Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, March 31, 2008

Kampung Halaman


Hari Jumaat yang lalu aku telah bertindak dengan spontannya untuk pulang ke kampung halaman. Hal ini gara-gara sms daripada adik yang aku terima pada tengah hari Jumaat, adik suruh aku pulang ke rumah dengan alasan, semua berada di rumah pada hujung minggu ini. Tetapi pada masa itu aku tak bertekad lagi hendak pulang kerana aku punyai tugasan elektronik berkumpulan yang perlu diselesaikan pada hujung minngu itu.

Entah apa punya penangan, abang aku pula mesej. Abang pun mesej perkara yang sama sewaktu aku dalam kelas Basic Electronics. Jam ketika itu lebih kurang pukul 6 petang.Kelas akan tamat dalam tempoh sejam sahaja lagi. Aku beritahu Cu, dan tunjukkan mesej-mesej tersebut. Aku pun sebenarnya tak sedap hati, siapa yang tak mahu balik...takut Cu terasa...sebab kampung Cu jauh nun di Kuala Berang. Cu pun kata ' Baliklah E'a....Discussion kita buat hari Isnin'. Alhamdulillah dikurniakan kawan yang memahami. Aku pun apa lagi, habis je kelas pukul 7 , terus pecut berjalan kaki... 7.10 sampai rumah terus kemas barang dan basuh baju dalam bilik air. 7.50 ketua rumahku yang amat memahami telah menghantar aku ke Stesen Bas Tanjung Malim lantaran ketiadaan teksi pada waktu Maghrib begitu.

Sesampai di JB (kampung halamanku) pada jam 2.30 pagi. Aku nikmati percutian bersama keluarga dengan penuh bermakna selama 2 hari. Terubat rasa rindu... seterusnya memberi aku semangat dan kekuatan untuk belajar serta melupakan seketika masalah di universiti.

Isnin malam Ahad aku pun bertolak dari Skudai. Dengan beraninya aku telah membeli tiket jam 11 malam dan akan sampai di Tanjung Malim pada pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Semasa di dalam bas, aku telah bertemu dengan Kak Jah (Kak Faizah- dunno how to spell), aku berasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya berteman apabila sampai di Tanjung Malim nanti.

Entah bagaimana bas yang dinaiki ni (Konsortium) tak berhenti di Stesen Bas Tanjung Malim dan hanya membuang kami di depan Seven Eleven. Mengikut kata Kak Jah, biasanya dia naik bas Star Trip dan akan berhenti di Stesen Bas Tanjung Malim, dan Kak Jah akan berhenti ditepi jalan sebelum sampai di stesen bas kerana boleh berjalan kaki sahaja untuk ke rumahnya. Dan mengikut perancangan awal, aku berhajat nak tumpang rumah dia. Disebabkan perancangan telah berubah, aku pelawa Kak Jah berjalan kaki bersama aku untuk pulang ke rumah aku yang kira-kira 1 km dari tempat kami dibuang. Dalam kegelapan dan kesunyian pagi, lebih kurang jam 4.30 pagi kami menyusuri jalan menuju ke rumah aku. Entah bagaimana, anjing dekat kawasan perumahan aku menyalak dengan kuat. Kaki kami berhenti melangkah terus mengambil keputusan untuk call taxi sahaja memandangkan jam menghampiri 5 pagi , dan sudah tentu ada teksi yang sudah beroperasi. Tunggu teksi, dan teksi hantar aku pulang terlebih dahulu dan kemudian menghantar Kak Jah. Alhamdulillah , aku selamat sampai jam 5 pagi. Pengajaran buat aku, jangan bertindak terlalu berani kerana aku sebenarnya pengecut.

Tak aku sangka, dulu aku agak takut dengan Kak Jah sebab aku selalu ponteng untuk buat rondaan setiap jam 12 malam (aku dulu AJK Rondaan). Tetapi pagi tadi aku memang amat bergantung padanya. Perkenalan kami semasa menyertai Rexco Kerohanian, rupanya berjasa sewaktu aku kesempitan begini.

Aku dapat ambil pengajaran di sini bahawa, bersosialah, bergaulah, berkomunikasilah, berpersatuanlah dan libatkanlah diri dengan pelbagai aktiviti. Banyak nilai tambah yang kita perolehi apabila kita mengaktifkan diri ke arah perkara positif. Kita membuat sesuatu ikhlas kerana Allah dan insya Allah, Allah mempermudahkan urusan kita.

Aku tak nafikan aku teringin juga untuk menyertai program-program... tetapi kurang arif salurannya ... serta rakan-rakan aku di sini bukan begitu. Tetapi aku tidak sepatutnya memberikan alasan begitu kerana segalanya bermula daripada diri sendiri.

Menambahkan keinsafan untuk aku bergiat aktif apabila tebaca artikel di blog Aqilah (blog kawan Ateh yang aku amat kagum cara penulisannya).
.

Thursday, March 27, 2008

Wish Of Happiness


Ketika keadaan waktu ini yang tengah bergelora, didatangi dengan begitu banyak bungkusan masalah, cabaran dan dugaan. Aku telah mengeluarkan sedikit wang untuk mengurangkan bebanan di kepala. Wish Of Happiness hasilnya. Inilah salah satu cara yang aku lakukan, walaupun wang simpanan berbaki hanya sedikit. Aku mengharapkan kegembiraan saat ini :( Bersesuaianlah dengan perfume yang aku beli tu!

