillah, kelas 6 Mahir merupakan kelas cemerlang, jadi tiada masalah semasa mengajar. Aku menjadi penonton je kat belakang.

Masa rehat, aku pergi kantin sekolah. Entah macam mana, ada seorang cikgu bertanya...tetapi bukan bertanya kepada kami cikgu ROS...cikgu itu bertanya kepada cikgu lain.

A:Siapa budak2 ini?
B:Laaa....inilah dia budak ROS.
A:Tak memperkenalkan diri pun.

Kami terdiam...hanya tersenyum...tapi dalam hati...Ya ALLAH...kami bukan tak nak memperkenalkan diri...tapi kami da berta'aruf selepas sesi perhimpunan rasmi hari Isnin...mungkin ada cikgu yang tiada pagi itu. Aku da bersalaman dgn cikgu2... juga sudah memperkenalkan diri kepada cikgu2 yg prnh mengajar aku. Aku sangat menghormati dan menyayangi cikgu2 yang pernah mengajar aku. Menghargai jasa mereka yang tak terbalas. Tanpa didikan mereka siapalah aku!

C:Sombong nye! tak memperkenalkan diri pun.(C: bukan seorg guru)
D:Bukan sombong...budak2 tu segan...baik budak2 tu.
B:Ko garang sangat...macam singa...takut budak2 tu.

Ya ALLAH... mase tu dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu...

Siapa kami nak sombong dgn cikgu 2?..Apa yang kami ada sampai nk sombong?..Kami hanya pelatih...bukan punya kepakaran macam cikgu2...Kami ke sekolah untuk timba ilmu2 yang cikgu2 ada...Sebagai panduan kami bila menjadi pendidik masa akan datang. Kami bukan tak nak menegur...kami akan sentiasa tersenyum...sebab kami memahami cikgu sibuk menguruskan urusan sekolah menjelang hari sukan.

Kami masih lagi bertatih menimba ilmu untuk menjadi bakal pendidik. Kami masih dalam proses pembelajaran. Memahami situasi sekolah. Tiada niatnya kami nak menyombong.

Kami pun bakal menjadi seorang pendidik. Kami pun bakal ada anak murid. Kami pun nanti mengajar. Kami pun akan sama seperti cikgu2. Kami hormat senior2 kami yg sudah lama berkhidmat.

Cikgu2 yg membantu dan memahami diri kami amat kami hargai...

Monday, June 23, 2008

Auni Najihah



Ini dia Auni Najihah. Anak Kak Ana & Cikgu Malek.

Sangat cute dan baik...tak pandai nak nangis2...kalo nangis pun kejap je...sangat aktif...

Kadang-kadang bila Cikgu MAlek bz kat padang sebab nak sukan... dia bagi kat Kak Ana...kami (Kak Nani & aku) pun jagalah...Kak Ana besenya wat report ROS...sebab kat umah Kak Ana bz jaga Auni.

Aku secara jujurnya tak reti jaga budak2... dan tak berapa suka ngan budak2...lyn2 gitu jer....teruk sungguh aku ni! =P

Tapi Auni membuatkan aku suka kat die....hehehe

Friday, June 20, 2008

::Hari Kelima ROS 1::

::Hari Kelima::


Hari ini adalah hari terakhir ROS utk minggu pertama aku di sini. Namun begitu hari ini adalah hari pertama kami bertemu dgn Guru Besar SKTSP, En. Azmi Sujak. Kelewatan berjumpa dengan GB bukanlah disengajakan, tetapi kerana ketiadaan GB spjg 4 hari pertama minggu ini atas urusan rasmi. Alhamdulillah, beliau seorang yang amat baik. Sepanjang lebih kurang setengah jam sesi pertemuan itu, beliau tidak putus2 memberikan nasihat. Namun begitu, ada soalan2 drpdnya sengaja mahu menggugat rasa hati kamu sbg bakal pendidik. Antaranya:

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yang orang tak pandang, malah diperlekehkan lagi pada zaman sekarang?