Wednesday, March 26, 2008

Bahagia


Desir ombak menghempas,
Suara bayu menyapa,
Aroma masin laut melewati,
Suasana sisir pantai,
Nian tenang,
Menggamit rasa hati,
Membawa ke bahagia.

Deadaunan gugur,
Bertebangan menari,
Bersama nikmat bahagia,
Lalu,
Hanya sisa yang berbaki,
Sisa kepahitan yang harus diharungi,
Sisa hitam yang harus ditelan,
Sisa bisa yang harus dihidu.

Kembalilah mekar wahai bunga,
Bunga semerbak harum,
Bunga seindah rupa,
Bunga yang mekar mewarnai alam,
Baktimu amat kudambakan.

Raihah Rosli : 9.30 PM


Tuesday, March 25, 2008

Mata


Hati meronta berbicara,
Lidah kelu untuk berkata,
Raut wajah menyimpan seribu makna.

Tapi...

Mata tak pernah menyembunyi,
Mata tak pernah meyelindungi,
Mata senantiasa jujur melahirkan rasa,

Mata sentiasa tulus dalam berbicara.

Namun...
Rasa mata tak mampu dibaca,

Bicara mata takkan difahami,
Oleh makhluk yang buta hati dan rasa.

Raihah Rosli : 25.03.08

Monday, March 24, 2008

Untuk tatapan Azaty ....



Gambar untuk N3 ni khas untuk tatapan Azaty. Bagi awak tengok sikit cover Ungu Karmila. Supaya lepas sikit rindu awak nak baca karya Ramlee Awang Murshid. Nak summary kan cerita ni pun tak boleh, sebab kita tak baca lagi, simpan untuk cuti sem nanti.

Blog aku ni blog tertutup, ada 2 orang je pembaca, Ateh dan Azaty. Sebelum ni aku set hanya penulis yang boleh baca blog aku (aku je lah maksudnya tu). Aku pun tak tahu sampai bila ia akan jadi blog tertutup. Insya ALLAH, satu hari nanti aku akan tukar setting blog ni kepada anybody can view this blog. Tapi ada ker orang nak baca? hahahaha...

Aku bukan apa, aku segan, sebab aku bukan dalam kategori pandai berbahasa untuk menulis juga bukan di kalangan cerdik pandai untuk berkongsi ilmu juga bukan seorang yang alim untuk menceritakan hal agama. Aku hanya orang biasa yang hanya berhajat berkongsi cerita dan pengalaman terutamanya apabila bergelar seorang guru kelak. Tetapi aku sengaja memulakan langkah menulis sebelum bergelar guru lagi.

Blog adalah tulisan pemiliknya untuk menceritakan pengalaman, pendapat dan idea serta ilmu. Tak salahkan untuk kita berkongsi?

Sunday, March 23, 2008

Chocolate


Tengok gambar kat atas tu.... Ahha! Itulah aku.... mana tak gemuk =) Favourite aku tu ... Chocolate.

Hari tu aku diserang penyakit tamak haloba dan pemurah. Tamak haloba sebab beli sekali tiga jenis coklat dalam masa sehari. Pemurah sebab bagi duit kat orang jual tu la...hahahah

Pagi tu aku dah beli Cadbury yang besar tu (Dairy Milk Roast Almond) , masa lepas balik daripada discussion assignment solar cell, sebab teringin sangat nak makan. Petang tu pergi kedai beli lagi Vochelle (Almond in Dark Chocolate) dan Van Houten (Whole Roast Almonds in Milk Chocolate) tanpa berfikir panjang. Semuanya apabila tak dapat nak kawal nafsu nak makan....hahaha!

Aku suka almond... sebab tu tiga-tiga coklat tu aku beli yang ada almond. Aku suka dark chocolate. Sedap... pahit-pahit sikit. Aku lebih suka Van Houten daripada Cadbury. Kenapa? Sebabnya mudah, rasa coklat Van Houten lagi terasa dan kurang sikit manis daripada Cadbury. Tapi aku tahu lebih ramai orang suka Cadbury. Cadbury pemasarannya bagus dan pasarannya banyak. Jadi, Cadbury lebih senang dapat, banyak kedai jual Cadbury daripada Van Houten lebih-lebih lagi kat Tanjung Malim ni, susah nak jumpa Van Houten. Itu pada pendapat akulah.

YM dengan adik semalam, adik bagi tahu coklat yang Along bawa balik dari Langkawi ada lagi. Hershey's, Toblerone and Ferrero Rocher. Waaaarghhhhh!!!!!!!!! kan best kalau aku duk rumah. Boleh makan banyak-banyak. Tapi kalau aku kat rumah, aku rasa confirm chocolate tu dah habis lama dah! Hehehee....






Saturday, March 22, 2008

AiSTEC

AiSTEC singkatan untuk Aminuddin Baki in Science And Technology adalah nama sempena Hari Terbuka Kolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB). AiSTEC berlangsung selama 4 hari bermula pada 20 hingga 23 Mac 2008.