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yg tak de rehat sebenarnya.... orang luar je nampak guru ni rehat...kerja setengah hari...tapi sebenrnya 24 jam...kamu nampak tak?

Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru, kerjaya yg berisiko sebenarnya .. tapi org lain tak nampak... awak tahu tak ...kalo awk slh didik org.smpai la ke generasi akan datang kesannya?

Aku tahu GB mahu membuka minda, hati dan mata kami melihat kerjaya dalam bidang pendidikan. Sepanjang soalan –soalan itu dilontarkan, aku hanya bermonolog dlm hati. Aku ada jawapan kepada semua soalan itu. Aku berharap diriku, jiwa dan raga sudah bersedia untuk menempuh ke alam dunia pendidikan

Tuesday, June 17, 2008

::Hari Kedua ROS 1::

:: Hari Kedua ::

Hari ini tak banyak benda yg aku buat. Hanya buat appointment dgn cikgu utk proses observe kelas. Aku tak se'bz' kwn2 aku kat sekolah lain, kat sini kitorg tak diarahkan releif kelas. Jadi agak byk masa kosong. Masa2 kosong tu buat sikit2 laporan ROS sambil layan anak Kak Ana... Baby Kak Ana cute sgt. Kak Ana juga merupakan student UPSI yg menjalani tempoh pra praktikal. Suami Kak Ana merupakan cikgu SKTSP sesi petang, tp terpaksa dtg pd waktu pg sebab ada latihan sukan. Skrg SKTSP tgh sibuk nk sport day , jd anak Kak Ana terpaksa dibawa ke sekolah pd sesi pg. Insya ALLAH nanti aku upload gambar baby yg cute tu.


Ini dia gambar kelas 6 Pintar 99. Tapi ni bahagian belakang. Disebabkan kelas dulu besar, sekarang da dibagi 2 bahagian. Ini bahagian kecil telah dijadikan bilik skim baucar tuisyen.

Inilah pintu belakang kelas 6 Pintar 99


Sebahagian drpd kelas 6 Pintar 99 dulu.
Bilik kecik tu byk kenangan.
Igt nak masuk bilik ni nak amik gambar bilik kecik tu, tp tak de ckgu pula nak mintak izin.

Gambar bahagian besar kelas tak dapat nak ambil. Taknak ganggu sesi P & P yg sedang berlangsung.

Ini saja yg aku dpt cterkan... Tak byk sgt benda yg berlaku...

Monday, June 16, 2008

::Hari Pertama ROS1::

::Hari Pertama::

Alhamdulillah.... itulah yg mampu aku ungkapkan. Segala ketakutan utk menjejakkan kaki ke SKTSP telah terungkai jua akhirnya.

Seawal jam 7.15 am ak telah tiba di sekolah. Ak berjalan seorg diri ke pejabat. belum sampai lg di pejabat, ada seorg guru yg sgt prihatin telah membawa aku ke pejabat ( mungkin cikgu tu igt aku tak tahu). Di pejabat, aku dipertemukan lagi dgn 2 org pelajar UPSI; Kak Ana dan Kak Nani.

Alhamdulillah...urusan yg amat mudah. Cikgu2 SKTSP amat membantu. Bermula dr menjejakkan kaki hingga ke urusan dgn GPK 1 kemudian bersama guru pendamping dan urusan2 yg seterusnya. Cikgu2 SKTSP bekerjasama baik dgn kami. Bukan apa, sebab aku pernah dimaklumkan oleh rakan2, ade kes cikgu2 sekolah2 lain menerima dingin pelajar UPSI.... Alhamdulillah...tidak di SKTSP.

Selepas perhimpunan aku berjumpa dgn Puan Patimah (Cikgu Pendamping) yg pernah mengajar aku di kelas tambahan semasa aku di 6 Pintar. Selepas drpd itulah aku bersalaman dgn cikgu yg pernah mengajar aku. Ade yg masih igt ... yg cam muka... tak sangka juga aku masih diingati... Ye lah .... siapalah aku di SKTSP dulu.... hanya seorg budk yg selekeh saje.