Kebetulan pada 21 Mac tu aku berhasrat nak ke KAB, dah lama teringin nak makan kat kafe KAB (kat kafe Pak Cik Kamal). Jadi, sesampai je kat KAB, aku pusing tapak jualan... pusing-pusing je, tak beli apa-apa pun. Masa masuk gerai Bimbingan & Kaunseling (B&K) , main la aktiviti yang disediakan, lepas tu lalu depan gerai Fakulti Sains & Teknologi, nampak tak menarik pun. Nampak ada water rocket En. Shahar. Memang serius tak menarik Sains & Teknologi punya gerai berbeza dengan B & K. Pameran sains kat sekolah (SMKTUN) lagi menarik. Pada pendapat aku, sepatutnya bahan pameran hendaklah yang membolehkan pengunjung aplikasikan atau dapat didemokan. Pengunjung dapat terlibat. Sains itu kehidupan. Kalau setakat nak pamerkan sahaja, macam sejarah lah pulak... Hahaha, banyaknya comment aku, menyumbang tidak. Hanya sekadar pendapat.

Terus menuju ke kafe...untuk melaksanakan misi utama! :) Beli makanan kat kafe Pak Cik Kamal. Beli bungkus je. Makan kat rumah Shud. Lauk kentang sambal + ayam goreng rempah + nasi = RM 3.00, murahkan? Dapat free pisang lagi tu.

Sebelum pergi kelas elektonik petang tu, aku ajak Shud pergi balik tapak jualan . Aku nak beli buku. Ada 20% off ! Best tu... Aku beli 3 buah buku : Ungu Karmila : Ramlee Awang Murshid, Membina Peribadi Anggun : HM Tuah, dan Himpunan Sembahyang Sunat : Ustaz Ahmad Baie Jaafar. Puas hati dapat beli buku walaupun kena keluar banyak duit.

Hari Sabtu, aku pergi lagi KAB dengan Cu. Teman Cu nak tengok Hari Terbuka KAB. Tapi akhirnya aku yang pergi membeli. Cu tak beli apa-apa pun. Aku beli 3 buah lagi buku. Mandatori : Ramlee Awang Murshid, Membina Personaliti Terbilang : HM Tuah dan Qiamullail : Abdul Malik al-Qasim.



Inilah buku-buku yang aku beli. Ikutkan hati nak beli lagi. Tapi kena fikir pasal duit juga. Karang habis duit dalam Bank Islam tu, nak makan apa pulak aku kat Tanjung Malim ni. Kalau ikut hati nak collect semua buku Ramlee Awang Murshid yang lepas-lepas. Aku baru sahaja meminati karya Ramlee Awang Murshid tahun lepas. Sekarang kat rumah ada 3 buah buku beliau : Tombiruo, Rahsia Perindu dan Bagaikan Puteri. Yang terbaru koleksi aku , yang baru beli ni : Ungu Karmila dan Mandatori. Ingat kan nak beli Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir dan Cinta Sang Ratu + buku HM Tuah yang aku tak ada...tapi kena kawal nafsu....hehehee.



Friday, March 21, 2008

Tegar




Ya ALLAH ya tuhanku,
Aku bukan insan kuat menghadapi dugaan,
Aku bukan insan yang lemah tersadai dengan cabaran,
Aku insan biasa yang KAU ciptakan,
Aku insan yang KAU uji.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Kurniakan aku ketabahan,
Sebesar Gunung Uhud,
Berikan aku kekuatan,
Sekeras butiran mutiara.
Limpahkan aku dengan rahmat MU,
Moga aku tegar meniti ranjau.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Aku redha dengan ujian yang kuterima.
Namun,
Kurniakan aku,
Nikmat sabar kala menampuhinya.


Raihah Rosli : 5.50 pm : 21 Mac 2008






Thursday, March 20, 2008

Selamat Menyambut Maulidurrasul


Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut Maulidurrasul.

Hari ini hari Khamis bersamaan 12 Rabiul Awal 1429. Hari ini merupakan hari kelahiran Rasulullah SAW dan juga merupakan tarikh wafat baginda, Rasulullah SAW.

Aku tidak mempunyai kebolehan dan kekuatan penulisan dalam Sirah Rasulullah SAW. Aku hanya mahu berkongsi pengalamanku tentang sambutan Maulidurrasul.

Aku telah dibesarkan di Johor atau lebih tepatnya di Skudai, Johor Bahru. Telah menjadi budaya masyarakat di Johor untuk menyambut Maulidurrasul. Sambutan Maulidurrasul memang perkara yang pasti masuk dalam takwim sekolah. Di taman perumahan kediaman aku pada ketika itu, Taman Sri Pulai, kebiasaannya pihak sekolah kebangsaan, sekolah agama dan kariah penduduk taman akan bersatu bekerjasama menjayakan sambutan Maulidurrasul. Acara akan bermula seawal jam 8 pagi dan akan berkumpul di padang sebelum memulakan perarakan. Perarakan akan bermula apabila semua pihak yang terlibat seperti pihak trafik serta bahagian-bahagian pengendalian program bersiap sedia. Perarakan akan diiringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dialunkan oleh muslimin dan muslimat yang berarak. Kebiasaannya dalam barisan perarakan itu akan disertakan sepanduk serta bunga manggar menambahkan lagi kemeriahan. Acara perarakan akan berakhir sekitar jam 11 di masjid taman perumahan kami iaitu Masjid Intan Abu Bakar. Ceramah Maulidurrasul akan diberikan oleh pencermah jemputan. Selain itu pelbagai aktiviti diadakan; seperti pertandingan nasyid , hafazan , azan, bercerita, pidato, khat dan banyak lagi pertandingan yang diadakan untuk mencungkil bakat muda. Pemenang pertandingan akan menerima hadiah dan sebelum bersurai muslimin dan muslimat dapat menjamu juadah yang disediakan, kebiasaannya nasi beriani atau nasi minyak.