Sy prnh nmpk kamu.... student sini dulu kan...
:) Ye sy pljr sekolah ni, UPSR99 batch Eizaz.

Muka kamu familiar...
:) Ye, sy bekas pelajar sekolah ni cikgu.

Ya ALLAH....ini anak kita ni... btulkan?
:) Ye, sy pljr sekolah ni dulu.


Adik kamu kat mane skrg?
:) Cikgu knl adik sy ?
Ya...Anas & Anis kan?
:) Yer... bla...bla...bla... (sesungguhnya aku tak kenal cikgu yg tanya tu...mungkin sebab tak pernah ajar aku dan mungkin cikgu tu masuk mse aku da nk abis sek kat SKTSP)



Hari ini hanya meronda2 mengambil gambar. Pusing satu sekolah mengambil segala gambar infrastruktur sekolah. Jauh di sudut hati, nak juga bergambar dgn cikgu2 aku dulu, tetapi disebabkan aku bertiga (yg mana 2 org lg bukanlah student SKTSP), aku terpaksa concerntrate dulu buat tugas. Insya ALLAH, sebelum abis praktikal, nak juga aku merakamkan gambar dgn cikgu2ku. Semasa mengambil gambar di bilik guru:

Pn. Salina : Raihah! Kamu tak nak amik gambar kelas kamu ker?
Raihah : Esok cikgu, skrg sy tgh berkumpulan.. (dlm ati terdtik juga...nk mintak kwn aku snap gmbr ngan cikgu..tp aku segan...kwn aku tu pun bru je knl pg td..huhu)

Lalu di kelas lamaku semasa di kelas 6 Pintar... da berubah rupanya kelas tu. Da tak sebesar spt dulu. Kelas tu da dibahagi 2. Yg belah bsr tu dijadikan kelas manakala yg bahagian kecil tu dijadikan bilik baucher tuisyen. Gambar masih belum ditransferkan. Insya ALLAH, n3 akan dtg ak poskan gambar kelas 6 Pintar 99.



Sunday, June 15, 2008

Kad Zaman Dulu-Dulu

Lihat kad2 tu, teringat zaman kanak2 ribena...huhu. Hari tu kemas brg2 dlm almari dan jumpa la khazanah harta karun zmn dolu2.

Kalau zaman dulu kad2 memainkan peranan...kad raya, kad besday, kad good luck n mcm2 jenis kad.

Tapi zmn skrg, kad2 kertas yg dipos tu da kurg memainkan peranannya. Zaman da berubah...kemudahan di alam cyber menjadi pilihan ramai. Senang dan menjimatkan kos. Semua org main hantar emel, hntr comment kat fs mahupun ucapkan je kat dlm ym. Tidak memerlukan setem, tak perlu sms....memang jimat.

Tetapi kad yg org zmn dolu2 gunakan tetap mempunyai signifikannya sendiri... Btul!


Tak dapat nk simpan dlm album...hanya dirakamkan utk dikenang2 dlm blog ni.



Thanks Sajidah...ini antara kad2 yg Sajidah kirimkan. Mungkin sbb ak tak pernah balas kot spjg 3 thun berturut2 die kirimkan. Huuhu...teruknye aku. Sekarang pun tgh tggu kad dr Sajidah...hehehe =)

Kad2 yg dlm simpanan ak tu, mungkin sjk ak skul mngh ak simpan kot. Tu pun mgkn ade yg da terbuang...maaf mungkin ade yg tak tersimpan.

Skrg ni mmg da jrg da dpt kad2 mcm dulu2 ni... Mungkin kalo nk dpt kad yg btul2 kad, bila tiba zmn kkwn ak menamatkan zmn single ;p..huahahah!


Thursday, June 12, 2008

ROS Bakal Menjelang


Tinggal lagi 3 hari lagi utk aku menjalani praktikal. Lbih kurg mcm pra praktikal yang dipanggil ROS-Rancangan Orientasi Sekolah. Utk ROS yg pertama ni aku perlu menjalani latihan di sekolah rendah dahulu. Aku perlu melakukan beberapa tugasan spt mencari data2 berkaitan sekolah. Utk ROS 1 ni aku tidak ditugaskan utk mengajar, hanya melihat guru mengajar. Tetapi aku juga boleh ditugaskan utk mengajar sekiranya ada arahan drpd cikgu2 sekolah utk menggantikan guru2 yg tiada. Satu pendedahan kpd pelajar pendidikan utk persekitaran sekolah, dunia perguruan serta yg berkaitan dengannya. Takut wooo.....nk masuk sekolah.

Aku pilih SKTSP sbg tmpt praktikal aku ni. SKTSP juga merupakan sekolah aku selama 5 tahun sejak darjah 2 sehingga tamat alam sekolah rendah.

Ada beberapa faktor yg menyebabkan aku memilih SKTSP. Faktor pertama yg menyebabkan aku memilih SKTSP kerana merupakan sekolah kebangsaan yang paling dekat dgn rumahku. Memandangkan aku ni tak pandai drive walaupun ade lesen, jd aku memerlukan bantuan org lain utk ke sekolah...hahaha. Faktor yg kedua ialah kerana SKTSP merupakan sekolah yg cemerlang. Sebelum aku pilih sekolah ni, aku da meng'google' maklumat ttg sekolah ni. Yang ketiga ialah kerana sekolah ni tak lah terlalu lama wujud, dan tak lah baru sgt wujud. Jadi kira2nye sejarah sekolah ni tak byk sgt yg kena aku tulis nanti dan tidak terlalu sedikit sgt. Byk lagi faktor lain... tapi cukuplah sekadar 3 yg utama tu aku cterkan...

Tapi yg menakutkan aku ni ialah... aku akan jumpa balik cikgu2 yg pernah ajar aku hampir 10 thun yg lalu. Aku tak tahu nak berhadapan dgn cikgu2 tu mcm mana. Aku rasa aku tak kekok kalau aku dtg ke sekolah itu hanya sbg bekas pljr sekolah yg mahu berjumpa dgn guru2 yg telah menabur jasa. Tapi aku rasa aku akan jd kekok apabila aku merupakan bekas pelajar cikgu2 di situ dan dalam masa yg sama aku menjalani praktikal disitu.

Mungkin hari pertama aku praktikal nanti, aku kena bersalaman dgn cikgu yg prnh mengajar aku dan memperkenalkan aku prnh mnjadi student cikgu2 tersebut dan sdg jalani praktikal. Hari2 seterusnya aku perlu bertindak biasa...menjalankan tugasku sbg cikgu pelatih.

Semoga tempoh praktikalku selama 2 weeks di SKTSP dpt kujalani dgn berjaya.

Tuesday, June 10, 2008

Bukan Kerana Ujub

Aku menulis blog bukan kerana untk membanggakan diri...jauh sekali untuk bermegah-megah...tidak! Aku menulis hanya utk merakamkan segala pengalaman diri...hanya utk kepuasan aku.

Disebabkan aku ckp psl ujub ni. Aku nk share sikit ilmu ttg ujub.

Seperti yg selalu aku nyatakan...aku bukan sorg yg warak dan alim utk menyampaikan ilmu. Petikan di bwh ni aku petik dr buku Bimbingan Mu'minin

Hal-Hal Yg Menimbulkan Ujub dan Cara Mengubatinya...

~~Ujub dgn badan sendiri kerana cantik, tampan, sihat, kuat, bagus suara, sehingga lupa bahawa semua kelebihan2 ini kurniaan Allah yg bila2 masa saja boleh ditarik nikmat itu. Cara mengubatinya ialah mengenangkan kekufuran yg dikandung oleh batin kita dari dilahirkan hingga ke akhir hayat kelak. Jika kita terdiri drpd org yg cantik rupa paras maka hendaklah merenungkan betapa badan kita pecah terburai dan hancur luluh menjadi busuk di dalam kubur sehingga jijik melihatnya~~