Ya. Itulah antara aktiviti yang sering dilakukan untuk menyambut Maulidurrasul. Saat-saat itu hanya aku lalui ketika bersekolah rendah. Apabila menjejaki kaki ke sekolah menengah, aku tidak lagi menyertai aktiviti yang diadakan oleh Kariah Taman Sri Pulai tersebut; tidak tahu mengapa, mungkin sebab aku bersekolah menengah di SMK Taman Universiti. Aku hanya menyertai sambutan Maulidurrasul yang diadakan oleh pihak sekolah. Namun kini, apabila aku melangkah keluar daripada alam persekolahan, aku semkain jauh dengan budaya Sambutan Maulidurrasul. Hanya sekali aku pergi ke ceramah Sambutan Maulidurrasul semasa di semester 2. Itulah sahaja. Adakah semakin besar aku semakin susah kepada aktiviti-aktiviti kebaikan dan keilmuan. Aku sering tertanya-tanya kepada diriku.... Kenapa budaya yang baik yang telah diterapkan semasa kecil dahulu gagal diteruskan. Sambutan Maulidurrasul memang menjadi budaya di Johor untuk menyambutnya. Budaya yang baik sepatutnya aku teruskan. Budaya-budaya seperti Sambutan Maulidurrasul sepatutnya diteruskan dalam usaha menepis sebarang bentuk budaya baru yang semakin songsang dengan ajaran Islam.

Selamat Menyambut Maulidurrasul.

Basahkanlah bibir dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ustazah aku pernah berpesan amalkanlah selawat, amalkanlah 10 x sekurang-kurangnya, setiap kali selepas bangun tidur, perjalanan nak ke sekolah, pulang dari sekolah dan ketika duduk berehat...Aku masih ingat pesanan Ustazah Jamilah.





Tuesday, March 18, 2008

Ketenangan



Aku mahukan ketenangan itu,
Yang telah lama hilang,
Aku mahukan kedamaian itu,
Yang telah lama pergi.

Aku rindukan masa itu,
Aku sayangkan masa itu,
Aku cintakan masa itu.

Rindu pada masa hati damai kerana NYA,
Sayang pada setiap detik kulalui hanya untuk NYA,
Cinta pada masa hatiku setulus cinta untuk NYA.

Ya!
Aku rindu,sayang dan cinta saat itu,
Saat hatiku bersih dan suci,
Saat hatiku hanya untuk Yang Maha Kuasa.

Ya ALLAH...
Bimbinglah hambamu yang lemah,
Sering alpa dan leka,
Kembali pada MU.


Raihah Rosli : 4.17 pm: 18 Mac 2008

Sunday, March 16, 2008

TEST 2008

Sudah dua hari tidak menjengah ke teratak coretan luahan rasaku... Kesibukan yang melanda membuatkan aktivitiku di alam maya terpaksa dikurangkan atau diabaikan untuk seketika kerana memikul tanggung jawab lain.

Hari Jumaat yang lepas aku agak sibuk dengan tugasan pedagogi 2 yang terpaksa dibaiki atau dalam erti kata lain kena buat semula untuk bahagian soalan. Kelam kabut aku menyiapkan tugasan tu sebab buku yang aku guna tu kena di pas kan kepada kwn-kwn aku yg lain pada petang Jumaat itu juga sebab dorg tak de buku-buku tu. Memandangkan pada pukul 2 aku ada aktiviti lain , jadi dari pukul 11 pagi sampai pukul 2, khusyuk aku menaip soalan-soalan untuk bahagian aku. Lepas tu aku ada kerja lain dan buku tu kena bagi dorg guna pulak (buku-buku latihan dan rujukan fizik sekolah menengah-aku ambil yang adik punya).Satu hari aku sibuk dengan urusan assignment dan class.



Sebenarnya aku perlu melakukan tugas yang aku pikul sempena Temasya Sukan Tahunan Antara Kolej-Kolej Kediaman 2008 (TEST 2008) petang itu, tapi aku ada kuliah pada waktu itu.

Tugas aku sebagai AJK Makanan aku laksanakan pada pagi Sabtu, 15 Mac. Pagi-pagi lagi, Ateh mesej aku memberitahu tempat yang perlu aku tuju untuk menguruskan makanan. Aku sampai di padang, tak nampak pula makanan atau pun AJK (masa tu tak kenal lagi siapa AJK), aku pun duk kat tepi padang. Dah lama sikit tu nampak ada macam kawan-kawan Ateh, nak tegur segan pulak, takut dorg tu bukan AJK Makanan. Akhirnya aku beranikan diri juga tegur dorg, BETULAH dorg tu AJK Makanan. Ah....lega rasa...jumpa pun gang! =) Aku kenal Amy, Imah, Jihe (donno how to spell), Mas dan Lini(tak tau la btul tak sebutan ni). Aku juga kenal Haizal(cikgu Seni sem 2), juga AJK Makanan.

Mula-mula kenal tu segan gak la, yelah dorg tu sekuliah, sama course (sc. edu-chem) memang dah kamceng sangat! Aku je la yang baru, tapi da lama tu ok jer, dorg jenis ok n nakal. Hahaha.... Sebab apa aku kata nakal? Sebab dorg tu slumber sgt kaco budak laki...Hahaha .... perempuan zaman sekaranglah katakan. Tapi sebab perangai dorg cam tu la, jd penglipur lara masa tgh buat kerja. Semua orang la dorg kaco, abg senior mcm pengarah program , budk sama sem sampailah driver van UPSI... Hah! Tengok nakal tak dorg?