~~Ujub dgn ketangkasan dan kekuatan . Cara mengubatinya ialah dgn mengenangkan pula bahawa jika kita ditimpa demam sehari saje, akan menjadi lemahlah segala anggota badan kitayg kuat dan tangkas tadi~~

~~Ujub dgn kelebihan akal dan kecerdasan dlm berfikir dan mengingat. Akibat adanya penyakit ini pada diri kita sehingga kita suka menonjol2 kan pdpt sendiri dan tak mahu bermesyuarat dgn org lain sebab kita menganggap mereka semua bodoh dan jahil. Seterusnya kita enggan mengambil pdpt atau nasihat org berilmu sebab kita rasa tidak perlu lagi utk mndgr kata2 mereka. Cara mengubatinya ialah dgn memperbanyakkan syukurkepada Allah atas nikmat yg diberi. Cuba kita fikirkan pula jika otak itu diserang penyakit sehingga menjadi tak waras atau gila. Sesunguhnya ilmu yg dikurniakan Allah kepada manusia teramat sangat sedikit~~

Ya Allah...jauhkanlah aku dari sifat ujub...

Friday, June 6, 2008

Tag 10 Habits Of University Students


Dunia universitiku di UPSI,TM.


*10 Habits Of University Student*

tag by: wanie sk:)


My comment:

~sleep~
>>tdo spt bese je... lbih kurg 6 jm mlm hari...kalo sempat siang tdo skjp<<

~makan maggi~

>>kurg mkn maggi...tp adalah simpnn kat blik...1 sem x smpai 5 peket pun<<

~stay up~

>>jrg stay up... sbb bg aku kalo da ngantuk tak guna da nk stdy o wat pape pun<<

~last minute assignment~

>> setiap sem mcm tu la aku...tak bley elak sbb task tu besenye bkaitan ngan topik dlm klas<<

~dating~

>> alhamdulillah...my time is not wasted on this (copy ayt wanie) <<

~main game~

>>jrg...kalo ade pn game spongebob...tk reti sgt main game...huuhu...i m dull person<<

~tgk movie~

>>jrg lyn ...bz wooo...lgpun kat Tg. Malim tk de cinema...kalo lyn pn kat laptop...tp jrg gak...bz<<

~afraid of seeing the lecturer for CH~

>>jrg yg teramat sgt....kalo ade hal2 penting je jumpe...apelah aku ni!<<

~lazy to wake from sleep~

>>aku mmg sush bgun pg ...liat nk bgun...tp alhamdulillah...ak mmg tak suka tdo lps subuh<<

~last minute study~

>>inilah yg slalu tjadi...hangat2 tahi aym je awl sem nk stdy dr awl...ble tgh sem azam tgl azm<<>



Akhirnya terjawab juga tag ni....coz pd awlnye ak confuse nk jwb cm ne...

TQ Wanie yg menge'tag' kite!

Rase2 nye mcm nak tag Itaza dan Aniem...sila2 la jwb ble fre2 yer!

Raja Lawak ...

Sepanjang 2 weeks cuti sekolah ni... Astro Prima ulang tyg balik Raja Lawak Astro jam 2 ptg setiap weekdays spjg 2 mggu ni.

Sblum ni ak tk tgok pun cter Raja Lawak ni.... Sebenarnya aku jrg ikuti reality shows ni... Kurg berminat... Mungkin juga sebab bila da start klas blik, masa amatlah suntuk utk aktvti2 membuang masa tgok tv (mgkin jge byk ms abis lyn tenet)! Kalo adelah yg ak tgok, Akademi AlQuran, tu pun ak tengok masa tgh cuti je....bila da start kuliah...mmg x de ksmptn, lg2 ak byk klas di waktu malam. Lg 1 aku prnh tgok beberapa episod ulgn AF3 tp tak ikuti semua minggu la,ak tgok ulgn AF3 sbb msa tu Aura Mawi melanda negara!

Okay! Balik balik psl Raja Lawak 2008... Org lain da tgok berbulan2 lps da... Ak bru je abis tgok td...huhuhu...mmg ktinggalan zaman.


Gambar ni aku curik ka lmn web astro!


Nabil yg menang... Memang sesuai pun dia menang. Lawak die mmg slumber n cool! Aku harap ade perubahan dlm dunia lawak negara kite. Agak muak dgn lwk2 yg kdg kala keterlaluan dan kdg2 kelihatan seolah2 kebodohan. Benci apabila melihat kalimah2 Allah dilawakkan yg melampaui dan kadangkala sehingga seolah2 mempersendakan! Kite perlu melihat sempadan perkara yg dilawakkan... Kita perlu meneliti siapakah yg menonton apabila kita berlawak...

Aku haraplah pelawak2 baru yg lahir ni kaya dgn idea2 baru yg kalo boleh biarlah yg lawak yg berilmu. Wakakaka! Penonton agak muak dgn lwk yg sama je!


Thursday, June 5, 2008

XTVT CuT

Cuti ni byk bende yg aku buat... Macam2 la... Tinggal 10 hari lagi aku nak pegi praktikal...Huhuhu...Takut wooo nak msuk skul!

Ni antara aktiviti aku...jahit manik...kat baju ibu.

Tapi hari ni kena stop wat manik... Hari ini kena ulang kaji addmath form 4 ckit... Ade budak nak dtg rumah nk bljr add math... Jadi kena buka buku tgok balik bab 1 hingga 4... Ade yg da lupe2... Beselah bende2 yg jrg guna... Kalo completing d square memang selalu pakai... tapi kalo composite n inverse function...bile kat U, aku jrg gune!

So, Aku nk stdy Add Math balik skrg ni!

Wednesday, June 4, 2008

Cerita Adik


Rumah aku dah sunyi... Adik aku yg kembar tu dua2 da sambung stdy... Anas di PASUM dan Anis di KTT. Anas mengambil Asasi Sains Fizikal dan Anis amik foundation medic utk ke Mesir.

Kembar yg selalu bertekak... Kembar yg selalu bercakaran... tu lah dia adik aku... Tetapi apabila dorg tgh rapat... memang dorg akan baik sgt...baik yg tiada tandingan. Mesti byk rahsia dorg simpan berdua...

Kembar yg terpisah.... dorg da dipisahkan sejak dr form 4 lg, masa nak melanjutkan pelajran kat MRSM... Anas ke Mersing dan Anis ke Jasin.

Adik aku sempat sekelas selama 4 tahun sahaja... masa darjah 1 dan diikuti masa form 1 hinga 3. Apa yang difahamkan oleh cikgu, masa darjah 2, adik aku terpaksa dipisahkan disebabkan, apabila cikgu marah yg abg nanti adik jd sedih dan sebaliknya.

Tugas aku di rumah pun bertambah... kalo sebelum nii aku hanya memasak saja... sebab keja rumah lain adik2 aku buat... tapi skrg aku sorg kat umah.

Adik aku bolehlah diharap... Kami di besarkan tanpa mengira lelaki atau perempuan...semua kena pandai buat keja rumah. Jadi masa adik aku cuti berdua slps SPM, dorglah yg tolong mak aku kemas dapur, mop, sapu, vakum, kemas laman, buang sampah,uruskan kain dan masak sayur utk mkn tgh hari (masak lauk lain tak pandai). Dorg melakukannya scara bergilir, kalo sorg da bgun pg utk buat keja mengemas...sorg lg kena msk sayur.

Pernah terjadi Anas salah masak sayur... dia masak kangkung rebus sepatutnya kangkung goreng. Hahaha! Ibu aku pesan kat Anis supaya goreng kangkung pagi tu (turn Anis bgun pg utk kemas rumah, jadi Anas tido lg pg tu). Tgh ari tu, Anis tido masa Anas nak masak.
Anas: Anis, ibu suruh masak pe?
Anis : Kangkung...(sambil tgh tdo)
Anas: Rebus ker?
Anis : Emmm...

Makanlah lauk kangkung rebus yg tak pernah dibuat org...

Itulah adik aku.