Hari Sabtu tu lah yang rasa penat sangat. Dari pagi sampai ke petang di kampus menguruskan hal makanan. Sebenarnya tak de lah urus mana sebab packing makanan je, cuma masalah nak hantar makanan ke lokasi-lokasi permainan sahaja. Itu memang ada masalah, makanan tu dah lah berat + air yg memberatkan + kami semua AJK Makanan tak da transport nak hantar ke lokasi permainan. Itu yang menyebabkan tangan dan bahu rasa sakit sebab kena angkat ke lokasi permainan dengan berjalan kaki.... Tapi, tugas tetap tugas. Petang balik sekejap, Ateh pun ikut balik rumah sewa aku, tak lah sekejap mana.... lama juga.... sempat tidur mandi dan basuh baju. Lepas solat Maghrib, pergi ke kampus balik. Malam Sabtu tu aku ngelat lagi, aku balik awal! hehehe.... terpaksalah, aku takut balik seorang diri lewat malam dengan hanya menunggang gerek. Kesian kawan-kawan aku yang lain, balik pukul 12 malam. Aku pukul 9.30 malam da balik. Pagi Ahad aku datang pukul 8.15 sampai kampus. Packing makanan pagi dan duduk sahaja di kemah urusetia. Sambil baca sikit tentang Solar Cell (aku kena present 2 minggu lagi). Hari ini sampai tengah hari sahaja. Malam ada acara penutup.



Walaupun aku duduk luar... tapi aku mengaku KHARIANS...hahaha. Duduk sekejap dalam Dewan Rahman Talib (DRT) lepas tu bergerak ke Dewan Seri Tanjung untuk uruskan makanan dan aku pun makan sekali... Dah nama pun AJK Makanan... makan je la =P Masa aku kat Dewan Seri Tanjung aku dapat tahu KHAR juara! TAHNIAH ATEH & OP (aku pun tak tau eja nama die) selaku exco sukan KHAR, mesti rasa berbaloi! Aku tunggu gak Ateh, tapi dah lewat sangat, aku pun balik.... Ingat kan nak ucapkan tahniah kat Ateh & nak cakap terima kasih sebab sudi mengambil aku yang buta bab urus mengurus ni sebagai AJK. Pendedahan baru dalam hidup aku di UPSI.. seronok juga. Aku call Ateh masa otw nak balik rumah, tapi Ateh macam bz (kan KHAR menang), jadi masa dah sampai rumah aku mesej saja Ateh.... ucap tahniah dan tq.

Begitulah aku sepanjang hujung minggu ini... Benda yang baru untuk aku... Selama ni asyik terperap dalam bilik sahaja. Masa mula-mula nak terima jawatan AJK ni aku rasa takut juga, sebab aku tak pernah join (betapa katak bwh tempurungnya aku ni), masa YM ngan Ateh aku dah setuju nak terima...lps tu aku berfikir-fikir balik, nak join ke tak. Tapi bila Ateh minta no. matrik dan ic, aku terus bagi, mls da nk terfikir-fikir lagi. Aku berharap ni langkah pertama aku untuk aktif.

Dalam menjayakan aktiviti kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Yang menyenangkan, yang menyusahkan, yang melucukan, yang menjelikkan serta bermacam lagi yang... Kita terpaksa menyesuaikan keadaan.



Thursday, March 13, 2008

Ape yer yang sesuai????

Rentetan daripada keputusan SPM adik semalam, aku tengah berfikir-fikir untuh menghadiahi kembar sempena keputusan cemerlang mereka. I have no idea! Tak tahu nak hadiahkan apa kat adik. Huhuhu.... pe yer yang sesuai. Tak kan nak bagi sebatang pen sorang...mcm sekolah lah pulak. Kalo nak beli t-shirt, adik pakai t-shirt style sk8erz, macam mana aku nak beli, tak termampu aku nak masuk kedai sk8, rock sgt outlet yg jual brand sk8 ni, adik pun dah banyak baju. Ape yer yang sesuai???? Aku pun bukannya kaya sgt! Duit cukup-cukup makan je ni(entah cukup ke tak duit dalam bank aku sampai habis sem), tapi aku memang ada niat nak hadiahi adik something sebagai satu bentuk peneguhan positif.

Nak tahu ape tu peneguhan positif? Menurut buku Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari tulisan Puan Ramlah Jantan & Dr. Mahani Razali (buku ni buku rujukan aku sem lepas utk subjek Psikologi Pendidikan.....ekeke...sebab tu la ku byk tulis psl psikologi.... sbb aku msih igt skit2 lg ttg psikologi ni....kalo tentang falsafah pendidikan....maaf lah... xhingat da + tak faham) ; peneguhan positif ni bermaksud memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Ya, aku berharap kejayaan adik raih dalam SPM ini akn diulangi pada masa akan datang. Oleh sebab itulah aku nak bagi present kat adik. Selain daripada tu, aku nak luahkan rasa gembira aku dengan kejayaan yang adik kecapi. Ye lah result aku dulu tak lah macam adik.

Tadi aku pergi pekan, pekan Tanjung Malim je... Aku beli biskut, wrapper biskut yang aku beli tadi :




Okay tak kalo aku belanja adik makan je?...... hahaha.... tak de idea lah.




Wednesday, March 12, 2008

Keputusan SPM 2007!


Hari ini 12 Mac 2008... hari yang amat dinantikan oleh pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM pada penghujung tahun 2007. Ya! hari ini keputusan SPM 2007 akan keluar.

Pasti tak tenang bagi sesiapa yang akan mengambil keputusan. Aku pun begitu, tak sabar rasanya nak tahu result SPM adik. Anas & Anis! Merekalah penghibur hatiku.

Sejak malam semalam aku dah terfikir, bagaimana adik akan mengambil keputusan mereka.

Aku tak meletakkan harapan (ialah Anas & Anis tu bukannya aku!... adik aku je), bagi aku apa yang mereka peroleh itu... sesuai dengan usaha dan kebolehan mereka. Hanya 1 yang aku doa, agar
result mereka tak jauh berbeza! Aku sangat berharap! Sebab aku tak nak nanti ada sebelah pihak terasa inferior dengan saudara kembarnya! Aku selalu cakap dengan Anas & Anis : " Setiap orang ada kelebihan tersendiri, sesuaikan diri kita dengan kelebihan yang telah ALLAH kurniakan." Insya ALLAH, mereka faham apa yang aku maksudkan!

ALHAMDULILLAH! Keputusan adik cemerlang.
Anas memperoleh 8 A & 1 B=======>4 A1, 4 A2 & 1 B
Anis memperoleh 9 A ===========> 7 A1 & 2 A2

Bersyukur aku yang tak terhingga kepada ALLAH SWT. Adik-adikku cemerlang. Aku berharap mereka bijak mengatur langkah kehidupan seterusnya.

Setiap insan dilahirkan dengan kelebihan yang tersendiri. Malah, menurut Toeri Kecerdasan Gardner pun , kecerdasan manusia pun dilihat pada 9 jenis. Logik matematik, bahasa, muzikal, ruang, kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan existential. Oleh itu, lihat ke dalam diri masing-masing. Kita tidak dilahirkan dengan kebodohan. Kita dilahirkan dengan kepandaian yang berbeza. Terokailah apa yang kita miliki!


Tuesday, March 11, 2008

Menulis....


Hari ini aku cuba untuk menulis sajak. Tetapi gagal! :( Sedih sangat... Aku cuba berkali-kali tapi aku tak berjaya menulis. Idea tak datang secara spontan, aku terpaksa kerahkan otak aku... Aku tak nak cara begitu. Sebabnya nanti sajak tu tak berjiwa.

Hati aku meronta-ronta nak menulis sajak. Rindu pada dunia tu. Tapi idea dan tangan aku tak bergerak untuk menulis, kaku tangan aku di papan kekunci! Entah, mengapa. Mungkin sebab dah lama aku tinggalkan.

Dah bertahun aku tinggalkan. Kemahiran tu perlu diasah, kalau dibiarkan memang akan tumpul!

Hari tu aku tulis sajak sempena birthday ibu, tapi aku tak berpuas hati dengan hasilnya. Aku rasa sajak yang aku hasilkan tu lebih teruk daripada sajak yang aku tulis masa di darjah 5!Tapi tak mengapa, mungkin itu untuk permulaan...

Aku berharap dan mengharap agar aku MAMPU menulis sajak seperti dulu.

Zaman sekolah dulu aku agak aktif menulis sajak! hahaha...(jiwang ker?... tidaklah sebabnya sajak adalah cara kita menulis... jiwang ke tak jiwang tu bergantung pada tema sajak yang kita tulis). Aku mampu menulis sempena Hari Persaraan Guru Besar dan Hari Kemerdekaan semasa aku di sekolah rendah. Apabila menjejaki ke alam remaja di sekolah menengah, aku mampu menulis sajak untuk wakili sekolah dan menulis sajak untuk Puisi Sains. Tapi iti semua cerita dulu-dulu. Sekarang tidak lagi!

Aku amat berharap aku dapat menulis lagi... Aku harap harapan ini tidak hanya tinggal harapan!


Monday, March 10, 2008

Assignment

Hari ini hari Isnin, semalam dan kelmarin aku tak sempat nak update blog aku. Kelmarin aku sibuk dengan menyiapkan assignment dan masa hari Sabtu tu aku da update blog untuk hari Jumaat punya cerita. Hari Ahad pula aku sibuk menyiapkan assignment.... (heheheh... bukan setakat assignment... surfing internet pun ya... baca tentang pilihan raya).

Bercakap tentang sibuk dengan assignment, hari ini sehari suntuk di Kafe Bitarasiswa, duk menyiapkan assignment pemikiran. Tasknya ialah membuat majalah. Tentang majalah ni nanti aku cerita bila ada gambarnya.

Untuk semester ni, duit aku keluar mencurah-curah untuk buat assignment. Mana tidaknya, 2 kali assignment kena print berbentuk majalah. Yang pertama buku PHYSICS OPTICS untuk subjek Wave Propogation & Optics dan yang kedua majalah SANTAI untuk subjek Pemikiran Strategik & Inovatif.


Inilah buku yang aku maksudkan tu. Buku ini berharga RM 95 hanya untuk print dan cover seperti majalah. Tidak termasuk kos sampingan lain. Huh! memang habis duit. Tapi tak mengapa, semua ni untuk belajar. Macam kata Dr. (pensyarah Wave Propogation & Optics):
Awakkan bakal cikgu, nanti bila jadi cikgu boleh jadi penulis buku dan design buku. Buku-buku Physics kat pasaran sekarang sama sahaja dari dulu.

Betul apa yang Dr.cakapkan tu. Buku yang ada pasaran sekarang sama sahaja macam masa aku belajar dulu-dulu, yang berbezanya sekarang in english. Tapi yang aku terfikir mampukah aku menjadi penulis buku fizik? huhu.....


Ini antara bahagian yang aku buat... Simple sahaja. Sesuai untuk pelajar sekolah sebab banyak gambar dan berwarna-warni. Buku Physics Optics adalah hasil kerjasama aku dan 4 orang rakan sekuliah : Fana, Shud, Cu dan Sabri. Buku Physics Optics itu telah dihantar kepada Dr. pada 29 Februari 2008.

Sekarang dalam proses mencetak majalah SANTAI... Berapa RM pulak yang kena dikeluarkan untuk SANTAI..


Saturday, March 8, 2008

Shopping!



Semalam aku tak sempat nak
update blog. Sehari suntuk di Kuala Lumpur meronda-ronda untuk menghabiskan duit bersama Shud, Cu dan Fana. Bukan ke mana pun, hanya di sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India sahaja. Memang niat hanya ke situ sahaja, tidak mahu ke shopping complex yang besar sebab aku dan kawan-kawan hanya mahu membeli baju-baju yang murah sahaja di kedai-kedai kecil. Jadi, tiada istilah Mid Valley dan KLCC. Semasa di Jalan TAR sahaja aku dan kawan-kawan masuk SOGO dan Maju Junction. Itupun di SOGO hanya menjamu mata, tanpa membeli apa-apa. Manakala, semasa di Maju Junction aku beli beg kuliah, beg biasa sahaja dan murah, hanya berharga RM 35 dan kami berempat mengisi perut di Kenny Rogers, Maju Junction. Di Jalan Masjid India aku juga membeli 2 pasang blouse yang entah bila aku nak pakai (huhu...mana selalu sangat pakai blouse- pergi kelas hanya berbaju kurung) yang bernilai RM 60 serta brooch yang berharga RM 5 untuk 2 biji. Aku menghabiskan RM 100 untuk bershopping semalam... Kiranya aku gunakan duit yang Din bagi tu untuk berbelanja, walaupun sebenarnya duit tu Din bagi untuk membayar hutang-hutang dia yang tak sampai pun seratus. Aku telah shopping dengan dahsyatnya tanpa menyedari yang assignment yang berlambak!Tak apa, ini aku jadikan salah satu cara nak release tension....hehehe

Thursday, March 6, 2008

Sekadar Coretan

Semester ni merupakan semester ke-4 aku di UPSI. Rasanya dah lali dengan dunia assignment. Masa mula-mula masuk sem 1 pada Julai 2006, memang rasa tak larat dengan assignment. Berlaku 'kejutan elektrik' sekejap dalam diri ni. Mana tidaknya daripada alam matrik yang hanya dengan dunia study dengan buku sahaja kepada dunia membuat tugasan sendiri (student centered learning - bak kata Dr.Syed) Setiap sem diuji dengan lambakan tugasan yang perlu disiapkan. Masa tengah busy menyiapkan assignment inilah biasanya kita akan terasa diuji dan teruji. Diuji dengan pelbagai dugaan yang ALLAH kurniakan. Mungkin sebagai peringatan buat aku yang selalu leka untuk mendekatkan diri kepada-NYA.


Sejak akhir-akhir ini aku terasa seperti selalu leka dan alpa dengan hal duniawi. Hari ini aku tersedar...apabila aku bersembang dengan Hanim tadi. Kami bersembang tentang study yang semakin susah, tentang masa depan yang masih kabur dan banyak lagi sehingga menyentuh sedikit tentang hubungan kita dengan-NYA. Aku tersedar!


Nak kongsi sedikit ilmu yang aku peroleh daripada buku La Tahzan tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazaar dan At-Tabrani tentang seorang tua yang sudah menggunakan tongkat untuk berjalan, datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata: " Wahai Nabi Allah, sesungguhnya saya telah banyak melakukan perbuatan kejidan mungkar, masihkah saya boleh mendapat ampunan?"

Baginda Rasul bertanya: "Engakau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad utusan ALLAH?"

Orang tua iti menjawab: " Ya, wahai baginda Rasulullah."
Baginda Rasulullah bersabda, ertinya: "Sesungguhnya ALLAH sudah mengampuni semua perbuatan keji dan ingkar yang telah engkau lakukan"

Terdapat beberapa yang perkara yang penulis (Dr. 'Aidh) dapat petik daripada hadith tersebut. Diantaranya ialah bahawa rahmat ALLAH sangat luas bahawa dengan menerima Islam maka semua kesalahan sebelum Islam akan dihapuskan. Dalam pada itu, bahawa kejujuran dalam bertaubat itu menghapuskan dosa yang dilakukan sebelumnya, bahawa tompokan dosa menggunung itu berbanding ampunan Zat Yang Maha Tahu semua yang ghaib tidak membawa sebarang makna dan bahawa anda mesti berbaik sangka kepada ALLAH, mengharapkan kemurahan-NYA yang terus mengalir dan rahmat-NYA yang luas.

Sekadar nak berkongsi apa yang dibaca... Semoga beroleh manfaat. Kembali kepada cerita asal tadi, memang diri ini terasa aku semakin busy dengan hal-hal study dan lain sampai kadang terlupa benda itu semua hanya sementara. Tulisan ini hanya sekadar luahan rasa, sekadar coretan buat diri ini.


Tuesday, March 4, 2008

Hujung Minggu : 1 Mac 2008

Kasut Hush Puppies ini ayah yang belikan untuk aku... Ibu yang tolong pilihkan... Thanks a lot ayah & ibu! Tak sangka aku akan ada kasut heel...hehe... Ibu yang cadangkan beli kasut ada tumit ni, sebab ibu kata aku dah besar, kena belajar pakai dan kena pakai apabila masuk sekolah kelak (macam tak caya je ada kasut bertumit tu). Kasut-kasutku sebelum ni semuanya flat je, tapak rata. Jadi, tak tahu la bila aku nak pakai kasut tu... Nanti kot, masa masuk sekolah apabila ROS (rancangan orientasi sekolah) cuti semester ini. InsyaALLAH, akan kupakai.



Nyum, nyum, nyum! Sedapnya chocolate. I love chocolate! Huhu.. Gambar yang tertera kat atas tu sebilangan wrapper chocolate yang aku makan, aku simpan wrapper Hershey's, yang wrapper Ferrero Rocher & etc dah terbuang. ... banyak tu kalau simpan semua...hehe. Coklat-coklat tu Along bawa balik dari Langkawi. Sedap sungguh coklat-coklat tu, rase betul-betul coklat. Makan 1 tak cukup tu.Ni yang rasa nak terbang ke langkawi ni, nak beli coklat.Thank you Along!



Inilah duit bernilai RM 100 yang abangku, Din bagi kepadaku. Boleh masuk dalam buku sejarah ni! Hehehe.... Din kata duit ni sempena elaun yang pertama dia dapat setelah bekerja sebagai research assistant untuk program masternya. Duit itu juga merangkap untuk membayar hutang-hutang abangku kepadaku (hutang tu rasanya tak sampai RM100 pun rasanya)... Thanks Din!

Itulah antara yang berlaku pada Hujung Minggu : 1 Mac yang lalu, semasa aku pergi KL dikala assignment tengah bertambun. Aku manfaatkan pemergian itu untuk keluargaku.


Selamat Hari Ulang Tahun Yang Ke-47 , IBU!


Mac 4, 2008 genaplah usia IBU empat puluh tujuh tahun. Puan Hajah Rosnaiti (jarang letak Hajah tu) adalah IBU kepada lima orang anak; Ros Azira, Rafizudin, Raihah, Muhammad Anas dan Muhammad Anis. Alhamdulillah dengan air tangan seorang IBU kami semua sekarang dalam perjalanan mengejar kejayaan.... INSYA-ALLAH! Jasa dan bakti Ibu kepadaku tidak akan aku lupakan. Meskipun ibu tegas dalam mendidik, tapi aku kagum, kerana akhirnnya aku menjadi seorang manusia :) IBU jarang memukul mahupun mencubit, tapi bila IBU menjeling atau mengeluarkan kata yang sinis kadangkala berleter (kesukaan kaum ibu) , maka aku faham, IBU tengah marah. Itulah cara IBU mendidik aku. Walaupun aku sering tak sekepala dengan IBU , tapi hubungan kami rapat, lebih-lebih lagi sejak aku duduk jauh daripada rumah (sejak masuk matrik).

Aku dedikasikan puisi di bawah ini untuk IBU! (harap aku dapat menghasilkan puisi yang baik)


Rahimmu tempat bermula,
Aku membesar dan mendewasa,
Dalam perjalanan menuju dewasa,
Aku dilahirkan dengan jerih tapi bermakna,
Kau tabah merentas apa sahaja!

Kau tatang diriku,
Umpama menanam pohon mawar,
Kau sirami sgala jasa dan bakti,
Kau bajai dengan kasih dan sayang,
Biarpun duri penuh di pepohon mawar,
Kau setia dalam amanahmu,
Sehingga aku besar dewasa,
Mewangi umpama mawar,
Kau masih di situ memegang amanah,
Itulah IBUku!

IBU,
Segala jerih dan lelahmu,
Tak terbalas olehku,
Tak terbayar oleh anakmu ini,
Namun,
Namamu IBU kutitipkan khas dalam doaku,
Agar kau terus bahagia dalam kehidupan,
Dirahmati, diberkati dan diredhai NYA!

Terima Kasih IBU,
Atas segala jasamu!

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-47, IBU!




Monday, March 3, 2008

Langkah Pertamaku


Assalamualaikum.
Alhamdulillah akhirnya aku menceburkan diri ke bidang blog ini. Kalau selama ini aku hanya memperuntukkan masa membaca hasil tulisan bloggers lain, kali ini aku sendiri berpeluang mencurahkan idea-idea ku ...(idea-idea ker?...hehehe).

Hari ini merupakan
langkah pertamaku dalam bidang penulisan blog. Dunia penulisan telah lama aku tinggalkan, seusia peninggalan alam sekolahku 4 tahun yang lalu. Aku berharap menulisku masih ada dan tidak berkarat. Meskipun begitu, aku percaya skill penulisan puisi ku telah lama hilang sejak aku lipatkan ia dalam kenangan... (Ahakz... ayt x thn). Aku mengharap agar blog ini terus hidup dengan coretan-coretanku, mana tahu aku kembali mendapat ilham menulis puisi melalui blog ini...(harapan menggunung tinggi)..

Blog ini adalah milikku, oleh itu aku berhak menulis mengikut cara dan gaya aku... Hanya bertujuan untuk kepuasan diri...

Sekian.